Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

SCLM5033 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN BAHASA

Similar presentations


Presentation on theme: "SCLM5033 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN BAHASA"— Presentation transcript:

1 SCLM5033 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN BAHASA
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

2 PENGENALAN KOMPUTER Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. JAN 2010 SCLM5033

3 SEJARAH & PERKEMBANGAN KOMPUTER
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman, iaitu: Sebelum tahun 1940 Selepas tahun 1940 JAN 2010 SCLM5033

4 SEBELUM 1940 Ahli-ahli perniagaan dari China, Turki dan Yunani menggunakan Abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan. 1617 – John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier’s bones). 1642 – Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Mesin kira pascal ini kemudiannya dimajukan oleh William Leibnitz 1816 – Charles Babbage membina ‘the difference engine’. JAN 2010 SCLM5033

5 1801 – Joseph Jecquard mencipta kad tebuk yg digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan automatik. 1887 – Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. 1937 – Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal yg dipanggil Mark I. Mark I ini boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. JAN 2010 SCLM5033

6 SELEPAS TAHUN 1940 Selepas tahun 1940, semua komputer adalah elektronik sepenuhnya. Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Generasi pertama ( ) Generasi kedua ( ) Generasi ketiga (1965 –1970) Generasi keempat (1971 – kini) Generasi kelima (masa depan) JAN 2010 SCLM5033

7 Generasi komputer yang pertama menggunakan tiub vakum sebagai elemen logik utama
input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan menggunakan storan luaran, stok dalaman menggunakan drum magnetik. JAN 2010 SCLM5033

8 Generasi Kedua ( ) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL. Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga ( ). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC. JAN 2010 SCLM5033

9 Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik. JAN 2010 SCLM5033

10 TEKNOLOGI MAKLUMAT (TM)
Menurut British Advisory Council for Applied Research & Development): TM ialah suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan. Merupakan teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; Komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer) dan manusia; Hal berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. JAN 2010 SCLM5033

11 APLIKASI TM DALAM BIDANG PENDIDIKAN
SEKOLAH BESTARI PORTAL PENDIDIKAN HIBURAN PERMAINAN JAN 2010 SCLM5033

12 SEKOLAH BESTARI Menggunakan teknologi maklumat sebagai asas pengajaran dan pembelajaran. Menekankan perkembangan potensi pelajar secara individu dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelajar didedahkan dengan penggunaan komputer, bahan pengajaran disediakan dalam bentuk elektronik. Guru berperanan sebagai pemudah cara pembelajaran, pelajar menentukan sendiri tahap pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. JAN 2010 SCLM5033

13 PORTAL PENDIDIKAN Merupakan gerbang pendidikan yang sesuai digunakan oleh para pelajar. Menyediakan pelbagai maklumat berguna terutama kepada pelajar-pelajar yg akan menduduki peperiksaan penting. Menyediakan pelbagai bentuk soalan percubaan utk kegunaan pelajar berserta jawapan. JAN 2010 SCLM5033

14 HIBURAN TM boleh digunakan dalam bidang hiburan. Bila digabungkan dengan pendidikan dikenali sebagai Edutainment. Edutainment merujuk kepada suatu aplikasi multimedia yg menggabungkan elemen-elemen pendidikan & hiburan dalam satu pakej. JAN 2010 SCLM5033

15 PERMAINAN Permainan menjadi lebih menarik sekiranya digabungkan dengan hiburan seterusnya menjadi lebih baik apabila digabungkan dengan pendidikan. Cakera padat dengan ruang storan yang besar membolehkan animasi berkualiti tinggi, video digital dengan kesan audio yg berkualiti tinggi dan berbagai-bagai jenis permainan interaktif berunsurkan pendidikan disebarkan dengan mudah dan pantas. JAN 2010 SCLM5033

16 KESIMPULAN Teknologi maklumat banyak menyumbang kemudahan kepada kita.
Apabila maklumat diaplikasi dalam sesuatu bidang banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya digunakan secara bijaksana. Segala urusan dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan efisien dan peningkatan mutu kerja juga akan bertambah. Pengurusan kerja dapat berjalan dengan lancar dan pastinya pengguna akan berpuas hati sekiranya perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat dapat membantu urusan pengguna. JAN 2010 SCLM5033

17 KEPENTINGAN TEK. KOMPUTER & KOMUNIKASI TERHADAP SISTEM MAKLUMAT
Perbincangan Kenapa komputer diperlukan? Apakah kepentingan teknologi komputer & Komunikasi terhadap sistem maklumat? Bagaimanakah teknologi maklumat dapat digunakan untuk membangunkan sekolah bestari? Pada pandangan anda, adakah perkembangan Edutainment ini memberi faedah atau keburukan kepada pelajar? JAN 2010 SCLM5033


Download ppt "SCLM5033 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN BAHASA"

Similar presentations


Ads by Google