Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

Similar presentations


Presentation on theme: "Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik"— Presentation transcript:

1 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

2 Objektif Pengajaran Memahami konsep-konsep asas hubungan etnik
Menjelaskan kepentingan memahami konsep asas hubungan etnik Menjelaskan aplikasi konsep-konsep hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia

3

4

5 Liputan Kuliah Pengenalan Budaya Pluraliti Budaya
Masyarakat pluraliti Baru Konsep Etnik Konsep Masyarakat Teori-Teori Hubungan Etnik Kesimpulan

6 Budaya Pakar-pakar peyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya itu berasal dari perkataan Sanskrit ‘budaya’ ialah percantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti ‘kecergasan fikiran dan akal’ manakala ‘daya’ ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ‘budaya’ akan membawa maksud ‘tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’

7 Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’. Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat

8 Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
budaya kebendaan budaya bukan kebendaan Budaya kebendaan peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Budaya bukan kebendaan kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

9

10 Terdapat dua peranan utama budaya:
1. membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti 2. pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental Maka ‘manusia itu sendiri membentuk budaya’ dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri

11 Ciri-Ciri Budaya Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu: i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. iii. Umur seseorang. iv. Tahap pendidikan v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

12 Ciri Budaya Perkongsian
Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

13 Ciri Budaya Kesejagatan
Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu: i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. iii. sistem sosial. iv. bahasa. v. kesenian. vi. sistem pengetahuan. vii. agama dan kepercayaan.

14 Ciri Budaya Diwarisi Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

15

16 Ciri Budaya Berubah Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya: i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar.

17 Ciri Budaya Perlambangan
Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

18

19 Ciri Budaya Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

20 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Memenuhi dan Menyediakan Keperluan Semua manusia memerlukan keperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itu mewarisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapal.

21 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam Bertingkahlaku Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, ia meliputi: i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan.

22 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Mengatur Hubungan Sesama Manusia budaya mendidik kita agar menghormati jiran, tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hati rakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.

23 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Sebagai Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta Alam fizikal yang berbeza menghasilkan keperluan manusia yang berbeza. Orang Eskimo memerlukan baju tebal. Maka, ia sebagai pendorong kepada penciptaan bagi memenuhi keperluan harian dan memudahkan segala urusan.

24 Fungsi Budaya Dalam Kehidupan
Sebagai Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti Budaya berperanan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Kita mengenali Jepun bukan sahaja dari segi fizikalnya, tetapi mereka adalah bangsa yang berjaya dalam ekonomi dan perindustrian.

25

26 PLURALITI BUDAYA Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. Konsep ini diwakili oleh formula A+ B + C = A + B + C. (A,B dan C merujuk kepada budaya) Contohnya dalam penggunaan bahasa rasmi negara kita, bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

27 teori asimilasi dinyatakan dengan formula A + B + C = A di mana A mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili etnik minoriti yang lain. Idea asas dalam teori ini ialah semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing. teori amalgamasi pula dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D di mana A, B, C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Teori ini menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama

28 Pluraliti budaya mempunyai kelebihan.
Pendekatan pluraliti budaya boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik berbanding teori asimilasi dan amalgamasi dalam menyelesaikan masalah hubungan ras. Pada masa yang sama selari dengan matlamat Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan menyatu padukan semua rakyat dengan identiti kaumnya tersendiri. Pluraliti budaya mempunyai kelebihan. pengekalan ciri-ciri kebudayaan kaum pendatang boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru. Kumpulan etnik digalakkan mengekalkan identiti kumpulan serta meneruskan adat resam mereka dan menghormati kebudayaan kumpulan etnik lain.

29 Misalnya, orang Cina membuktikan bagaimana cara hidup mereka dapat disesuaikan dengan cara hidup rakyat asal negara ini tanpa melenyapkan identiti kecinaan mereka. Misalnya, orang Cina di Kelantan berbahasa pelat Kelantan, pandai bermain wayang kulit dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama mereka mengekalkan identiti kaumnya tersendiri seperti menyambut Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan lain-lain

30 MASYARAKAT PLURALITI BARU
J.S Furnivall (1956) menggambarkan masyarakat majmuk atau masyarakat pluraliti dengan : “A ‘plural society’ as “comprising two or more elements or social orders which live side by side, yet without mingling, in one political unit.

31 Ciri-Ciri Masyarakat Pluraliti Baru
1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan. Di Kelantan, misalnya, kebanyakan pemimpin terdiri daripada bangsa Melayu tetapi penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa seperti bangsa Cina, India dan Melayu juga. 2. Satu set nilai budaya dan politik yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan. Kita dapat melihat di negara kita dalam kandungan kontrak sosialnya iaitu Perkara 152 (Perlembagaan Persekutuan 1957) yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

32 3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.
4. banyak kajian, perbincangan dan penulisan buku berkenaan keadaan serta pencapaian ekonomi dilakukan mengikut pecahan kaum seperti kajian berkenaan Kedudukan Ekonomi Masyarakat Cina di Malaysia dan Ekonomi Masyarakat Melayu Luar Bandar yang sering diperbincangkan,

33 5. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti kesemuanya inginkan keamanan dan kesejahteraan. Walaupun kita mempunyai pelbagai bangsa di Malaysia, namun kesemua bangsa ini mempunyai keinginan yang sama iaitu inginkan keamanan dan kesejahteraan serta tidak suka kepada peperangan. 6. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini. Contoh, sekiranya peristiwa seperti Peristiwa 13 Mei atau pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku di negara kita, kita mungkin memerlukan satu badan antarangbangsa atau negara luar untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

34 Masyarakat pluraliti baru
1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia. Seperti di Malaysia, kita dapat melihat pelbagai budaya dari pelbagai kaum atau bangsa yang terdapat di sini. 2. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya masyarakat. Keadaan ini jelas ditunjukkan di negara kita melalui parti-parti politik yang terdapat di negara kita seperti parti UMNO untuk bangsa Melayu, parti MIC untuk bangsa India dan parti MCA untuk bangsa Cina. 3. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik. Keadaan ini juga kita dapat perhatikan di negara kita di mana banyak permintaan untuk kepentingan bangsa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin bangsa masing-masing.

35 Konsep Etnik Berasal dari perkataan ethnos
Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

36 Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza.

37

38 KONSEP MASYARAKAT Definisi – Masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu iakatan ketatanegaraan. Masyarakat adalah terdiri daripada kumpulan individu yang mempunyi hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal, dan sebagainya

39 Komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan ketiga adalah aspek kebangsaan

40 Keperluan Mengkaji Masyarakat
Manusia Hidup Bermasyarakat Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang lain atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.

41 Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
Apabila kita mengkaji sesebuah masyarakat, kita akan dapat memahaminya dengan lebih tepat berbanding jika tidak mengkajinya. Pemahaman yang tepat terhadap massyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya

42 Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud. Seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut.

43

44 Memupuk Kerjasama di Antara Masyarakat
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat.

45 Ciri-Ciri Masyarakat Manusia Yang Hidup Berkelompok
Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

46 Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

47 Mengalami Perubahan Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu

48 Mengalami Perubahan Salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. Komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain

49 Terdapat Kepimpinan Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan

50 Stratifikasi Sosial Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat. Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga: kelas, status kasta

51 Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan. Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

52 TEORI-TEORI HUBUNGAN ETNIK
Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

53 Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka

54 Akulturasi Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

55 Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya

56 Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

57 Asimilasi Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi

58

59 Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
i. Etnik yang berbeza budaya. ii. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. iii. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

60 Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. ii. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. iii. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. iv. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. v. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

61 Faktor penghalang asimilasi ialah:
i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

62 Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

63 PENUTUP Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut spiritual. Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara iaitu kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.


Download ppt "Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik"

Similar presentations


Ads by Google