Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

CPE 3201 TOPIK 2 : AKTA KAUNSELOR & KOD ETIKA KAUNSELOR (Nota Sem 1, 2013/2014 Disediakan oleh Maznah Baba, PhD)

Similar presentations


Presentation on theme: "CPE 3201 TOPIK 2 : AKTA KAUNSELOR & KOD ETIKA KAUNSELOR (Nota Sem 1, 2013/2014 Disediakan oleh Maznah Baba, PhD)"— Presentation transcript:

1 CPE TOPIK 2 : AKTA KAUNSELOR & KOD ETIKA KAUNSELOR (Nota Sem 1, 2013/2014 Disediakan oleh Maznah Baba, PhD)

2 OBJEKTIF UNIT 2 / TOPIK Setelah mengikuti unit ini, pelajar akan dapat:   i. menjelaskan Akta Kaunselor ii. menghuraikan kod etika kaunselor  

3 AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan bagi perkara perkara yang berkaitan dengannya.

4 BEBERAPA KANDUNGAN PENTING AKTA KAUNSELOR 1998
Tafsiran (spt definisi kaunselor, kaunseling) Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia Lembaga Kaunselor Pendaftaran kaunselor Perakuan daftar dan pameran Prosiding tatatertib Kesalahan dan Penalti

5 Definisi kaunselor Seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling dengan suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

6 Definisi kaunseling Akta Kaunselor, 1998
Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,kemajuan, dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Akta Kaunselor, 1998

7 Fungsi Lembaga Kaunselor
Selia perkhidmatan Nilai keperluan Kawalselia latihan & tentukan jenis Tentukan kelayakkan untuk AKTA Tentukan standard latihan Syorkan kpd kerajaan standard Daftar kaunselor berkelayakan Kawalselia fee Kawalselia tatalaku & tetapkan etika Lantik anggota lembaga

8 Jika tidak mendaftar, Tidak boleh amalkan, menjalankan, mengendalikan, atau mengemukakan diri sebagai kaunselor Tidak boleh guna gelaran “kaunselor berdaftar” Tidak boleh guna / pamer tanda, papan, kad, atau reka bentuk lain yang menggambarkan diri seorang kaunselor berdaftar

9 Kelayakan Pendaftaran Sebagai Kaunselor di Malaysia
Warganegara / pemastautin tetap Berumur 21 tahun atau lebih Berkelayakan dari institusi yg diiktiraf dalam Jadual 2 Atau lembaga berpuashati dengan kelayakan pemohon

10 Makna Etika Secara Umum (Ethics)
Suatu sistem tingkah laku atau asas dasar akhlak (Kamus DBP) Menyentuh persoalan perlakuan betul dan salah

11 Makna Etika (Ethics) making decisions of a moral nature about people & their interactions in society (Gladding, 2009) (membuat keputusan bersifat moral mengenai manusia dan interaksi mereka dalam masyarakat) Perlakuan beretika sering disama-ertikan dengan perlakuan bermoral walaupun ada berpendapat kelakuan beretika bermaksud kelakuan dalam batasan perundangan manakala kelakuan bermoral merujuk kepada kelakuan yang baik atau tidak. Perlakuan beretika amat relevan dalam profesion kaunseling

12 Apa Makna Kod Etika Sesuatu Profesion?

13 Satu set standard (piawaian) dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan memberi panduan kepada ahli mengenai tatalaku berinteraksi antara ahli dan dengan orang luar organisasi berkenaan (Gladding, 1999)

14 Sumber utama kod etika kaunselor ialah Kod Etika Kaunselor yang dikemukakan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) Kod etika – Tatalaku & peraturan berhubung dengan amalan profesional yang menjelaskan tanggungjwb etika ahli yang dipersetujui bersama Kaunseling- Suatu proses sistematik utnutk membantu klien berdasarkan teori psikologi & prinsip2 kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor ,mengikut Kod Etika Kaunselor untuk ,encapai perubahan, kemajuan dan penyesuaian yg berkesan (Kod Etika Kaunselor, PERKAMA semakan 2008):

15 Apakah Tujuan Kod Etika Kaunselor?
Menyediakan garis panduan kpd pengamal kaunseling & sebagai asas kpd isu etika Menggariskan piawai perlakuan kaunselor dalam menjalinkan hubungan profesional dengan klien, rakan2 kaunselor, majikan, individu dari profesion lain serta masyarakat keseluruhannya Mendidik kaunselor & masyarakat umum mengenai hak & tanggungjwawab masing2

16 Apakah Skop Kod Etika Kaunselor ?
Amnya, Skop Kod Etika kaunselor menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam 5 aspek:- 1. Tanggungjawab kaunselor (i.terhadap profesion; ii. klien; iii. rakan profesional; iv. organisasi/majikan; dan v. masyarakat). 2. Perkhidmatan persendirian (i. pengiklanan, ii. pengurusan; iii. Fi atau pembayaran) Bersambung slaid berikut…

17 3. Penyelidikan & Penerbitan (i. etika penyelidikan; ii
3. Penyelidikan & Penerbitan (i. etika penyelidikan; ii.persetujuan subjek; iii. penerbitan) 4. Latihan (program latihan kaunselor, Polisi latihan, maklumat mengenai kaunselor pelatih, kemahiran pendidik kaunselor dsbnya) 5. Penggukuran & Penilaian (maklumat lengkap ujian psikologi, kelayakan kaunselor mentadbir & mentafsir ujian psikologi) (Sila rujuk maklumat khusus dalam booklet Kod Etika Kaunselor)

18 RUJUKAN AKTA Kaunselor 1998
Gladding, S. (2009) Counseling: A comprehensive profession. (6th ed.) New Jersey:Pearson Education International. Kod Etika Kaunselor (PERKAMA, Semakan 2008)


Download ppt "CPE 3201 TOPIK 2 : AKTA KAUNSELOR & KOD ETIKA KAUNSELOR (Nota Sem 1, 2013/2014 Disediakan oleh Maznah Baba, PhD)"

Similar presentations


Ads by Google