Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Pengkelasan Bahan Perpustakaan

Similar presentations


Presentation on theme: "Pengkelasan Bahan Perpustakaan"— Presentation transcript:

1 Pengkelasan Bahan Perpustakaan
Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Oleh: Annie T. John Unit Pengurusan Sumber Pendidikan

2 Definisi Pengkelasan Proses mengumpulkan bahan-bahan perpustakaan mengikut susunan tertentu secara teratur. Melalui proses ini bahan-bahan yang berkaitan dari segi perkara dapat disimpan.

3 Tujuan Pengkelasan Untuk menentukan bahan-bahan perpustakaan tersusun dalam satu kelompok yang sama.

4 Skim Pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC)
Library of Congress Classification (LCC) Universal Decimal Classification (UDC)

5 Kaedah Mengkelas Sebelum bahan dikelas, kenalpasti isi kandungannya. Rujuk kepada judul, jadual kandungan, pendahuluan, tajuk-tajuk bab, sinopsis, dsb. Sekiranya bahan mempunyai perkara-perkara yang berbeza, pilih perkara yang lebih banyak dibincangkan.

6 Kaedah Mengkelas Untuk bahan-bahan yang mengandungi perkara-perkara yang spesifik atau mengandungi lebih dari 3 topik, kelaskan di bawah nombor kelas am yang mengandungi kesemua topik-topik itu.

7 Kaedah Mengkelas Bagi arahan-arahan bukan buku, perlulah diletakkan tanda letak bahan di atas nombor panggilan untuk membezakan dengan bahan buku.

8 D D C - Sistem Pengkelasan Dewey
Sejarah Ciptaan Mevil Dewey 1876 Telah disunting beberapa kali Edisi 21 ialah pada 2000 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih DDC kerana mudah difahami dan kesesuaiannya dengan koleksi sekolah

9 SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dalam DDC

10 BAHAGIAN KECIL dari Bahagian Utama

11 SEPULUH BAHAGIAN UTAMA dengan NOTASI dalam DDC
000 Karya Am 100 Falsafah dan Psikologi 200 Agama 300 Sains Kemasyarakatan 400 Bahasa 500 Sains Jati (Tulen) & Matematik 600 Teknologi (Sains Gunaan) 700 Kesenian 800 Kesusasteraan 900 Ilmu Alam (Geografi) & Sejarah

12 Pembahagian lebih khusus (Ringkasan Ketiga)
510 Matematik (Am) 511 Prinsip Am 512 Aljabar 513 Kira-kira 514 Topologi 515 Geometri 519 Matematik Gunaan Operasi Siri Sistem Nombor Kiraan Cepat

13 Pembahagian lebih khusus (contoh)
590 - Haiwan 595 – Invertebrata 597 - Ikan / Amfibia 598 - Burung 599 - Mamalia

14 Pembahagian Mengikut Geografi & Sejarah
Geografi Kawasan Sejarah 915 Asia 950 Asia Tenggara 959 Malaysia Brunei

15 Pembahagian Bagi Bahasa dan Kesusasteraan
Bahasa Kesusasteraan 420 Inggeris 430 German 440 Perancis 450 Itali 460 Sepanyol 470 Latin 480 Greek

16 Peruntukan Nombor DDC Untuk Bentuk Tulisan
-01 Falsafah dan teori -02 Pelbagai (ilustrasi, direktori, radas) -03 Kamus, ensiklopedia -04 Tajuk khas -05 Terbitan bersiri’ -06 Organisasi dan pengurusan -07 Pendidikan, penyelidikan -08 Sejarah dan huraian (orang -09 Dari sudut sejarah, geografi, orang Pastikan supaya nombor DDC yang dibentuk dengan menggunakan nombor tambahan ini belum lagi diperuntukkan.

17 Cara Mengkelas Perkara yang perlu diambil kira:- Karya itu sendiri
jadual kandungan pendahuluan ciri-ciri istimewa teks tajuk Dari punca lain buku rujukan pakar

18 Cara Mengkelas Pilih nombor DDC ikut
1. Tentukan bahagian utama bidang berkenaan 2. Dapatkan bahagian kecilnya 3. Pilih nombor yang paling tepat. Letakkan bahan di bawah nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan akan dicari oleh ramai pengguna.

19 Cara Mengkelas (Sambungan)
Jika lebih daripada satu perkara atau aspek dibincangan 1. Pilih satu nombor pengkelasan yang dapat merangkum semua perkara atau aspek tersebut. 2. Pilih perkara yang ditegaskan melalui jumlah muka surat, atau pun perkara yang mencerminkan hasrat penulisnya 3. Jika dua perkara diberi penekanan yang sama, pilih mana yang sebut dulu

20 Panduan Am Pengkelasan
Sesebuah buku atau bahan itu perlulah diberikan nombor pengkelasan yang anda fikir paling sesuai dan yang akan dicari oleh ramai pengguna. Anda hendaklah ada alasan mengapa sesebuah buku atau bahan itu diletakkan pada nombor yang anda pilih itu.

21 Bahan-Bahan Khas Buku-buku Rujukan biasanya dikelaskan sebagai satu bahan khas, dan ada peraturan khas untuk meminjamnya. Buku ini biasanya dibezakan daripada koleksi lain dengan menambahkan ‘R’ sebelum nombor pengkelasannya. Nombor pengkelasan (DDC) bagi Fiksyen Melayu ialah Biasanya sepertiga daripada koleksi PSS, terutamanya di sekolah rendah, ialah fiksyen. Untuk memudahkan kerja, pustakawan boleh menggantikan nombor ‘899.23’ kepada ‘F’.

22 Bahan Khas (Bentuk Bahan)
Dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat, bentuk media juga turut berubah. Supaya mudah diakses, bahan-bahan seperti kaset video, kaset audio, cakra padat dan lain-lain perlu dikhaskan kelas dan tempatnya. Contohnya CD599.67 GAJ Cakra padat mengenai “Gajah” VID599.67 GAJ Pita video mengenai “Gajah”

23 Pengkelasan - Panduan Am
Mana-mana sistem pengkelasan boleh digunapakai asalkan:- Munasabah Membantu pengguna mengesan bahan ‘User friendly’

24 Nombor Panggilan Nombor Panggilan ialah alamat kepada bahan-bahan dalam pusat sumber. Ia terdiri daripada:- Nombor Pengkelasan 3 Abjad awal ‘entri utama’. Biasanya ia ditulis / dipaparkan di bahagian bawah tulang (spine) buku.

25 Nombor Panggilan Setiap bahan diberi nombor panggilan yang mengandungi notasi untuk kelas (nombor kelas) dan nombor buku. Nombor kelas berdasarkan nombor-nombor yang terdapat dalam sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

26 Nombor Panggilan Nombor buku adalah dari tiga huruf awal dari entri utama. Tujuan utama nombor buku adalah untuk membezakan karya-karya yang berlainan mengenai perkara yang sama.

27 Nombor Panggilan Gabungan nombor pengelasan dan tiga huruf pertama nama pengarang atau tiga huruf pertama judul buku (jika buku tiada pengarang)

28 Nombor Panggilan Contoh untuk ‘labelling’ Buku Fiksyen
Tippy, The Tortoise / by Daisy Kon F KON Buku bukan fiksyen (Pengarang melayu) Teknik-teknik bijak belajar / Dr. Shukri Abdullah 153.8 SHU

29 Nombor Panggilan Buku bukan fiksyen oleh pengarang orang Inggeris
Alternative energy sources/ by Sally Morgan MOR Buku bukan fiksyen yang tiada pengarang. Ambil judul buku: Undang-Undang Siber Malaysia UND

30 Nombor Panggilan Buku bukan fiksyen yang mempunyai lebih dari 3 pengarang Kurikulum sekolah menengah masa kini/ oleh Kamariah Latif … [et.al.] 373.10 KUR Buku bukan fiksyen / kamus (sebagai buku rujukan) BBC English Dictionary R 423 BBC

31 Nombor Panggilan Contoh bahan bukan buku CDRI CDRI Smart school 420
ENG CDRI Smart school English Language Smart School Version: Year Three VID 599.67 GAJ Pita Video Gajah

32 Sekian, Terima Kasih


Download ppt "Pengkelasan Bahan Perpustakaan"

Similar presentations


Ads by Google