Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Topik: Periklanan dan Proses Pemasaran Oleh: Dr. Sham

Similar presentations


Presentation on theme: "Topik: Periklanan dan Proses Pemasaran Oleh: Dr. Sham"— Presentation transcript:

1 Topik: Periklanan dan Proses Pemasaran Oleh: Dr. Sham

2 Hasil Pembelajaran menerangkan konsep asas dan prinsip pemasaran (C3)
menghuraikan pelbagai bentuk pemasaran jualan (P2) menerangkan kriteria pemilihan media periklanan bagi tujuan pemasaran produk atau perkhidmatan (A3) bertindak aktif dalam kumpulan untuk memperkenalkan dan menghasilkan satu produk baru dalam pasaran (CS, CT)

3 Apakah Pemasaran? Pemasaran adalah satu set aktiviti yang dilaksanakan oleh pengiklan atau pemasar atau organisasi untuk membentuk satu proses memindahkan nilai antara pengiklan dengan konsumer (Shimp, 2003). Arens (1999) pula mengatakan pemasaran adalah satu proses urusniaga yang dirancang dan dilaksanakan untuk tujuan melariskan penjualan produk atau perkhidmatan.

4 Komunikasi Pemasaran Cabaran komunikasi pemasaran adalah bagaimana untuk menyampaikan mesej yang betul dengan cara yang berkesan kepada khalayak yang sebenar, di tempat yang wajar pada masa yang tepat. Cuba anda fikirkan apa yang dimaksudkan dengan: Mesej yang betul Cara yang berkesan Khalayak yang sebenar Tempat yang wajar Masa yang tepat

5 Paduan Pemasaran Paduan pemasaran (marketing mix) juga dikenali sebagai 4P iaitu istilah dan klasifikasi yang diperkenalkan oleh E. Jerome McCarthy dalam buku- buku teks yang ditulisnya.

6 Paduan Pemasaran Bahan atau elemen yang asal daripada Borden mengandungi 12 perkara: perancangan produk penentuan harga penjenamaan periklanan promosi pembungkusan peragaan penjualan peribadi saluran pengedaran physical handling perkhidmatan analisis fakta

7 Paduan Pemasaran Bagi memendekkan senarai tersebut, Borden meringkaskannya kepada empat elemen sahaja iaitu Produk, Penentuan Harga, Penentuan Tempat dan Promosi atau lebih dikenali sebagai 4P. PRODUCT PRICE PLACE PROMOTION

8

9 Paduan Pemasaran Paduan pemasaran ini dianalogikan sebagai suatu “resipi” yang mengandungi pelbagai bahan yang dapat menghasilkan produk yang memberi kepuasan pengguna apabila digaulkan atau dipadukan dengan betul.

10 Paduan Komunikasi Pemasaran Integrated Marketing Communication (IMC)
Elemen-elemen utamanya adalah: Periklanan, Perhubungan Awam, Penjualan Peribadi, Pemasaran Langsung, Promosi Jualan.

11 Komunikasi Periklanan
Periklanan merupakan satu bidang komunikasi pemasaran kerana ia digunakan sebagai alat untuk menyampaikan mesej-mesej pemasaran. Sebagai satu bidang komunikasi, periklanan berbeza dengan bentuk-bentuk komunikasi yang lain kerana ia mempunyai ciri-ciri yang lebih khusus terutama dari segi sumber mesejnya, sifat mesejnya dan media yang digunakan.

12 Komunikasi Periklanan
Periklanan dilihat sangat penting dalam komunikasi pemasaran berdasarkan kadar perbelanjaan yang lebih tinggi untuk periklanan berbanding yang lain- lain. Walaupun elemen-elemen lain perlu dipilih dan dipadukan dengan berkesan, elemen periklanan menjadi penting kerana beberapa perkara asas seperti:

13 Komunikasi Periklanan
Liputan luas dengan kebolehan mencapai khalayak massa kerana media massa yang digunakan cenderung untuk meliputi kawasan geografi yang luas sama ada berbentuk tempatan atau antarabangsa.

14 Komunikasi Periklanan
Dengan penyasaran yang lebih tepat, ia boleh mencapai khalayak massa yang selektif. Ini berlaku apabila media semakin banyak dan semakin khusus kandungan serta khalayak sasarannya. Kos unit yang rendah kerana walaupun semakin ramai khalayaknya, kos yang ditanggung adalah tidak berubah.

15 Komunikasi Periklanan
Berekonomi, berkesan dan cekap dalam pencapaian khalayak massa. Berkesan untuk pemeliharaan jenama dan juga pembangunan jenama.

16 Kekuatan Periklanan Can reach a mass audience Introduces products
Strengths Examples Can reach a mass audience Celcom commercials reach more than million consumers Introduces products Windows Vista was simultaneously introduced in multiple world markets Explains important changes I-phone or Blackberry ads explain changes in its technology Reminds and reinforces Pepsi has been advertised continuously for more than 50 years Persuades Nike campaigns have helped increase sales by 300% during the past decade

17 Strategi Agregasi dan Segmentasi
Market aggregation strategy - Purposefully ignoring differences in the market and using one market strategy to appeal to as many people as possible Market segmentation More common approach Recognize differences in the market and adjust to them accordingly Divide market into segments and select a target market

18 Ciri-ciri Produk A competitive marketing strategy designed to create product differences in the eyes of consumers that distinguish the product from all others Differences may be Tangible, including unique product features, color, size, quality of performance or support services, or available options Intangible, in which similar products are distinguished by product image appeals

19 Produk

20 Harga Psychological pricing: manipulate consumer judgment to make a product seem worthy or valuable

21 Komunikasi Pemasaran Bahagian ini akan menghuraikan elemen-elemen komunikasi pemasaran kecuali periklanan yang telah diterangkan sebelumnya. Perhubungan Awam Perhubungan awam merupakan aktiviti komunikasi yang bertujuan untuk membina persefahaman antara organisasi dan khalayaknya iaitu pihak yang berkepentingan seperti pelanggan, pembekal, pemegang saham, pekerja dan sebagainya. Cth: Press Conference

22 Komunikasi Pemasaran Pemasaran Langsung
Pemasaran langsung ialah sistem komunikasi pemasaran yang mementingkan respons yang langsung daripada khalayak. Ia tidak melibatkan pertemuan bersemuka Cth: Mel langsung, Komunikasi telefon, Internet

23 Komunikasi Pemasaran Antara bentuk-bentuk tawaran adalah seperti:
harga istimewa (misalnya diskaun 20%), terma pembelian (misalnya ansuran), jaminan (misalnya jaminan lima tahun) dan sebagainya yang melibatkan penghantaran, premium dan imej. Insentif merupakan salah satu bentuk tawaran. Ia mungkin merupakan hadiah percuma sebagai balasan kepada respons yang pantas, loyalty schemes yang menawarkan mata ganjaran yang boleh ditebus atau bentuk-bentuk yang lain.

24 Komunikasi Pemasaran Penjualan Peribadi
Penjualan peribadi merupakan aktiviti promosi yang tidak melibatkan periklanan, perhubungan awam dan promosi jualan. Penjual peribadi bukan sekadar menjual tetapi berupaya untuk mengekalkan pelanggan, membina hubungan baik dan memberi imej yang baik.

25 Agensi Periklanan Agensi perkhidmatan lengkap: Agensi yang menyediakan semua perkhidmatan ‘above the line advertising’ dan mempunyai tiga jabatan utama iaitu jabatan akaun, media dan kreatif. Agensi Dalaman: Bahagian khas dalam sesebuah syarikat yang diberi peranan untuk mengendalikan sendiri tugas-tugas komunikasi pemasaran. Agensi dalaman berperanan untuk menghasilkan semua atau sebahagian bahan komunikasi pemasaran.

26 Agensi Periklanan Agensi perancangan dan pembelian media: Mengandungi pakar-pakar dalam kerja-kerja perancangan media. Peranannya sama dengan jabatan media dalam agensi perkhidmatan lengkap. Butik Kreatif: Agensi yang mengandungi pakar-pakar kreatif khususnya pengarah kreatif, penulis iklan/kapi, pengarah seni dan sebagainya. Agensi ini bekerja berdasarkan projek tertentu dan peranannya sama dengan jabatan kreatif dalam agensi perkhidmatan lengkap. Lain-lain (agensi interaktif, iklan luaran).

27 Problem Based Learning
Fikirkan satu produk yang belum terdapat dalam pasaran. ‘Needs’ dan ‘Wants’ konsumer. Namakan produk tersebut. Apakah ciri-ciri ketara dan tidak ketaranya. Lakarkan produk tersebut dan bentangkan dalam kelas pada hari Rabu.

28 Bersambung pada hari Rabu … Sekian, terima kasih


Download ppt "Topik: Periklanan dan Proses Pemasaran Oleh: Dr. Sham"

Similar presentations


Ads by Google