Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Accounting Theory and Practice PAF 3013

Similar presentations


Presentation on theme: "Accounting Theory and Practice PAF 3013"— Presentation transcript:

1 Accounting Theory and Practice PAF 3013
Rangka Kerja Konsepsual

2 Kandungan Klasifikasi dan konflik kepentingan
Definisi Rangka Kerja Konsepsual Tujuan Rangka Kerja Konsepsual Sejarah Rangka Kerja Konsepsual Faedah/Manfaat/Kebaikan Rangka Kerja Konsepsual Kritikan terhadap Rangka Kerja Konsepsual

3 Klasifikasi dan konflik kepentingan
Pembuatan sesuatu objektif dalam perakaunan bergantung kepada bagaimana ia dapat menyelesaian konflik kepentingan yang wujud di dalam pasaran maklumat. Penyata kewangan adalah hasil dari interaksi 3 kumpulan: firma, pengguna maklumat perakaunan dan profesyen perakaunan. Firma: Pihak utama yang terlibat dalam proses perakaunan, menerangkan setiap elemen dalam penyata kewangan dan menyediakan maklumat perakaunan. Kewujudan dan gelagatnya dalam perniagaan dan urusniaga menghasilkan keputusan kewangan di mana sebahagiannya boleh diukur oleh perakaunan.

4 Pengguna: Penghasilan sesuatu maklumat perakaunan di pengaruhi oleh minat dan keperluan mereka. Pengguna termasuk pemegang saham, penganalisis kewangan, pemuitang dan agensi-agensi kerajaan. Profesyen perakaunan: Sesuatu kumpulan di mana ia boleh memberi kesan terhadap maklumat yang terkandung di dalam penyata kewangan. Akauntan pada asasnya bertindak sebagai juruaudit termasuk mengesahkan penyata kewangan mematuhi dasar-dasar perakaunan yang diterima umum.

5 FASB Mendefinisikan Rangka Kerja Konsepsual
Rangka Kerja Konsepsual merupakan satu perlembagaan, satu sistem yang terdiri daripada asas-asas dan objektif yang berkaitan di mana ia memandu kepada standard yang konsisten dan menentukan bentuk, fungsi dan had dalam perakaunan kewangan dan penyata kewangan. Rangka Kerja Konsepsual juga adalah perlembagaan yang digunakan dalam proses pembuatan standard.

6 CF boleh dilihat sebagai satu struktur teori dalam perakaunan.
Peringkat Tertinggi Teori Menyatakan sesuatu skop dan objektif dalam laporan kewangan. Peringkat Asas Konsepsual Ciri-ciri kualitatif dalam maklumat kewangan.(Cth:relevan, boleh dipercayai) Peringkat Operasi Prinsip-prinsip dan peraturan bagi pengiktirafan dan pengukuran elemen-elemen asas dan maklumat yang perlu di paparkan di dalam penyata kewangan.

7 Tujuan Rangka Kerja Konsepsual
Panduan kepada FASB dalam membina standard perakaunan. Menyediakan satu rangka rujukan untuk menyelesaikan persoalan perakaunan sekiranya tiada standard perakaunan dapat menyelesaikannya. Menentukan sempadan penilaian/pertimbangan dalam menyediakan penyata kewangan. Meningkatkan perbandingan dengan mengurangkan bilangan alternatif kaedah perakaunan.

8 Sejarah Rangka Kerja Konsepsual
Keperluan kepada CF telah mula diakui di US selepas berlakunya kejatuhan/keruntuhan pasaran stok dalam tahun 1929. Jadi, ketua-ketua dalam profesyen perakaunan mengesahkan keperluan untuk membina/mewujudkan prinsip-prinsip asas di mana ia berfungsi sebagai dasar untuk laporan syarikat.

9 Kebaikan Rangka Kerja Konsepsual
Laporan kewangan yang keluarkan adalah lebih konsisten dan logik kerana pada dasarnya ia bermula daripada satu set konsep yang sama. Pengelakkan ke atas keperluan pelaporan menjadi lebih sukar kerana kewujudan peruntukan-peruntukan yang menyeluruh. Badan-badan yang menetapkan keperluan lebih bertanggungjawab terhadap tindakan mereka di mana keperluan-keperluan yang spesifik akan dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, sama seperti pembuatan standard perakaunan.

10 Keperluan kepada piawaian perakaunan yang spesifik akan berkurangan kerana standard hanya akan dibuat jika terdapat masalah yang tidak jelas keputusannya dan keadaan ini sekaligus mengurangkan berlakunya lebihan standard perakaunan. Akauntan dan juruaudit akan lebih berkeupayaan untuk memahami keperluan laporan kewangan yang dihadapi. Pembuatan keperluan/standard akan menjadi lebih mudah dan murah kerana isu-isu itu tidak perlu diperdebatkan berulang-ulang kali dari sudut pandangan-pandangan yang berbeza-beza.

11 Memandu kepada komunikasi yang lebih baik antara akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit dan pengguna-pengguna kerana semua pihak menggunakan satu set definisi dan kriteria yang sama. Aktiviti melobi untuk kumpulan berkepentingan dapat dikurangkan.

12 Ke Arah Menformulakan Objektif Penyata Kewangan.
Accounting Principles Board(APB) No.4 mengklasifikasikan objektif penyata kewangan sebagai asas, umum dan kualitatif. Objektif asas: Untuk menyediakan maklumat yang sahih tentang kedudukan kewangan, keputusan operasi dan perubahan-perubahan lain dalam posisi kewangan syarikat sepertimana yang termaktub dalam GAAP.

13 Objektif umum: Menyediakan maklumat yang boleh dipercayai mengenai sumber ekonomi dan tanggungan perniagaan untuk: Menilai kekuatan dan kelemahan syarikat Menunjukkan kewangan dan pelaburan syarikat Menilai keupayaan untuk mencapai komitmen Menunjukkan sumber-sumber asas syarikat bagi tujuan pertumbuhan.

14 Menyediakan maklumat yang boleh dipercayai mengenai perubahan dalam aset bersih syarikat yang terhasil daripada keuntungan aktiviti perniagaan untuk: Menunjukkan jangkaan perolehan dividen kepada pelabur-pelabur Menunjukkan keupayaan operasi syarikat untuk bayar kepada pemiutang dan pembekal, menyediakan pekerjaan kepada pekerja, bayar cukai dan menjana modal untuk pertumbuhan. Menyediakan pihak pengurusan dengan maklumat bagi tujuan perancangan dan kawalan. Menunjukkan keuntungan jangka panjang.

15 Menyediakan maklumat kewangan yang boleh digunakan untuk menganggarkan pendapatan firma pada masa akan datang. Menyediakan maklumat-maklumat mengenai perubahan dalam sumber ekonomi dan tanggungan. Mendedahkan maklumat lain yang berkaitan dengan keperluan pengguna.

16 Kritikan Terhadap Rangka Kerja Konsepsual
Kritikan oleh Dopuch and Sunder Mereka mendakwa pendekatan Board’s telah menjadi sesuatu yang terlalu diskriptif. SFAC No. 5 menyatakan konsep akan dibina semasa proses pembuatan standard berlaku. Pernyataan ini menunjukkan konsep akan dibuat di dalam proses pembuatan standard. Keadaan ini merupakan sesuatu yang bercanggah dengan tujuan CF kerana seharusnya konsep dibina dahulu sebelum standard di buat.

17 Mereka menyatakan bahawa definisi atau elemen utama penyata kewangan (aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja, untung dan rugi) bergantung kepada satu peraturan yang tidak spesifik. Mereka mengatakan bahawa Rangka Kerja Konsepsual FASB gagal untuk menyelesaikan isu-isu kontemporari (cukai tertangguh, kos dalam penerokaan dalam industri gas dan minyak, serta perakaunan nilai semasa).

18 Definisi liabiliti adalah terlalu umum sehingga kita tidak dapat meramal kedudukan Boards’ dalam menyelesaikan cukai tertangguh. Rangka kerja menyokong 2 prinsip perakaunan yang bertentangan (kos penuh dan usaha yang berjaya) dan adalah terbukti bahawa rangka kerja tidak berguna untuk menjadi panduan dalam menyelesaikan isu-isu kontroversi. Ia tidak dapat menyelesaikan masalah dalam penganggaran dalam kos semasa, di mana suatu masa dahulu terdapat galakan dalam penggunaan kos semasa.

19 Kritikan oleh Godfey, Hodgson and Holmes
Mereka menyatakan bahawa Rangka Kerja Konsepsual Australia (SAC 4), aset dan liabiliti telah ditakrif dalam konteks yang sama dengan Rangka Kerja Konsepsual US dan tidak mempunyai definisi yang jelas. “Aset merupakan faedah ekonomi masa hadapan yang dikawal oleh entiti kesan daripada urusniaga atau peristiwa yang lepas.”

20 Sementara itu kriteria pengiktirafan bagi aset adalah:
Terdapat kemungkinan di mana faedah ekonomi akan datang yang wujud dalam aset mungkin terjadi. Aset mempunyai kos atau nilai yang boleh di ukur dengan cara yang boleh dipercayai. Mereka memberi komen bahawa: Definisi aset adalah kabur Kriteria pengiktirafan diungkapkan dalam konteks kebarangkalian - konsep yang subjektif.

21 SAC 4 menyatakan bahawa terma ‘probable’ bermakna peluang dalam manfaat ekonomi untuk meningkat adalah lebih tinggi daripada menurun. Mereka memberi komen bahawa: Kekaburan pada kadar 50% (menaik/menurun) boleh menyebabkan situasi yang tidak selesa/ ketidaktentuan. Dalam komen terhadap kriteria kedua dalam pengiktirafan aset, di mana kriteria tersebut gagal untuk menentukan (apakah nilai yang harus digunakan, samaada kos semasa atau sejarah). Pengiktirafan adalah bersifat terbuka di mana sebarang ukuran boleh diterima selagi kos atau nilai boleh diukur dengan kaedah yang boleh dipercayai.

22 Amalan Rangka Kerja Konsepsual
United Kingdom (The corporate report)

23 Di United Kingdom (The corporate report)
Pada 1975, Jawatankuasa Penentuan Piawaian Perakaunan (Accounting Standard Steering Committee) dari Institute Of Chartered Accountants di England and Wales telah menerbitkan Laporan Korporat di mana ia berkaitan dengan tanggungjawab perniagaan terhadap orang awam. Laporan korporat tersebut mencadangkan keperluan untuk menambah penyata-penyata berikut, memandangkan terdapat pembatasan dalam amalan laporan semasa:

24 Penyata Tambah Nilai: menunjukkan bagaimana keuntungan dari perniagaan di agihkan kepada para pekerja, pemegang saham serta sebahgiannya untuk pelaburan semula. Laporan pekerja: menunjukkan saiz tenaga kerja, sumbangan pekerja serta faedah yang mereka perolehi. Penyata mengenai urusniaga dengan kerajaan, menunjukkan hubungan kewangan antara perniagaan dan kerajaan. Penyata mengenai urusniaga dalam matawang asing, menunjukkan urusniaga tunai antara Britian dengan negara lain. Penyata mengenai prospek akan datang yang menunjukkan keuntungan akan datang, ambilan pekerjaan dan tahap pelaburan. Penyata mengenai objektif korporat, menunjukkan polisi pengurusan dan sasaran jangka sedarhana.


Download ppt "Accounting Theory and Practice PAF 3013"

Similar presentations


Ads by Google