Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN

Similar presentations


Presentation on theme: "STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN"— Presentation transcript:

1 STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
Kursus Induksi STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2

3 Pengenalan kepada struktur dan organisasi
Definisi struktur Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

4 Definisi organisasi Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu. Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Mempunyai 5 unsur seperti : 1. dasar yang tegas, 2. tujuan yang jelas, 3. adanya kepimpinan wakilan, 4. anggota yang konkrit serta 5. usaha yang positif dan kreatif.

5 Model organisasi dan struktur.
Kementerian Pendidikan Malaysia ; satu organisasi formal terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan. Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu organisasi. Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah strukturnya. Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua dengan guru-gurunya.

6 Model Organisasi dan Struktur.
2 1 Petunjuk 1-8 : unit-unit yang terdapat di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia 3 8 4 7 5 6 Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

7 Rasional Struktur dan Organisasi
Berdasarkan Rajah 1. mencapai matlamat-matlamat yang khusus. setiap individu atau unit dapat memainkan peranan masing-masing secara berkesan. matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan moral. maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan masyarakat dan negara.

8 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
Proses pendidikan menggalakkan; perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat dan negara. menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan bertanggungjawab. Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.

9 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

10 Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

11 Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

12 Carta organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Ketua Kementerian Pendidikan ialah Menteri Pendidikan. ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen. memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan. Lihat lampiran 1

13 CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Pengarah Pendidikan Negeri Tim. Pengarah Pendidikan Negeri Petunjuk : 1. Sektor Pengurusan Sekolah 2. Sektor Pengurusan Akademik 3. Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan 4. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan 5. Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian 1 2 3 4 5 Sekolah Pengetua / Guru Besar

14 CARTA ORGANISASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
CARTA ORGANISASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Pengurusan Akademik Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Pengetua / Guru Besar

15 CARTA ORGANISASI SEKOLAH Guru-guru Penolong Kanan
Pengetua/Guru Besar Lembaga Pengelola Sekolah PIBG Lembaga Tatatertib Guru-guru Penolong Kanan Penyelia Petang Ketua Bidang Guru Guru Guru Guru Kakitangan sokongan Kakitangan sokongan

16 JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

17 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

18 CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sekolah Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Bahagian Buku Teks Pengarah Bahagian Sukan

19 FUNGSI JABATAN SEKOLAH Tim. Ketua Pengarah Jabatan Sekolah
Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan. Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula buku teks. Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-sekolah.

20 JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

21 CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal Pengarah Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal & Vokasional Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Teknikal & Vokasional Pengarah Bahagian Latihan & Kemajuan Staf Pengarah Bahagian Kolej Komuniti

22 Bertanggungjawab mengawal selia;
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal Bertanggungjawab mengawal selia; Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional, Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Bahagian Pengurusan Politeknik, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal dan Vokasional, Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej Komuniti.

23 JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

24 CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral Pengarah Bahagian Pendaftaran & Piawaian Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

25 Bertanggungjawab mengendalikan :
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Bertanggungjawab mengendalikan : pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam sistem pendidikan kebangsaan. Tanggungjawab tersebut meliputi : perancangan pembangunan dan penyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

26 JABATAN PENDIDIKAN SWASTA

27 CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pengarah Bahagian Pendaftaran & Piawaian Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

28 FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan; menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi pendidikan swasta (IPS) menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan dasar dan peruntukan perundangan dipatuhi. 2. Juga dipertanggungjawabkan untuk; mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan, menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta, menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan mempromosikan pendidikan swasta ke luar negara. 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan kepada pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

29 JABATAN PENDIDIKAN KHAS

30 CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Khas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas Pengarah Latihan & Khidmat Bantu

31 JABATAN PENDIDIKAN KHAS Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan; perancangan dan pengurusan dasar, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan murid, pembangunan, penyenggaraan dan perolehan, latihan dan perkembangan staf, khidmat sokongan, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.

32 bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini;
Objektif Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas; pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas; peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas; bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini; tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

33 BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN (EPRD)

34 FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN (EPRD)
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan.

35 LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

36 FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000. Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan Institute of Statisticians.

37 Fungsi dan Tanggungjawab Lembaga Peperiksaan Malaysia
Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran

38 OBJEKTIF Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentukpengujian dan pengukuran pendidikan Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan danpenilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan Memberi khidmat Bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingantentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan

39 BAHAGIAN TEKNOLOGI dan MAKLUMAT PENDIDIKAN

40 BAHAGIAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT PENDIDIKAN
FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT PENDIDIKAN Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab: meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu; memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan; meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan.

41 Objektif Bahagian Teknologi dan Maklumat Pendidikan
Menyediakan sistem pengurusan maklumat bersepadu bagi menyokong bisnes KPM. Menyediakan infrastruktur ICT yang selamat dan dipercayai. Menyediakan personel ICT yang mempunyai tahap kompentensi tinggi

42 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

43 INSTITUT AMINUDDIN BAKI Pengarah Institut Aminuddin Baki
FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI Pengarah Institut Aminuddin Baki Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab: memperbaiki kualiti pendidikan di samping mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara. IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun. IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem pendidikan.

44 Objektif Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan pendidikan serta membangunkan Pendidikan Negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya penghayatan dan amalan peradaban ilmu dan nilai-nilai murni.

45 Penubuhan IAB berpaksikan kepada enam (6) fungsi utama iaitu:
Latihan Pentaksiran Perundingan Penyelidikan Penerbitan Kumpulan Pemikir

46 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

47 FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
Jabatan Pendidikan Negeri adalah bertanggungjawab: melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus. Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah

48 BIDANG TUGAS KETUA SETIAUSAHA

49 BIDANG TUGAS Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bertanggungjawab: menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan adalah seperti berikut: Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar Pengurusan kewangan Pengurusan Pembangunan dan Bekalan Pengurusan dan Pembangunan Personel Lain-lain tugas

50 KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
BIDANG TUGAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

51 BIDANG TUGAS Penasihat utama Menteri Pendidikan berhubung dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal pendidikan pada amnya. Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan. Menentukan fungsi Jabatan Pendidikan Negeri di semua negeri di Malaysia berjalan lancar. Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian Pendidikan berfungsi dan berjalan lancar selaras dengan keperluan negara. Lain-lain tugas.

52 SOALAN-SOALAN LATIHAN
1.   Bina semula carta organisasi Kementerian Pendidikan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. 2.   Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. 3.   Anda memohon pertukaran antara negeri dengan mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu membuat rujukan. 4.   Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. 5.  Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan anda?

53 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN"

Similar presentations


Ads by Google