Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

I. PERKAMUSAN.

Similar presentations


Presentation on theme: "I. PERKAMUSAN."— Presentation transcript:

1 i. PERKAMUSAN

2 Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal.

3 PERKAMUSAN DEFINISI KAMUS
Buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain (The American College Dictionary (1960:36). Buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

4 DEFINISI KAMUS “kamus” asal daripada bahasa Arab “qamus” (bentuk jamak “qawamis”)- berasal daripada kata Yunani “okeanos” bermaksud “lautan” (Teeuw 1964). Pendapat lain “kamus” berasal daripada bahasa Farsi(Abdullah Hussain 1970) Repositories of words of the language (Jackson 1988)

5 Konsep Dasar dalam Perkamusan
Tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, ialah tipologi, leksikologi, dan leksikografi. Tipologi Pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243). Leksikologi Ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata).

6 Leksikografi Bidang linguistik terapan yang mencakupi teknik dan metodologi penyusunan kamus. Leksikografi juga merupakan cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna. Sejarah Perkamusan Melayu Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu: Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu. Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BM Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini

7 Kamus Awal Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina (dikarang sebelum kurun ke-15). Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina. Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi. Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.

8 Kamus dan Tatabahasa David Haex (1931) - Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum. Thomas Bowery (1701) - kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa. William Marsden (1812) - menghasilkan kamus yang sangat penting kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi. John Crawfurd (1852) -kamus The Grammar and Dictionary of the Malay Language. Winstedt (1922) Hamilton (1923) Swettenham (1927)

9 Ahli perkamusan Melayu muncul selepas tahun 1930, seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966). Kamus Moden Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus panca bahasa/pelbagai bahasa.

10 Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa
Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan. Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan Kamus pancabahasa/pelbagai bahasa 10

11 Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan
Kamus panduan (cth. Kamus Pelajar DBP) Kamus ensiklopedia Kamus tesaurus Kamus definisi Kamus sejarah

12

13

14

15 Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi
Kamus umum Kamus khusus Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna Kamus pelajar Kamus pelancong Kamus bidang

16 Jenis-jenis Kamus Daftar Kata Glosari Indeks Kamus Sebutan
Kamus Istilah Kamus Idiom Daftar Istilah Tesaurus Kamus seerti (sinonim) Ensiklopedia Kamus pelancong Kamus umum


Download ppt "I. PERKAMUSAN."

Similar presentations


Ads by Google