Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',

Similar presentations


Presentation on theme: "Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',"— Presentation transcript:

1 Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation', Samuel Huntington sekitar 1996 yang ada hubungan dengan berakhimya Perang dingin di antara US dan Russia serta robohnya tembok Berlin. Ketika itu ada pihak yang merasakan Amerika mungkin menghadapi ancaman'musuh' yang baru dikenal pasti sebagai berasal dari tamadun-tamadun seperti tamadun Islam dan Cina (the green and yellow peril).lni di tambah lagi dengan peristiwaperistiwa tragis seperti peristiwa September LL yang begitu masyhur itu dan juga situasi global dimanapelbagai masyaraka di merata tempat telah menjadi bertambah berbilang kaum, kepercayaan dan tamadun Rata-rata telah diterima bahawa hari ini dialog yang membuahkan persefahaman merupakan prasyarat pembinaan hubungan yang saksama antara pelbagai peradaban. Dialog memungkinkan perbezaan dan persamaan diperjelaskan dan dihormati. Namun suatu perkara yang amat kritikal di dalam dialog ialah setiap pihak yang berdialog perlulah memahami diri dan golonganya terlebih dahulu di dalam semua dimensi yang ingin didialogkan dengan sebaik-baiknya. Dengan lain perkataan wujud adab (etiquette) maht pun etika berdialog. Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar tamadun Malaysia boleh disepakati mahu pun dihayati, malahan apa yang lebih penting lagi bagi kesinambungan tamadun Malaysia keseluruhannya demi membina tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh untuk memastikan pembangunan dan kemajuan material yangbegitu pantas berlaku, tidak meminggirkan keperluan'pembangunan insan' yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan material-fizikal tersebut. Budaya dialog amatperlu disuburkandalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasional yang menupakan kunci kelangsungan dan kemapanan negara seperti yang kita fahami hari ini. Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman atau konflik ideologi yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperli konflik kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu keadilan sosial dan ekonomi. Di dalam konteks inilah saya kira amat penting isu nilai-nilai teras tamadun diberi perhatian untuk memastikan keadilan ekonomi bagi mereka yang mungkin tercicir atau dilihat seolah-olah dicicirkan. Di dalam makalah ini seterusnya kita akan memberi tumpuan kepada soal memperdalamkan apresiasi kita tentang soal 'peradaban' itu sendiri, apakah dialog sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan mahupun kejayaannya; situasi dialog di Malaysia serta peranan negara di persada global dan akhirnya peranan dialog di dalam proses pemartabatan bangsa atau umat melalui pemartabatan unsur-unsur teras tamadun di dalam negara Malaysia.


Download ppt "Di peringkat globaI, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya beberapa peristiwa bersejarah yang di antaranya termasuklah teori 'Clash of Ciailisation',"

Similar presentations


Ads by Google