Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BBM 5402 Kuliah 2 M 2 Pendekatan Analisis Bezaan

Similar presentations


Presentation on theme: "BBM 5402 Kuliah 2 M 2 Pendekatan Analisis Bezaan"— Presentation transcript:

1 BBM 5402 Kuliah 2 M 2 Pendekatan Analisis Bezaan
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 Pendekatan Analisis Kontrastif/Bezaan
Menurut Kridalaksana (1993: 13), analisis kontrastif adalah metode sinkronis dalam analisis bahasa untuk menunjukkan persamaan dan perbedaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek bagi mencari prinsip yang dapat diterapkan dalam masalah praktis, seperti pengajaran bahasa, penyelidikan linguistik dan terjemahan. Richards, Platt, dan Platt (1993: 83), mengatakan bahawa analisis kontrastif adalah pembandingan sistem kebahasaan daripada dua bahasa, seperti sistem bunyi atau sistem gramatikaI.

3 Carl James (1980:3) mendefinisikan analisis kontrastif sebagai berikut: "CA is a linguistic enterprise aimed at producing inverted (i.e. contrastive not comparative) two-valued typologies (a CA is always concerned with a pair of languages) and founded on the assumption that languages can be compared.”

4 Pendapat tentang Analisis kontrastif
Pertama, analisis kontrastif berkaitan dengan pembandingan unsur-unsur yang terdapat dalam dua bahasa atau lebih untuk mengetahui persamaan atau perbedaan unsur-unsur tersebut. Unsur-unsur yang dimaksud ialah variasi daripada unsur bahasa yang terkecil, iaitu sistem bunyi hinggalah ke unsur bahasa yang paling besar,iaitu wacana. Bahkan, Lado (1966: ) juga membandingkan aspek budaya.

5 Kedua, pembandingan unsur-unsur bahasa tersebut dilakukan secara sinkronis atau deskriptif, iaitu perbandingan dalam suatu masa tertentu yang terbatas tanpa melibatkan perkembangan historis daripada bahasa-bahasa yang sedang dibandingkan. Ketiga, hasil pembandingan tersebut digunakan untuk pelbagai keperluan, iaitu dari pemahaman umum hingga untuk keperluan praktis,seperti untuk pengajaran, penterjemahan, dan penelitian (Lado, 1966: 2-8). j

6 Ruang Lingkup Analisis Kontrastif
Carl James (1980: ) mengklasifikasikan analisis kontrastif ke dalam dua kategori, iaitu analisis kontrastif linguistik mikro (microlinguistic contrastive analysis) dan analisis kontrastif linguistik makro (macrolinguistic contrastive analysis). Linguistik mikro ialah bidang linguistik yang mempelajari bahasa dari dalam, iaitu kaedah atau struktur bahasa itu sendiri. Unsur- unsur yang dicakup ialah fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikologi.

7 Linguistik makro ialah bidang linguistik yang mempelajari bahasa dalam hubungannya dengan faktor-faktor di luar bahasa itu, yang pada umumnya dilakukan atas kandungan kalimat. Maksudnya, analisis kontrastif dilakukan terhadap bahasa dalam kaitannya dengan faktor-faktor di luar bahasa itu, yang mencakup analisis teks dan wacana.

8 Analisis kontrastif linguistik mikro
Lado (1966) membahas cara-cara membandingkan dua bunyi, dua struktur gramatikal (tatabahasa), dua sistem kosa kata, dan sistem menulis. Dua sistem yang dimaksud ialah dua sistem bahasa yang dibandingkan, lazimnya meliputi bahasa pertama dan bahasa sasaran.

9 Dalam membandingkan dua sistem bunyi, misalnya, Lado (1966: 13) mengemukakan tiga langkah analisis untuk setiap fonem, iaitu (i) Apakah bahasa pertama memiliki fonem yang sama dengan bahasa sasaran (2) Apakah varian daripada fonem tersebut sama pada kedua bahasa yang dibandingkan? dan (3) Apakah fonem dan variannya memiliki distribusi yang sama pada kedua bahasa yang dibandingkan?

10 Perbandingan Morfologi
(i) Apakah bahasa pertama memiliki morfem yang sama dengan bahasa sasaran (2) Apakah bentuk proposisi, pronomina, affiks pada kedua bahasa yang dibandingkan? dan (3) Apakah morfem memiliki distribusi yang sama pada kedua bahasa yang dibandingkan?

11 Perbandingan sintaksis
(i) Apakah bahasa pertama memiliki struktur kalimat yang sama dengan bahasa sasaran (2) Apakah terdapat persamaan pola-pola kalimat pada kedua bahasa yang dibandingkan?

12 Contoh perbandingan Aspek fonologi
Analisis Bezaan dari Aspek Fonologi.doc Aspek morfologi Analisis Bezaan dari Aspek Morfologi.doc Aspek sintaksis Analisis Bezaan dari Aspek Sintaksis.doc Aspek semantik Analisis Bezaan dari Aspek Semantik.doc

13 Analisis kontrastif linguistik makro
Dalam kaitannya dengan analisis kontrastif linguistik makro, Subyakto (1990) pernah melakukan penelitian dengan topik “Pragmalinguistik Kontrastif: Suatu Penjajakan Gaya Komunikasi antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia”.

14 Penelitian yang melibatkan 16 penutur asli bahasa Inggeris dan 19 penutur asli bahasa Indonesia menghasilkan suatu daftar persamaan dan perbedaan pengungkapan fungsi-fungsi bahasa (language functions) antara bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris pada tiga tingkat tutur, iaitu formal, informal, dan akrab. Fungsi bahasa yang dimaksud meliputi 30 buah. Antaranya ialah pengungkapan persetujuan, penyangkalan, tingkat kemungkinan, perasaan senang, dan rencana tindakan.

15 Aspek-aspek yang dijadikan indikator meliputi struktur, kosa kata, dan kesepadanan pengungkapan.
meskipun terdapat banyak gaya pengungkapan fungsi bahasa antara bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris, namun dapatan menunjukkan terdapat lebih banyak kesamaannya.

16 Rumusan Pengertian AK/Bezaan Hipotesis AK/Bezaan Tuntutan pedagogis
1. identifikasi perbezaan struktur bahasa 2. perkiraan kesulitan dan kesalahan berbahasa 3. Penyusunan bahan ajar 4. Penyampaian bahan pengajaran

17 Kesimpulan Kajian bahasa yang menerapkan teori linguistik kontrastif dapat dijalan dalam bahasa-bahasa lain kerana hasil daripada kajian seumpama ini dapat membantu guru merancang kaedah dan teknik pembelajaran yang pantas untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing. Selain untuk meningkatkan penguasaan sistem sesuatu bahasa, kajian seumpama ini juga dapat meningkatkan kemahiran linguistik (linguistic competence) dan kemahiran komunikatif (comunicative competence).

18 Sekian, terima kasih


Download ppt "BBM 5402 Kuliah 2 M 2 Pendekatan Analisis Bezaan"

Similar presentations


Ads by Google