Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Apakah Melioidosis? Penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria yang dikenali sebagai Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini hidup dalam permukaan.

Similar presentations


Presentation on theme: "Apakah Melioidosis? Penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria yang dikenali sebagai Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini hidup dalam permukaan."— Presentation transcript:

1

2 Apakah Melioidosis? Penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria yang dikenali sebagai Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini hidup dalam permukaan tanah semasa musim kemarau, tetapi selepas musim hujan ia boleh dijumpai pada permukaan tempat berair, lumpur dan juga boleh tersebar melalui udara.

3 Bagaimana Anda boleh dijangkiti Melioidosis ? Memasuki badan melalui bersentuhan secara langsung, luka pada kulit, tersedut debu atau titisan air yang mengandungi bakteria tersebut. Penyakit ini juga menjangkiti haiwan ternakan dan peliharaan. Jarang berjangkit melalui air minuman yang tercemar dan biasanya tidak berjangkit dari seorang ke seorang yang lain atau dari haiwan kepada manusia.

4 Kawasan kawasan yang berisiko Kawasan berlumpur Kawasan Sawah padi Kawasan padang permainan berpasir yang basah Kawasan padang permainan berumpur yang basah berlumpur atau bertakung air Lopak air yang bertakung.

5 Gejala dan Tanda Dibahagi kepada beberapa kategori: 1)Jangkitan Setempat (localized Infection)  Bengkak pada bahagian kulit yang luka  Demam  Sakit otot  Bengkak pada limfa dan kelenjar 2)Jangkitan Pada Paru-paru (Acute Pulmonary Infection)  Batuk  Demam panas  Sakit dada  Tidak berselera  Sakit otot

6 Gejala dan Tanda 3)Jangkitan Pada Saluran Darah (Acute Bloodstream Infection)  Kesukaran bernafas  Sakit kepala yang teruk  Demam  Cirit-birit  Sakit perut  Sakit dan kelemahan pada otot  Sentiasa berasa keliru

7 Gejala dan Tanda 4)Jangkitan Bernanah yang Kronik (Chronic Suppuration Infection)  Melebihi 2 bulan  Jangkitan ini akan merebak ke organ-organ lain dalam badan seperti sendi, perut, saluran limfa, kulit, otak, hati, paru-paru, tulang dan limpa.

8

9 Pesakit mula sakit dari hari pertama hingga hari ke-21 selepas jangkitan. Penyakit ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau beransur-ansur. Terdapat juga kes di mana penyakit ini berlarutan bertahun-tahun lamanya apabila dijangkiti. Dalam perkara ini, bakteria hidup dalam badan manusia dan menjadi aktif apabila ketahanan badan menjadi lemah seperti pesakit kanser, diabetis dan HIV/AIDS.

10 Bagaimana melioidosis dikesan Diagnosis atau pengesanan penyakit melioidosis ini dilakukan melalui ujian makmal di hospital. Siapakah yang berisiko? Pesakit Diabetis / Kencing Manis Ketagihan alkohol Sakit buah pinggang Sakit paru-paru Kanser Pesakit yang menerima rawatan “immunosuppressive therapy” seperti pesakit kanser atau penerima organ Pesakit kronik samada orang dewasa / kanak-kanak seperti pesakit asma Pendarahan atau luka pada kulit terutama bahagian tangan dan kaki

11 Bagaimana merawatnya? Mendapatkan rawatan SEGERA di hospital dan memerlukan rawatan antibiotik selama 3 bulan. Sekiranya rawatan dimulakan awal, biasanya pesakit akan sembuh sepenuhnya. Oleh itu adalah penting mendapatkan rawatan di hospital dan pengambilan antibiotik yang betul bagi menggelak daripada jangkitan semula.

12 Langkah-langkah Pencegahan Sehingga kini tiada vaksin untuk mencegah melioidosis. Namun langkah-langkah boleh diambil untuk mencegah melioidosis seperti berikut:-  Gunakan kasut kalis air atau kasut but sebagai pelindung sekiranya berjalan di kawasan yang berlumpur, becak dan lopak yang berair sebagai contoh semasa berkebun atau mengali tanah.  Pelindung kaki seperti “sandals” adalah tidak digalakkan penggunaannya.  Menggunakan Sarung tangan semasa mengendali tanah terutamanya pada musim tengkujuh / musim hujan.

13 Langkah-langkah Pencegahan  

14 Sekiranya mendapat luka, perlulah dicuci dan dirawat dengan segera. Menggunakan kelengkapan / pam menyedut untuk mengawal air masuk ketika bekerja di kawasan penggalian. Orang berisiko tinggi seperti pesakit diabetis, ketagihan alkohol, sakit buah pinggang, sakit paru- paru, kanser, pesakit yang sedang menjalani rawatan “immunosuppressive therapy” dan orang yang luka kecil / besar di tangan atau kaki perlu mengurangkan aktiviti luar semasa musim tengkujuh memandangkan potensi penyebaran Burkholderia pseudomallei boleh melalui udara. Langkah-langkah Pencegahan

15 Elakkan kanak-kanak bermain di kawasan bertanah, kawasan permainan berpasir yang basah atau kawasan rumput yang berlumpur atau menakung air. Bermain di kawasan rumput yang kering mengurangkan risiko terkena jangkitan melioidosis. Kawasan permainan berpasir kering juga mengurangkan risiko jangkitan. Langkah-langkah Pencegahan

16


Download ppt "Apakah Melioidosis? Penyakit yang disebabkan oleh kuman atau bakteria yang dikenali sebagai Burkholderia pseudomallei. Bakteria ini hidup dalam permukaan."

Similar presentations


Ads by Google