Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

UNIT 7: PENGURUSAN AUDIO

Similar presentations


Presentation on theme: "UNIT 7: PENGURUSAN AUDIO"— Presentation transcript:

1 UNIT 7: PENGURUSAN AUDIO

2 Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia
Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia. Bahan audio dapat membantu pendengar mendapat gambaran keseluruhan tanpa melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar

3 JENIS PERALATAN AUDIO i. Peralatan untuk merakam bunyi ii. Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi iii. Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi iv. Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

4 1. Peralatan input untuk merakam bunyi
a. JENIS ANALOG Perakam pita gulung, Perakam kaset audio b. JENIS DIGITAL Komputer Digital, voice recorder iPod, Perakam MP3, iPod, Telefon mudah alih, Kamera digital multi fungsi. Umumnya semua alat tersebut perlu mempunyai mikrofon untuk membolehkan bunyi diinput ke dalam alat perakam.

5 c. Mikrofon Shotgun dipasang pada kamera video Lavaliere
dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian Headset lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun artis yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun berupaya bergerak dengan lebih bebas Tanpa wayar Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya bergerak dalam kawasan yang lebih luas.

6 2. Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi
Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh alat perakam/pemain audio. Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu:- Tweeter – paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang audio) yang tertinggi Midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam gelombang audio yang sederhana. Woofer – menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.

7

8 4. Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi
Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan atau diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan utama audio analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan dalam storan komputer seperti cakera keras, kad memori, cakera optik seperti CD dan DVD.

9 5. Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi
Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi komputer . Antara aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder, Soundforge, dan Audacity.

10 Format Audio Digital File extension Ciri Waveform Audio File Format .wav Format audio standard yang biasa digunakan untuk komputer yang menggunakan sistem operasi “Windows”. MPEG Layer-3format) .mp3 Format audio yang popular untuk memuat turun dan menyimpan fail audio menggunakan internet Musical Instrument Digital Interface) .mid Merupakan satu set arahan yang menyelaraskan komunikasi antara alat muzik elektronik, pengawalan persembahan dan komputer Audio Interchange File Format .AIFF Format fail audio yang biasanya digunakan untuk komputer peribadi Apple Macintosh.

11 KEPENTINGAN AUDIO 1. menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan idea dan konsep 2. mewujudkan hubung kait antara elemen naratif dengan membangkitkan mod, emosi dan imaginasi terhadap setting cerita ataupun peristiwa yang terbabit 3. memupuk kemahiran mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik 4. melatih mendengar secara aktif (Active listening) 5. pemahaman ini akan dapat membawa perubahan tingkah laku yang diingini. 6. Memperkuatkan mesej yang ingin disampaikan.


Download ppt "UNIT 7: PENGURUSAN AUDIO"

Similar presentations


Ads by Google