Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA

Similar presentations


Presentation on theme: "BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA"— Presentation transcript:

1 BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
Terampil Cekap Mampu melakukan sesuatu dengan baik dan cermat Mahir berbahasa Lisan Tulisan Berkomunikasi Menerang Memberitahu Memujuk Meyakinkan Mempengaruhi Bercerita

3 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
PEMEROLEHAN BAHASA Proses yang berlaku dalam otak ketika memperolehi bahasa ibunda Mulai peringkat bayi melalui perlakuan dan kecekapan pancaindera; dengar dan tutur Meliputi peringkat Fonologi Bunyi-bunyi rambang (membabel) Fonem-fonem kasar (fitur ketara) Fonem-fonem halus (fitur tak ketara) Semantik Morfem bebas (kata-kata) Kata konkrit dan kata abstrak Morfem terikat Cuba jaya

4 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
PEMEROLEHAN BAHASA Sintaksis Gabungan kata Penafian, pertanyaan Ayat pelbagai ragam Wacana Gabungan idea Kefahaman ekstrinsik Kefahaman intrinsik Penguasaan gaya bahasa Kefahaman laras bahasa

5 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori Behavioris Pemerolehan sesuatu perlakuan melalui proses perulangan Kemahiran berbahasa sama dengan kemahiran fizikal yang lain J.B. Watson kajian lakuan sedar dan lakuan bawah sedar Bahasa mesti bersifat objektif

6 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA E.R. Guthrie Kajian lakuan rangsangan dan tindak balas Perulangan situasi menghasilkan perulangan bahasa B.F. Skinner Konsep pengukuhan dalam perlakuan rangsangan dan tindak balas Lakuan automatis Berlaku jika ada rangsangan Lakuan operan Berlaku dalam lingkungan/keadaan Pembelajaran berlaku setelah beberapa perulangan

7 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori Biologis Potensi dan fungsi otak dalam pemerolehan bahasa Otak mempunyai saraf; mampu menerima, memproses dan menghasilkan bahasa N. Chomsky Jentera penguasaan bahasa Upaya semulajadi merumus dan membentuk hukum nahu

8 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM1
E.H. Lenneberg Semua kanak-kanak sihat/normal mulai bertutur pada tahap usia yang sama Tidak terikat dengan persekitaran dan pengalaman perlakuan bahasa J. Piaget Kelahiran – 2 tahun Kebijaksanaan sensori motor 2 – 7 tahun Praolahan 7 – 12 tahun Olahan konkrit 12 – dewasa Olahan formal

9 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
DUA SUDUT PENELITIAN PEMEROLEHAN BAHASA Behavioris/empiris Perlakuan berulang-ulang Stimulus dan respons Gerak fizikal Biologis/mentalis Kebolehan sedia ada Naluri Artikulator

10 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA Membabel, mengagah Bunyi tanpa makna Sama bagi semua bayi Holofrasa Ujaran kata-kata tidak lengkap Ucapan dua kata Menggabung dua morfem Permulaan tatabahasa Pengenalan elemen tatabahasa Tatabahasa dewasa Ayat-ayat kompleks Kecekapan penuh Menerbit dan memahami elemen sintaksis yang lebih kompleks

11 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
Mulai membabel Pembabelan semakin rancak Intonasi babel seperti bahasa Holofrasa muncul Pemanjangan kata, penyempitan 3bln-angkat kepala 6bln-duduk dengan bantuan 9bln-duduk tanpa bantuan, merangkak, cuba berdiri, jatuh 1th-mulai berjalan apabila tangan dipegang, dapat berdiri 1th3bln-jalan huyung-hayang, merangkak naik tangga

12 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
1th6bln-dapat berjalan dengan baik, merangkak turun tangga dengan berundur 1th9bln-berjalan cepat dan cuba berlari 2th-berlari dengan baik, naik-turun tangga dengan satu kaki ke depan Pengucapan 2 holofrasa, berturutan dan cepat Mulai mengucapkan ayat 2 kata Mulai mengucapkan ayat 3 kata

13 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
2th6bln-mulai naik basikal roda 3, dua kaki menolak 3th-dapat naik basikal roda 3, naik tangga berselang kaki 3th6bln-mulai belajar melompat 4th-turun tangga berselang kaki 5th-naik-turun tangga dengan berlari, melompat dengan baik Mulai mengucapkan ayat 4 kata, sistem vokal lengkap Tahu guna kata ganti diri, kata nama Konsonan dikuasai kecuali gugus konsonan Sintaksis baik tapi terhad Gugus konsonan tepat

14 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
FAKTOR PERSEKITARAN PERTUTURAN Kedudukan sosioekonomi Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis permainan Perhubungan dalam keluarga Sistem panggilan, saiz keluarga, hubungan Kehidupan rumah tangga Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa

15 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM2
Kawasan tempat tinggal Bandar, pinggir bandar, kampung, setinggan Rakan sebaya Jiran, sekolah Media massa Elektronik, cetak Pendedahan dan rangsangan Potensi bahasa digilap secara formal

16 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
KOMUNIKASI Proses menyampai dan menerima maklumat antara dua pihak Menggunakan bahasa sebagai medium Bahasa Nonbahasa Membentuk idea Proses dalam minda Dipengaruhi rangsangan luaran dan dalaman Mencerminkan nilai dan daya trampil

17 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
Mengubah idea kepada simbol Memilih wahana penyampai; bahasa, simbol, rajah Menghantar mesej Memilih saluran, latar Menerima mesej Menggunakan deria dengar, lihat Memahami mesej Menggunakan kemahiran mentafsir Mengambil tindakan Tindak balas sewajarnya

18 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
BENTUK KOMUNIKASI Lisan Perbualan tidak dirancang Perbualan dirancang secara tidak formal Perbualan melalui telefon Mesyuarat, pengajaran, temu duga, pengucapan awam Komunikasi visual Grafik; foto, sketsa, lukisan Animasi; televisyen, video Komunikasi isyarat Gestur; mimik muka Postur; gerak tubuh Bahasa isyarat Komunikasi bertulis Memo Surat pekeliling Notis Laporan

19 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
KREDIBILITI KOMUNIKATOR Kebolehpercayaan Berupaya meningkatkan keyakinan khalayak terhadap isu Kepakaran Tahu apa yang diperkatakan berbanding khalayak Dinamik Bertenaga, aktif, berminat, menghayati Tetap pendirian istiqamah

20 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
Mesra Bersikap positif, senyum, lemah lembut, tidak sombong, berbudi bahasa Jujur Bercakap benar, tidak prejudis Ikhlas Telus dan tulus, setimpal dengan imbuhan Empati dan sensitiviti Ambil kira keselesaan dan kebajikan khalayak Personaliti Daya tarikan – ketrampilan dan penampilan

21 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
HALANGAN DALAM BERKOMUNIKASI Tiada maklum balas Komunikasi satu hala Gangguan saraf / deria penerima Salah faham / prasangka Kesilapan memilih saluran Penyampaian melalui saluran kedua Masalah semantik Kesilapan mentafsir kod Kekeliruan bahasa

22 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM3
Keadaan persekitaran Latar komunikasi Sikap peribadi yang negatif Berkaitan nilai diri seseorang; taksub, negatif, berat mulut Tidak faham budaya orang lain Lain padang lain belalang Rambut sama hitam, hati lain-lain Perbezaan status Ilmu, ekonomi, sosial

23 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran berbahasa paling asas Proses terawal sebelum komunikasi berlaku PROSES MENDENGAR Receiving Mendengar deretan bunyi bahasa Attending Membuka minda untuk menerima kod

24 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Understanding Menggerakkan proses mental untuk membuat tafsiran Menyusun kata, ayat dan wacana Responding Memberi maklum balas Menyerlahkan daya trampil dan nilai Remembering Merakam dalam minda segala proses dan kesan komunikasi yang berlaku

25 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR Peringkat awal Mengecam, mengajuk, memilih bunyi Mendengar, mengecam makna perkataan Melakukan sesuatu yang disuruh Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Peringkat pertengahan Mengecam dan mengingat fakta secara tepat Mengenal informasi spesifik Mengenal hubungan orang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap

26 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Peringkat maju Mengenal isi penting Mengenal peranan dan hubungan orang yang bercakap Mentafsir Mengikut aliran dalam perbualan Mengenal fungsi intonasi, tekanan Mentafsir tujuan penutur

27 KETRAMPILAN BERBAHASA @msyM4
JENIS MENDENGAR Informative listening Mendengar untuk memahami maklumat Bergantung kepada tiga variabel Penguasaan kosa kata Konsentrasi Daya ingatan Relationship listening Mendengar untuk menjalin hubungan Melayan penutur Memberi sokongan; tidak mengganggu Empati; merasai/menghayati pertuturan orang lain

28 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Appreciative listening Mendengar untuk kepuasan diri Corak persembahan Persepsi Pengalaman lalu Critical listening Mendengar secara kritis Komunikasi rasmi Bergantung kepada 3 syarat (Aristotle~ The Rhetoric); Ethos Kredibiliti pemidato; kepakaran, kebolehpercayaan Logos Hujah berasaskan logik Pathos Ketrampilan psikologikal; cara menagih perhatian

29 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Discriminative listening Mendengar dan mendiskriminasi Kemampuan mendengar Kesedaran struktur bunyi Intergrasi tanda nonverbal

30 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
PENDENGARAN BERKESAN Understand the complexities of listening Perlukan respons yang aktif Bukan sahaja tertumpu kepada bunyi bahasa tetapi juga nonbahasa Prepare to listen Mendengar untuk jangka masa yang berbeza Kuasai kosa kata Sesuaikan diri dengan situasi Tiada situasi mendengar yang serupa

31 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Tumpu kepada idea utama Jangan terpengaruh dengan lelucon Capitalized on the speed differential Latih untuk tingkat konsentrasi Hindari gangguan kosa kata tak relevan Organize material for learning Sediakan nota supaya mampu memberi respons yang spontan

32 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
MENINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR Establish eye contact with the speaker Gerak mata boleh memberi tafsiran tersirat berbanding yang tersurat Take notes effectively Catat kata kunci Peta minda Be a physically involved listener Gerak badan Gerak mata

33 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM4
Hindari tingkah laku negatif Hormati orang yang bercakap Melihat jam, mengetuk pensil, baca surat khabar Exersice your listening muscles Konsentrasi semasa mendengar Biasakan mendengar penyampaian yang serius Follow the golden rule Mendengar seperti mana anda mahu orang lain mendengar anda

34 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
KEMAHIRAN BERTUTUR Melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat artikulasi Proses memproduksi bunyi setelah menerima dan memahami input Kemahiran dikuasai melalui pengalaman mendengar dan meniru; jarang dihasilkan secara semula jadi

35 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM5
Dipengaruhi oleh Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran Ciri mental; kemahiran memahami, menginterpretasi Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak cukup maklumat dan persediaan Memberi respons dan menyampaikan maklumat dengan berkesan

36 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
ASPEK BERTUTUR Sebutan mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Tekanan Melantang sebutan pada bahagian suku kata perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat tertentu dalam wacana Mora Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang membezakan makna

37 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Jeda Persendian; berhenti sebentar antara perkataan, frasa, klausa dan ayat Intonasi Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat Nada Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi Tatabahasa Sistem yang digunakan untuk menggabungkan huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi, morfologi dan sintaksis

38 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Kelancaran Lafazan perkataan dan ayat secara kemas dan teratur Kefasihan Ketepatan sebutan Laras bahasa Penggunaan bahasa mengikut konteks

39 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
JENIS BERTUTUR Monolog Dalaman; tutur dan dengar sendiri Luaran; tutur tanpa pendengar Dialog Membabitkan dua pihak Berbual Bersembang Berpidato Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap, mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu duga / temu bual, bercerita

40 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PERINGKAT BERTUTUR Awal Mengajuk Menyoal soalan mudah Menjawab soalan mudah Bertegur sapa Pertengahan Mendeskripsi gambar Mendeskripsi pengalaman Bercerita Memberi ucapan pendek Perbualan mudah Memberi arahan

41 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Maju Mendeskripsi hal abstrak Bersyarah, berbahas, berbincang Memberi penerangan Mengkritik Mendeklamasi puisi

42 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
PRASYARAT PERTUTURAN Kawalan intro Tatacara “menyampuk” Alu-aluan Minta laluan Memastikan isu Mengemukakan pandangan Kawalan postur Tatacara memasuki majlis Kawalan gestur Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan hidung

43 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
TATACARA BERTUTUR Dalam perbualan Tahu apa yang dibualkan Kenal siapa pelaku Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang sesuai, nada sederhana Dalam perbincangan Tahu yang sedang dibincangkan Siapa peserta Latar perbincangan Elakkan emosional Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana

44 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
Dalam pengucapan awam Tahu tajuk dan fakta Kenali khalayak; kata sapaan Jangka masa Suasana/mood Penggunaan alat bantu; nota, pembesar suara, slaid & LCD, papan putih

45 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
10 PRINSIP MENGATASI MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM KHALAYAK Speaking in public is not inherently stressful You don’t have to be brilliant or perfect to succeed All you need is two or three main points You also need a purpose that is right for the task

46 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM6
The best way to succeed is not to consider yourself a public speaker Humility and humor can go a long way When you speak in public, nothing bad can ever happen You don’t have to control the behaviour of your audience The more you prepare, the worse you will do Your audience truly wants you to succeed

47 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
BAHASA DALAM PERTUTURAN Fungsi asal bahasa Meluah perasaan, menyebar/bertukar-tukar berita/maklumat, perkongsian budaya, hubungan sosial Lisan tak rasmi Ulangan, hentian, ayat pendek Kolokial Basahan Tak rasmi Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar

48 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM7
Slanga Kosa kata popular semasa Kumpulan sosial & profesional Tidak difahami di luar lingkungan Dialek Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial Kosa kata, tatabahasa, ungkapan Laras Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana Bentuk pertuturan, cara pertuturan Gaya Kelainan bahasa berasaskan kumpulan Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak Boleh juga dalam tulisan

49 RAGAM BAHASA PERTUTURAN
Dialek Bahasa + Geografi = Dialek Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak Idiolek Bahasa + Individu = Gaya Bahasa Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan Sosiolek Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana Wacana Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan

50 GAYA BAHASA Perbandingan Perulangan
Perumpamaan/simile, metafora, personifikasi, depersonifikasi, alegori, antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis, koreksio/antisipasi Perulangan Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus, epizeukis, tautotes, anafora, epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis, epanalepsis, anadiplosis

51 GAYA BAHASA Pertautan Pertentangan
Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme, eponim, epitet, antonomasia, erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme, elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton. Pertentangan Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia, paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis, paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi, apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme, sarkasme.

52 GAYA BAHASA PERBANDINGAN Perumpamaan/simile Metafora Personafikasi
Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di anggap sama Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana, penaka, serupa Metafora Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa menggunakan kata-kata kunci Ali mata keranjang Nani jinak-jinak merpati Personafikasi Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia Angin membelai rambutnya. Mentari mencubit kulitku.

53 GAYA BAHASA Depersonafikasi Alegori Antitesis
Mengandaikan manusia sebagai benda Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya Dia diam membatu. Kalau aku menjadi bunga… Alegori Metafora yang diperluaskan menjadi wacana Cerita teladan Anjing Dengan Bayang-bayang Antitesis Dua kata yg mengandung makna bertentangan Mereka menangisi kejayaanku. Kecantikannya membawa celaka.

54 GAYA BAHASA Tautologi/pleonasme Perbandingan yg membazir
Saya mencatat dengan tangan saya. Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri. Perifrasis Perbandingan berlebihan menyampaikan satu maksud Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari bahtera ke pulau idaman – berumah tangga. Prolepsis/antisipasi Penggunaan kata bersifat pra kejadian Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan Hari Raya.

55 GAYA BAHASA Koreksio/epanortosis
Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan serta-merta Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah lapan kali dia pindah Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros berbelanja.

56 GAYA BAHASA PERULANGAN Aliterasi
Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat. Dara damba daku datang dari danau dua duka. Asonansi Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat. Sudah tahu membisu pula. Antanaklasis Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud Dia selalu membawa buah tangan untuk buah hatinya.

57 GAYA BAHASA Kiasmus Epizeukis Tautotes
Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam satu ayat. Dia selalu menyalahkan yang benar dan membenarkan yang salah. Epizeukis Perulangan kata berturutan Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Tautotes Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu binaan ayat. Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku menjadi satu.

58 GAYA BAHASA Anafora Perulangan kata pertama dalam ayat secara berturutan. Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar. Epifora/epistrofa Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan. Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi. Senyummu juga puisi. Simploke Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat secara berturutan. Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.

59 GAYA BAHASA Mesodiplosis Epanalepsis Anadiplosis
Perulangan kata tengah dalam ayat secara berturutan. Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat merindui pemimpin. Epanalepsis Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam ayat yang sama. Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya. Anadiplosis Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata pertama dalam ayat yang berturutan. Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita. Cita-cita bangsa dan negara.

60 GAYA BAHASA PERTAUTAN Metonimia Sinekdoke Alusi
Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada hubungan dengannya. Dia baru membeli sebuah Kancil. Saya selalunya makan dua pinggan. Sinekdoke Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu kenyataan. Setiap kepala dikenakan bayaran RM Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia Alusi Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu. Semasa Jepun kami makan ubi kayu. Kita tidak mahu 13 Mei berulang.

61 GAYA BAHASA Eufemisme Eponim Epitet Penghalusan kata
Dia telah kembali ke rahmatullah. Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran. Eponim Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang. Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga. Epitet Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya. Singa betina tu akan balik sebentar lagi. Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di mahkamah.

62 GAYA BAHASA Antonomasia Erotesis/pertanyaan retorik Paralelisme
Penggunaan gelaran menggantikan nama. Yang Berhormat harus turun padang. Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu. Erotesis/pertanyaan retorik Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya untuk penegasan. Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam baqa? Paralelisme Penggunaan ayat secara sejajar. Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya berperanan dalam pembangunan negara.

63 GAYA BAHASA Elipsis Gradasi
Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih difahami keseluruhannya. Jika awak tidak mahu mengaku… Pemergian … amat dirasainya. Gradasi Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa yang berikutnya. Kita harus mengakui,mengakui bahawa tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara negara, negara yang kita cintai ini.

64 GAYA BAHASA Asindeton Polisindeton
Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak menggunakan kata hubung. Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai kejayaan. Polisindeton Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang menggunakan kata hubung. Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini serta meletakkannya di peta negara maju.

65 GAYA BAHASA PERTENTANGAN Hiperbola Litotes Ironi
Pernyataan yang berlebih-lebihan Kemarahannya meluap-luap hingga hampir mengamuk. Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih. Litotes Pernyataan dengan tujuan merendah diri. Singgahlah di pondok saya nanti. Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini. Ironi Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat. Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-sungguh.

66 GAYA BAHASA Oksimoron Paronomasia
Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama. Perkara itu telah menjadi rahsia umum. Dia resah di dalam diam. Paronomasia Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi berlainan makna. Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa. Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana ibunya menyuruh mengukur kelapa.

67 GAYA BAHASA Paralipsis
Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain. Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga. (Dia hendak rujuk.) Pilih buah yang masak sahaja. Silepsis/zeugma Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan dua perkara. Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini. Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat. Satira Ironi dalam bentuk tulisan panjang. Gurindam Emak Si Randang. Anak Mat Lela Gila.

68 GAYA BAHASA Inuendo Antifrasis Paradoks
Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu. Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu. Antifrasis Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya. Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya terbukti paling korup). Paradoks Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar. Untuk menyintai kita harus membenci. Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.

69 GAYA BAHASA Klimaks Antiklimaks Apostrof
Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan peningkatan. Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di peringkat antarabangsa. Antiklimaks Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan penurunan. Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun sering diperkuda isterinya di rumah. Apostrof Yang dilawan bicara tiada di latar. Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.

70 GAYA BAHASA Inversi/anastrof Apofasis/preterisio Histeron proteron
Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek. Kepada merekalah kita menaruh harapan. Ke pasar agaknya tuan rumah ini. Apofasis/preterisio Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi telah menyatakannya. Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar rumah. Saya masih bujang tiga. Histeron proteron Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang logik. Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya menggunakan mesin taip.

71 GAYA BAHASA Hipalase Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan tetapi digunakan dalam keadaan yang lain. Dia berbaring di ranjang yang resah. Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian. Sinisme Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih keras dan jelas berbanding ironi. Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja ke kancah negatif. Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat dengannya. Sarkasme Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme. Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi. Penipu besar itu sudah tiba.

72 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
Pidato/ucapan/syarahan Bercakap secara sehala Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu tajuk/isu/perkara Tempoh waktu tertentu Mempengaruhi khalayak Persediaan Memahami tajuk Menganalisis khalayak/majlis Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan dan kesesuaiannya Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian masa Memastikan tempat dan kemudahan logistik

73 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN UCAPAN Pembuka kata Ucapan salam, penyataan syukur Hirarki sistem panggilan Makluman pengenalan majlis Membina minat menarik perhatian, provokasi, petikan, data Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan Berdasarkan tema/kehendak majlis Menyesuaikan tajuk dengan khalayak

74 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM8
Mengemukakan idea Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan tepat, rumusan Penutup; rumusan, pantun, maaf KECEKAPAN BERBAHASA Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa Kelancaran – susunan idea, kawalan pernafasan Kefasihan – sebutan, intonasi Gestur dan postur

75 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9
KETRAMPILAN MEMBACA Memindahkan tulisan kepada suara Memahami maklumat bertulis JENIS MEMBACA Mekanis Membunyikan dengan lantang huruf-huruf yang disusun menjadi kata Untuk didengar dan dinilai Latihan melafaz bunyi huruf Latihan intonasi, jeda, mora, tanda baca Mentalis Membaca secara senyap untuk memahami isi dan maklumat Membaca secara pantas Untuk diri sendiri

76 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9
GANGGUAN MEMBACA Tunanetra Tunakerna Tunawicara Tunaaksara Gangguan artikulator Sumbing Rongak Sengau Ketebalan/kelembutan lidah

77 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9
Bacaan Intensif Aktiviti membaca secara giat untuk memperkembang kebolehan meneliti, melafaz, memahami dan mentafsir bahan yang dibaca Mengenal penggunaan bentuk kata, susunan ayat, laras bahasa Menghayati unsur-unsur estetika; gaya bahasa, intonasi, kefasihan Membaca secara lantang dan pantas Memahami, mentafsir, menilai dan mengulas bahan yang dibaca Di bawah pengawasan guru kelas, fasilitator, jurulatih vokal Dilaksanakan pada peringkat awal menguasai kemahiran membaca

78 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9
Bacaan Ekstensif Aktiviti membaca sebagai minat, hiburan; menikmati isi bacaan Di luar pengawasan Bahan bacaan umum dan pelbagai Sudah mencapai kemahiran membaca yang tinggi; memahami diksi, bentuk ayat, gaya bahasa, laras bahasa, perkataan pinjaman, istilah Memperkaya pengetahuan bahasa Mempertingkat kemahiran dan ketrampilan berbahasa Mendalami ilmu bersifat khusus Menguasai pengetahuan am Membina daya kreativiti, daya fikir

79 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
KETRAMPILAN MENULIS Kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna, menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis, mengarang ayat menjadi wacana yang berwibawa Bermula sebagai kemahiran bersifat mekanis menyusun huruf, kata dan ayat Berkembang menjadi kemahiran mentalis menyusun idea menjadi wacana Bahasa diujarkan oleh pena dan bukan artikulator Mencapai khalayak yang tidak terbatas Melangkau ruang dan batas waktu, tempat, sosiobudaya

80 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
PERSIAPAN MENULIS Fizikal Sihat tubuh badan Mental Mood/angin Rasional, emosional, tekanan Intelek Rujukan maklumat Peta minda Organisasi teks Perancangan masa Perkakasan Komputer, mesin taip, buku nota/kertas kajang, pen/pensil, perakam audio Seting Di mana-mana sahaja Nota/rakaman lintasan idea Dalaman Ruang khusus/bilik

81 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
PRA PENULISAN Latar belakang penulis Minat Bakat Tujuan Memberitahu, mendidik, memujuk, menghibur, tuntutan ilmu, wang, pengiktirafan Ilmu bidang Ilmu asas, Ilmu bantu Genre Kreatif Cerpen, Novel, Drama, Puisi Nonkreatif Kritikan, Berita, Rencana, Buku, Laporan, Tesis, Iklan

82 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
Sasaran khalayak Am Penulisan berita, rencana Khusus Ahli/peminat/usia/SES Sastera, akademik, perniagaan, hiburan, sukan, agama, politik, sains, buku teks

83 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
SEMASA MENULIS Buat catatan rangka teks Kenyataan tesis (Isu yang ingin ditonjolkan) Tujuan menulis Isi-isi utama Konsentrasi wacana Kecondongan Sesuai dengan kehendak penerbit dan selera pembaca Nada Neutral Tulisan memberitahu/menjelaskan Positif Penggunaan diksi yang menyenangkan pembaca Negatif Penggunaan diksi yang menggusarkan pembaca

84 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
Pendirian Pegangan disampaikan secara konsisten dan meyakinkan Bahan Isi utama Isi sampingan Huraian & Contoh Gaya persembahan Bercerita, bersyarah

85 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
PASCAPENULISAN Penyuntingan Isi Tersusun Tambahan Tujuan dicapai Diksi sesuai Tertakluk kepada Akta Hasutan Baiki mesej Permudahkan persembahan Teknikal Format penulisan Judul, pendulu, tubuh, penutup, rujukan Ejaan, tanda baca, ayat, perenggan

86 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10
Atur huruf Saiz dan jenis fon Pembacaan pruf Susun atur halaman Hiasan Pencetakan

87 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11
PENDEKATAN PENULISAN Pendedahan Memindah idea penulis secara berkesan kepada pembaca; memberitahu, menyatakan Penulis mesti pakar/berpengalaman Khalayak tidak tahu dan perlukan penjelasan Subjek baru dan tidak kontroversi

88 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11
Penerangan Memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak; imej, sensasi Subjek telah diketahui oleh khalayak tetapi perlukan gambaran yang lebih luas Memasukkan butiran faktual; gambar, imej, dan fakta-fakta tepat Dikembangkan dengan butiran impresionistik; melalui gambaran secara lisan

89 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11
Penceritaan Penyampaian idea yang tertumpu kepada peristiwa dan watak; cerpen, novel, autobiografi, sejarah, diari Disampaikan mengikut turutan plot; pengenalan > peruncingan > klimaks > peleraian Penggunaan sudut pandangan; orang pertama, orang kedua, orang ketiga/serba tahu Memasukkan permainan emosi

90 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12
Pemujukan Penulisan yang berusaha mengubah pemikiran, kepercayaan, perlakuan, pendirian khalayak Mengambil kira pendirian, sikap, nilai, pengetahuan, sensitiviti khalayak Pemujukan rasional – menggunakan fakta, logik, bersifat objektif; rencana Pemujukan emosional – menggunakan emosi; iklan

91 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12
Penghujahan Menyampaikan idea bersifat provokatif/ kontradik dan mempertahankannya dengan bukti, data, contoh demi penjelasan dan penerangan Bermula dengan satu idea utama/tesis/ kenyataan/dakwaan yang dikembangkan dengan bukti khusus Bermula dengan idea yang lain/ bercanggah/tidak selari dengan pandangan pihak lain Berusaha meyakinkan khalayak atau pihak yang dilawan berhujah; secara rasional, jelas, waras dan logik

92 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13
BAHASA DALAM PENULISAN ~Penulisan Formal~ Diksi/ejaan baku Kata umum, istilah, kata pinjaman, makna denotatif/tersurat Nahu gramatis Penggunaan imbuhan, pola ayat dasar Ayat kompleks/majmuk Huraian, hujahan, analitikal Kesinambungan wacana Organisasi perenggan, bab, subbab, penanda wacana, objektif, rasional Gaya bahasa Terhad Khalayak massa Cth: teks ucapan, surat rasmi, teks pengacara, laporan berita, minit mesyuarat, rencana, tesis, disertasi, kertas kerja

93 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13
~Penulisan Tidak formal~ Diksi bebas Kolokial, slanga, ringkas, peralihan kod, dialek Tidak perlu gramatis Difahami walaupun salah guna imbuhan – ada persefahaman antara pelaku bahasa Ayat selapis Ayat ringkas – ada persefahaman antara pelaku bahasa Kesinambungan wacana Tiada kawalan, boleh emosional – ada persefahaman antara pelaku bahasa Gaya bahasa Pelbagai kelompok dan jenis Khalayak eksklusif Cth: surat peribadi, diari, iklan, sms, karya kreatif, notis

94 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
KEMAHIRAN MENAFSIR “Kenapa berbahasa?” >keperluan biologis >tuntutan sosial >perkongsian budaya >mendapat maklumat >meningkat ilmu >meningkat pengetahuan >menjadi bijaksana >mengaplikasi >manfaat kelompok

95 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Apa yang perlu difahami? Wacana Perlu kenal pasti topik, pelaku, motif, prinsip. Jenis bahasa Dialek geografi, dialek sosial, dialek temporal Latar penggunaan bahasa Formal, tidak formal, kolokial, istana. Diksi Denotasi, konotasi, istilah, kata pinjaman, slanga. Gaya bahasa Perulangan, pertautan, perbandingan, pertentangan.

96 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Kuasa nonverbal Memberi makna kepada bahasa Mempengaruhi tafsiran Gestur dan postur Grafik dan gambar Susun atur huruf dan saiz Media perantara Emosi Daya intelek Daya fikir

97 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
~Contoh Teks Pengacara~ MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MELAYU MAHAWANGSA ANJURAN FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI DENGAN KERJASAMA GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) 18 – 19 JULAI 2006 (KETIBAAN KETUA MENTERI MELAKA, NYANYIAN NEGARAKU DAN PUTRA GEMILANG) (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan KM, menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

98 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor, HEP dan Alumni, Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib Canselor, UPM. Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj. Rosli Talif, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hj. Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, Penyelaras Unit Dokumentasi Warisan Melayu dan Peribumi, FBMK, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar. Tetamu-tetamu kehormat, timbalan-timbalan dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ketua-ketua jabatan, para sarjana dan pembentang kertas kerja, para peserta seminar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

99 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Seminar Melayu Mahawangsa anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Seminar yang bertemakan Rekayasa Citra Melayu Sebagai Mahawangsa ini menjadi lebih bermakna lagi. Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pembentang kertas kerja, serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat.

100 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Dr. Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa. Dipersilakan. (BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI) Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi Jumingan atas bacaan doa itu tadi. 2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah Hassan atas ucapan itu tadi.

101 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
3. (UCAPAN TNC) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Kapal berlabuh di Kuala Rengit, Semat jerami di Sungai Muar, Tuan umpama bulan di langit; Dapat kami menumpang sinar. Seterusnya kita ikuti pula ucapan sambutan Timbalan Naib Canselor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DAN APABILA SELESAI) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas ucapan itu.

102 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
4. (UCAPAN PERASMIAN KM MELAKA) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit. Kita tiba ke puncak acara. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN KETUA MENTERI, PUKULAN GONG DAN APABILA SELESAI) 5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA) Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

103 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi; Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad kerana sudi menyampaikan cenderamata. Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Rosli Talif untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Azali Muhamad. (Penyampaian cenderamata)

104 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
6. (PENUTUP) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan para hadirin sekalian. Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing, Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak. Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

105 KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14
Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri. 7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS) Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah Halimah Hassan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor untuk menyaksikan pameran Melayu Mahawangsa di Bangunan Sanggar Bahasa dan Komunikasi. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Majlis turut mempersilakan tetamu-tetamu kehormat dan seluruh para hadirin untuk menyaksikan pameran di ruang berkenaan. Dipersilakan. Msy/fbmk/180706


Download ppt "BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA"

Similar presentations


Ads by Google