Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BBM 3101: SEJARAH & RUMPUN BM

Similar presentations


Presentation on theme: "BBM 3101: SEJARAH & RUMPUN BM"— Presentation transcript:

1 BBM 3101: SEJARAH & RUMPUN BM
BERSEMUKA 2 BBM 3101: SEJARAH & RUMPUN BM

2 Pensyarah PM Dr. Abdul Rashid Bin Daing Melebek Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Serdang. No. Telefon : No. Tel. Bimbit :

3 BAB 5 Bahasa Melayu Kuno Prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Tempat-tempat yang ditemukan prasasti tersebut termasuklah Pulau Jawa, Sumatera, Selatan Thai dan Semenanjung Tanah Melayu.

4 Prasasti di Pulau Jawa Sajamerta, Manju-Syrigrha, Dang Pu Hawang Geulis, Gunung Sundoro, Bukateja, Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi dan di beberapa tempat lagi. Prasasti yang dikaji dan harus diketahui ialah Prasasti Sajamerta sahaja.

5 Prasasti di Sumatera Kedukan Bukit, SS-683M- ditransliterasikan ke tulisan Rumi oleh Coedes. Talang Tuwo, Palembang SS-684M- ditransliterasikan ke tulisan Rumi oleh Coedes. Telaga Batu,Telaga Batu, SS – 685M- Transliterasikan ke tulisan Rumi oleh de Casparis. Kota Kapur, Pulau Bangka-686M, Trasliterasikan ke tulisan Rumi oleh Coedes. Karang Berahi, 686M – Transliterasikan ke tulisan Rumi oleh Coedes.

6 Prasasti di Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Thai
Ligor, Chaiya, Si Chon, Takua Pa, Weng Sa, Nakon Si Thammarat, Sathing Phra, Yarong Yala, Lembah Bujang dan Pengkalan Kempas. Prasasti-prasasti di atas bertarikh abad ke-8 dan selepasnya.

7 BAB 6 BMK, PASAI, SAMUDERA, MELAKA, ACHEH, & JOHOR-RIAU
Sebelum Islam, pengaruh Hindu telah meresap ke dalam bahasa Melayu. Contoh: Pentadbiranraja,bendahara,istana,perdana menteri, laksamana, singgahsana. Agamapuasa, sami,syurga, pahala,dosa SasteraHikayat Seri Rama, Sang Boma Kebudayaan -> bersanding, perkataan -> hamba, sahaya, puja, bala tentera, dll.

8 Kedatangan Islam Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara:
melalui India (saudagar Gujerat) -> Kajian Winstedt. dari Parsi oleh orang Islam yg berniaga dan berdakwah. Datang terus dari tanah Arab. Melalui negara China. Melalui Asia barat, Asia Selatan, atau Afrika Utara.

9 Perkembangan Islam Acheh abad ke-12 dan abad ke-17-18
Samudera-Pasai abad ke-13 dan 14 Terengganu abad ke-13 Melaka abad ke-15 Johor abad ke-16 Johor-Riau abad ke-18 dan 19 Selepas ini, Brunei, Jambi, Palembang, Siak, Langkat, Deli Serdang, Demak, Banten, Mataram, Goa dan Makassar, Ternate dan Tidore, dll.

10 Pasai Samudera Catatan Marco Polo 1292M, rakyat negara ini telah Islam. Tahun 1297, rajanya yang bernama Sultan Malikus Salih telah mangkat. Karya: Hikayat Raja-Raja Pasai Kitab Bahr al-Lahut.

11 Kerajaan Melaka Hasil karya dalam zaman ini: . Hukum Kanun Melaka.
. Undang-Undang Laut Melaka. . Hikayat Seri Rama. . Hikayat Amir Hamzah. . Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.

12 Kerajaan Acheh Hamzah Fansuri: Syair Burung Pungguk, Burung Pingai, Dagang, Perahu, Sidang Fakir dan Syarab al-‘Asyiqin. Syamsuddin Al-Sumaterani: Kitab Syarah Ruba’I, Tanbihut-Tullab. Nuruddin Al-Raniri: Sirat al-Mustaqim, Bustan al-Salatin, dll. Abdul Rauf al-Singkel: Tafsir al-Quran, Mir’at Al-Tullab, dll. Bukhari al-Jauhari: Taj Al-Salatin.

13 Kerajaan Johor-Riau Asal-usul nama Johor-Riau:
Sultan Mahmud mangkat dijulang tahun 1699, tiada zuriat lalu Sultan Abdul Jalil menggantikan tempat baginda sebagai sultan Johor kerana baginda tidak mempunyai zuriat. Takhta ini dirampas oleh Raja Kecil dari Siak yang mengaku anak kandung Sultan Mahmud. Tahun 1722, Sultan Abdul Jalil dapat merampas kembali takhta ini dengan bantuan anak Raja Bugis lima orang bersaudara dari Sulawesi.

14 Oleh itu, keluarga bendahara yang menjadi sultan dengan gelaran Yang Dipertuan dan tinggal di Johor manakala anak Raja Bugis menjadi Yang Dipertuan Muda atau Yam Tuan Muda dan menetap di Riau. Kekuasaan secara dualisme ini meretakkan kerajaan Johor menjadi dua, iaitu Johor dan Riau (Johor-Riau).

15 BAB 7 BM KLASIK & PERSURATAN MELAYU
Kesultanan Palembang Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi telah belajar agama di Palembang, di Kedah dan juga di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah). Beliau telah mengarang banyak kitab dan kitab-kitab itu dikarang di tempat-tempat yang telah beliau huni. Umpamanya kitab Hidayat al-Salikin (sebuah kitab tasawuf), dan Siyar al-Salikin (sebuah kitab yang diterjemahkan daripada kitab Ihya’u Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali) telah dikarang ketika beliau berada di Makkah.

16 Kesultanan Banjar Antara ulama Banjar yang terkenal ialah Syeikh Muhamad Arsyad al-Banjari yang mengarang banyak kitab yang besar-besar. Antaranya: Sabil al-Muhtadin, Tuhfat al-Raghibin, Qaulu al-Mukhtasar,Kanzu al-Ma’rifah,Usuluddin, Kitab al-Nikah, Kitab al-Fara’id, Fat al-Rahman, Bidayat al-Mubtadi, Bulughul-Maram dan lain-lain.

17 Kerajaan Pattani Antara ulama-ulama Patani yang terkenal ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, Syeikh Ahmad Al-Fatani, Syeikh Ismail Daud Al-Fatani dan lain-lain. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani telah mengarang lebih daripada 60 buah kitab. Bahkan ada yang mengatakan jumlahnya 99 buah kitab. Antara kitab-kitab karangannya ialah Furu’ al-Masa’il, Sullamul – Mubtadi, Mun-yatul-Musalli, Minhaj al-Abidin, Kasyful Ghummah, Ilmu Tasawuf, Al-Duruth-Thamin, Tarikh Fatani, Sifat 20, Terjemahan Bidayat al-Bidayah, dan Bughyatut-Tullab dan lain-lain.

18 Kerajaan Goa Di Goa terdapat ulama yang sangat terkenal iaitu Syeikh Muhammad Yusuf al-Maqassari ( H/ ) Beliau adalah ulama dari tanah Makassar di Sulawesi Selatan. Namun dalam kehidupannya beliau banyak mengembara. Pada mulanya beliau memang berada di Makassar, tempat kelahirannya, tetapi kemudian berhijrah ke Jawa Barat iaitu di Kerajaan Banten, atau biasa juga disebut sebagai Bantam oleh orang-orang Barat.

19 Dari situ beliau ke Makkah untuk mendalami pengetahuan agamanya
Dari situ beliau ke Makkah untuk mendalami pengetahuan agamanya. Kemudian beliau balik semula ke Banten. Dalam dunia politik beliau menentang penjajahan Barat. Akhirnya beliau telah ditangkap oleh penjajah Belanda dan dibawa ke Sri Lanka dan kemudian dibuang ke Afrika Selatan pada Beliau telah dibuang bersama-sama dengan pengikutnya. Dengan itu, wujud masyarakat Melayu Islam di Sri Lanka dan Afrika Selatan hingga sekarang. Sebagai ulama, beliau sempat menulis kitab-kitab agama. Antaranya ialah Safinat al-Najah.

20 Surat-menyurat dalam BMK
Manuskrip Melayu yang tertua dalam bentuk surat kiriman bertarikh pada tahun 1521 dan 1522, iaitu dua pucuk surat. Kesemuanya ditulis oleh Sultan Ternate, Maluku di Indonesia Timur kepada Raja Portugis di negara Portugal.

21 Manuskrip Melayu Klasik
Pada masa ini terdapat kira-kira manuskrip Melayu lama yang terdapat di seluruh dunia. Manuskrip-manuskrip ini masih dalam bentuk tulisan tangan dan tersebar di 14 buah negara di seluruh dunia. Mengikut catatan sejarah, manuskrip Melayu yang tertua (dalam bentuk buku) yang dapat dikesan setakat ini ialah Kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590M. Kitab ini telah dikaji dan dianalisis oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam tahun 1988, dan bahasanya dikaji oleh Asmah Haji Omar.

22 Selain itu, masih ada lagi manuskrip-manuskrip Melayu yang berusia tua seperti Tutinameh (1600M), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton, peniaga Inggeris (1602), surat daripada Sultan Aceh Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I, England (1615), Hikayat Seri Rama (1633), dan banyak yang lain lagi. Bagi manuskrip dalam bentuk surat dan buku boleh dirujuk karangan Gallop, A.T. dan Bernard Arps (1991), Golden Letters: Writting Traditions of Indonesia; dan Gallop, A.T. (1994), The Legacy of Malay Letter, British Library.

23 Bab 8 BM Abad ke-19 Penjajah Belanda di Indonesia.
Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak, serta Burma. Sepanyol di Filipina. Perancis di Indo-China, dan Portugis di Timor Timur. Hanya Thailand yang terkecuali daripada penjajahan barat.

24 Kedatangan barat membawa:
Bahasa dan kesusasteraan. Tulisan rumi. Tulisan ini telah diperkenalkan sejak dari dahulu lagi, tetapi hanya berkembang pesat sejak abad ke-19 terutama dalam Teknologi barat yang moden. Pengaruh ini berkembang pada abad yang lalu seperti kapal api, kereta api dan senjata api. Alat percetakan. Alat ini mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 yang menyebabkan banyak buku mudah diperolehi dan murah harganya. Majalah. Penerbitan majalah mula diperkenalkan dari kebudayaan barat. Majalah mengandungi pelbagai maklumat, berita, iklan dan lain-lain yang terkini.

25 Pembukaan sekolah (Penang Free School) 1821.
Surat khabar juga diperkenalkan dalam masyarakat Melayu selepas wujudnya surat-surat khabar dalam bahasa barat. Institusi pengajian untuk guru-guru yang bakal mengajar di sekolah-sekolah juga diperkenalkan untuk sistem pendidikan Melayu. Persatuan atau kelab mengikut cara barat diperkenalkan di negara ini seperti Royal Asiatic Society di Benggala. Sistem pentadbiran barat yang bercirikan pentadbiran secara moden mula diperkenalkan oleh penjajah barat yang menjajah negeri-negeri Melayu dan lain-lain lagi. Perlembagaan bertulis yang ditiru dari barat seperti Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895. Bentuk-bentuk tulisan surat khabar, majalah dan tulisan-tulisan laporan yang lain. Penulisan buku-buku bacaan sekolah.

26 Penerbitan Majalah Pada 15 Rabiul Awal 1236H bersamaan dengan kira-kira dalam bulan Januari 1821 terbit majalah Bustan Arifin. Ia merupakan majalah berbahasa Melayu yang pertama dan yang diterbitkan dengan menggunakan tulisan Jawi dan Rumi.

27 Akhbar berbahasa Melayu yang pertama ialah Soerat Kabar Malaijoe diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur dalam tahun 1856. Jawi Peranakan yang terbit di Singapura pada 1876 yang dikelolakan oleh orang-orang India peranakan. Alamat Langkapuri yang terbit di Colombo, Sri Lanka pada tahun 1869 dikelolakan oleh orang Melayu sendiri.

28 Persatuan Penubuhan persatuan ini telah ditiru oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Johor. Pada tahun 1888 Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa atau Singkatannya Pa Ba Mim Pa Ba, telah ditubuhkan di Johor Bahru dengan dipimpin oleh Datuk Seri Amar Diraja Datuk Abdul Rahman Andak. Anggota-anggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan Johor. Inilah julung-julung kali persatuan bahasa Melayu yang ditubuhkan oleh orang-orang Melayu. Dalam abad ke-20 persatuan ini berubah namanya menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku dengan singkatan yang sama, dan selepas itu ia diberi anugerah Diraja (Royal) oleh DYMM Sultan Ibrahim, Johor.

29 Persatuan ini banyak berjasa kepada bahasa Melayu kerana ia telah berusaha menggubal istilah-istilah Melayu terutama dalam pentadbiran moden, membuat perancangan bahasa seperti mengatur sistem ejaan Jawi, kaedah menulis surat kiriman, menyusun kamus Melayu (Buku Katan), mengatur tatabahasa Melayu - Buku Jalanbasa Melayu dan Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu, Perianbasa, Tanda-tanda bagi bacaan dan buku-buku yang lain. Di samping itu diterbitkan juga majalah yang menjadi lidah rasminya, iaitu Peredar yang sempat terbit sebanyak 25 keluaran.

30 Perkamusan Antara buku kamus yang terbit dalam abad ke-19 ini ialah:
A Dictionary of the Malayan Language yang disusun oleh William Marsden (1812). Inilah kamus Melayu yang terbesar pada masa itu. Kamus ini kemudian diterjemahkan oleh C.P. Eliot ke dalam bahasa Belanda dan Perancis. A Dictionary of the Malay Language oleh J. Crawfurd (1852). A Dictionary of the Malay Language oleh Hugh Clifford dan F. Swettenham (1894). Kamus Melayu-Inggeris ini disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman.

31 Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1858) sebuah kamus ekabahasa Melayu yang pertama disusun oleh orang Melayu sendiri. Kamus Mahmudiyah yang disusun oleh Syed Mahmud bin Syed Abdul Kadir (1894). Selain itu, masih banyak lagi kamus yang disusun pada abad yang lalu terutama oleh orang-orang Belanda seperti P.P. Roorda Van Eysinga (1855), Klinkert, J. Pijnappel, Van der Turuk, H. Von de Wall dan lain-lain.

32 Buku Tatabahasa Pada abad ke-19 terdapat beberapa banyak buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh para pengkaji barat seperti orang-orang Inggeris, Belanda, Perancis dan juga oleh orang Melayu sendiri. Antara buku tatabahasa tersebut ialah: A Grammar of the Malayan Language oleh William Marsden (1812). Buku tatabahasa ini dicetak bersama-sama buku kamus Melayu-Inggerisnya. Bustan al-Katibin sebuah buku tatabahasa Melayu yang disusun oleh Raja Ali Haji (1858). Pemimpin Johor, sebuah lagi buku tatabahasa Melayu oleh Muhammad Ibrahim Munsyi (1877).

33 Pada abad ke-19 terdapat beberapa banyak penulis Melayu yang terkenal
Pada abad ke-19 terdapat beberapa banyak penulis Melayu yang terkenal. Antaranya ialah: Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ( ) yang lahir di Melaka, bekerja di Singapura dan meninggal di Makkah. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ( ). Muhammad Ibrahim Munsyi (mgl. 1904) Munsyi Syeikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi. Munsyi Muhammad Said (pengarang Jawi Peranakan) Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir (lahir 1865 meninggal 1913)

34 Pengarang majalah Bustan Arifin
Pengarang majalah Bustan Arifin. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad telah melahirkan banyak hasil karya dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah: Tuhfat al-Nafis. Silsilah Melayu dan Bugis. Bustan al-Katibin. Thamarat al-Mahammah. Intizam Waza’if al-Mahammah. Kitab Pengetahuan Bahasa. Gurindam Dua Belas dan lain-lain.

35 Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir lahir di Singapura (1865) dan bersekolah di Raffles Institution, Singapura. Beliau pernah bekerja sebagai Kerani, kemudian penterjemah, guru bahasa Melayu dan pengarang yang prolifik. Beliau dapat bertutur dan memahami bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Hindustan, Perancis, Arab, Parsi, Tamil dan Cina. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar Taman Pengetahuan dan telah menulis beberapa banyak buku Melayu seperti Kamus Mahmudiyah, Ilmu Kejadian, Kejadian Seluruh Anggota, Ilmu Peladang, Ilmu Bumi, Hikayat tanah-tanah Besar Melayu dan Pulau Perca, Pemimpin Pengetahuan, Pohon Pelajaran, dan Jalan Kepandaian.

36 Bab 9 BM Abad ke-20 Sekolah berbahasa Pengantar Melayu terus berkembang sama ada di Malaya atau di Indonesia. Pada penghujung abad ke-19, iaitu tahun 1895 terdapat sekolah-sekolah Melayu seperti yang berikut: a. Negeri Perak - 81 buah b. Negeri Selangor - 28 buah c. Negeri Sembilan - 19 buah d. Negeri Pahang - 3 buah

37 Maktab Perguruan Bagi menampung keperluan guru, maktab-maktab perguruan telah dibina. Maktab perguruan untuk guru-guru Melayu mula-mula dibuka di Singapura pada tahun Pada tahun 1900 dibuka pula Maktab Perguruan Melaka. Setelah maktab ini ditutup, dibuka pula Maktab Perguruan Taiping pada tahun Sebuah Maktab lagi dibuka di Johor Bahru pada tahun Pada tahun 1922 dibuka Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung. Maktab ini adalah khas untuk lelaki dan calon-calon guru didatangkan dari pelbagai tempat di negeri-negeri Melayu yang Bersekutu, Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu yang tidak Bersekutu dan juga Borneo Inggeris termasuk Brunei.

38 Perkamusan Kegiatan menyusun kamus Melayu semakin ditingkatkan apabila menjelang abad ke-20. Beberapa buah kamus besar telah disusun seperti kamus Jawi - Melayu - Inggeris yang disusun oleh R.J. Wilkinson. Kamus ini berbidang besar dan tebal serta mempunyai maklumat yang banyak tentang bahasa Melayu. Kamus ini diterbitkan pada tahun Van Ronkel telah menyusun kamus Melayu-Belanda dan Belanda-Melayu (1918).

39 Buku Katan (Kamus Melayu) oleh Muhammad Said Sulaiman (1936) dan guguskatan-guguskatan yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor menambahkan lagi jumlah kamus Melayu. Kemudian terbit pula Kamus Melayu oleh Haji Syamsuddin Muhammad Yunus yang tebalnya hampir seribu halaman dan bertulisan Jawi (1948). Selain itu masih ada lagi kamus bahasa Melayu sama ada dalam bentuk ekabahasa, dwibahasa atau pelbagai bahasa dan juga Kamus besar, kamus umum, kamus istilah, kamus pelajar, kamus bergambar, kamus khusus dan lain-lain.

40 Buku Tatabahasa Pada abad kedua puluh semakin bertambah banyak buku-buku tatabahasa Melayu yang diterbitkan. Pengarang-pengarangnya terdiri daripada orang-orang Inggeris, Melayu dan bukan Melayu. Antara pengarang dan buku-buku tersebut ialah: W.E. Maxwell (1882) A Manual of Malay Language. W.G. Shellabear (1898). A Practical Malay Grammar. R.O. Winstedt (1913). Malay Grammar. Coope, A.E. (1946). A Guide to Malay Conversation. Pearse (1944). A Simple but Complete Grammar of the Malay Language. Miss Lewis (1947). Teach Yourself Malay. Adam and Butler (1922). Grammar of the Malay Language. Raja Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau (1915 tetapi baru terbit 1928), Rencana Melayu. Ibrahim bin Hj. Abdul Salam (1936), Permulaan Mengarang. Abdullah Talib (1929). Punca Bahasa. Al-Saiyid Muhammad Othman (1936). Kitab Penanggam Bahasa.

41 Hj. Muhammad Said Hj. Sulaiman (1937)
Hj. Muhammad Said Hj. Sulaiman (1937). Penokok dan Penambah Dalam Bahasa Melayu. Hj. Muhammad Said Hj. Sulaiman. Jalanbasa Melayu. Za’ba (1940). Pelita Bahasa Melayu I, kemudian terbit jilid II dan III. Sutan Takdir Alisyahbana (1965). Tatabahasa Baharu Bahasa Melayu - Indonesia I dan II. Arbak Othman: Tatabahasa Bahasa Malaysia. Asmah Hj. Omar: Bahasa Malaysia Kini I - V. Asmah Hj. Omar: Nahu Melayu Mutakhir. Raja Mukhtaruddin Dain: Tatabahasa Pegangan. Nik Safiah Karim et. Al. (1986). Tatabahasa Dewan I dan II.

42 Pengarang Abad Ke-20 Pengarang Melayu yang berkalibar seperti:
Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Abdul Rahim Kajai Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Major Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman Harun Aminurrashid

43 Za’ba ( ) Zainal “Abidin bin Ahmad lebih terkenal dengan nama singkatannya, iaitu Za’ba. Beliau telah dilahirkan di Batu Kikir, Negeri Sembilan dan meninggal di Petaling Jaya. Beliau adalah ahli bahasa, ahli agama, penterjemah dan ahli pergerakan politik Melayu. Antara tulisan-tulisannya ialah: Ilmu Mengarang Melayu Pelita Bahasa Melayu Jil. I, II dan III Ilmu Bahasa Melayu Rahsia Ejaan Jawi Pelita Mengarang Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi Asuhan Budi dll.

44 Abdul Rahim Kajai ( ) Seorang wartawan dan penulis cerpen Melayu yang terkenal. Beliau sering dijuluki sebagai Bapa Kewartawanan Melayu. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar seperti Warta Jenaka, Utusan Zaman, Idaran Zaman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad, Perubahan Baru dan Berita Malai. Beliau juga pernah menulis beberapa buah buku seperti Hikayat Dzul-Ruhain dan berpuluh-puluh cerpen yang tersiar dalam akhbar-akhbar.

45 Harun Aminurrashid (1907 - 1986)
Nama sebenar beliau ialah Harun bin Mohd. Amin. Lahir di Singapura. Beliau banyak menulis makalah, cerpen, novel dan lain-lain. Antara tulisan-tulisannya ialah: Melor Kuala Lumpur, Cinta Gadis Rimba, Dewa Lombong, Korban Kinabalu, Dayangku Fatimah, Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Simpang Perenang dll. Beliau juga memimpin beberapa majalah seperti Hiburan, Hiburan Cerita, Hiburan Filem, Mutiara, Tunas, Seni, Belia, Kisah, Arena Filem, Medan Sastera dll. Beliau belajar di SITC, menjadi guru, pensyarah dan pernah berkhidmat di Negara Brunei.

46 Muhammad Said Sulaiman
Beliau bergelar Dato’ dan berpangkat mejar dalam Pasukan Tentera Timbalan Setia Johor. Tokoh persuratan Melayu Johor yang terkenal. Bersekolah Melayu, Inggeris dan Agama. Beliau telah menjadi penggerak utama Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor dan menulis banyak buku seperti: Buku Katan (Kamus Melayu), Jalanbasa Melayu, Penokok dan Penambah dalam bahasa Melayu, Panduan bagi Hejaan PBMPB, Tanda-tanda bagi Bacaan, Guguskatan-guguskatan dan lain-lain. Sebanyak 16 buah buku yang dikarang oleh beliau.

47 Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi
Beliau dilahirkan di Kampung Ulu, Melaka. Seorang Melayu campuran darah Arab. Beliau termasuk ulama yang membawa perubahan atau reformis Islam yang bekerja sama dengan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali dan Haji Abas Mohd. Taha dalam menerbitkan majalah “al-Imam” di Singapura pada tahun Al-Imam mempunyai aliran yang sama dengan majalah Al-Manar di Mesir yang diterbitkan oleh Saiyid Muhammad Rashid Rida.

48 Saiyid Muhammad Rashid Rida, salah seorang murid Muhammad Abduh yang terkenal. Saiyid Syeikh juga telah menerbitkan buku dan majalah serta akhbar seperti Al-Tarikh Al-Islam, Hikayat Setia Asyik kepada Maksyuknya atau Hikayat Faridah Hanum, Al-Ikhwan, Hikayat Anak Dara Ghassan, Cerita-cerita Rokambul, Tafsir Juz ‘Amma, Tafsir Al-Fatihah, Kitab Agama Islam dan Akal, Hadiah Kebangsaan dan lain-lain lagi.

49 Syeikh Muhammad Tahir Jalauluddin Al-Falaki
Lahir di Minangkabau dan mengaji di Makkah dan Masir. Murid kepada Muhammad Abduh tokoh reformis Islam abad ke-20. Beliau adalah ulama yang menganut aliran Ahli Sunnah wal-Jamaah atau biasa disebut Kaum Muda. Beliau mempunyai banyak murid di Sumatera Barat dan di Tanah Semenanjung. Terlibat dengan penerbitan majalah Islam aliran baru dan penulis kitab-kitab agama. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli falak.

50 Sekian, terima kasih.


Download ppt "BBM 3101: SEJARAH & RUMPUN BM"

Similar presentations


Ads by Google