Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Maksud Gossip : buah mulut, umpatan atau desas-desus.

Similar presentations


Presentation on theme: "Maksud Gossip : buah mulut, umpatan atau desas-desus."— Presentation transcript:

1

2 Maksud Gossip : buah mulut, umpatan atau desas-desus.

3 Bagi melihat isu gossip ini, kita perlu meneliti pandangan individu tentang gossip: Penulis buku 5 SIMPLE STEPS TO TAKE YOUR MARRIAGE FROM GOOD TO GREAT iaitu Terri Orbuch. Beliau menemukan bahawa pasangan bahagia menghabiskan masa terluang setiap hari dengan berbincang. Gossip dapat memperkuatkan hubungan mereka dan boleh menjaga cinta mereka. Bergossip juga akan membuat pasangan tertawa dan saling bertukar pendapat tentang orang lain. Menurut Sylvia Lafair, Ph.D., yang merupakan seorang psikologis dan penulis buku DON’T BRING IT TO WORK, seseorang yang berada dalam lingkungan kerja baru dan memiliki pasukan gossip akan berada pada posisi yang kuat. Kuncinya adalah memulakan gossip yang ringan, tanpa kesan menyerang dan meletup dalam waktu yang singkat. Pendapat bijak kita mengenai gosip tersebut akan menjadi nilai tambah untuk diri sendiri. Cuma usah menyerang individu yang digossip atau menghinanya kerana gossip boleh membunuh kerjaya seseorang. Menurut Sylvia Lafair lagi, gossip boleh memulakan ikatan sosial atau melihat sama ada kita boleh masuk atau tidak dalam sesebuah kelompok. Gossip akan menjadi lebih berguna dan turut menjadi media untuk saling bertukar maklumat tentang orang lain. Kita juga turut melatih diri untuk memilih gossip yang baik untuk dibicarakan dan memberi komen yang dapat membantu menjaga hubungan baik dengan orang lain.

4 Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram mengenai hiburan, menceritakan aib, gossip dan hal-hal yang berkaitan dengan peribadi orang lain di khalayak. Fatwa tersebut dikeluarkan oleh MUI pada 27 Julai 2010 di Jakarta. Sabda Nabi, “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim) Sabda Nabi, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim) Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Pandangan utama tentang gossip:

5 Al-Quran dalam Surah Al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan ini. "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan- larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani“. Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar), tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi). Nabi juga ada mengatakan, “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati- hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Hadis riwayat Bukhari)

6 Jika ditegah sekalipun ramai yang tetap melakukannya, apatah lagi jika gossip ini dibenarkan. Maka yang lebih baik adalah meninggalkan gossip ini (sekiranya kita melihat ia mengarah kepada keburukan). Yahya bin Mu'aadz Arrazi berpesan, jadikanlah sebahagian orang mukmin yang baik melalui cara: Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan (merosaknya) Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya Semoga semua orang disekeliling kita dapat hidup aman dan tenang tanpa gossip yang menyebabkan hidup mereka porak peranda dan bertambah sukar. Seterusnya, semoga tuhan akan dipermudah dan disenangkan hidup kita kelak.

7


Download ppt "Maksud Gossip : buah mulut, umpatan atau desas-desus."

Similar presentations


Ads by Google