Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Surah al-Nisa’ 1. Surah ke 4; Madaniyyah, mengandungi 170 Ayat. 2.Al-Bukhari meriwayatkan drp Aishah: katanya ketika, tidaklah diturunkan surah al-Nisa’

Similar presentations


Presentation on theme: "Surah al-Nisa’ 1. Surah ke 4; Madaniyyah, mengandungi 170 Ayat. 2.Al-Bukhari meriwayatkan drp Aishah: katanya ketika, tidaklah diturunkan surah al-Nisa’"— Presentation transcript:

1 Surah al-Nisa’ 1. Surah ke 4; Madaniyyah, mengandungi 170 Ayat. 2.Al-Bukhari meriwayatkan drp Aishah: katanya ketika, tidaklah diturunkan surah al-Nisa’ melainkan aku berada di sisi Rasulullah. 3.Ia berlaku pada tahun pertama hijrah.

2 ..59 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً Wahai orang-orang yang beriman: Taatilah Allah dan taatilah(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 1.Al-Bukhari mencatatkan bahawa Ibn `Abbas berkata mengenai Ayat: أَطِيعُواْ اللهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ "Telah diturunkan mengenai Abdullah bin Hudhafah bin Qays bin` Adi, yang dihantar oleh Rasulullah dalam ekspedisi ketenteraan.

3 Riwayat Imam Ahmad `Ali berkata," Rasulullah saw telah menghantar satu pasukan tentera di bawah pimnpinan seorang lelaki dari golongan Ansar. Apabila mereka(pasukan tentera) pergi, dia(lelaki Ansar itu) menjadi marah dengan mereka kerana sebab-sebab tertentu dan berkata kepada mereka, `Adakah tidak Rasulullah memerintahkan supaya kamu taatlah kepadaku 'Mereka berkata, `Ya.' Beliau(Lelaki Ansar itu) berkata(kpd pasukan itu), `Kumpulkan sejumlah kayu, 'dan kemudian dia menyalakan api dengan kayu-kayu itu,dengan berkata,` aku memerintahkan kamu masuk ke dalam api itu." Mereka hampir memasuki api itu, tetapi seorang pemuda di antara mereka berkata, `Anda hanya(perlu) melarikan diri dari api itu (dan pergi) kepada Rasulullah saw. Oleh itu, jangan tergesa-gesa sehingga kamu(semua) pergi balik kepada Rasulullah saw, dan jika baginda S.AW menyuruh anda untuk memasukI api itu,, kemudian(setelah itu barulah) kalian masuk ke dalamnya. Apabila mereka kembali kepada Rasulullah saw, mereka memberitahu Baginda s.aw apa yang telah berlaku, dan Rasul menyebutkan(bersabda) : « لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوف (Sekiranya anda masukinya(api itu), pasti kamu tidak tidak akan dapat keluar daripadanya. Taat hanya dalam perkara Ma'ruf (kebaikkan).)''

4 Riwayat Abu Dawud `Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda :, « السمع والطاعة على المرء المسلم فيما أحب وكره, ما لم يؤمر بمعصية, فإذا أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة» (seseorang muslim dikehendaki mendengar dan taat dalam apa yang dia suka dan tidak suka, melainkan jika dia telah diperintahkan untuk melakukan dosa. Apabila dia diperintahkan untuk melakukan dosa, maka tidak perlu lagi dengar dan patuh 'Ubadah bin al-Samit berkata," Kami memberi ikrar kami kepada Rasulullah saw untuk mendengar dan mentaati (pemimpin kita), dalam masa senang dan masa susah, walaupun kami telah dikurangkan hak dan tidak mempertikaikan perkara ini dengan orang-orang yang berhak dengannya. Nabi bersabda:, « إلا أن تروا كفرا بواحا, عندكم فيه من ' برهان » (Kecuali apabila anda menyaksikan kekufuran yang jelas Hadis ini direkodkan dalam Dua Sahih(Bukhari&Muslim) Hadith yang diriwayatkan oleh Anas menyatakan bahawa Rasulullah berkata: « اسمعوا وأطيعوا, وإن أمر عليكم عبدحبشي كأن رأسه زبيبة » (dengar dan taatilah (pemimpin), walaupun hamba Habshi yang kepalanya adalah seperti kismis dijadikan ketua kamu.)

5 Riwayat Sahih al-Bukhari & Muslim) من أطاعني فقد أطاع, ومن عصاني فقد عصى, ومن أطاع أميري فقد أطاعني, ومن عصى أميري فقد عصاني Sesiapa yang taat kepada ku, maka (dia )taat kepada Allah, dan sesiapa yang tidak taat kepadaku, maka dia tidak taat Allah. Sesiapa yang taat kepada komander-ku (panglima),maka ia telah taat kepada-ku, dan sesiapa yang mengingkari komander saya, maka ia telah derhaka kepada-ku.) Ini adalah sebabnya Allah berfirman, أطيعوا الله maksudnya: (Dan taatlah kamu kepada Allah), patuh kepada Kitab Suci-Nya: وأطيعوا الرسول (Dan taatlah kamu kepada Rasul ), mematuhi Sunnah Rasulullah SAW.

6 وأولى الامر منكم Dalam Hal-hal ketaatan kepada Allah yang mereka(Ulil-Amri) menyuruh kamu lakukannya. Bukan hal-hal yang berupa penentangan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan kepada sesiapa dalam kederhakaan kepada Allah: « إنما الطاعة في المعروف »: “Taat adalah hanya pada perkara Ma'ruf”

7 Ahmad Mustafa al-Maraghi: Tafsir al-Maraghi 1.Taat kepada Allah dan laksanakanlah pengajaran al- Quran. 2.Taat kepada Rasulullah, Baginda yg memberi penjelasannya. 3. Taatilah Ulu al-Amr; para amir, pemegang hukum, ulama, komandan tentera, semua pemimpin dan tokoh yg menjadi tumpuan masyarakat dalam mengurus keperluan dan kemaslahatan umum. 4.Mereka ini apabila mengeluarkan suatu urusan, wajib ditaati dgn syarat memiliki sifat amanah, tidak menentang ketentuan Allah dan sunnah Rasul, memiliki kebebasan pendapat.

8 5.Urusan Ibadat dan segala yg bersangkutan dengan akidah sama sekali tidak menjadi bahagian kerja Ahl al- Halli wa Aqdi. Semuanya diambil daripada Allah dan Rasul. 6. Ahl al-Halli wa Aqdi apabila mengemukakan sesuatu urusan kemaslahatan yg tidak ada nas dan dilakukan dengan penuh kebebasan, mentaati mereka adalah wajib. 7. Contohnya: Umar r.a ketika meminta pendapat para sahabat untuk mengadakan pejabat mengurus kepentingan ummah, diikuti dan tidak ditentang. 8.Konsep taat jelas utuh dan total. Taat kepada hukum Allah, rasul dan hukum yg dihasilkan oleh jamaah Ahl al-Halli wa al-Aqdi…ikhlas utk maslahat manusia.

9 Firman Allah: فإن تنازعتم فى شىء فردوه إلى الله والرسول “Sekiranya Kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya)” 1.Mujahid dan beberapa yang lain di kalangan Salaf berkata: ayat tersebut bermaksud, "Rujuk” kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya." 2.Ini adalah arahan dari Allah bahawa apa-apa sahaja perkara yang menjadi pertikaian di kalangan manusia, sama ada perkara besar atau kecil dalam hal agama…

10 3. Dalam Ayat lain: firman Allah: وما اختلفتم فيه من شىء فحكمه إلى الله “Apa sahaja yang kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah” 4.Apa jua yg diputuskan oleh al-Kitab dan Sunnah maka ia adalah kebenaran yang jelas lagi terserlah. 5.Al-Maraghi: mengembalikan persoalan yg diperselisihkan kepada Allah dan RasulNya menguji keimanan seseorang.

11 Mustafa al-Maraghi: Tafsir al-Maraghi 1.Apabila mereka tidak menemui nas dan berbeza pendapat, mereka wajib kembali kepada al- Quran dan al-Sunnah dan kaedah2 umum yg terdapat di dalamnya. 2. Apabila sesuai dengan kedua2nya, wajib dilaksanakan. Apabila menyalahi, wajib ditinggalkan. Hilang perselisihan dan wujud persepakatan.

12 Perinsip Islam dalam Pemerintahan  Sumber pertama al-Quran dan melaksanakannya dinamakan taat kepada Allah.  Sumber kedua, sunnah Nabi dan melaksanakannya dinamakan taat kepada Rasulullah.  Sumber ketiga, ijma` Uli al-Amri, taat kepada mereka pada saat yg berkaitan bererti taat kepada Uli al-Amri.  Mengembalikan masalah2 yg diperselisihkan kepada kaedah2 umum yg bersumber dari al- Quran dan al-Sunnah.

13 إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الاخر (Jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat) 1.Merujuk pertikaian dan konflik yang timbul di antara kamu kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya bagi menghukum sesuatu. 2.Menunjukkan bahawa orang-orang yang tidak merujuk kepada Al-Kitab dan Sunnah untuk penghakiman dalam pertikaian mereka, adalah bukan orang-orang yang beriman kepada Allah atau hari akhirat. 3. Frasa: ذلك خير (Itu adalah lebih baik) bermakna, merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya untuk penghakiman dalam pertikaian yang pelbagai itu adalah lebih baik. 4.Al-Maraghi: muslim yg benar2 beriman tidak berani menentang hukum Allah. Memberi perhatian yg lebih besar kpd hari akhirat berbanding kesenangan dunia.

14 4. Frasa: وأحسن تأويلا “Dan lebih elok akibatnya” i)Mempunyai pengakhiran dan tujuan yang lebih baik. ii)Al-Suddi dan beberapa yang lain telah menyatakan seperti di atas. iii)Mujahid berkata: membawa ganjaran yang lebih baik. iv)Al-Maraghi: Ia dapat memperteguhkan perinsip. Membawa kesudahan yg baik dan menghilangkan akar perselisihan.


Download ppt "Surah al-Nisa’ 1. Surah ke 4; Madaniyyah, mengandungi 170 Ayat. 2.Al-Bukhari meriwayatkan drp Aishah: katanya ketika, tidaklah diturunkan surah al-Nisa’"

Similar presentations


Ads by Google