Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kelas Bimbingan Dewasa

Similar presentations


Presentation on theme: "Kelas Bimbingan Dewasa"— Presentation transcript:

1 Kelas Bimbingan Dewasa
ZAKAT 1

2 ZAKAT DALAM ISLAM Islam Merdeka Milik yang sempurna Cukup nisab
Syarat-syarat wajib zakat: Islam Merdeka Milik yang sempurna Cukup nisab Sampai haul (genap satu tahun untuk membayar zakat) 2

3 ZAKAT DALAM ISLAM Sebagai bukti kecintaan manusia terhadap Allah s.w.t
Matlamat dan kepentingan zakat: Sebagai bukti kecintaan manusia terhadap Allah s.w.t harta suatu nikmat yang dicintai manusia. Allah melatih kita untuk mengorbankan sedikit dari harta kita untuk disalurkan kepada orang yang memerlukan. 3

4 ZAKAT DALAM ISLAM Sebagai rasa syukur terhadap nikmat Allah
Dapat melahirkan rasa syukur kepada Allah atas harta yang dianugerahkan. Dapat merendahkan diri kerana sedar harta itu sebenarnya milik Allah s.w.t Dapat menjauhkan diri dari sifat takbur. 4

5 ZAKAT DALAM ISLAM Sebagai bantuan serta motivasi bagi golongan yang memerlukan Dapat membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan Dapat memotivasikan mereka agar giat bekerja bagi yang mampu Membantu atasi kemiskinan. 5

6 ZAKAT DALAM ISLAM Mensucikan jiwa seseorang daripada sifat kikir dan bakhil Mendidik orang Islam agar sentiasa bersifat dermawan dan pemurah Menggalakkan agar bergiat aktif dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat. 6

7 ZAKAT DALAM ISLAM Hukum bagi orang yang meninggalkan zakat Bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat padahal ia mampu, mereka ini diancam oleh Allah s.w.t dengan seksaan yang amat pedih 7

8 ZAKAT DALAM ISLAM Firman Allah:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih.” (al-Taubah:34) 8

9 ZAKAT DALAM ISLAM Bagi seorang Muslim yang mengingkari kewajipan mengeluarkan zakat dengan sengaja, maka ia telah terkeluar dari agama Islam. Tetapi jika ia mengakui kewajipan zakat namun tetap enggan dan sengaja tidak mahu keluarkan zakat, ia memikul dosa yang besar tetapi tidak terkeluar dari Islam 9

10 HARTA YANG WAJIB DIZAKAT
Jenis harta kekayaan yang wajib dizakat: Emas, perak dan mata wang Harta perniagaan Binatang ternak Buah-buahan dan biji-bijian yang dapat dijadikan makanan asas Barang galian dan barang temuan 10

11 ZAKAT EMAS, PERAK & MATA WANG
Zakat emas dan perak ialah 1/40 ( 2.5%) dari nisab harta tersebut. Apabila jumlah emas atau perak yang dimiliki telah mencukupi nisab selama tempoh setahun, maka perlu dikeluarkan zakat sebanyak 1/40 atau 2.5%. 11

12 ZAKAT EMAS, PERAK DAN MATA WANG
Namun pada masa kini, pelbagai mata wang telah mengambil alih peranan emas dan perak, maka mata wang yang sama harga nisab bagi emas atau lebih, wajib dikeluarkan zakatnya iaitu 1/40 (2.5%) apabila mencapai tempoh masa setahun. 12

13 ZAKAT EMAS, PERAK & MATA WANG
Sabda Nabi: “ Bila kamu memiliki 200 dirham dan telah sampai setahun, maka wajib dikeluarkan daripadanya 5 dirham. Dan tidaklah wajib atas kamu berzakat hingga kamu memiliki 20 dinar (misqal) dan telah sampai setahun, maka wajib dikeluarkan ½ dinar.” (HR. Abu Daud) 13

14 ZAKAT HARTA PERNIAGAAN
Ialah seorang peniaga yang memiliki barang- barang perniagaan yang telah sampai nisabnya dan telah dimilikinya selama tempoh setahun wajib menzakatkan hartanya itu. Peniaga perlu mengira harga barang- barangnya itu dan mengeluarkan 1/40 atau 2.5% dari harganya. 14

15 A Muslim who is obligated (wajib) to pay Zakat CPF is allowed to choose between the two religious approaches regarding Zakat on CPF savings which is as follows:  1st approach to CPF calculation  If a person who receives CPF monies is living comfortably and has no difficulty in paying Zakat every year either through personal savings or in arrears when CPF monies is withdrawn, then he/she is obligated to pay Zakat from the year nisab is reached until withdrawal of CPF monies.  2nd  approach to CPF calculation  If a person still has financial commitment and will incur great hardship (eg. still has outstanding loans to pay off) if he/she pays in arrears, Fatwa rules that the person pays Zakat based on 2.5% of the amount received from his/her CPF savings when he/she reaches 55 years old. 

16 Second Approach  Amount of CPF Savings withdrawn from the Ordinary Account in 2010 is $58,   The obligatory Zakat payable after CPF withdrawal is:  = $58,961 x 2.5%  = $  

17 ZAKAT HARTA PERNIAGAAN
Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (al-Baqarah:267) 17

18 ZAKAT BINATANG TERNAK Binatang ternakan yang wajib dikeluarkan zakat dibahagikan kepada 3 kategori: Unta Kambing dan biri-biri Sapi (lembu dan kerbau) 18

19 ZAKAT BINATANG TERNAK Syarat-syarat binatang ternak yang wajib dikeluarkan zakat: Telah cukup nisab Telah berlalu tempoh masa setahun Binatang ternak itu merupakan binatang yang digembalakan iaitu yang memakan rumput yang tidak terlarang dalam sebahagian besar masa setahun itu 19

20 1. ZAKAT UNTA Tidak wajib zakat jika unta yang dimilikinya kurang dari 5 ekor. Wajib zakat apabila untanya mencapai 5 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaan. 20

21 2. ZAKAT KAMBING DAN BIRI-BIRI
Tidak wajib zakat sebelum jumlah yang dimilikinya mencapai 40 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaannya. 21

22 3. ZAKAT LEMBU & KERBAU Tidak wajib zakat sebelum jumlah yang dimilikinya mencapai 30 ekor dalam tempoh masa setahun pengembalaannya. Hendaklah memastikan bahawa binatang yang akan dizakatkan itu sihat, sempurna dan sesuai. 22

23 3. ZAKAT LEMBU & KERBAU Contoh binatang yang tidak boleh dizakatkan:
Binatang yang terlalu tua Binatang yang buta sebelah matanya Binatang yang beranak kecil Binatang yang hamil Binatang untuk disembelih Binatang untuk dibawa berjalan 23

24 ZAKAT TANAMAN & BUAHAN Tanam-tanaman atau buah-buahan yang wajib dizakat sekiranya ia merupakan makanan utama yang boleh disimpan untuk dimakan pada waktu yang tidak ditentukan. 24

25 ZAKAT TANAMAN & BUAHAN Tanaman yang wajib dikeluarkan zakat: Gandum
Padi Jagung Buah-buahan yang wajib dikeluarkan zakat: Kurma Anggur 25

26 ZAKAT TANAMAN & BUAH2AN Nisab bagi tanaman atau buahan yang wajib dizakat ialah apabila beratnya mencapai 5 wasaq (700 kg). Seperti sabda Nabi: “Tidak wajib zakat pada barang-barang yang kurang 5 wasaq seperti tamar dan tanaman berbutir-butir (bijiran), maka tidaklah dizakatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim) 26

27 ZAKAT TANAMAN & BUAH2AN Zakat bagi tanaman dan buah-buahan yang ditanam dengan tanpa mengeluarkan belanja ialah 1/10 atau 10% dari nisabnya. Jika hasil tanaman dan buah-buahan itu memerlukan belanja bagi pengangkutan air dan seumpamanya maka zakatnya ialah 1/20 atau 5% dari nisabnya. 27

28 ZAKAT RIKAZ Rikaz ialah harta simpanan dalam tanah yang telah disembunyikan tanpa biaya dan bersusah payah oleh orang-orang dahulu kala pada zaman zahiliyah. Rikaz yang wajib dikeluarkan zakatnya ialah yang berupa harta seperti emas, perak, besi, timah dan suasa. Wajib zakat 1/5 atau 20% dari harta tersebut. 28

29 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Pemberian zakat dapat membantu golongan yang memerlukan. Zakat hanya boleh diagihkan kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja. Golongan yang berhak menerima zakat ialah orang-orang fakir, miskin, amil, mualaf, hamba sahaya yang akan dibebaskan, orang yang berhutang, fi sabilillah dan ibnu sabil. 29

30 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Golongan fakir Golongan miskin Pegawai zakat (amil) Golongan mualaf Hamba sahaya yang akan dibebaskan Orang-orang yang berhutang (gharim) Fi sabilillah (kegunaan pada jalan Allah) Ibnu sabil (orang dalam perjalanan) 30

31 1. GOLONGAN FAKIR Yang termasuk dalam golongan ini ialah orang yang tidak mampu bekerja untuk menampung perbelanjaan harian. Tidak mampu untuk berusaha sendiri dan tidak mampu juga untuk menggajikan orang lain. 31

32 2. GOLONGAN MISKIN Golongan miskin ialah orang yang mampu bekerja untuk menampung kehidupan seharian tetapi usahanya tidak mencukupi keperluannya. Sabda Nabi: “Orang miskin itu bukanlah orang yang didesak oleh sesuap makanan atau dua dan sebutir kurma atau dua tetapi orang yang miskin ialah orang yang memelihara dirinya dari meminta-minta.” (HR. Bukhari dan Muslim) 32

33 3. PEGAWAI ZAKAT (AMIL) Amil ialah orang yang menguruskan ehwal zakat seperti orang yang mengumpulkan zakat, yang menjadi juru tulisnya, yang membahagikan zakat kepada golongan tertentu dan seumpamanya. 33

34 4. GOLONGAN MUALAF Golongan mualaf ialah orang-orang yang dahulunya tidak beragama atau dari agama lain tetapi kemudian tertarik kepada agama Islam sedangkan hati mereka masih lemah dalam memeluk agama Islam. 34

35 5. HAMBA SAHAYA YANG AKAN DIBEBASKAN
Hamba sahaya ialah orang yang di bawah genggaman dan tawanan orang lain. Hamba yang berhak menerima zakat ialah mereka yang telah dijanjikan kemerdekaan oleh tuannya dengan syarat-syarat yang tertentu. 35

36 6. ORANG YANG BERHUTANG Orang yang berhutang disebabkan suatu kepentingan untuk kemaslahatan umat manusia sehingga hutangnya melebihi harta benda yang dimiliki berhak menerima zakat. Tetapi bagi mereka yang berhutang untuk tujuan maksiat, maka tidak berhak menerima zakat. 36

37 7. FI SABILILLAH Fi Sabilillah ialah sesuatu usaha yang dilakukan untuk kegunaan pada jalan Allah s.w.t. agar dapat meninggikan agama Islam dan ajaran-ajaran Islam. Di antaranya ialah usaha-usaha mendirikan masjid, hospital, rumah tumpangan orang tua, rumah anak yatim, untuk memajukan pendidikan Islam dan lain-lain lagi. 37

38 8. IBNU SABIL Golongan Ibnu Sabil ialah mereka yang kehabisan bekal ketika dalam berpergian dengan maksud baik seperti untuk menuntut ilmu, menyebarkan agama, berdagang dan seumpamanya. 38

39 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Golongan yang tidak berhak menerima zakat ada 5 iaitu: Orang kaya (dari segi harta dan usaha) Hamba (kecuali yang telah dijanjikan kemerdekaan) Keturunan Bani Hasyim dan Bani Muttalib (termasuk Nabi Muhammad s.a.w.) 39

40 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Orang kafir (bukan Islam) Orang yang menjadi tanggungan orang yang mengeluarkan zakat seperti ibu, bapa, isteri dan sebagainya. 40

41 GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT
Hadis yang berkaitan: “Dari Abdullah bin Adi bin Khiyar r.a menceritakan dua orang lelaki yang datang kepada Nabi s.a.w. hendak meminta sebahagian sedekah. Dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,”Jika kamu keduanya mahu, aku beri kamu. Dan tidaklah ada bahagian padanya bagi orang yang kaya dan tidak pula bagi orang yang kuat berusaha.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) 41


Download ppt "Kelas Bimbingan Dewasa"

Similar presentations


Ads by Google