Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142) BAB 6 : VIDEO.

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142) BAB 6 : VIDEO."— Presentation transcript:

1 nazlita@fsktm.um.edu.my1 PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142) BAB 6 : VIDEO

2 nazlita@fsktm.um.edu.my2 Pengenalan Audio digital menggabungkan ciri grafik dan audio untuk mencipta kandungan yang dinamik bagi produk multimedia. Kandungan bagi video digital mungkin daripada kamera video ataupun filem yang telah diambil dan didigitalkan oleh komputer. Ia juga mungkin direka dengan meletakkan imej grafik bersama-sama untuk menghasilkan animasi.

3 nazlita@fsktm.um.edu.my3 Latarbelakang Video Video hanyalah gambar yang bergerak dan jarak masa di antara setiap gambar terlalu pendek Bentuk video yang paling sering ditemui ialah ‘movies’ dan televisyen. ‘Movies’ menggunakan filem untuk mewakilkan siri imej-imej. Televisyen pula menggunakan siri imej yang dihantar secara elektronik

4 nazlita@fsktm.um.edu.my4 Sumber Video Digital Digital video bukan sekadar ‘movie clips’ yang diambil dari sumber filem yang sedia ada, tetapi ia juga mengandungi : ‘recording of live action’, selalunya diambil dengan kamera video. Siri imej grafik yang dimainkan dalam jujukan yang pantas seperti di dalam kartun. Imej pegun yang diambil dari filem, pita video ataupun ‘life action’

5 nazlita@fsktm.um.edu.my5 Video digital mempunyai lebih banyak format berbanding dengan ‘digital movie’. Video digital : Diambil dari televisyen, VCR dan kamera Bergantung kepada peranti yang dipanggil ‘controller’ yang digunakan untuk mengawal VCR, ‘video disk’, kamera dan peranti video yang lain. ‘Controller’ merupakan peranti elektronik yang membolehkan komputer mengawal operasi pada peralatan video.

6 nazlita@fsktm.um.edu.my6 Berdasarkan kepada perkakasan yang digunakan untuk ‘capture’ video yang menerima input video dan menukarkannya kepada format digital. ‘Video capture’ merupakan proses untuk menukarkan isyarat video input (dari VCR atau kamera) kepada siri imej grafik yang akan disimpan di dalam komputer. Menggunakan teknik ‘graphic overlay’ di mana imej video digital diletakkan di atas data grafik yang lain pada skrin komputer.

7 nazlita@fsktm.um.edu.my7 Video Digital Video digital merupakan perwakilan digital bagi video analog. D-1 merupakan video digital yang paling berkualiti. Ia berdasarkan kepada 4 komponen iaitu merah, biru, hijau dan ‘luminance’ yang disimpan dalam pita 19mm

8 nazlita@fsktm.um.edu.my8 Kelebihan video digital yang paling penting ialah ia tidak bergantung kepada ‘generational loss’ kerana setiap salinan adalah ‘identical’ kepada ‘parent’. Walaupun data video adalah digital, tetapi secara maya (virtual), semua format digital disimpan di dalam pita berjujuk (sequential tape).

9 nazlita@fsktm.um.edu.my9 Terdapat 2 kelebihan dengan menggunakan komputer iaitu : Kebolehan untuk mencapai video secara rawak. Kebolehan untuk memampatkan video. Kelebihan ini berguna apabila kita hendak melakukan edit pada video, menghantar video atau menyimpan bilangan tertentu video untuk projek multimedia

10 nazlita@fsktm.um.edu.my10 Ciri asas bagi video digital Frame rate Frame size Resolusi atau kedalaman warna

11 nazlita@fsktm.um.edu.my11 Frame rate ‘Frame rate’ merupakan bilangan imej yang dipaparkan dalam tempoh masa tertentu. Biasanya diukur dalam unit ‘frame per second’ (fps) Pita video piawai mempunyai 30 fps. ‘Frame’ bagi ‘movie’ dipanggil sel. Semakin kecil kadarnya, semakin cepat data dapat diproses dan semakin kecil fail video.

12 nazlita@fsktm.um.edu.my12 Frame size ‘Frame size’ merujuk kepada bilangan piksel yang dipaparkan secara mengufuk dan menegak. Saiz tetingkap dan kualiti video secara terus bergantung kepada saiz fail video. Oleh itu ia memberi kesan kepada kapasiti storan bagi media yang digunakan sebagai pengantara.

13 nazlita@fsktm.um.edu.my13 Semakin kesil saiz tetingkap, semakin kecillah fail dan semakin cepatlah maklumat dapat dipindahkan dan diproses. Contoh saiz ‘frame’ yang biasa : 640 x 240 – paparan penuh skrin VGA 320 x 240 – 1/4 daripada paparan VGA 240 x 180 – 1/6 daripada paparan VGA 160 x 120 – 1/16 dariapada paparan VGA

14 nazlita@fsktm.um.edu.my14 Resolusi atau Kedalaman Warna (Resolution or Color Depth) Resolusi merupakan jumlah warna untuk setiap piksel di dalam setiap imej. Contoh 8 bit/piksel = 256 warna 16 bit/piksel = 65,535 warna 24 bit/piksel = 16.7 million warna

15 nazlita@fsktm.um.edu.my15 Pengiraan Saiz Aliran Data Digital Video (Digital Video Stream) F = saiz frame (lebar * tinggi) R = kadar frame (frames per second) C = kedalaman warna (bytes) T = masa dlm saat Saiz Data Video = f * r * c * t

16 nazlita@fsktm.um.edu.my16 Contoh Sumber : 1 minit video analog dgn Video digital pada 30 frames per saat (fps), 24 bit warna (3 bytes), paparan 320 X 240. Maka, saiz data: 60 saat * 30 fps * 3 bait * (320 piksel * 240 piksel) = 414,720,000 bait

17 nazlita@fsktm.um.edu.my17 Pemampatan Video Kaedah pemampatan menggunakan algorithma matematik untuk mengurangkan data video dengan ‘eliminating’, ‘grouping’ atau ‘averaging’ data yang hampir sama Pemampatan perlu supaya video digital mudah untuk diuruskan untuk penyimpanan, penghantaran dan pemprosesan. Dengan pemampatan, saiz data dapat dikurangkan

18 nazlita@fsktm.um.edu.my18 Nisbah pemampatan ialah nisbah di antara video asal dengan video yang telah dimampatkan. Contoh : nisbah mampatan 200:1 bermaksud video asal diwakilkan oleh 200 dan video yang dimampatkan diwakilkan oleh 1.

19 nazlita@fsktm.um.edu.my19 Semakin banyak video dimampatkan, semakin tinggi nisbah pemampatan. Tetapi kualiti video akan menjadi semakin berkurangan jika nisbah pemampatan semakin tinggi. Nisbah pemampatan berbeza mengikut kaedah mampatan yang digunakan

20 nazlita@fsktm.um.edu.my20 Antara kaedah pemampatan yang biasa digunakan ialah : ‘lossy compression’ ‘lossless compression’ ‘interframe compression’ ‘intraframe compression’

21 nazlita@fsktm.um.edu.my21 Kelebihan Video Digital Mudah diskalakan Boleh dicapai secara rawak Mudah disimpan dan dipindahkan secara berkesan Menawarkan pelbagai keupayaan penyuntingan Menawarkan ciri-ciri tambahan untuk main-semula (play-back) Mempunyai keupayaan interaktif

22 nazlita@fsktm.um.edu.my22 Proses Penangkapan (capturing) Jujukan Video Isyarat analog disampel secara sementara pada kadar penangkapan yang telah diset oleh pengguna. Isyarat warna analog juga disampel. Kedua-dua isyarat selalunya akan ditukar ke bentuk yang mudah untuk diselenggarakan oleh sistem iaitu dalam jujukan nilaian diskrit.

23 nazlita@fsktm.um.edu.my23 Kemudian kerangka yang disampel tersebut akan melalui proses pendigitalan dengan melakukan proses pensampelan imej ditukar ke dalam bentuk piksel yang mengandungi nilaian perwakilan keterikan warna pada setiap lokasi piksel.

24 nazlita@fsktm.um.edu.my24 Animasi Berkomputer Animasi merangkumi semua perubahan yang kemungkinan besar turut mengandungi kesan sampingan secara visual. Perubahan ini wujud dalam pelbagai bentuk. dari segi posisi suatu objek bersandarkan dengan masa (motion dynamics); perubahan dari segi ciri objek seperti perubahan warna, bentuk, struktur, ‘transparency’ atau ‘texture’ objek; ataupun perubahan dari segi pencahayaan, lokasi kamera, orientasinya juga focus.

25 nazlita@fsktm.um.edu.my25 Konsep Asas Animasi Input Peringkat Penggubahan (Composition Stage) Proses Di antara (Inbetween Process) Perubahan warna

26 nazlita@fsktm.um.edu.my26 1. Input Proses input merujuk kepada proses mendigitalkan beberapa lakaran animasi yang kemudian akan bertindak sebagai ‘key frames’ bagi animasi tersebut. Proses input bagi animasi ialah pengimbas optikal melakar menggunakan ‘data tablet’, ‘drawing tools’ dan sebagainya.

27 nazlita@fsktm.um.edu.my27 2. Peringkat Penggubahan (Composition Stage) Peringkat penggubahan merujuk kepada proses di mana ciri-ciri ‘background’ dan ‘foreground’ digabungkan untuk menjana kerangka individu bagi kesan akhir animasi. Ini dapat dilakukan melalui teknik ‘image-composition’.

28 nazlita@fsktm.um.edu.my28 3. Proses Di antara (Inbetween Process) Proses ini merujuk kepada proses penjanaan ‘intermediate frames’ di antara ‘keyframes’. Ini kerana animasi memerlukan kerangka di antara kerangka utama bagi membolehkan perubahan keadaan atau pergerakan animasi yang lancar di antaranya.

29 nazlita@fsktm.um.edu.my29 Proses ‘inbetweening’ dalam animasi berkomputer dihasilkan melalui teknik ‘interpolation’ di mana sistem akan membekalkan maklumat tentang lokasi awal akhir objek. Terdapat pelbagai teknik pelaksanaan ‘interpolation’ dan ‘linear interpolation’ (juga dikenali sebagai ‘learping’) adalah tekniknya yang paling mudah.

30 nazlita@fsktm.um.edu.my30 Interpolasi Linear Untuk Gerakan Satu Bola

31 nazlita@fsktm.um.edu.my31 ‘Learping’ akan mengira kedudukan di antara (intermediate) bagi satu bola yang dibaling ke udara dengan menggunakan tiga ‘keyframes’ seperti gambarajah (a) Gambarajah (b) pula merupakan hasilan proses ‘learping’. Kelemahannya di sini di (b) wujud gerakan yang kurang ‘realistic’ terutama pada kedudukan teratas bola tersebut.

32 nazlita@fsktm.um.edu.my32 ‘Oleh yang demikian, teknik ‘splines’ selalunya jadi pilihan untuk ‘smooth out’ proses ‘interpolation’ di antara ‘keyframes’. Inbetweening’ juga melibatkan proses ‘interpolating’ bentuk objek. Terdapat beberapa pendekatan untuk tujuan ini di antara penghasilan ‘skeleton’ objek.

33 nazlita@fsktm.um.edu.my33 4. Perubahan warna Untuk tujuan ini, animasi berkomputer menggunakan CLUT(lut) ‘Look-Up table’ dalam penimbal kerangka (frame buffer) dan melaksanakan proses menimbal berganda (double buffering).

34 nazlita@fsktm.um.edu.my34 Peranan Animasi Dalam Aplikasi Multimedia Animasi digunakan untuk memberi penekanan kepada sesuatu perkara yang dipersembahkan. Contoh : butang navigasi beranimasi ketika pengguna menyentuhnya bagi memperlihatkan bahawa ianya mempunyai fungsi.

35 nazlita@fsktm.um.edu.my35 Animasi juga digunakan untuk memperlihatkan proses kesinambungan di antara topik atau bab. Contoh : menggunakan jenis peralihan (transition) tertentu seperti ‘box in’ untuk menunjukkan pergerakan pengguna di antara paras maklumat atau di antara nod dalam paras maklumat (level of granularity) aplikasi. Animasi juga digunakan untuk menunjukkan dengan jelas sesuatu pelaksanaan proses atau simulasi.

36 nazlita@fsktm.um.edu.my36 TUTORIAL BAB 6 1.Apakah kelebihan video dengan menggunakan komputer? 2. Terangkan ciri-ciri asas video digital. 3. Apakah kelebihan video digital? 4. Terangkan peringkat penggubahan di dalam animasi berkomputer. 5.Apakah peranan animasi di dalam aplikasi multimedia?


Download ppt "PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142) BAB 6 : VIDEO."

Similar presentations


Ads by Google