Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Similar presentations


Presentation on theme: "BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA"— Presentation transcript:

1 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL LATIHAN PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS (BIOLOGI) TAHUN 2016 TARIKH : 16 – 18 MEI 2016 TEMPAT : PLGDP SG. BULOH HUTAN MELINTANG, PERAK. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
INISIATIF PENGUKUHAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA NOTA DARIPADA MENTERI PENDIDIKAN PELAKSANAAN STRATEGI MENCAPAI DASAR 60:40 ALIRAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM): BUKAN STEM TUJUAN Nota ini dikemukakan bertujuan untuk memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan strategi mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM): Bukan STEM.

3 Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM, 08 Januari 2014.
LATAR BELAKANG Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM, 08 Januari 2014. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan pada 8 Januari 2014 telah memutuskan supaya istilah aliran STEM digunakan bagi menggantikan aliran Sains yang diguna pakai sebelum ini. STEM merangkumi bidang pengajian yang lebih luas iaitu pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendefinisian semula ini adalah sejajar dengan perubahan definisi di peringkat antarabangsa seperti yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat, Australia dan Thailand. Hal ini kerana STEM dapat memberi impak yang lebih menyeluruh dalam membekalkan modal insan di pelbagai peringkat tenaga kerja bagi menyokong pembangunan ekonomi negara. Pendefinisian semula adalah sejajar dengan perubahan definisi di peringkat antarabangsa. STEM memberi impak yang lebih menyeluruh Membekalkan modal insan di pelbagai peringkat tenaga kerja Menyokong pembangunan ekonomi negara.

4 LATAR BELAKANG Program Transformasi Kerajaan - 1 juta perjawatan dalam bidang STEM menjelang 2020. KPM perlu bekalkan 270,000 murid aliran STEM menjelang tahun 2020. KPM memastikan modal insan menepati kuantiti dan kualiti keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Negara memerlukan sasaran 60 % murid sekolah menengah atas di aliran STEM. 3. Program Transformasi Kerajaan menyasarkan penyediaan 1 juta perjawatan dalam bidang STEM menjelang Bagi memastikan sasaran ini berjaya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Sumber Tenaga Kerja S&T (Science and Technology Human Capital Roadmap: Towards 2020) memerlukan Kementerian Pendidikan membekalkan sebanyak 270,000 orang murid aliran STEM setahun menjelang tahun Kementerian Pendidikan turut diberikan tanggungjawab memastikan modal insan yang dilahirkan melalui sistem pendidikan negara menepati kuantiti dan kualiti keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Dalam hal ini, negara memerlukan sasaran 60 peratus murid sekolah menengah atas berada di aliran STEM.

5 Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera
Punca LATAR BELAKANG Kelemahan kurikulum, Kualiti pengajaran dan pembelajaran Infrastruktur Persepsi terhasap sains dan teknologi Sokongan populariti Prospek kerjaya Pengiktirafan Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera Mengkaji punca kemerosotan peratusan enrolmen murid Mencadangkan penyelesaian Selaras dengan usaha untuk merealisasikan Dasar 60:40, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji punca serta cadangan penyelesaian kepada kemerosotan peratusan enrolmen murid yang mengikuti Aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik di sekolah. Jawatankuasa khas ini dinamakan Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Susulan daripada itu, buku Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera diterbitkan hasil daripada beberapa sesi mesyuarat, bengkel dan dialog yang dikendalikan oleh jawatankuasa tersebut bersama pelbagai pihak seperti ibubapa, guru, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh dan pakar yang berkaitan pendidikan sains serta agensi kerajaan dan swasta. Laporan ini telah dibentangkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2012. 6. Faktor utama yang menyebabkan Dasar 60:40 tidak tercapai berpunca daripada kelemahan dari aspek kurikulum, kualiti pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur, persepsi terhadap STEM, sokongan, populariti, prospek kerjaya dan pengiktirafan yang saling berkait antara satu sama lain. Laporan ini mencadangkan 4 inisiatif utama bagi meningkatkan penyertaan murid dalam aliran STEM agar Dasar 60:40 dapat dicapai iaitu: memperkukuhkan pendidikan STEM; meningkatkan kemahiran dan keupayaan; mempopularkan pendidikan STEM; dan memberi insentif Cadangan Memperkukuhkan pendidikan STEM; Meningkatkan kemahiran dan keupayaan; Mempopularkan pendidikan STEM; Memberi insentif

6 LATAR BELAKANG Punca Cadangan
Inisiatif Pengukuhan STEM Susulan daripada itu, Kementerian Pendidikan pada tahun 2013 telah mengenal pasti 100 inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar 60:40 Punca Cadangan 7. Susulan daripada itu, Kementerian Pendidikan pada tahun 2013 telah mengenal pasti 100 inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Satu daripadanya ialah Inisiatif Pengukuhan STEM. Pelaksanaan Inisiatif Pengukuhan STEM di dalam PPPM telah mengambil kira laporan strategi mencapai Dasar 60:40.

7 Sasaran nisbah yang ditetapkan masih belum tercapai.
LATAR BELAKANG Penekanan kepada asas kemahiran STEM di peringkat sekolah amat penting. Sasaran nisbah yang ditetapkan masih belum tercapai. Di peringkat tertiari, nisbah pelajar STEM kepada aliran bukan STEM di IPTA ialah 35:65, di Politeknik 70:30 dan di Kolej Komuniti 57:43. 30.7% 11.5% 4.5% 46.7% Sains Tulen Teknikal Vokasional STEM PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN 8. Penekanan kepada asas kemahiran STEM di peringkat sekolah amat penting dalam usaha menyediakan pelajar yang berkelayakan meneruskan pengajian di instutisi pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Walau bagaimanapun sasaran nisbah yang ditetapkan masih belum tercapai dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada pembangunan negara. 9. Status terkini di peringkat sekolah menunjukkan 30.7% aliran sains tulen, 11.5 % aliran teknikal, 4.5 % aliran vokasional. Ini menjadikan peratusan aliran STEM sebanyak 46.7% dan aliran bukan STEM 53.3 %. Peratusan enrolmen keseluruhan di peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi menunjukkan trend penurunan berterusan dari tahun 2002 (46.21%) hingga tahun 2011 (30.52%). Di peringkat tertiari, nisbah pelajar STEM kepada aliran bukan STEM di IPTA ialah 35:65, di Politeknik 70:30 dan di Kolej Komuniti 57:43.

8 LATAR BELAKANG Bekalan guru sains tulen - bilangan guru opsyen tulen adalah berlebihan Tetapi bilangan murid yang mengikuti aliran ini adalah sedikit. Kekurangan enrolmen ini menyebabkan kelas aliran sains tidak dapat dibuka secara optimum. 10. Dalam aspek bekalan guru sains tulen, bilangan guru opsyen tulen adalah berlebihan tetapi bilangan murid yang mengikuti aliran ini adalah sedikit. Kekurangan enrolmen ini menyebabkan kelas aliran sains tidak dapat dibuka secara optimum seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan.

9 APAKAH ITU STEM? Menurut Anne Jolly (Artikel Enam ciri Pembelajaran “STEM) “STEM” bukan sahaja merupakan satu kumpulan bidang mata pelajaran tetapi ia merupakan satu perubahan untuk membentuk kefahaman yang mendalam mengenai Matematik dan Sains untuk menyediakan murid dalam dunia kerjaya di abad 21. “STEM” membentuk set yang yang terdiri dari kemahiran berfikir, menaakul, kerja kumpulan, penyiasatan dan kreativiti dalam kalangan murid yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka. “STEM” bukan yang berdiri sendiri tetapi adalah satu kaedah secara terus menggabungjalinkan mata pelajaran merentasi kurikulum.

10 Sepintas lalu berkaitan akronim STEM:
Sains: Kajian mengenai dunia semula jadi Teknologi: Merangkumi produk yang dibuat berdasarkan permintaan. Produk yang dicipta oleh anak-anak untuk menyelesaikan masalah. Engineering/Kejuruteraan: Proses merebentuk yang boleh digunakan oleh anak-anak untuk menyelesaikan masalah. Matematik: Bahasa nombor, bentuk dan kuantiti yang sering dianggap tidak relevan oleh kebanyakan murid.

11 RUMUSAN Robotik Pembelajaran Project Based Learning
Secara dasarnya, STEM ini dapat ditakrifkan merupakan bidang yang merangkumi elemen-elemen penting berikut; Robotik Pembelajaran Project Based Learning Pembelajaran Problem Based learning Pembelajaran Designed- Thinking IBSE

12 PENUTUP Kementerian Pendidikan mengambil serius tanggungjawab dan peranannya menyediakan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkaitan STEM. Usaha daripada semua agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan serta ahli masyarakat perlu digembleng secara bersepadu bagi memastikan matlamat pendidikan dan matlamat pembangunan ekonomi negara tercapai. Pelan tindakan pengukuhan pendidikan STEM merentas sistem pendidikan serta perluasan usaha ini dalam sektor pembelajaran informal amat penting dalam meningkatkan kesedaran semua ahli masyarakat perihal kepentingan pendidikan STEM kepada daya saing negara pada masa hadapan. PENUTUP 37. Kementerian Pendidikan mengambil serius tanggungjawab dan peranannya menyediakan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja berkaitan STEM. Usaha daripada semua agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan serta ahli masyarakat perlu digembleng secara bersepadu bagi memastikan matlamat pendidikan dan matlamat pembangunan ekonomi negara tercapai. 38. Pelan tindakan pengukuhan pendidikan STEM merentas sistem pendidikan serta perluasan usaha ini dalam sektor pembelajaran informal amat penting dalam meningkatkan kesedaran semua ahli masyarakat perihal kepentingan pendidikan STEM kepada daya saing negara pada masa hadapan. 39. Mesyuarat Jemaah Menteri dimohon untuk mengambil maklum mengenai Status Pelaksanaan Strategi Mencapai Dasar 60:40 aliran STEM:Bukan STEM.

13 SEKIAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH


Download ppt "BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA"

Similar presentations


Ads by Google