Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Model Konsep dan Gaya Interaksi

Similar presentations


Presentation on theme: "Model Konsep dan Gaya Interaksi"— Presentation transcript:

1 Model Konsep dan Gaya Interaksi
Bab 4 Model Konsep dan Gaya Interaksi

2 Model Konsep “Suatu model yang menerangkan tentang sistem yang dicadangkan dalam bentuk idea dan konsep berkenaan dengan keupayaan sistem, bagaimana perlakuan sistem, dan bagaimana pengguna berinteraksi dengan sistem dalam bentuk yang boleh difahami oleh pengguna seperti yang dikehendaki.”

3 Contoh Model Konsep Mesin perakam video (VCR)
Tekan butang ‘REC’ untuk rakam rancangan Tekan butang ‘STOP’ untuk memberhentikan sebarang aktiviti Tekan butang ‘PLAY’ untuk memainkan rakaman Anda perlu memberi arahan tertentu (dengan menekan butang yang sesuai) untuk meminta mesin melakukan aktiviti yang diingini

4 Kepentingan Model Konsep
Perekabentuk / pembangun sistem perlu memilih model konsep yang sesuai supaya pengguna memahami perlakuan sistem (bagaimana interaksi dengan sistem boleh dilakukan)  Supaya pengguna boleh membentuk model mental yang tepat.

5 Kategori Model Konsep Dua kategori Model konsep berasaskan aktiviti
Pemberian Arahan Perbualan Manipulasi dan Navigasi Penjelajahan Model konsep berasaskan objek

6 Model konsep berasaskan Pemberian Arahan
Sistem melaksanakan sesuatu aktiviti setelah arahan diberikan Arahan diberikan menggunakan papankunci, butang ataupun dengan membuat pilihan dari menu Contoh : Mesin perakam video (VCR) Arahan diberikan dengan menekan butang tertentu Sistem Pengoperasian DOS dan Unix/Linux Arahan diberikan dengan menaip ayat/perkataan tertentu Pemproses Teks Word Arahan diberikan dengan memilih pilihan tertentu dari menu

7 Model konsep berasaskan Pemberian Arahan
Kelebihan : Sesuai untuk tindakan yang berulang Sesuai untuk tindakan yang melibatkan lebih dari satu objek atau item Contoh: > del dokumen1 dokumen2 dokumen 3 Sesuai untuk mempelbagaikan arahan > dir *.doc

8 Model Konsep Berasaskan Perbualan
Interaksi di antara sistem dengan pengguna adalah seperti dua entiti yang berkomunikasi (saling memberi tindakan dan tindakbalas) Contoh: Enjin carian Sistem penasihat Kemudahan bantuan Operator telefon automatik

9 Model Konsep Berasaskan Perbualan

10 Model Konsep Berasaskan Perbualan
Kelebihan utama: Kemudahan berinteraksi dengan sistem, terutama kepada novis (pemula) Kelemahan: Kekeliruan yang mungkin timbul yang disebabkan oleh kekangan ‘pengetahuan’ sistem

11 Model Konsep Berasaskan Perbualan

12 Model Konsep Berasaskan Manipulasi dan Navigasi
Melibatkan tindakan ke atas objek atau objek maya tertentu dalam antaramuka Contoh: sistem pengoperasian Windows Objek-objek maya boleh digerakkan, dipilih, dibuka dan ditutup  setiap tindakan ini akan mencetus aktiviti tertentu Berkait rapat dengan konsep ‘Manipulasi Langsung’ (Direct Manipulation)

13 Model Konsep Berasaskan Penjelajahan
Maklumat diperolehi dengan mengimbas, menjelajah dan melayari medium tertentu Contohnya: CDROM Laman Sesawang

14 Model Konsep Berasaskan Objek
Penggunaan suatu objek tertentu untuk menggambarkan sifat sistem dan bagaimana cara menggunakannya Contoh: Microsoft Excell (Spreadsheet) – menggunakan model konsep sebuah lejer

15 Metafora Antaramuka “satu cara untuk menerangkan tentang suatu konsep yang baru dalam antaramuka dalam bentuk yang mudah difahami atau lebih ‘familiar’ kepada pengguna dengan menggunakan perbandingan objek atau analogi tertentu”

16 Contoh Metafora Antaramuka
‘Recycle bin’ – menggunakan analogi tong sampah dalam dunia nyata ‘Desktop’ – menggunakan konsep ruang kerja pejabat ‘windows’ – menggunakan analogi tingkap ‘cut & paste’ ‘drag & drop’

17 Gaya Interaksi Terdapat pelbagai gaya atau cara interaksi di antara pengguna dengan sistem: Bahasa arahan Menu Bahasa Tabii Borang Dialog Soal Jawab WIMP Manipulasi Langsung

18 Bahasa Arahan Pengguna perlu menaip arahan tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugas Contohnya, sistem pengoperasian DOS dan UNIX Kelebihan: Sangat berkuasa (powerful) Bolehlentur (flexible) Kelemahan: Sukar diingat Sukar dipelajari

19 Menu Pengguna memilih pilihan yang dipaparkan dengan samada menekan butang tetikus, atau menekan kekunci tertentu Jenis menu: Berasaskan teks Pull-down menu Pop-up menu Tear-off menu Walking atau Cascade menu

20 Menu Kelebihan: Kelemahan:
Pengguna tidak perlu mengingat arahan  sesuai untuk pengguna novis (pemula) Memastikan proses atau tugas dilaksanakan dengan teratur dan sistematik Kelemahan: Agak lambat bagi pengguna mahir Tidak begitu fleksibel / tiada variasi

21 Bahasa Tabii Arahan diberikan menggunakan bahasa yang ‘natural’ kepada pengguna Selalunya digunakan dalam sistem yang menggunakan model konseptual berasaskan perbualan Kebaikan: Memudahkan pengguna Kelemahan: Kekangan teknologi sedia ada boleh menyebabkan kekeliruan

22 Borang Biasa digunakan dalam sistem yang melibatkan kemasukan data yang banyak Contohnya: Sistem inventori Sistem keahlian Kelebihan: Mirip kepada penggunaan borang secara manual  pemetaan yang jelas Kelemahan: Tidak sesuai untuk semua jenis sistem

23 Dialog Soal Jawab Interaksi langkah demi langkah secara soal jawab
Perlu ada ‘default’ supaya pengguna boleh membuat pilihan dengan mudah Kelebihan: Mengekang tindakan pengguna  sesuai untuk situasi yang kritikal atau baru Kelemahan: Tidak fleksibel  tidak sesuai untuk semua jenis tugas

24 Antaramuka WIMP Antaramuka yang mempunyai komponen atau ‘widget’ :
Tetingkap (Window) (I)kon (M)enu (P)enuding Menggunakan konseop GUI – (Graphical User Interface)


Download ppt "Model Konsep dan Gaya Interaksi"

Similar presentations


Ads by Google