Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

Similar presentations


Presentation on theme: "KOMPONEN SISTEM KOMPUTER"— Presentation transcript:

1 KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
TOPIK 2.0

2 HASIL PEMBELAJARAN Memahami asas sistem komputer.
Memahami ciri – ciri papan induk (motherboard). Memahami fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU). Memahami sistem memori. Memahami fungsi media simpanan. Memahami bekalan kuasa (PSU). Membezakan peranti masukkan dan keluaran.

3 PENILAIAN PEMBENTANGAN UJIAN 1

4 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

5 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PENGENALAN Komputer terdiri daripada beberapa Komponen yang saling berhubung dan bekerjasama. Setiap komponen di kategorikan kepada beberapa bahagian : Peranti Masukan (input) Unit Pemprosesan Pusat Unit Kawalan. Ingatan Utama. Unit Aritmetik dan Logik. Sistem Ingatan. Peranti Keluaran(output)

6 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
KOMPONEN ASAS PAPAN INDUK (MAINBOARD) PAPAN KEKUNCI TETIKUS PEMPROSESAN (CPU) KEKISI MEMORI (RAM) UNIT BEKALAN KUASA MONITOR PEMBESAR SUARA PEMACU CAKERA KERAS PEMACU DVD/CD - ROM KAD GRAFIK Pensyarah menerangkan komponen-komponen asas yang terdapat pada komputer. Pensyarah juga menunjukkan komponen – komponen tersebut kepada pelajar supaya boleh melihat sendiri dan menyentuh komponen-komponen itu.

7 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
GAMBARAJAH BLOK SISTEM KOMPUTER Pensyarah memberi penerangan mengenai gambarajah blok bagi sistem komputer. Menerangkan fungsi CPU.

8 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
INPUT Peranti input (peranti masukan) ialah mana-mana perkakasan komputer persisian yang memberikan data dan isyarat arahan kepada sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer). 4 jenis peranti input : Teks Grafik Audio video

9 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN(TEKS) Papan kekunci / Tetikus Bar Code Reader Optical Reader Bar Code Reader dan Optical Reader adalah peranti yang menggunakan sumber cahaya untuk membaca corak dan kod kemudian menukarnya kepada data digital yang boleh diproses oleh komputer.

10 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN (GRAFIK) Pengimbas (Scanner) Kamera digital Pengimbas adalah peranti yang mengimbas gambar fotografi, poster, majalah dan lain-lain sumber untuk di ubahsuai atau dipaparkan ke komputer. Kamera digital membolehkan kita mengambil gambar dan menyimpan imej fotografi ke dalam komputer.

11 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN (AUDIO) Mikrofon MiDi Keyboard

12 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN (VIDEO) Kamera Video Digital Kamera Web Kamera Litar Tertutup Peranti ini merakam video (pergerakan) dan membolehkan sesuatu objek kelihatan bergerak apabila dipaparkan pada peranti output. Peranti ini memerlukan spesifikasi komputer yang tertentu untuk memaparkan output yang berkualiti.

13 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN– Papan Kekunci Papan kekunci (keyboard) merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer. Menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan fungsi- fungsi tertentu:- Menentukan gabungan 1 dan 0, iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan. Saling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil. Mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. Menyimpan secara sementara jika kekunci ditaip terlalu pantas.

14 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

15 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN– Tetikus Tetikus (mouse) ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk (kursor) pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

16 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN– Tetikus Terdapat beberapa jenis daripada ciri - ciri fizikal dan keupayannya seperti:- Tetikus bebola dengan wayar. Tetikus bebola tanpa wayar. Tetikus optik dengan wayar. Tetikus optik tanpa wayar.

17 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN– Tetikus Fungsi tetikus boleh dibahagikan kepada empat aktiviti utama: 1 Klik – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa Dwi-klik – untuk membuka dokumen atau memulakan program. Klik kanan – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer. Heret dan lepas – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

18 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI MASUKAN Touchpad Fingerprint / Retina Scanner Pointing stick Barcode reader Joystick Magnetic Card Reader Touch screen Pengimbas (Scanner)

19 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
OUTPUT Peranti output (peranti keluaran) ialah mana – mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer) kepada pengguna. Alat interaksi antara pengguna dan komputer. Peranti output yang biasa digunakan ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.

20 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PERANTI KELUARAN

21 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
JENIS OUTPUT HARD COPY - Alat yang digunakan untuk mencetak tulisan dan gambar pada medium seperti kertas atau memberikan keluaran berupa bahan cetakan. Contoh : printer, plotter dan alat microfilm. SOFT COPY - Alat yang digunakan untuk menghasilkan tulisan dan image pada media yang berupa isyarat elektronik. Contohnya : paparan video (monitor), projektor, panel rata, dan pembesar suara (speaker).

22 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
JENIS PENYAMBUNGAN USB Universal Serial Bus

23 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
JENIS PENYAMBUNGAN VGA Video Graphic Array DVI Digital Visual Interface HDMI High Definition Multimedia Interface

24 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
SISTEM MEMORI Memori merupakan bahagian komponen komputer terpenting dan berfungsi sebagai tempat penyimpanan. Memori digunakan untuk menyimpan data atau maklumat dan dapat dibaca serta digunakan apabila perlu. Memori juga boleh menyimpan data yang digunakan sebagai program atau maklumat yang diproses oleh CPU.

25 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
JENIS – JENIS MEMORI RAM ROM CACHE.

26 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
RAM RAM merupakan singkatan dari Random Access Memory (ingatan capaian rawak) dijumpai oleh Robert Dennard. Terdiri dari sekumpulan chip-chip yang berhubungan. RAM ini boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada keperluan pengguna komputer. Penggunaan RAM ini dibahagikan oleh sistem operasi komputer supaya proses/program dapat berjalan dengan lancar.

27 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
SDRAM SRAM RDRAM FLASH RAM EDO RAM DDR3

28 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
ROM ROM singkatan untuk Read Only Memory (Ingatan Baca Sahaja) ialah perkakasan yang ada pada komputer. Maklumat / data yang terkandung didalam ROM hanya boleh dibaca sahaja semasa pemprosesan berlaku dan tidak boleh diubah atau ditambah. Memori ini sering digunakan bagi menyimpan program utama dari suatu sistem. Data yang disimpan tidak mudah hilang walaupun bekalan kuasa diputuskan.

29 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
Gambar rajah ROM PROM EPROM EEPROM

30 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
CACHE Memori ini berkapasiti yang terhad tetapi berkelajuan tinggi dan mahal berbanding memori utama. Kedudukannya berada diantara memori utama (L2) dan didalam pemprosesan (L1). Fungisnya adalah untuk mengurangkan perbezaan masa kitar ingatan dengan masa pemprosesan CPU. Masa kitar adalah masa yang digunakan untuk mendapatkan satu arahan / data daripada ingatan utama sehingga boleh digunakan. Pensyarah menerangkan apa itu cache memori dan masa kitar ingatan. Pensyarah membezakan bahawa masa pemprosesan CPU sangat laju dibandingkan dengan masa kitar ingatan.

31 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
CACHE

32 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
MEDIA SIMPANAN Media simpanan adalah merupakan peranti atau alat yang dapat menyimpan data/maklumat. Media simpanan utama adalah cakera keras (Hard Disk) Cakera keras adakalanya gagal berfungsi dengan baik disepanjang hayat penggunaannya. Fungsi utama media simpanan ialah menyimpan data- data penting yang boleh ditanggalkan dan disimpan ditempat yang selamat.

33 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
JENIS MEDIA SIMPANAN Peranti Simpanan Magnetik ( Magnetic Storage Device) Peranti Simpanan Optikal (Optical Storage Device) Pemacu Ingatan Kilat(Static (Falsh) Memory Drives) .

34 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
MAGNETIK Cakera Keras Merupakan ruang simpanan utama didalam sebuah komputer. Komponen utama adalah plat yang berfungsi sebagai penyimpan data. Contoh lain : Magnetic Tape, Floppy Disk. Berdasarkan gambarajah, pensyarah menerangkan dengan ringkas kedudukan plat dan bagaimana ia berfungsi.

35 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
OPTIKAL Cakera jenis optikal terbina dari bahan-bahan seperti resin (polikarbonat) dan dilapisi permukaan yang sangat reflektif seperti aluminium. Pemacu cakera ini menggunakan cahaya tertumpu (laser) untuk membaca maklumat yang terkandung dipermukaannya dan ada yang boleh menyimpan data. CD dan DVD adalah 2 jenis cakera optik yang utama. .

36 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
1. Pensyarah menerangkan bagaimana permukaan CD dan DVD. 2. Menjelaskan bagaimana data dibaca oleh laser pada permukaan CD/DVD.

37 2.1 ASAS KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
PEMACU INGATAN KILAT Lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan mudah dibawa kemana sahaja. Penambahbaikan bagi cakera liut(floppy disk). Lebih kecil dan bersaiz lebih besar bagi menyimpan data yang banyak. .

38 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
SERVER Komputer Pelayan, juga dipanggil Pelayan Pengurusan adalah satu sistem komputer yang menyediakan perkhidmatan penting merentasi satu rangkaian, untuk pengguna-pengguna persendirian dalam sebuah organisasi besar atau untuk pengguna-pengguna awam dalam internet. Banyak pelayan telah berfungsi seperti pelayan web, pelayan percetakan, dan pelayan pangkalan data. .

39 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
SERVER Pelayan perusahaan umumnya adalah sangat tahan lasak, jika berlaku kerosakan kecil boleh mengakibatkan kos lebih tinggi membeli dan memasang sistem itu dan boleh menyebabkan kerugian. .

40 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
MAINFRAME (Kerangka Utama) Kerangka utama merupakan komputer berkuasa tinggi yang digunakan terutamanya oleh pertubuhan korporat atau kerajaan, pemprosesan data pukal contohnya banci, statistik industri dan pengguna, Perancangan sumber perusahaan, dan pemprosesan urus niaga kewangan. Mampu menyokong ribuan pengguna pada satu masa yang sama. .

41 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
Kepantasan pemprosesan diukur dalam unit megaflops. Berharga ratusan ribu sehingga jutaan ringgit.

42 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
KOMUTER PERIBADI (PC) Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai bergantung kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan komputer berkuasa tinggi. Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada komputer peribadi IBM keluaran IBM. Komputer ini merupakan pencetus kepada perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini. .

43 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
KOMUTER PERIBADI (PC) PC boleh dikelaskan kepada beberapa kategori: Komputer meja Komputer riba Komputer tablet Pembantu Digital Peribadi atau PDA Telefon bimbit .

44 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
WORKSTATION (Stesen Kerja) Sebuah komputer khas yang direkabentuk untuk aplikasi teknikal dan saintifik. Kebiasaannya dihubungkan dengan rangkaian setempat dan menggunakan sistem operasi pelbagai (Multi-user operating system) Kebanyakan komputer boleh berfungsi sebagai stesen kerja. .

45 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
WORKSTATION (Stesen Kerja) Semua komputer berhubung dengan fail pelayan. Tidak semestinya mempunyai cakera keras kerana fail disimpan dalam pelayan. .

46 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
LAPTOP Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer peribadi untuk penggunaan secara bimbit. Komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana- mana dengan mudah) adalah integrasi komponent daripada komputer atas meja, termasuk paparan, papan kekunci, peranti petunjuk(dikenali sebagai bantalan sentuh)dan juga pembesar suara ke dalam satu unit. .

47 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
LAPTOP Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri .

48 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
PORTABLE/MOBILE DEVICE Sebuah peranti bergerak atau peranti gemerak (bahasa Inggeris: mobile device) - juga dikenali sebagai peralatan telefon bimbit, peralatan genggam, komputer genggam, palmtop atau hanya alat genggam. Sebuah peralatan komputer bersaiz beg, yang mempunyai paparan dengan masukan sentuhan atau papan kekunci mini. .

49 2.1.1 JENIS DAN CIRI-CIRI KOMPUTER
PORTABLE/MOBILE DEVICE PDA Smartphone Ipad Tablet .

50 2.2 PAPAN INDUK (motherboard)

51 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
MOTHERBOARD

52 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
Motherboard adalah perkakasan komputer yang mempunyai peranan utama dan paling penting. Motherboard berperanan untuk menguruskan hal-hal teknikal proses BIOS (Basic Input Output System), Chipset (pengatur sambungan input-output), RAM (memori simpanan data sementara), VGA card (memori penyimpan data grafik) , pemproses dan kad tambahan(PCI, ISA).

53 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
Fungsi utama motherboard ialah sebagai pusat penghubung antara satu perkakasan (hardware) dengan perkakasan yang lain. Motherboard sebagai penterjemah kod bahasa antara perkakasan untuk diselaraskan menjadi sebuah aktiviti/proses kerja. Selain litar, papan induk juga mengandungi beberapa soket dan slot untuk menyambung komponen lain.

54 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
Form Factors Papan Induk Standart-ATX Micro-ATX Mini-ITX Nano-ITX Pico-ITX

55 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
STANDART-ATX Created by Intel in As of 2007, it is the most popular form factor for commodity motherboards. Typical size is 9.6 × 12 in although some companies extend that to 10 × 12 in.

56 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
MICRO-ATX A smaller variant of the ATX form factor (about 25% shorter). Compatible with most ATX cases, but has fewer slots than ATX, for a smaller power supply unit. Very popular for desktop and small form factor computers as of

57 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
MINI-ITX A small, highly integrated form factor, designed for small devices such as thin clients and set-top boxes. NANO-ITX Targeted at smart digital entertainment devices such as PVRs, set-top boxes, media centers and Car PCs, and thin devices.

58 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
PICO-ITX PC motherboard form factor announced by VIA Technologies in January 2007 and demonstrated later the same year at CeBIT. The Pico-ITX form factor specifications call for the board to be 3.9 × 2.8 in, which is half the area of Nano-ITX. The processor can be a VIA C7, a VIA Eden V4, a VIA Nano or any other that uses VIA's Nano BGA2 technology for speeds up to 1.5 GHz, with 128KB L1 & L2 caches. It uses DDR2 400/533 SO-DIMM memory.

59 2.2.1 FUNGSI DAN CIRI-CIRI PAPAN INDUK
MOBILE-ITX Mobile-ITX is the smallest (by 2009) x86 compliant motherboard form factor presented by VIA Technologies in December, 2009. The motherboard size (CPU module) is 60 × 60 mm (2.4 × 2.4 in). There are no computer ports on the CPU module and it is necessary to use an I/O carrier board. The design is intended for medical, transportation and military embedded markets

60 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK

61 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK INTERGRATED I/O PORT
Berfungsi untuk menghubungkan peranti luaran (Peranti I/O) ke papan induk. SLOT MEMORI Tempat / slot dimana RAM dipasang. SOKET PEMPROSES Tempat dimana pemproses dipasang. Kebiasaannya disertakan dengan kipas CPU dan heatsink.

62 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK EXTERNAL CACHE MEMORY
Ia menyediakan penyimpanan data dan pemprosesan perkhidmatan berkelajuan tinggi kepada pemproses komputer, cache utama / asli dan memori utama. Cache luaran juga dikenali sebagai cache menengah. CHIPSET Satu set komponen elektronik dalam litar bersepadu yang menguruskan aliran data antara pemproses, ingatan dan persisian. Chipset biasanya direka untuk bekerja dengan mikropemproses tertentu.

63 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK EXPANSION SLOT
Slot untuk menempatkan kad – kad tambahan seperti kad suara, kad grafik dan kad rangkaian bagi meningkatkat keupayaan asal komputer. CHIP BIOS Berfungsi untuk memulakan sistem komputer, memuat driver, sistem operasi, memeriksa sistem perkakasan dan program BIOS yang lain pada komputer.

64 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK DRIVE CONNECTOR
Soket untuk menghubungkan perkakasan seperti hard disk dan floppy disk ke papan induk. BATERI CMOS CMOS adalah singkatan kepada Complementary Metal Oxide Semiconductor. Berfungsi untuk menyimpan masa komputer (time setting). Selain itu, ia juga berfungsi untuk menyimpan penetapan BIOS.

65 2.2.2 KOMPONEN PAPAN INDUK TERMINAL BEKALAN KUASA
Untuk menyalurkan bekalan kuasa dari Unit Bekalan Kuasa (PSU) ke papan induk.

66 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

67 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
CPU ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Merupakan otak kepada komputer yang menguruskan semua perintah dan arahan yang pengguna berikan. Prestasi dan kemampuan CPU ditentukan oleh kelajuan jam (GHz). Makin besar maka makin berprestasi.  Tugas CPU dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.

68 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

69 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
TERMINOLOGI Processor Speep Cache Memory FSB Speed OverClocking

70 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
PROCESSOR SPEED (Kelajuan Pemprosesan) Kadar jam yang merujuk kepada kekerapan di mana CPU yang sedang beroperasi. Ia diukur dalam unit SI Hertz.

71 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
CACHE MEMORY Juga disebut CPU Memory (RAM) yang membolehkan CPU mengakses lebih cepat berbanding RAM biasa. Keupayaan akses sangat pantas dan mahal

72 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
FSB (Front Side Bus) SPEED FSB juga dikenali sebagai Bas Processor, Bas memori, atau Sistem Bas yang menghubungkan CPU (chipset) dengan memori utama dan cache L2. FSB terdapat dari kelajuan 66 MHz, 133 MHz, 100 MHz, 266 MHz, 400 MHz, dan keatas.

73 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
OVERCLOCKING Overclocking adalah proses memaksa komputer atau komponen untuk beroperasi lebih cepat daripada frekuensi jam asal. Voltan operasi juga boleh berubah (meningkat), yang mana akan meningkatkan kelajuan operasi asal yang stabil.

74 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
SOKET PEMPROSES (Processor)-INTEL Chip Class Socket Pins Layout Supported Processors Introduced Intel P4/Core 423 39x39 SPGA Pentium 4 FC-PGA Nov. 2000 478 26x26 mPGA Pentium 4/Celeron FC-PGA2, Celeron D Oct. 2001 T (LGA 775) 775 30x33 LGA Pentium 4/Extreme Edition, Pentium D, Celeron D, Pentium dual-core, Core2 June 2004 LGA 1156 (Socket H) 1156 40x40 LGA Pentium, Core i3/i5/i7, Xeon Sept. 2009 LGA 1136 (Socket B) 1366 41x43 LGA Core i7, Xeon Nov. 2008 LGA 1155 (Socket H2) 1155 Core i7, i5, i3 Jan. 2011 LGA 2011 2011 58x43 hexLGA Core i7 Nov. 2011

75 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
SOKET PEMPROSES (Processor)-INTEL Soket 478 Soket LGA 775 Soket LGA 1155 Soket LGA 2011

76 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
SOKET PEMPROSES (Processor)-AMD Chip Class Socket Pins Layout Supported Processors Introduced AMD K8 754 29x29 mPGA Athlon 64 Sept. 2003 939 31x31 mPGA Athlon 64 v.2 June 2004 940 Athlon 64 FX, Opteron Apr. 2003 AM2 Athlon 64/64FX/64 X2, Sempron, Opteron, Phenom May 2006 AM2+ Athlon 64/64 X2, Opteron, Phenom X2/X3/X4, II X4 Nov. 2007 AM3 9412 Athlon II, Phenom II, Sempron Feb. 2009 AM3+ "Bulldozer" Processors Mid-2011 F (1207 FX) 1207 35x35 LGA Aug. 2006 AMD A FM1 905 31x31 LGA A4, A6, A8, Athlon II, E2, Sempron Jul. 2011 FM2 904 A4, A6, A8, A10 Sept. 2012

77 2.3 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)
SOKET PEMPROSES (Processor)-AMD Soket 939 Soket AM3 Soket F(1207 fx) Soket F2

78 PEMBENTANGAN 1 Pensyarah memberikan tugasan kepada pelajar untuk dibentangkan. Tugasan berkumpulan (10%). Pelajar dikehendaki membentangkan topik 2 ini berkaitan komponen yang terdapat pada sistem komputer. Cadangan – INPUT, OUTPUT, CPU, SISTEM MEMORI, CACHE, TEKNOLOGI TERKINI. Masa diberikan oleh pensyarah untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing mengenai topik yang dipilih. Masa pembentangan sekitar 10 ke 15 minit sahaja.

79 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)

80 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
Unit Bekalan Kuasa (PSU) atau Unit Bekalan Kuasa Bermodul (MPS) biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa arus ulang alik dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen-komponen di dalam komputer. Dalam sistem komputer, bekalan kuasa merupakan punca utama semasa mengenalpasti kerosakan pada sistem. Ini kerana kebanyakankomponen elektronik tidak berfungsi jika nilai bekalan yang tidak mencukupi diberikan. Unit bekalan kuasa dikategorikan kepada beberapa jenis.

81 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
JENIS UNIT BEKALAN KUASA Bekalan kuasa jenis linear/pengubah Bekalan kuasa jenis pensuisan

82 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
BEKALAN KUASA JENIS LINEAR Lebih senang dikenalpasti dan dibaiki kerosakannya kerana mempunyai litar yang lebih mudah. Bekalan kuasa yang paling asas mempunyai sebuah transformer, rektifier dan beberapa kapasitor sebagai penapis (untuk meratakan dan menyelaraskan gelombang kuasa). Bekalan kuasa liner mudah dan lebih tahan lama.

83 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
BEKALAN KUASA JENIS PENSUISAN Ianya tidak membazirkan kuasa elektrik. Menggunakan transformer ( pengubah ) yang kecil, tidak seperti bekalan kuasa linear menggunakan transformer ( pengubah ) yang besar, dimana transformer yang berubah dan tidak akan menghilangkan haba. Terdapat litar pengesan ( censor circuit  ). yang mana mengawasi voltan dan tahap arus pada keluaran output. Fungsi litar pengesan dapat mengetahui kenaikan dan penurunan bekalan kuasa yang berubah-ubah.

84 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
Piawai rekabentuk bekalan kuasa (Form Factor) ‘Form factor’ atau piawai rekabentuk bekalan kuasa merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengilang bekalan kuasa sewaktu penghasilannya. Antara piawai bekalan kuasa yang yang ada adalah seperti: AT (Advance Technology) ATX (Advance Technology Extended) BTX (Balance Technology Extended)

85 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
Pemasangan kabel kuasa, untuk kabel P8 dan P9, kabel warna hitam mesti bersebelah dengan kabel hitam. AT (Advance Technology) Bekalan kuasa AT secara umumnya membekalkan kuasa 5V dan 12V bagi kegunaan komponen komputer. Ia menggunakan 2 palam (P8 & P9) bagi kegunaan motherboard dan menggunakan suis on/off manual.

86 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
ATX (Advance Technology Extended) Bekalan kuasa ATX dibangunkan oleh intel bagi menggantikan format AT dengan menambahkan Kuasa 3.3V* (3.3V, 5V, dan12V) Palam molex P1 (20 pin)untuk kegunaan motherboard. Fungsi ‘soft shutdown’(on/off automatik) oleh pin 14 Fungsi semakan kestabilan kuasa oleh pin 8 (power good) Fungsi on automatik (isyarat melalui modem/network) oleh pin 9(standby)

87 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)

88 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
BTX (Balance Technology Extended) Palam BTX dibangunkan sebagai format baru untuk menggantikan ATX. Tambahan 4 pin (12V, 5V, 3.3V, dan ground) menjadikan jumlahnya 24 pin. Tambahan ini adalah bagi membolehkan bekalan kuasa membekalkan kuasa yang cukup untuk kegunaan komputer masa kini.

89 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
PENYAMBUNG UNIT BEKALAN KUASA Bilangan penyambung bergantung pada kuasa (watt) unit bekalan kuasa. Hanya satu penyambung 20/24 pin atx dan p4 12v pada setiap unit bekalan kuasa.

90 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
KEKISI (CASING) Kekisi merupakan salah satu bahagian yang sangat penting bagi menempatkan semua komponen dan perkakasan komputer. Pada masa kini setiap kekisi telah dilengkapi dengan unit belakan kuasa. Rekabentuk kekisi amat penting bagi menentukan kecekapan sebuah sistem komputer. Faktor mengaliran udara yang baik dan unit bekalan kuasa yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan sistem komputer beroperasi dengan baik seperti dikehendaki.

91 2.4 UNIT BEKALAN KUASA (PSU)
KEKISI (CASING)

92 2.5 UNIT BEKALAN KUASA TAMBAHAN

93 2.5 UNIT BEKALAN KUASA TAMBAHAN
SURGE SUPPRESSOR (Lonjakan Penindas) Surge Suppressor adalah perkakas yang direka untuk melindungi peralatan elektrik daripada lebihan voltan. Ia berfungsi menghadkan voltan yang dibekalkan ke peranti elektrik sama ada dengan cara menyekat atau pintasan ke tanah voltan lebihan yang tidak diperlukan.

94 2.5 UNIT BEKALAN KUASA TAMBAHAN
AUTO VOLTAGE REGULATOR (AVR) AVR (pengatur voltan) direka untuk mengawal masukan voltan ke peralatan elektronik secara automatik Ia berfungsi mengekalkan tahap voltan yang dibekalkan ke peranti elektrik bergantung kepada voltan yang diperlukan secara malar.

95 2.5 UNIT BEKALAN KUASA TAMBAHAN
UNINTERRUPTABLE POWER SUPPLY (UPS) Alat yang dapat membekalkan kuasa kecemasan apabila bekalan kuasa utama gagal berfungsi. Ia berfungsi mengekalkan voltan dan memberikan kuasa sementara kepada peralatan elektrik yang sedang digunakan. Tempoh masa yang diberikan adalah bergantung kepada jenis dan harga dari pengeluar.

96 RUMUSAN

97 KESIMPULAN Mengenalpasti perkakasan dan fungsi setiap perkakasan adalah penting bagi memastikan ia dalam keadaan baik. Gambarajah blok sistem komputer merupakan asas kemahiran dalam sistem komputer. Peranti input dan output merupakan penghubung dalam komunikasi antara sistem komputer dan pengguna. Perisian yang sesuai dapat memudahkan dan meringankan lagi tugas komputer dalam membantu memahami kehendak pengguna. Pensyarah membuat kesimpulan terhadap semua perkara yang telah disentuh di dalam kelas dan menyemak kembali kefahaman pelajar dengan bertanya soalan dan melihat maklumbalas pelajar terhadap soalan yang diberikan. Pensyarah menyatakan terima kasih kepada pelajar terhadap perhatian dan kerjasama yang diberikan semasa kelas berjalan.

98 SEKIAN TERIMA KASIH

99 UJIAN 1 Pensyarah memberikan soalan ujian kepada pelajar bagi menguji tahap pamahaman pelajar bagi topik ini. Ujian individu ( 10%)

100 BAHAN RUJUKAN Cisco Networking Academy(2010), It Essentials: PC Hardware and Software, Companion Guide, USA : Prentice Hall (ISBN-10: ) Rosenthal, Morris (2008),Computer Repair With Diagnostic Flowcharts: Troubleshooting PC Hardware Problems from Boot Failure to Poor Performance, USA : Lightning Source Inc(ISBN-10: ) Andrews, Jean(2009), A+ Guide to Hardware: Managing, Maintaining, and Troubleshooting, USA: Course Technology Ptr(ISBN- 10: ) Iskandar(2009), Memasang Sendiri Komputer Peribadi,Malaysia:Venton Publishing (M) Sdn.Bhd (ISBN )


Download ppt "KOMPONEN SISTEM KOMPUTER"

Similar presentations


Ads by Google