Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
1
MINGGU 4
2
Minggu 4 Objektif pembelajaran: Di akhir minggu ini, pelajar dapat:
Mentakrifkan konsep sorotan literatur Mengenalpasti salah tanggapan terhadap sorotan literatur Mengenalpasti peranan sorotan literatur Merancang aktiviti sorotan literatur Menulis rujukan dengan betul
3
Tinjauan Bahan Bertulis (Sorotan Literatur)
Takrif: Sorotan literatur merupakan aktiviti kajian terhadap bahan-bahan bertulis atau data sekunder yang berkaitan dengan penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik.
4
Salah tanggapan terhadap sorotan literatur
Aktiviti sorotan literatur macam kerja “salin/potong dan tampal” Aktiviti menyorot literatur dibuat setelah permasalahan kajian dibentuk dan objektif kajian digubal dan aktiviti ini terhenti setelah data kajian dikumpul Aktiviti menyorot literatur mudah dan boleh dibuat tanpa perancangan
5
Peranan Sorotan Literatur
Untuk mengetahui apa yang telah diketahui, mengenalpasti apa yang perlu diketahui dan dengan ini mengenalpasti apa yang boleh dan perlu dilakukan Untuk mengenalpasti pembolehubah yang sepatutnya dikaji Mengenalpasti teori yang berkaitan dengan kajian
6
Peranan Sorotan Literatur (samb.)
4. Memaklumkan bagaimana penyelidikan itu dapat dijalankan (metodologi) 5. Untuk mengetahui dan mengenali sarjana-sarjana dalam bidang komunikasi 6. Menguatkan pandangan dan hujah penyelidik serta menguatkan penemuan kajian.
7
Strategi Membuat Sorotan Literatur
Kenalpasti secara tepat apakah maklumat yang diperlukan Kenalpasti kata kunci atau nama sarjana tertentu Sumber untuk mendapatkan maklumat dan pangkalan data Mulakan bahan terkini
8
Strategi Membuat Sorotan Literatur (samb.)
5. Keperluan asas: buku atau bahan yang sesuai untuk merekodkan literatur yang diperolehi 6. Membuat salinan bahan-bahan relevan yang ditemui 7. Ketelitian dalam menyorot dan membuat catatan 8. Beritahu orang lain apa kajian yang sedang dibuat.
9
Cara Membuat Petikan Rujuk Sistem American Psychological Association (APA style) Berikut beberapa panduan dalam memetik dan mengulas literatur secara saintifik. 1. Nyatakan nama penulis yang dipetik berserta tahunnya di dalam teks. Nama yang muncul di dalam teks mesti disenaraikan di dalam bibliografi
10
Cara Membuat Petikan (samb.)
Menyebut nama keluarga (tanpa initial nama pertama dan nama pertengahan). Jika penulis yang dirujuk tiga orang, nama masing-masing dicatatkan. Tetapi jika lebih dari tiga orang, mencukupi ditulis nama penulis pertama dan diikuti dengan perkataan ‘et. al.’
11
Cara Membuat Petikan (samb.)
c. Petikan yang melibatkan keseluruhan kata-kata disebut petikan terus (direct quotation). Nama orang yang dirujuk boleh disebut di awal ayat atau di tulis penghujung ayat dan dalam kurungan. Perhatikan contoh berikut
12
Cara Membuat Petikan (samb.)
Ezhar, Hasan dan Said (1999) mendapati bahawa orang Melayu lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menguruskan konflik antara perseorangan. Atau Orang-orang Melayu didapati lebih suka menggunakan gaya integrasi dalam menangani konflik antara perseorangan (Ezhar, Hasan dan Said, 1999)
13
Cara Membuat Petikan (samb.)
Petikan terus yang melibatkan kurang dari 40 perkataan ditulis terus di dalam ayat teks. Misalnya: Miller (1999) menyatakan bahawa “the placebo effect which had been verified in previous studies, disappeared when behavior were studied in this manner” (p.276)
14
Cara Membuat Petikan (samb.)
Manakala petikan yang melibatkan lebih 40 perkataan dibuat dalam blok (perenggan). Misalnya: Persepsi merupakan tanggapan yang berbeza bagi setiap individiu. Ini sesuai dengan pandangan Abdullah Jus (2005) yang menyatakan bahawa: “Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita. Oleh itu, orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.” (p.22)
15
2. Jika memetik kata-kata yang dipetik oleh orang lain, sumber rujukan di dalam kes ini ialah orang yang memetik tadi. Misalnya penyelidik memetik daripada tulisan Rahim. Beliau menyatakan … Ahmad (1995) mendapati kerabunan seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe. Jika penyelidik merujuk tulisan Ahmad, maka sumber rujukan penyelidik tadi adalah Ahmad (1995). Tetapi dalam kes ini penyelidik tidak membaca tulisan Ahmad, sebaliknya membaca tulisan Rahim; (iaitu Rahim merujuk tulisan Ahmad), maka sumber rujukan penyelidik ini adalah Rahim. Dalam hal ini, cara menulis petikan adalah seperti contoh berikut:
16
Cara Membuat Petikan (samb.)
Ahmad (dipetik dari Rahim, 1999) mendapati kerabunan seseorang itu berkait dengan pemakanan tempe. 3. Menyusun maklumat yang dirujuk. Tulisan yang baik ialah tulisan yang berstruktur dan tersusun. Apabila idea yang dipetik dari beberapa sumber itu didapati sama atau selari, penulis hanya perlu menyebut nama-nama mereka yang berkenaan sahaja tanpa mengulangi menyebut idea mereka yang sama itu. Contohnya:
17
Cara Membuat Petikan (samb.)
Fenomena kekuatiran komunikasi telah didapati adalah antara penyebab kepada pelajar kurang aktif berinteraksi dengan pensyarah (McCroskey, 1990; Richmond, 1997; Zamri, 1999). 4. Jika idea yang dipetik berbeza atau bercanggah, nyatakan nama mereka yang dirujuk berserta idea masing-masing. Misalnya:
18
Cara Membuat Petikan (samb.)
Definisi komunikasi interpersonal yang dikemukakan oleh Miller (1989) berbeza dengan definisi yang dikemukakan oleh Adler (1995). Definisi Miller lebih menekankan aspek psikologi. Menurut Miller, tidak semua komunikasi antara individu itu dikatakan komunikasi interpersonal. Sebaliknya definisi Adler tidak berunsur psikologi. Sebarang interaksi yang melibatkan dua orang sama ada bersemuka atau tidak boleh disifatkan komunikasi interpersonal.
19
Cara Penulisan Bibliografi
Dari buku Mitcheel, T. R., & Larson, J. R. (1987). People in organization (3rd ed.). New York: McGraw-Hill
20
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari bab buku Bjork, R. A. (1998). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. In H. L. Larson & T. R. Mitcheel (Eds.), Varieties of memory and consciousness (pp ). Hillsdale, NJ: Erlbaum
21
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Artikel dari jurnal Klimoski, R., Palmer, S., Isomand, T. P, & White, L. A. (1993). Role of early supervisor experience in supervisor performance. Journal of Applied Psychology, 78,
22
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari kertas kerja yang telah dibentangkan Ezhar Tamam. (1999, May). An exploratory study of complimenting behaviour among Malays. Paper presented the International Conference of MICOLLAC organized by Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
23
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari akhbar Scheartz, J. (1993, September 30). Obesity affects economic, sosial status. The Washington Post, p.7
24
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari rencana akhbar, tanpa nama penulis New drug appears to sharply curtrisk of death from heart failure. (1995, July 15). The Washington Post, p.15
25
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari majalah Zamri Ahmad. (1999). Mengatasi kegugupan komunikasi. Majalah Pengembangan, 3,
26
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari laporan organisasi Jabatan Penerangan Malaysia. (1995). Laporan tahunan Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
27
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari jurnal on-line Fuller, L. K. (1998). The role of dominant ethnicity in racism: Reportage on Chinese rule in multi-racial Singapore. The Edge: The E-Journal of Intercultural Relations, 1, 3. Retrieved June 30, Available:
28
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari abstrak CD-ROM Brower, D. L. (1995). The tip-of-the-tongue phenomena [CD-ROM]. Memory & Cognition, 20, Abstract from: ProQuest File: Dissertation Abstracts Item:
29
Cara Penulisan Bibliografi (samb.)
Dari sumber on-line (tanpa penulis, tanpa tajuk artikel
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com Inc.
All rights reserved.