Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

Similar presentations


Presentation on theme: "Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian"— Presentation transcript:

1 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Apakah dia Perisian? Aturcara program dan dokumentasi berkenaannya Kategori Perisian: - Perisian sistem (System Software) - Perisian pembangunan sistem (System development software) - Perisian pengguna (End-user program) - Perisian aplikasi (Application software) Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

2 Perisian Sistem (system software)
- Merujuk kepada sistem pengoperasian e.g. Windows 95/98/2000/NT, Novell, Solaris, Unix, Linux. - Juga aturcara utiliti (utility programs) yang membolehkan pengguna melaksanakan tugas-tugas penyelenggaran komputer (seperti ‘backing up files’, de-fragmenting hard disks). - Contoh aturcara utiliti seperti Microsoft Scandisk, Norton utilities, anti-virus software. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

3 Perisian Pembangunan Sistem (System Development Software)
- perisian yang digunakan oleh pengaturcara untuk membangunkan pelbagai jenis perisian samada perisian sistem, end-user dan aplikasi. - Contohnya Visual C++, Java, Delphi, Visual Basic, Access, FoxPro, PowerBuilder, Oracle dan Cobol. CASE tool adalah juga perisian pembangunan perisian. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

4 Perisian Pengguna (End-User Software)
- Membantu pengguna melaksanakan tugas-tugas seperti typing documents, performing calculations, preparing slide presentations, drawing shapes. - Contoh perisian end-user adalah Microsoft Office – Word, Excel, Access, Powerpoint, Outlook; browsers such as Internet explorer, Nextscape Communicator. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

5 Perisian Aplikasi (Application Software)
- Perisian aplikasi mungkin: Generik (generic) iaitu dibangunkan untuk kegunaan pelbagai pelanggan (open market) . Contohnya perisian Microsoft Office. Tempahan (bespoke/custom) iaitu dibangunkan untuk pelanggan tertentu mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan tersebut. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

6 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Krisis Perisian Peringkat awal kemunculan komputer - Kerja-kerja pengaturcaraan dilakukan oleh pengguna aturcara. - Tiada kesukaran untuk memahami keperluan pengguna. - Contohnya ahli fizik menulis sendiri aturcara untuk membantu tugas-tugas pengiraan. Penghujung 1950an dan disekitar 1960an - Bahasa pengaturcaraan aras tinggi diperkenalkan. - Komputer generasi ke-3 diperkenalkan - Lahirnya profesion pengaturcara komputer. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

7 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Krisis Perisian Perkembangan komputer generasi ke- 3: - permintaan kepada produk-produk baru (demand for new products) - bertambah saiz dan kekompleksan perisian (increasing size and complexity) - ubahsuai perisian yang sedia ada (modification of existing products) Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

8 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Krisis Perisian Masalah yang dihadapi dalam menyokong perkembangan yang berlaku: - projek tidak dapat disiapkan pada masanya - kos perisian lebih daripada yang dijangkakan - perisian yang dibangunkan tidak bolehpercaya (unreliable), susah untuk diselenggara, prestasi adalah buruk. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

9 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Krisis Perisian Satu contoh senario masalah yang dihadapi dengan pembangunan perisian berskala besar pada masa tersebut: “Sistem komputer dilapangan terbang Denver – sistem perisian berpusat dibina untuk mengawal 4,000 kereta elektronik untuk mengangkut bagasi secara automatik .Tidak dapat disiapkan sepertimana yang dijadualkan. Pihak pengurusan mengalamai kerugian bagi setiap hari yang tertunda. Apabila telah disiapkan adalah didapati sistem ini tidak memenuhi keperluan pengguna.” Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

10 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Krisis Perisian Metodologi, kaedah, teknik dan alatan yang sedia ada adalah secara kecilan dan tidak berkesan bagi menyokong kepada permintaan produk-produk baru. Senario seperti ini distilahkan sebagai ‘krisis perisian’ (software crisis) yang berkehendakkan kepada pendekatan baru dalam pembangunan perisian. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

11 Bidang Kejuruteraan Perisian
1968: bidang Kejuruteraan Perisian diwujudkan dipersidangan yang membincangkan krisis perisian. 1970an: penemuan baru dari segi alatan, teknik dan kaedah telah mula dihasilkan. Jawatan jurutera perisian telah diwujudkan pada penghujung tahun 1970an. 1980an dan 1990an: Kejuruteraan Perisian lebih berkembang - kaedah spesifikasi sistem, rekabentuk, perlaksanaan, dan perlatan baru Kesemuanya ini mengurangkan usaha yang diperlukan bagi membangunkan sistem yang besar dan kompleks Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

12 Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
Mudah berubah dan diubah - Perbandingan di antara pembinaan produk kejuruteraan awam contohnya jambatan dan perisian Microsoft Word. Setelah 10 tahun: jambatan yang sama, tetapi Microsoft Word telah melalui beberapa versi - Perisian juga mudah diubah. Seorang pengaturcara boleh menukarkankod sumber apabila diperlukan. Contohnya menambah panjang katalaluan dari 8 kepada 12 aksara. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

13 Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
Tidak boleh dilihat Perisian adalah bersifat logikal berbanding dengan produk kejuruteraan lain yang bersifat fizikal. Apa yang boleh dilihat adalah dokumentasi dan model-model analisa, rekabentuk dan kod sumber sehinggalah produk selesai dibangunkan. Menyukarkan pengurusan projek dan pengujian perisian. Tiada penyelesaian yang piawai Penyelesaian yang diambil bagi pembangunan sesuatu perisian adalah berbeza dengan satu projek perisian yang lain. Ianya bergantung kepada faktor seperti pengalaman ahli pembangun perisian, perisian aplikasi yang digunakan, skop dan tahap kesukaran projek. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

14 Sifat Semulajadi Kejuruteraan Perisian
Penyelenggaran yang unik Apabila sesuatu perisian tersebut memerlukan perubahan dari segi keperluan perisiannya, beberapa/berpuluh komponen-perisian perlu diubah. Berbanding dengan komponen sebuah kereta yang boleh diganti dengan komponen yang baru sahaja. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

15 Apakah dia Kejuruteraan Perisian?
Kejuruteraan Perisian merupakan satu disiplin kejuruteraan yang berkenaan dengan semua aspek pengeluaran perisian daripada peringkat permulaan iaitu spesifikasi/keperluan perisian sehinggalah penyelenggaran sistem. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

16 Apakah dia Kejuruteraan Perisian?
Jurutera perisian perlu mengamalkan kaedah yang sistematik ke dalam pekerjaan mereka dan menggunakan alatan dan teknik yang sesuai bergantung kepada masalah yang hendak diselesaikan, kekangan yang ada pada pembangunan tersebut (the development constraints) dan sumber-sumber yang ada (resources available) Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

17 Konsep Penyelesaian Masalah: Analisis & Sintesis Masalah
Analisis Masalah - Bermula dengan membuat analisa ke atas masalah tersebut dengan memecahkan masalah kepada sub-masalah yang berhubungan. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

18 Konsep Penyelesaian Masalah: Analisis & Sintesis Masalah
- Sub-masalah diselesaikan dan disatukan untuk membentuk satu penyelesaian kepada masalah. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

19 Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
Dalam menyelesaikan masalah, jurutera perisian menggunakan: - proses perisian (software process) - kaedah (methods) - teknik (techniques) - alatan (tools) Proses perisian (software proses) Merujuk kepada keseluruhan proses pembangunan perisian yang mengandungi beberapa fasa tertakrif. Contoh proses perisian yang akan dipelajari: Model Air Terjun, Model Evolusi, Model Spiral dan Model Transformasi Formal Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

20 Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
Kaedah (Methods) Kaedah bagi membantu di fasa-fasa bagi proses perisian. Umumnya di fasa spesifikasi keperluan dan rekabentuk agar pengurusan bagi kedua-dua fasa ini dapat dikendalikan dengan lebih sistematik dan transformasi daripada spesifikasi keperluan kepada rekabentuk dapat dilaksanakan dengan lebih konsisten. Contoh: VORD digunakan untuk analisa keperluan UML digunakan untuk analisa keperluan dan rekabentuk SSADM, kaedah yang merangkumi fasa analisa, spesifikasi dan rekabentuk. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

21 Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
Teknik (techniques) - Kaedah dibantu dengan teknik di dalam aktiviti-aktiviti analisa dan rekabentuk sistem. - Contoh: DFD (data flow diagram) digunakan untuk memodelkan pemprosesan dan aliran data di dalam sesuatu sistem. ERD (Entity Relationship Diagram) digunakan untuk memodelkan entiti dan atribut di dalam sesuatu sistem. Setiap teknik mempunyai notasi yang konsisten. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

22 Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
Alatan (Tools) Teknik dibantu dengan alatan. Contohnya DFD menggunakan ‘drawing tool’. ERD menggunakan ‘drawing tool’ dan ‘data dictionary’. Contoh-contoh alatan lain adalah: project management tools e.g. MS Project drawing tools e.g. Visio Professional CASE tools e.g. System Architect, Visible Analyst, Rational Rose Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

23 Proses perisian, Kaedah, Teknik, Alatan
Proses perisian, Kaedah, Teknik and Alatan dapat membantu: - mempertingkatkan kualiti perisian yang dihasilkan. - mempercepatkan pengeluaran perisian - merendahkan kos perisian Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

24 Penghasilan ‘Fault-Free Software’
Konsep Ralat, Kesilapan dan Kegagalan (Error, Fault dan Failure). ‘Ralat’ adalah salah faham (misunderstandings) yang terdapat pada proses pemikiran pembangun (developer’s thought process). Apabila salah faham tersebut dimasukkan sebagai spesifikasi/rekabentuk/kod aturcara/data ujian dan sebagainya), maklumat yang tidak betul ini dipanggil ‘kesilapan’. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

25 Penghasilan ‘Fault-Free Software’
Kesilapan menyebabkan perisian berfungsi dalam keadaan yang tidak betul atau mengeluarkan output yang salah, keadaan ini dipanggil ‘kegagalan’. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

26 Ralat, Kesilapan, Kegagalan (Error, Fault dan Failure)
Gambarajah menunjukan bagaimana kesalahan manusia boleh mengakibatkan kepada kesilapan. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

27 Ralat, Kesilapan, Kegagalan (Error, Fault dan Failure)
Sesetengah dari kesilapan(fault) perisian boleh diabaikan. Manakala sesetengahnya boleh mengakibatkan kos dan masa yang tinggi. Sesetengahnya pula boleh mengancam keselamatan/nyawa pengguna (life-threatening). Beberapa contoh peristiwa yang mengancam keselamatan pengguna: The London Ambulance Service Therac-25 (a computer-controlled radiation machine) Ariane 5, Flight 501 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian

28 Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian
Rujukan: Pfleeger, Shari Lawrence, 2001, Software Engineering: Theory and Practice, 2nd edition, Prentice Hall Sommerville, Ian, 2001, Software Engineering, 6 edition, Addison Wesley P. Sellapan, Software Engineering: Management and Methods, 2000, Sejana Publishing. Mohd. Yazid Idris, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, Wan Mohd Nasir, Kejuruteraan Perisian, 2000, UTM Publishing. Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian


Download ppt "Pengenalan Kepada kejuruteraan Perisian"

Similar presentations


Ads by Google