Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Antonio Lucio Vivaldi (4 March 1678 – 28 July 1741),

Similar presentations


Presentation on theme: "Antonio Lucio Vivaldi (4 March 1678 – 28 July 1741),"— Presentation transcript:

1 Antonio Lucio Vivaldi (4 March 1678 – 28 July 1741),

2 Antonio Vivaldi (1678 – 1741) Beliau dilahirkan di Venicem Itali. Beliau merupakan seorang pemain violin virtuoso, seorang guru violin dan composer. Beliau diajar oleh bapanya. Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang muzik, Anonio Vivaldi adalah seorang paderi. Beliau meninggal dunia di Vienna, Austria. Vivaldi telah menghasilkan 450 buah karya yang terdiri daripada muzik concerto, solo untuk violin, flut, piccolo, cello, basun dan mandolin dengan iringan orkestra. Selain daripada iu beliau juga terkenal dengan muzik opera, muzik gereja dan cantata. Di antara hasil karyanya yang terkenal ialah The Four Seasons yang terdiri daripada 4 set solo concerto untuk violin dengan iringan orkestra alat muzik bertali. Karya ini menceritakan empat musim dalam setahun iaitu Spring, Summer, Autumn dan Winter. Karya ini mempunyai melodi yang merdu dan irama yang bertenaga.

3 Four Seasons – Springs (La Primavera )
Pengenalan Concerto for Violin and String Orchestra. Op. 8 no.1 from The Four Seasons (1725) Karya Vivaldi yang paling popular ialah concerto La Primavera, Spring dari The Four Seasons, satu set yang terdiri daripada empat concerto untuk violin orkestra untuk alat muzik bertali dan basso continuo. Setiap concerto cuba mengajuk bunyi dan perkara yang berkaitan dengan satu daripada empat musim seperti nyanyian burung dalam musim bunga, dan angin sepoi musim panas. Concerto-concerto Spring, Summer, Autumn dan Winter (musim bunga, panas, luruh dan sejuk) menampakkan contoh program music atau muzik instrumental dalam zaman Baroque yang berkaitan dengan sebuah cerita, sajak, pemikiran atau babak. Spring adalah sangat popular semasa waktu Vivaldi dan juga waktu sekarang. First movement – Allegro

4 Muzik Allegro yang dimainkan dalam E Major oleh orkestra secara “ceria” pada permulaannya dengan “ritornello” untuk menggambarkan “ketibaan” musim bunga. Dua frasa dimainkan dengan kuat dan kemudiannya diulangi dengan perlahan secara dinamik yang disusun yang menunjukkan gaya muzik Baroque. Selepas itu, ia mempunyai beberapa bahagian solo dan berselang dengan “ritornello”. Dalam bahagian solo pertama, nyanyian burung diajuk melalui trill tinggi serta not berulang yang dimainkan oleh solo violin dan dua violin daripada orkestra.

5 Dalam episode kedua, pengaliran sungai kecil dicadangkan dengan dimainkan oleh “running notes” secara lembut pada violin. Bahagian solo seterusnya mengandungi “String tremolos” dan skel yang cepat dan banyak seperti mewakili guruh dan kilat (thunder). Selepas ‘ribut taufan’, “ritornello” muncul dalam nada minor. Semua gambaran dalam movement ini memberikan kontras tekstur dan dinamik diantara pengembalian “ritornello”. Bahagian Allegro ini yang penuh dengan pelbagai bunyi (tunefulness), ritma bersemangat dan ringan, serta tekstur homofoni seperti melahirkan perasaan ‘musim bunga’


Download ppt "Antonio Lucio Vivaldi (4 March 1678 – 28 July 1741),"

Similar presentations


Ads by Google