Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

CABARAN MEDIA YANG BERUBAH

Similar presentations


Presentation on theme: "CABARAN MEDIA YANG BERUBAH"— Presentation transcript:

1 CABARAN MEDIA YANG BERUBAH
UNIT 7: CABARAN MEDIA YANG BERUBAH

2 Perkembangan arus globalisasi dan teknologi maklumat komunikasi sekitar tahun 1960-an serta jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan media arus perdana seperti televisyen dan radio (Nur Azween & Nidzam 2008).

3 Salah satu revolusi dari media alternatif ini merupakan kewartawanan warga atau “Citizen Journalism”. Kewartawanan warga dikatakan sebagai fenomena baru dalam bidang kewartawanan.

4 Walaupun matlamat adalah sama iaitu menyampaikan maklumat tetapi pengurusan berita adalah berbeza di antara media baharu dengan media cetak dan elektronik dari segi:- 1.penulisan, 2.medium dan 3.cara ia digunakan oleh khalayak.

5 1. Penulisan Media Cetak Online/digital Pelaporan
Tepat, adil, jelas, padat, lengkap Teks maklumat latar terhad Maklumat latar tiada had, boleh dipaut pada data yang lain Gaya penulisan Formal Tidak formal, ringkas bagi blog Multimedia Foto, peta, rajah Foto, peta, rajah, audio, video animasi Interaktiviti Pasif, tulis surat kepada editor Lebih aktif, carian data, blog Timeliness Basi sebaik dicetak Maklumat senantiasa dikemaskinikan.

6 2. Medium Media Cetak Online/digital Akhbar, majalah yang bercetak
Penggunaan komputer, dan gajet-gajet komunikasi berteknologi tinggi seperti Mobile / Smart Phone seperti iPhone, iPod, PDA, dan dilengkapi dengan sistem-sistem digital seperti SMS (Short Message Service), MMS (Multimedia Messaging Service), GPS (Global Positioning System), GPRS (Global Packet Radio Service) dan teknologi telekomunikasi tanpa wayar, iaitu WAP (Wireless Application Protocol) seperti WiFi (Wireless Fidelity), Bluetooth,

7 3.Cara ia digunakan oleh khalayak
Media Cetak Online/digital Hanya dibaca (komunikasi sehala) Pembaca boleh membaca, mengeluarkan pendapat, berbual secara interaktif (komunikasi dua hala)

8 Berita dalam Era Digital
1. Akhbar Bercetak 2. Berita Dalam talian – portal berita internet sepenuhnya tanpa mempunyai vesi cetak. Cth Malaysiakini, Mstar 3. Akhbar digital - versi digital ini mengandungi keseluruhan kandungan. Ia masih sama dengan surat khabar biasa yang membolehkan pembaca menatap setiap halaman, artikel, iklan atau komik yang ada dalam versi cetak. Cth: ePaper The Star, Samsung menaja sebanyak 25,000 pengguna tablet Galaxy Samsung dengan langganan enam bulan ePaper The Star. 4. Portal Akhbar- merujuk kepada penyampaian berita oleh sykt akhbar (yang mempunyai akhbar cetak) melalui laman web sebagai pilihan kepada akhbar cetak.

9 Ciri-ciri Akhbar Digital berbanding Bercetak
Pembaca boleh memperoleh akhbar digital dengan format bercetak di mana saja di dunia pada bila-bila masa. Versi digital ini mengandungi keseluruhan kandungan. Ia masih sama dengan surat khabar biasa yang membolehkan pembaca menatap setiap halaman, artikel, iklan atau komik yang ada dalam versi cetak. Akhbar digital juga memberi kelebihan kepada pengiklan kerana iklan mereka boleh mencapai lebih ramai orang berbanding apa yang dapat ditawarkan menerusi pengedaran akhbar fizikal. Arkib seminggu akhbar versi digital juga ditawarkan kepada pembaca.


Download ppt "CABARAN MEDIA YANG BERUBAH"

Similar presentations


Ads by Google