Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh

Similar presentations


Presentation on theme: "Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh"— Presentation transcript:

1 Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh
Hantar kuliah ini kepada kawan anda your message here> Health lecture Kuliah ini dikhususkan kepada penterjemahan kesihatan global dari global hingga ke tempatan - konsep Kesihatan GLOCAL. Projek Supercourse Jaringan Kesihatan Global ini adalah kerjasama dengan Perpustakaan Alexandria di Mesir dalam membina satu gudang ilmu terbesar dalam siri Kuliah Kesihatan Global. Dari pihak Pittsburgh, majoriti usaha telah dilakukan melalui Pusat Kerjasama WHO untuk pemantauan penyakit dan telekomunikasi, di bawah pentadbiran Dr. Ronald LaPorte. Dr. Faina Linkov telah diberi tanggungjawab dalam pembangunan dan pengubahsuaian kuliah ini. Misi untuk siri kuliah ini adalah: 1)Membina kesedaran mengenai kesihatan global di kalangan fakulti dan pelajar perubatan, kesihatan awam, dan profesion kesihatan bersekutu; 2) Membangunkan jaringan kesihatan global untuk pelajar dalam menangani masalah kesihatan tempatan hingga ke global. Versi yang lebih meluas boleh didapati dalam Supercourse di alamat Pengusaha primer: Ronald LaPorte, PhD, Pengusaha Supercourse, USA Ismail Serageldin, PhD, Perpustakaan Alexandria, Mesir Faina Linkov, PhD, Pengusaha Supercourse, USA Francois Sauer, MD, Pengusaha Supercourse, USA Eugene Shubnikov, MD, Pengusaha Supercourse, Russia Translated into Malay (Bahasa Melayu) by Mohd Hasni Jaafar, MPH, Pusat Perubatan UKM, Malaysia Dan Jaringan Kesihatan Global Supercourse di Perpustakaan Alexandria - Badan Kesihatan Sedunia Pusat Kerjasama, Universiti Pittsburgh

2 Kesihatan dan Kesihatan Global
“Kesihatan bukan hanya pada ketiadaan kelemahan dan penyakit tetapi juga pada kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.” Kesihatan Glokal: Impak global dan hingga lokal (setempat) terhadap kesihatan dan penyakit. Untuk memperbaiki kesihatan sedunia kita harus berfikiran “GloCal” dari global ke tempatan (lokal). Seorang pesakit yang duduk di depan kita boleh memberi gejala kepada persekitaran tempatan, tetapi juga kepada komunitinya, negara dan dunia. Kita harus berfikiran secara global dengan pesakit kita.

3 Apa itu WHO? WHO adalah pihak berkuasa mengarah dan menyelaraskan semua aspek kesihatan dalam sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia bertanggungjawab untuk menyediakan kepimpinan dalam kesihatan global, membentuk agenda penyelidikan kesihatan, menentukan norma dan piawai, mengartikuliasikan pilihan-pilihan polisi berasaskan bukti, menyediakan sokongan teknikal, memantau dan menilai tren kesihatan negara-negara berkenaan..

4 Kesihatan Global adalah merupakan perkataan dan suatu konsep baru yang penting. Institut Perubatan merujuk kesihatan global sebagai “masalah, isu dan kebimbangan kesihatan yang melampaui sempadan-sempadan national, yang mungkin dipengaruhi oleh keadaan atau pengalaman di negara lain, dan amat berkesan ditangani dengan langkah kerjasama dan tindakan penyelesaian." Walaubagaimanapun, ianya bukan sekadar masalah kesihatan yang merentasi sempadan atau yang biasa terdapat di negara-negara seluruh dunia; penyelesaian untuk masalah tersebut juga boleh merentasi sempadan dan dikongsi bersama, tanpa mengira tahap pembangunan atau kemajuan. Semua negara boleh samada belajar dari negara lain dan juga berkongsi pengalaman dan maklumat mereka. Definisi terkini yang telah dipermudahkan melakar satu gambaran dua-hala perjalanan: Perkongsian masalah, perkongsian penyelesaian. Definisi baru ini sangat penting kepada sains kesihatan global, di mana kesihatan global mengambarkan sebagai suatu perkongsian perjalanan. Terdapat banyak cabaran kepada kesihatan global dengan pelbagai profesional yang menitikberatkan penyakit yang berlainan. Pendekatan interdisiplinari diperlukan untuk mengurangkan beban kedua penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Di hari ini, bidang profesional di sekolah perubatan dan sekolah kesihatan bersekutu mempunyai amat sedikit kuliah mengenai kesihatan global di dalam kurikulum mereka Kesihatan kini menjadi suatu masalah global, dengan penyakit kronik sebagai pembunuh nombor satu di seluruh dunia Dengan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai penyelidikan dalam kesihatan global, fakulti dan pelajar akan lebih bersedia untuk menhadapi segala cabaran di dalam bidang mereka yang unik itu Lawati kuliah the Supercourse Global Health Crisis di:

5 Supercourse: Internet mendekatkan kita melalui pembelajaran mengenai kesihatan global
SUPERCOURSE adalah merupakan perpustakaan global yang mengandungi ceramah akademik dalam aspek pencegahan dan kesihatan awam, percuma dan digunapakai oleh fakulti-fakulti terbaik di dunia. Lanjutkan kuliah ini kepada kawan anda seluruh dunia, kedua fakulti dan pelajar your message here> Health lecture Supercourse kini mempunyai lebih dari 4,650 kuliah yang dikongsi bersama oleh lebih dari 46,000 ahli fakulti di 172 negara. Supercourse adalah suatu model pengajaran tambahan, di mana pensyarah seluruh dunia berkongsi kuliah terbaik mereka. Penambahan jumlah kuliah Supercourse adalah khusus kepada tema berkaitan penyelidikan kesihatan global Pelajar perubatan boleh mentelaah terus dari kuliah-kuliah tersebut. Mereka juga boleh menggunakan kuliah dan slaid untuk dipersebahkan kepada pesakit, komuniti atau sesama pelajar Anda boleh sertai usaha global ini dengan: Melawat Supercourse at pelajari lebih lanjut mengenai Supercourse Original PowerPoint presentation of this lecture Sekiranya anda terjemahkan kuliah ini ke bahasa yang lain, sila hantar kepada kami satu salinan. Lawati kuliah Supercourse overview lecture di


Download ppt "Kesihatan Global Sangat hampir, Sangat jauh"

Similar presentations


Ads by Google