Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI"— Presentation transcript:

1 PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI

2 Apakah Organisasi ???

3 Satu koordinasi yang dibentuk secara
sengaja, terdiri dari manusia atau kumpulan-kumpulan manusia dalam sempadan yang jelas yang berperanan secara berterusan untuk mencapai matlamat yang sama atau beberapa set matlamat.

4 Beberapa istilah penting dari definisi di
atas : ‘Koordinasi yang dibentuk secara sengaja’ melambangkan pengurusan. a) Terdiri daripada manusia dan kumpulan manusia iaitu kumpulan-kumpulan yang ada saling berinteraksi antara satu sama lain yang telah dibentuk mengikut tugas yang ditetapkan supaya tugas itu dapat dicapai.

5 b) Sempadan yang jelas. Sempadan ini boleh bertukar mengikut masa dan keadaan. Sempadan inilah yang dapat membezakan antara anggota dan bukan anggota, dan anggota ini terikat dengan kontrak yang jelas atau tidak jelas antara anggota dengan organisasi. c) Mereka yang berada dalam organisasi itu ada ikatan yang berterusan tetapi bukannya sepanjang hayat. Ini kerana, organisasi mempunyai keahlian yang berubah-ubah.

6 Apabila kita faham kelakuan organisasi, ia
membantu pengurus memahami kelakuan manusia di tempat kerja dan dapat membantu mereka mengurus dengan lebih berkesan. Antara sumbangan kelakuan organisasi ialah : Menerang secara rasional kelakuan pekerja.

7 Membuat jangkaan tindak-tanduk mereka di masa hadapan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

8 definisi

9 Kelakuan Organisasi : Joe Kelly : kajian atau pembelajaran terhadap kemajuan organisasi, bagaimana ia bermula, membangun, dan kesan terhadap individu, kumpulan dan organisasi serta institusi yang lebih besar. Definisi terbaru : satu disiplin akademik yang mengkaji perhubungan yang dinamik dalam kepelbagaian komponen organisasi dan kesan terhadap kelakuan manusia dalam organisasi.

10 Satu bidang pengajian yang memeriksa kesan individu, kumpulan dan struktur terhadap kelakuan dalam organisasi, dengan tujuan untuk menggunakan pengetahuan tersebut ke arah mewujudkan organisasi yang lebih berkesan. Dapat disimpulkan bahawa kelakuan organisasi adalah sebagai satu bidang yang berkaitan dengan manusia dan bukan manusia seperti struktur, teknologi, persekitaran, kompleksiti kawalan dan strategi.

11 ELEMEN-ELEMEN DALAM ORGANISASI

12 Elemen-elemen yang menjadi kunci dalam kelakuan organisasi
. . manusia . . persekitaran struktur teknologi

13 Persaingan Undang-undang dan peraturan Keluarga Persatuan

14 Manusia : Teras dalam mambentuk organisasi yang terdiri daripada individu, sama ada kumpulan besar atau kecil. Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal atau tidak formal dan ianya adalah dinamik dan berubah. Contohnya, pembentukan kumpulan yang baru dan ada juga pembubaran. Manusia adalah kompleks disebabkan ada yang suka berfikir, beremosi, gigih, dan berpandangan jauh.

15 Struktur : Hubungan formal di dalam organisasi samada menegak, mendatar, atau spartial. Ia menjelaskan bagaimana sesuatu tugas atau rantaian arahan itu ditetapkan dalam organisasi. Ia juga menghubungkan antara pihak atasan, sokongan dan bawahan. Struktur dibentuk supaya tugas-tugas yang berlainan dapat diatur untuk menghasilkan aktiviti. Masalah mungkin wujud dalam hubungan ini, oleh itu cara dan peraturan dalaman dibentuk supaya dapat mencapai tahap yang diharapkan.

16 Teknologi : Ditakrifkan sebagai proses transformasi yang menukarkan input organisasi kepada output. Ia menggalakkan manusia untuk membuat kerja dengan lebih banyak dan lebih baik pada masa yang singkat. Membantu meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tugas-tugas manusia. dan dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja. Walaubagaimanapun, ia melibatkan kos yang tinggi untuk mendapatkan teknologi tersebut.

17 Persekitaran : Persekitaran adalah sesuatu yang mempengaruhi operasi dan harus dikawal. Elemen-elemen persekitaran luaran seperti undang-undang danperaturan, keluarga,persaingan, persatuan dan sebagainya. Contohnya, perniagaan akan dipengaruhi oleh persekitaran persaingan dan dasar yang dipengaruhi oleh sifat-sifat pengguna, pengusaha dan kerajaan.

18 Disiplin-disiplin dalam ‘Kelakuan organisasi’

19 Perhubungan Kelakuan Organisasi Dengan Disiplin Lain

20

21 psychology sociology Social psychology Anthropology Political science
Behavior science Contribution Unit of analysis Output Learning,Motivation,Personality, Emotions,Training, Individual decision making, Leadership effectiveness, Job satisfaction, Job design, Work stress psychology individual Group dynamics, works teams, communication, status, conflict, power sociology Organizational technology, organizational change, organizational culture group Study of OB Social psychology Behavioral change, attitude change, communication, group decision making, group processes Comparative values, comparative attitudes, cross-cultural analysis Organization system Anthropology Organizational culture, organizational environment Political science Conflict, power, intraorganizational politics

22 Psikologi: Sains yang mengukur , mengkaji dan mengubah kelakuan manusia. Sebagai contoh ahli–ahli teori pembelajaran, personaliti, kaunseling dan psikologi industri (mengkaji masalah kepenatan, kebosanan dan lain-lain). Lain-lain yang berkaitan adalah meliputi persepsi, keberkesanan pemimpin, latihan dan keperluan motivasi.

23 Perkataan psikologi berasal daripada Yunani yang bermaksud ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental. Psikologi dalam organisasi memfokuskan bagaimana organisasi memperngaruhi dan berinteraksi dengan anggota-anggotanya.

24 Sosiologi: Mengkaji sistem sosial di mana individu memenuhi peranan mereka dalam membina perhubungan dengan lain-lain manusia. Sumbangan besar bidang ini ialah dapat memahami kelakuan kumpulan dalam organisasi . Contohnya, kumpulan dinamik, kebudayaan, komunikasi, struktur, konflik, kuasa dan teknologi birokrasi.

25 Ia juga merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan etakat individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat) Ia dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakat seperti perangai manusia; atau secara ringkas mengkaji hubungan manusia yang pada awalnya saling tidak mengenali antara satu sama lain kepada peringkat kumpulan sosial yang saling mengenali.

26 Ilmu sosiologi juga membolehkan kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan antara masyarakat dan mengelak berlakunya perpecahan atau krisis moral dalam masyarakat.

27 Psikologi-sosial : Satu bidang psikologi yang digabungkan dengan sosiologi, melihat pengaruh seseorang terhadap seseorang yang lain. Sumbangan yang besar dalam mengukur, memahami dan mengubah sifat, corak komunikasi dan proses membuat keputusan dan keupayaan kumpulan memberi kepuasan kepada individu.

28 Psikologi merangkumi tiga bidang iaitu :
1) kajian tentang pengaruh sosial terhadap proses individu, misalnya : kajian tentang persepsi dan motivasi proses belajar 2) kajian tentang proses individual bersama, seperti bahasa, sikap sosial dan perilaku meniru 3) kajian tentang interaksi kelompok, misalnya: kepimpinan, komunikasi hubungan kekuasaan,kerjasama, persaingan dan konflik

29 Antropologi : merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam. Mengkaji kejadian manusia dan aktiviti kehidupan mereka. Ini membantu dalam memahami perbezaan budaya dan persekitaran yang dikaitkan dengan nilai, sifat dan kelakuan manusia.

30 Antropologi terbahagi kepada lima cabang iaitu :
1) antropologi budaya 2) antropologi fizikal 3) antropologi linguistik 4) arkeologi 5) etnologi

31 Sains politik : Memberi kefahaman dalam memahami perlakuan dalam organisasi. Mengkaji kelakuan individu dan kumpulan dalam persekitaran politik. Topik khusus berkait dengan subjek ini ialah pengstrukturan, konflik, pengagihan kuasa dan bagaimana manusia memanipulasi kuasa.

32 Oleh itu dalam mentafsirkan kelakuan manusia dalam organisasi, ia seharusnya telah mengambilkira perspektif politik dalam analisisnya. Ahli sains politik membuat kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Antara kajiannya adalah pilihanraya, pendapat awam, kegiatan institusi, persatuan politik dan pengaruh ahli-ahli politik.

33 KONSEP-KONSEP ASAS

34 Alam Manusia

35 1. KEBERLAINAN INDIVIDU Manusia dianggap mempunyai perasaan dan rasa tetapi setiap orang dalam dunia ini adalah berlainan. Bermaksud bahawa pihak pengurusan boleh memotivasikan pekerja-pekerja secara optima dengan melayan mereka dengan cara berlainan. Memerlukan pendekatan pengurusan kepada pekerja yang harus berbentuk keindividuan.

36 Terjadi kerana manusia bertindak balas dengan persekitaran
B = f( P×E ) B= behaviour/ kelakuan P= person E= environment

37 Terdapat beberapa sebab keberlainan memberi kesan kepada pengurusan:
1. manusia berbeza dalam produktiviti 2. manusia berbeza dalam kebolehan 3. manusia berbeza dalam komitmen 4. manusia berbeza dalam gaya kepimpinan

38 2. KESELURUHAN DIRI MANUSIA
Mereka terpaksa menggunakan seluruh diri . Ini disebabkan oleh faktor bahawa mereka adalah sebahagian dari satu sistem yang membentuk keseluruhan manusia. Kemahiran wujud berasingan dari latar belakang atau ilmu pengetahuan manusia.

39 3. KELAKUAN YANG BOLEH DIMOTIVASIKAN
Manusia bukan saja dimotivasikan oleh apa yg mereka fikirkan patut dimiliki, tetapi juga oleh apa yang mereka ingini. Motivasi adalah pati kepada operasi dalam organisasi.

40 Mengikut Ounnette dan Kirchnen ada empat bahagian dalam proses motivasi iaitu :
Keinginan kelakuan matlamat maklumat Keinginan dalam diri seseorang itu menjadi penggerak kepada tindakan mereka bagi mengurangkan keadaan yang tidak seimbang pada individu itu untuk mencapai matlamat. Andainya maklumbalas yang diteima tidak seperti yang diimpikan maka, tindakan yang lain harus dilakukan sehingga matlamat sebenar dicapai

41 4. NILAI DIRI SESEORANG Berlainan dari tiga konsep sblm ini.
Menekankan bahawa manusia sepatutnya dilayan berlainan dari lain-lain faktor pengeluaran. Konsep kemuliaan manusia menolak idea-idea lama.

42 Alam Organisasi

43 1) SISTEM SOSIAL Kelakuan dipengaruhi oleh kumpulan di mana mereka berada Terbahagi kepada dua:- a) formal b) tidak formal Menyediakan rangka kerja kepada penganalisisan isu kelakuan organisasi

44 2) KEPENTINGAN BERSAMA Organisasi mempunyai satu tujuan kemanusiaan Dibentuk dan dirancang berasaskan kepada kepentingan bersama

45 matlamat

46 Membantu pengurus sesebuah organisasi dalam memahami kelakuan manusia di tempat kerja
Menerangkan dengan rasional tentang kelakuan pekerja. Membuat jangkaan tentang tindak-tanduk mereka di masa akan datang. Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

47 PENERANGAN Menerangkan sebab seseorang individu atau sesebuah kumpulan individu melakukan sesuatu

48 RAMALAN Untuk mengenalpasti hasil daripada setiap perlakuan yang dilakukan Akan memudahkan pengurus membuat keputusan dengan pendekatan yang lebih berkesan

49 KAWALAN Menawarkan keberkesanan dalam kerja melalui pengawalan ke atas kelakuan subordinat.

50 Kesimpulan

51 Bidang tertentu :sains politik, psikologi
Pengurus perlu memahami kepelbagaian komponen organisasi agar dapat mengurus dengan berkesan berpandukan matlamat yang ditetapkan Manusia Teknologi Persekitaran Bidang tertentu :sains politik, psikologi

52 PERINGKAT ANALISIS KELAKUAN ORGANISASI
SISTEM ORGANISASI PERINGKAT KUMPULAN PERINGKAT INDIVIDU

53 INDIVIDU KUMPULAN SISTEM ORGANISASI Asas kelakuan individu.
Isu motivasi dan pembuatan keputusan KUMPULAN kelakuan seseorang di dalam kumpulan adalah berbeza dengan kelakuan apabila bersendirian. Isu komunikasi, pembuatan keputusan,kepimpinan, kuasa, politik, dan konflik. SISTEM ORGANISASI Peringkat tertinggi Struktur organisasi dan kesannya Konteks global – setiap negara mempunyai kelakuan organisasi tersendiri


Download ppt "PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI"

Similar presentations


Ads by Google