Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Khusyuk itu Mudah. Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu.

Similar presentations


Presentation on theme: "Khusyuk itu Mudah. Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu."— Presentation transcript:

1 Khusyuk itu Mudah

2 Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu mudah. Sebagaimana ayat Al-Qur’an tersebut di atas, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian

3 Isi kandungan dan manfaat kursus Penyampaian kursus ini disampaikan dengan bahasa yang mudah dan dibantu dengan sajian multimedia sehingga mudah difahami. diikuti dengan praktikalnya agar seluruh peserta dapat merasakan langsung kebenaran dan kebesaran Al-Qur’an dan Hadis. Di antara isi kandungan kursus ini adalah seperti berikut:- Falsafah Solat Tekanan (stress) adalah disebabkan perubahan mental dan emosi seseorang sehingga kejahatan sering kita temukan di sekeliling kita. Baik di tempat kerja mahupun di kalangan orang-orang yang paling dekat dengan kita, iaitu keluarga. Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an bahawa solat adalah cara yang paling efektif untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar Pada sesi ini anda akan diajak melakukan teknik pencegahan dengan menenangkan fikiran, hati dan fizikal anda. InsyaAllah anda akan merasakan langsung manfaatnya Relaksasi dalam solat Solat merupakan jalan spiritual yang melibatkan semua aspek dalam diri manusia secara holistik. Pada sesi ini, peserta tidak hanya diajarkan bagaimana menurunkan tahap stress pada otak, mengendorkan urat saraf dan tulang tetapi juga akan diajak menurunkan emosi yang seringkali bergejolak secara tiba-tiba. Dengan mempraktikkan wudhuk yang benar, berzikir dengan tenang serra merasakan aroma wawangian yang menyentuh deria hidung, maka anda akan terus merasa relaks.

4 Isi kandungan dan manfaat kursus Otak dan Spiritual Otak adalah pusat kesedaran manusia di samping sebagai pusat pengggerak seluruh tubuh organ. Namun selama ini kita baru memfungsikan kesedaran yang berasal dari otak, belum secara khusus menggali aspek terpenting dalam diri manusia iaitu spiritual. Di dalam solat, anda dikenalkan dan diajak menjelajah dunia spiritual secara hakiki. Anda akan diajak memasuki wilayah kesedaran yang tertinggi iaitu perjumpaan dengan Allah dan anda akan menemukan “The Real Peak Experience”. Who Am I Dengan mengetahui siapa diri kita secara realiti kejiwaan, maka kita akan mampu membebaskan persoalan emosi yang ditimbulkan oleh fikiran dan reaksi tubuh. Pada latihan ini, anda akan dapat merasa benar-benar terbebas darinya. Mengenal Hakikat Ketuhanan Tidak hanya dikenalkan terhadap nama-nama Indah yang dimiliki Allah, tetapi adalah diharapkan dengan latihan ini anda mampu merasakan getaran Ilahi yang mempengaruhi setiap bacaan solat mahupun ketika berzikir di dalam hati kita. InsyaAllah anda akan merasakan secara langsung segala impak dari itu semua Daftar Segera – Tempat Terhad Tarikh:21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad) Tempat:Balai Islam TNB, Jalan Bangsar (berdekatan stesen LRT Putra Abdullah Hukum) Masa:9:00 pagi – 5:00 petang Yuran:RM250 Early bird – RM225 sebelum 30 Oktober 2009 HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA: 019 267 9294 019 624 1965 019 262 7304 kualalumpur@shalatcenter.com


Download ppt "Khusyuk itu Mudah. Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu."

Similar presentations


Ads by Google