Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

1. 2 Majlis Dzikir Apakah boleh bersujud atau mencium kaki seorang shaykh? * Sebagaimana dilakukan di dalam video berikutnya…

Similar presentations


Presentation on theme: "1. 2 Majlis Dzikir Apakah boleh bersujud atau mencium kaki seorang shaykh? * Sebagaimana dilakukan di dalam video berikutnya…"— Presentation transcript:

1 1

2 2 Majlis Dzikir Apakah boleh bersujud atau mencium kaki seorang shaykh? * Sebagaimana dilakukan di dalam video berikutnya…

3 3 Majlis Naqshabandi di Indonesia

4 4 Majlis Nazim Al-Haqqani

5 5 Sumber -

6 6 Majlis Dzikir Rasulullah SAW telah bersabda: “Kalau aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada seorang yang lain (dalam riwayat lain: kepada selain Allah), tentunya aku telah menyuruh seorang isteri sujud kepada suaminya.” [ Hadis Sahih; Riwayat Tirmidzi, Ahmad, al-Hakim – Sahih al- Jami‘ as-Saghier: 2/937; hadis no: 5294 & 5295 ]

7 7 Majlis Dzikir Terdapat suatu hadith masyhur yang sentiasa dijadikan pokok perbincangan dan hujjah dalam permasalahan majlis dzikir. “Para Malaikat menaungi dengan sayap-sayap mereka orang yang menghadiri majlis zikir…” Salahfaham hadith ini boleh membawa kepada penyelewengan Hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang panjang ini akan dipaparkan selanjutnya…

8 8 Majlis Dzikir Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki para Malaikat yang selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat itu sentiasa mencari-cari majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada segolongan manusia berzikir kepada Allah, mereka turut mengajak sesama mereka ke majlis tersebut di mana mereka akan menaunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit dunia. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.”

9 9 Majlis Dzikir Baginda bersabda: “Allah bertanya kepada para malaikat itu, sedangkan Allah lebih mengetahui, firmanNya: “Apakah yang sedang diucapkan oleh hamba- hambaKu?” Jawab para Malaikat: “Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta mengagungkanMu.” Allah berfirman: “Apakah yang mereka pernah melihatKu?”

10 10 Majlis Dzikir Jawab mereka: “Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihat Mu.” “Bagaimana jika mereka pernah melihat Ku?” Para Malaikat menjawab: “Seandainya mereka pernah melihat Mu, nescaya mereka lebih kuat beribadat kepada Mu dan lebih banyak bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta mengagungkanMu.” “Apakah yang mereka pinta daripada Ku?” Para Malaikat menjawab: “Mereka memohon Syurga dari Mu.”

11 11 Majlis Dzikir Allah berfirman: “Apakah mereka pernah melihat Syurga?” Para Malaikat menjawab: “Belum pernah, demi Allah wahai Tuhan.” Allah berfirman: “Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga?” Para Malaikat berkata lagi: “Tentunya mereka lebih kuat berusaha mendapatkannya, lebih kuat permohonannya dan lebih bersungguh-sungguh mahukannya.”

12 12 Majlis Dzikir Allah berfirman: “Mereka pohon perlindunganKu dari apa?” Para Malaikat menjawab: “Dari NerakaMu, wahai Tuhan.” Allah berfirman: “Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?” Para malaikat menjawab: “Belum, demi Allah wahai Tuhan.” Allah berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu?”

13 13 Majlis Dzikir Para Malaikat terus berkata lagi: “Pastinya mereka lebih giat menjauhinya, lebih takut akannya.” Allah berfirman: “Saksikanlah wahai kamu sekalian, Aku sudah mengampuni mereka.” Di antara para Malaikat itu ada yang berkata: “Di antara mereka terdapat seorang hambaMu. Dia sebenarnya tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut.” Baginda bersabda: “Allah berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak mencelakakan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka itu.”

14 14 Majlis Dzikir Kami akan melihat syarah hadith tersebut dari: 1.Al-Imam an-Nawawi (w.676H) 2.Al-Hafiz Ibn Hajar (w. 852H) 3.Asy-Syeikh Saliem ‘Ied al-Hilali Sesuai dengan disiplin ilmu, mereka telah menukil kata-kata para ‘ulama’ sebelumnya sehingga para Salaf sebelum kurun 300H

15 15 Majlis Dzikir Syarah hadith dari Al-Imam An- Nawawi

16 16 Majlis Dzikir Al-Imam an-Nawawi (w.676H) ketika menjelaskan hadis ini, menukil kata 2 al-Qadi ‘Iyad (w.544H): ZikrulLah Ta‘ala ada 2 jenis; zikir dengan hati dan zikir dengan lisan. Zikir dengan hati pula ada 2 bentuk: –Bertafakkur –Zikir dengan hati pada Perintah & LaranganNya

17 17 Majlis Dzikir 1.Bertafakkur –Inilah Zikir yang tertinggi kedudukannya dan yang paling mulia iaitu bertafakkur memikirkan keagungan Allah dan kesucianNya, kekuasaanNya, segala kerajaanNya dan tanda-tanda kebesaranNya di langit dan di bumi antaranya, petunjuk hadis: “Sebaik-baik Zikir adalah yang senyap terselindung…”

18 18 Majlis Dzikir 2.Zikir dengan hati pada Perintah & LaranganNya –Maka ia melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya dan ia berwaspada pada perkara yang ia tidak pasti.

19 19 Majlis Dzikir Adapun zikir dengan lisan/lidah semata-mata, maka ia adalah yang paling lemah kedudukannya, namun ia masih ada keutamaannya yang besar sebagaimana yang ditunjukkan dalam sebahagian hadis-hadis. Kata beliau lagi: Ibn Jarier dan para imam lainnya, ada menyebutkan perbezaan pendapat as-Salaf mengenai Zikir dengan hati dan dengan lidah mana satu yang lebih afdal/utama.

20 20 Majlis Dzikir Kata beliau menyimpulkan: “Perselisihan itu di sisi ku sebenarnya adalah semata-mata bilamana yang digambarkan adalah zikir dengan hati sahaja yang menyebut (dalam hati) tasbih dan tahlil dan seumpamanya dan itulah yang dimaksudkan jika diteliti maksud kata-kata mereka, padahal mereka tidak berselisih mengenai Zikir senyap (suara perlahan) sepertimana yang kami sebutkan tadi...menurut penilaian ku (Imam an-Nawawi): Zikir dengan lisan dengan adanya ingatan dalam hati adalah lebih afdal daripada dengan hati sahaja (tanpa dilafazkan).”

21 21 Majlis Dzikir Kesimpulan dari kata-kata Imam an-Nawawi : ‘Ulama’ saling mewarisi ilmu ‘ulama’ sebelumnya: Imam an-Nawawi  al-Qadi ‘Iyad  al-Imam Ibn Jarier at-Tabari  pegangan & ajaran Salaf sebelum 300H Salaf tidak berselisih mengenai keutamaan zikir senyap dengan suara perlahan.

22 22 Majlis Dzikir Syarah hadith dari Al-Hafiz Ibn Hajar

23 23 Majlis Dzikir Kata al-Hafiz Ibn Hajar (w. 852H): “Yang dimaksudkan dengan Zikir adalah melafazkan lafaz-lafaz yang digalakkan supaya disebutkan dengan banyak misalnya: Sub-hanalLah wal hamdulillah wa la ilaha illalLah walLahu akbar dan apa yang di dalam rumpunnya seperti al-Hauqalah, al-Basmalah, al- Hasbalah dan al-Istighfar dan lainnya berupa doa untuk kebaikan dunia Akhirat. Dengan maksudnya yang mutlaq, ia bererti berterusan dalam melaksanakan amalan yang diwajibkan dan yang sunnat hukumnya

24 24 Majlis Dzikir (kemudian beliau menyebutkan kesimpulan yang sama dengan Imam an-Nawawi)… Jika ia berupa amalan salih, seperti Solat atau Jihad dan lainnya, maka semakin bertambah kesempurnaan Zikirnya dan…ia ikhlas kepada Allah, maka itulah (bentuk Dzikir) yang paling sempurna….dapat disimpulkan daripada sekian banyak lafaz-lafaz (hadis ini dengan sanadnya yang berbeza) bahawasanya yang dimaksudkan dengan Majlis-majlis Dzikir adalah…

25 25 Majlis Dzikir yang dipenuhi dengan berbagai bentuk DzikrulLah yang ada (dalam Syara‘) baik Tasbih dan Takbir mahupun lainnya, begitu juga Tilawah Kitab Allah, Doa memohon kebaikan Dunia Akhirat. Untuk merangkumkan pembacaan hadis Nabi, belajar ilmu Syar‘ie (agama) dan mengulangkajinya apatah lagi berkumpul untuk menunaikan Solat Sunnat ke dalam maksud Majlis-majlis ini adalah sesuatu yang masih perlu diteliti.

26 26 Majlis Dzikir Yang lebih nyata ia adalah secara khususnya dimaksudkan dengan Majlis-majlis Tasbih dan Takbir dan seumpamanya serta Tilawah sahaja, meskipun pembacaan hadis dan pembelajaran ilmu serta perbahasan mengenainya dapat diertikan dengan maksud DzikrulLah yang umum.” [ Fathul Baari, al-Hafiz Ibn Hajar ]

27 27 Majlis Dzikir Kesimpulan dari kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar: “Zikir” mempunyai erti berbeza secara “mutlaq” dan “muqaiyyad” Menukilan sama dengan yang disebutkan Imam an-Nawawi berkenaan Zikir secara senyap “Majlis Dzikir” mempunyai erti berbeza secara “khusus” dan “umum”

28 28 Majlis Dzikir Syarah hadith dari Asy-Syeikh Saliem ‘Ied al-Hilali

29 29 Majlis Dzikir Kata Asy-Syeikh Saliem ‘Ied al-Hilali: “Majlis-majlis Dzikir yang dicintai Allah adalah Majlis- majlis ilmu dan pengajian al-Quran al-Kariem dan juga Sunnah yang suci serta mendalami pemahaman terhadap kedua-duanya dan bukannya lingkaran dan bulatan sekumpulan manusia yang melakukan gerakan tarian dan rentak-rentak Sufi.” [ Bahjat an-Nazirien ]

30 30 Majlis Dzikir Kata al-Imam al-‘Iz bin ‘Abdis Salam: “Adapun Tarian dan bertepuk tangan adalah suatu kerendahan dan menyerupai perbuatan kelemahan wanita, tidak akan dilakukan kecuali oleh orang yang kurang akal ataupun seorang pereka cerita pendusta. Betapa tarian yang diiringi irama lagu menguasai hati orang itu dan ingatannya, sedangkan Rasulullah telah bersabda…

31 31 Majlis Dzikir “Sebaik-baik (manusia/umatku) kurun adalah kurun ku (yang aku hidup padanya) kemudian (kurun) yang menyusulinya, kemudian (kurun) yang datang selepasnya.” Dan tidak pernah ada seorang pun di antara mereka, daripada golongan yang dijadikan teladan, melakukan perkara ini (menari) dan sebenarnya, Syaitan telah memperdayakan kaum yang menyangka bahawa pukulan dan paluan yang mereka perdengarkan ada kena mengena dengan Allah.

32 32 Majlis Dzikir Sungguh mereka telah berdusta dalam tuturkata mereka, berbohong dalam dakwaan mereka, dari sudut yang mana kononnya, mereka ketika mendengarkan paluan-paluan dendangan itu sekaligus mereka mampu mendapatkan kedua-dua bentuk kelazatan (ingat Allah dan nikmati dendangan/tarian).

33 33 Majlis Dzikir Segolongan ‘ulama telah mengharamkan “bertepuk tangan” berdasarkan sabda baginda : “ إنما التصفيق للنساء ” “Bertepuk tangan itu hanyalah untuk kaum wanita” Dan baginda telah melaknati kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki dan kaum lelaki yang menyerupai wanita.

34 34 Majlis Dzikir Cukup sebagai bukti kejahilan orang yang melakukannya (tarian & tepuk tangan) adalah bahawasanya tiada suatu petunjuk di dalam Syari‘ah, daripada al-Quran dan as-Sunnah dan tidak pernah pula dilakukan oleh seorang pun daripada para Nabi dan tiada pula suatu kisah daripada para pengikut setia para Nabi, maka ia hanya dilakukan golongan jahil dan rendah akal yang keliru lagi tidak dapat membezakan antara kebenaran dan hawa nafsu

35 35 Majlis Dzikir “…dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu.” an-Nahl: 16:89 “Sungguh golongan as-Salaf dan golongan mulia daripada al-Khalaf tidak ada kena mengena dengan perbuatan seperti itu. (Menari, bermuzik dan bertepuk tangan)

36 36 Majlis Dzikir “Sesiapa yang melakukannya dengan i‘tiqad bahawa ia hanyalah suatu kehendak hawa nafsunya semata-mata, bukannya satu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, seandainya ia daripada golongan yang diikuti orang, akan tetapi para pengikut mengi‘tiqadkan bahawa ia melakukannya sebagai suatu perbuatan mendekatkan diri kepada Allah, maka amat buruklah apa yang dilakukannya, kerana ia menjadikan orang yang keliru bertanggapan bahawa perbuatan itu suatu bentuk ketaatan padahal ia adalah di antara seburuk-buruk perbuatan hina dan sia-sia…” [ Bahjat an-Nazirien ]

37 37 Majlis Dzikir Pengajaran 2 dari kata- kata al-Imam al-‘Iz bin ‘Abdis Salam * Al-Imam ‘Izzud Dien bin ‘Abdis Salam as-Salmi asy- Syafi‘ie yang bergelar “Sultan al-‘Ulama” ialah seorang ahli Hadis, ahli Usul dan ahli Fiqh – lahir tahun 577H wafat pada tahun 660H.

38 38 Majlis Dzikir Kata al-Imam al-‘Iz bin ‘Abdis Salam (w.660H) tadi: “Seandainya ia daripada golongan yang diikuti orang…” Pengajarannya: Ada orang yang dianggap ketua atau guru tetapi tidak layak diikuti kerana ia seorang pengikut hawa nafsu, oleh itu, usah kamu tertipu dan terpedaya dengannya dan mengikutinya pada yang salah.

39 39 Majlis Dzikir Apabila ada yang mengajak kepada ajaran as-Sunnah dan para Imam, sikap masyarakat masa kini akan menjadikan guru agama yang masyhur sebagai “hujjah ikutan” atau “dalil”. Padahal kita sendiri tidak tahu, samada: Ustadz itu tahu atau ia tidak berilmu dalam hal itu Atau Ustadz itu tersilap faham ajaran yang betul dan ia terkeliru. Atau ia tahu tetapi tidak menuruti ilmunya sebaliknya hawa nafsunya & kegemaran atau kecenderungannya

40 40 Majlis Dzikir Orang sedemikian hanya mengikut membuta-tuli tanpa berpanduan dan mengikut tanpa ilmu, kata al- Imam al-‘Iz tadi: “Cukup sebagai bukti kejahilan orang yang melakukannya” Pengajarannya: Ikut panduan daripada Syari‘at, para Nabi dan para pengikut setia para Nabi Jangan ikut peribadi tertentu tanpa panduan & keterangan

41 41 Majlis Dzikir Pengajarannya: Jangan pandai-pandai dikatakan, “Tiada larangannya dalam al-Qur’an & Hadis…” Jangan pandai-pandai dikatakan, “Mana kita tahu mungkin Nabi dan Sahabat pernah lakukan …” Semuanya adalah kenyataan dengan “sangkaan”, “mungkin begitu, mungkin begini”. Kenapa tak dikatakan mungkin Nabi pernah solat 6 rakaat Zohor, atau 7 fardu sehari semalam?

42 42 Majlis Dzikir Katanya: “Ini amalan ulama’ kita daripada dahulu lagi, orang yang angkuh, cetek ilmu, memperkecil ulama’ sahaja yang akan menolaknya!” Sila buktikan “dahulu” daripada zaman Nabi atau para Sahabat atau ulama’ zaman mana yang melakukannya Siapakah ulama’ yang dimaksudkan? Apa warisan ilmu mereka? Apakah setanding Imam an-Nawawi, al-Qadi, Ibn Jarier dan Ibn Hajar?

43 43 Majlis Dzikir Ketahuilah, ini semua dakwaan tanpa bukti untuk mempertahankan amalan yang tiada asalnya daripada Nabi dan as-Salaf.

44 44 Majlis Dzikir (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. [Surah al-Baqarah, Ayat ]

45 45 Majlis Dzikir Pandangan al-Hafiz Ibn Rajab * Zainuddien ‘Abdur-Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur-Rahman bin al-Hasan as-Salami al- Baghdadi, al-Hanbali, ad- Dimasyqie. Kunyah beliau Abul Faraj, namun lebih dikenali sebagai Ibn Rajab. Lahir 736H dan wafat 795H.

46 46 Majlis Dzikir Kata al-Hafiz Ibn Rajab: “Majlis-majlis Nabi dengan para Sahabat umumnya adalah peringatan kepada Allah, (peringatan kepada) apa yang mengundang keredhaan Allah yang digalakkan dan apa pula yang menyebabkan kemurkaanNya, yang diancam, samada dengan Tilawah al-Quran ataupun apa sahaja yang Allah kurniakan baginda daripada penyampaian bistari penuh hikmah dan peringatan yang baik, pengajaran apa yang bermanfaat dalam urusan keagamaan sebagaimana yang Allah perintahkan di dalam KitabNya….” [Lata-if al-Ma‘arif]

47 47 Majlis Dzikir Hadith Pertama …dan barangsiapa yang menempuhi satu jalan demi mencari ilmu akan Allah mudahkan dengannya, baginya jalannya ke Syurga dan tidak ada segolongan manusia yang berhimpun di sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah (masjid), mereka membaca kitab Allah (bertilawah) dan saling mempelajari isinya di antara sesama mereka kecuali pasti akan turun pada mereka (kurniaan Allah berupa) ketenangan dan mereka diselubungi dengan Rahmat(Nya) serta dinaungi oleh para Malaikat dan Allah menyebut nama-nama mereka (berbangga dengan mereka) di sisi para makhluq yang berada dekat dengan Allah… [Sahih Muslim]

48 48 Majlis Dzikir Syarah Hadith oleh Imam Ibn Rajab “Ini menunjukkan kepada galakan untuk duduk di masjid- masjid untuk Tilawah al-Qur’an dan mempelajarinya, iaitu jika diambil maksudnya sebagai mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya, yang mana (pada pemahaman maksudnya demikian) tiada perselisihan pendapat ‘ulama bahawa ia digalakkan…jika difahami dengan maksud yang lebih umum, maka terangkum di dalamnya berkumpul di masjid-masjid untuk apa sahaja yang berkaitan dengan pembelajaran al- Qur’an. Sebab Nabi sendiri adakalanya menyuruh seseorang untuk membaca al-Qur’an agar baginda mendengar bacaannnya, sebagaimana Ibn Mas‘ud pernah membaca di hadapan Nabi (dalam Sahih Bukhari)”

49 49 Majlis Dzikir “’Umar juga biasa menyuruh seseorang membaca al-Qur’an untuk diperdengarkan kepada beliau dan para Sahabat, adakalanya beliau menyuruh Abu Musa dan adakalanya ‘Uqbah bin ‘Amir. Kebanyakan ‘ulama menghukumkan adanya galakan berkumpul untuk mempelajari al-Qur’an secara umumnya dengan berpandukan hadis-hadis yang membawa petunjuk kepada galakan berkumpul untuk berzikir dan al-Qur’an adalah sebaik-baik zikir…” (Kemudian beliau menyebutkan hadis yang pertama tadi; hadis “malaikat mencari-cari majlis zikir”)

50 50 Majlis Dzikir Hadith Kedua Rasulullah keluar mendapati sekumpulan para Sahabat sedang duduk dalam satu bulatan, maka baginda bertanya: “Apa yang menjadikan kamu duduk berhimpun?” Jawab Sahabat: “Kami duduk berzikir kepada Allah, memuji Allah atas PetunjukNya yang Mengurnia Hidayat kepada kami menganut Islam.” Tanya Nabi : “Sungguh, demi Allah, tiada sebab lain yang menjadikan kamu duduk kecuali itu?” Jawab mereka: “Demi Allah tiada sebab lain kecuali itu.”

51 51 Majlis Dzikir Jelas baginda : “Aku tidak meminta kalian bersumpah kerana prasangka terhadap kalian, akan tetapi, kerana Jibriel datang kepada ku mengkhabarkan, sesungguhnya Allah berbangga dengan kalian di hadapan para Malaikat.” [ Riwayat Sahih Muslim daripada Mu‘awiyah ] Ada banyak lagi hadis-hadis lain yang sama maknanya.

52 52 Majlis Dzikir Syarah Hadith oleh Imam Ibn Rajab Sungguh baginda telah mengkhabarkan bahawa ganjaran bagi mereka yang duduk di masjid mempelajari kitab Allah adalah 4 perkara; i.Turunnya ketenangan pada mereka… ii.Diselubungi Rahmat Allah… iii.Para Malaikat menaungi mereka… iv.Allah menyebut nama mereka (berbangga dengan mereka)… [ Jami‘u al-‘Ulum wa al-Hikam ]

53 53 Majlis Dzikir Maka, dari kajian 2 para ulama’: Imam Nawawi (w.676H) Imam Ibn Hajar (w.852H) Syeikh Saliem al-Hilali Imam ‘Iz bin ‘Abdis Salam (w.660H) Imam Ibn Rajab (w.795H) Dapat kita rumuskan perkara 2 berikut: 1.Makna sebenar majlis-majlis dzikir 2.Perlunya memahami lafazh riwayat secara zahir & umum 3.Pentingnya menghimpunkan & memadankan segala riwayat yang berkenaan

54 54 Majlis Dzikir Makna Majlis-majlis Dzikir; ada yang mengatakannya: 1.bermaksud umum iaitu bukan sahaja zikir dengan ucapan tasbih, takbir dan seumpamanya, malah merangkumi pembacaan hadis dan pengajian ilmu. 2.Ada pula yang menyimpulkan bahawa ia secara khusus adalah zikir seperti itu tadi dan umumnya boleh diambil kira pembacaan hadis, pengajian ilmu agama dan juga perbincangan keagamaan bersifat ilmiyah. Cuma berkumpul untuk solat sunnat jika mahu diletakkan di bawah rumpun ini perlu diteliti sebagaimana penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar.

55 55 Majlis Dzikir 3.Sebahagian lainnya pula menguatkan bahawa ia adalah Majlis Ilmu bukannya Zikir ucapan tasbih. Demikian kecenderungan pendapat Ibn Rajab yang disokong dengan berbagai keterangan, antaranya: a.Hadis 2 yang menjelaskan maksud Majlis Zikir, Taman Syurga, adanya malaikat yang menaungi mereka, kebanyakannya menyebutkan tentang Tilawah al- Qur‘an dan pembelajarannya dan perbuatan Sahabat berbincang tentang ni‘mat Islam yang mereka kecapi dan adakalanya tentang tanda 2 Kiamat. Hanya sedikit daripada hadis 2 tersebut yang menyebutkannya dengan umum sebagai tasbih, takbir & yang sepertinya

56 56 Majlis Dzikir b.Riwayat hidup ‘ulama terutamanya zaman Salafussalih, banyak menyebutkan tentang kesungguhan mereka sehingga mengadakan perantauan mencari ilmu, namun tidak disebutkan pula mereka memimpin Majlis Berzikir beramai-ramai. Seringkali disebutkan Majlis mereka dipenuhi manusia yang ramai, tetapi yang disebutkan adalah Majlis Ilmu bukannya Majlis Zikir dengan tasbih dan seumpamanya. Yang ada adalah perbuatan Sahabat (seperti Mu‘adz dan ‘Abdullah bin Rawahah) dan tidak ada berkenaan para Imam memimpin Majlis Dzikir dengan ramai-ramai dengan satu suara sehingga kuat kedengaran.

57 57 Majlis Dzikir c.Kata al-Imam asy-Syafi‘ie (w.204H): Setiap ilmu selain al-Qur’an adalah kesibukan (yang tidak diperlukan) Kecuali Hadis dan ilmu Fiqh dalam agama Islam Ilmu (yang sebenarnya) adalah apa yang ada padanya Hadis (disebutkan dengan sanad periwayatan) Selainnya adalah semata-mata bisikan-bisikan Syaitan


Download ppt "1. 2 Majlis Dzikir Apakah boleh bersujud atau mencium kaki seorang shaykh? * Sebagaimana dilakukan di dalam video berikutnya…"

Similar presentations


Ads by Google