Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan.

Similar presentations


Presentation on theme: "Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan."— Presentation transcript:

1 Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.

2 Guru Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas.

3 Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx menyatakan Kelas Sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca- punca pengeluaran. Terdapat 5 Kelas Sosial iaitu: i. Golongan Atasan ii. Pertengahan Atasan iii. Pertengahan Bawahan iv. Pekerja v. Golongan Bawahan

4 Perbezaan Kelas Sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan Kelas Sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

5 Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum. Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

6 Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Guru mesti mengamalkan ketepatan masa. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid (Mixed-Ability Students).

7 Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang merangsangkan minda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour). Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk nasihat tetapi bukan leteran.

8 Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dalam kalangan murid. Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai Sosio- Budaya.

9 Dari aspek kepercayaan, guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid mereka. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum mestilah menggunakan pelbagai dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembelajaran. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran.

10 Jantina yang berbeza juga akan memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran. Guru seharusnya merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid tanpa mengira jantina. Guru harus boleh menggerakkan murid untuk memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

11 Tugasan yang disediakan kepada murid adalah pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada hasil pembelajaran. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan serta cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

12 Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa. Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.

13 Guru harus berkemampuan membuat pemantauan atau refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang yang mematuhi ‘Tonggak Dua Belas, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam’.

14 Guru yang berwawasan bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh- sungguh sewaktu melaksanakan tugas. Sabda Nabi Muhammad, ‘Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

15 Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan itu. Justeru itu, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

16 “…as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.” (Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005)

17 Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti.

18 Langkah-langkah inovatif juga akan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai orang menyertai profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Skim perkhidmatan guru akan terus diperbaiki bermula daripada pengambilan, latihan dan penempatan bagi memastikan guru-guru berpeluang menikmati skim yang setara atau lebih baik daripada skim perkhidmatan lain.

19 Murid Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan Budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Proses Sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

20 Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di samping menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.

21 Kemahiran Komunikasi memainkan peranan ke arah pembentukan Budaya penyayang. Guru harus meghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang baik daripada sebelum. Sekeping kertas berbentuk penghargaan, sebatang pen, dll sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi murid dalam bilik darjah.

22 Murid terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Guru mesti membentuk program yang bertujuan untuk membangunkan murid dengan peraturan yang jelas, bagi mengurang segala tingkah laku negatif. Guru harus mengelak diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menghalang murid menghargai pertumbuhan dan kemahiran diri.

23 Murid juga suka akan Budaya belajar ceria, menyeronokkan serta meningkatkan kecergasan mental, kreatif, inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat. Guru perlu membentuk Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan serta bimbingan guru dapat mengembangkan potensi mereka ke arah pembentukan Modal Insan yang berkualiti.

24 Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Dengan ini, guru dapat mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pengurusan bilik darjah berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu banyak dalam seebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan. Keadaan ini merupakan satu cabaran kepada guru bagi menjayakan visi dan misi sekolah.

25 Kecekapan yang ditunjukkan guru bakal menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan, ‘bilik darjahku, rumahku’. Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran serta pembelajaran dengan berkesan.

26 Murid-murid yang menimbulkan masalah dalam kelas harus dikenal pasti. Ketegasan terhadap disiplin murid ketika pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid kadang kala mengambil masa yang agak lama. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.

27 Sekolah Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat Rendah terdapat SK, SJK (C), SJK (T). Pada peringkat Menengah pula, terdapat Sekolah Berasrama Penuh, Sek. Men.Teknik, Sek.Men.Keb.Agama, Sekolah Model Khas dan Sek.Men.Keb.Harian. Pada masa kini terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah berusia 100 tahun, terletak di tempat yang stratejik serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah yang terletak di Cyberjaya dan Putrajaya.

28 Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengadakan sekolah khusus untuk Pendidikan Khas pada peringkat Rendah dan Menengah. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta serta Sekolah Antarabangsa. Maktab Tentera DiRaja ialah di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

29 Di peringkat sekolah menengah, terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermatlamat memberi peluang kepada murid cemerlang khususnya dari kawasan luar bandar mendapatkan pendidikan terbaik supaya terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik (SMT) memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir.

30 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), diwujudkan bagi menyediakan Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah, kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai ilmu dalam dan luar negara. Pembinaan sekolah aliran Agama menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.

31 Sekolah Premier pula ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya.

32 Sekolah ini telah melahirkan tokoh negara dan korporat seperti; i. Victoria Institution (Kuala Lumpur) ii. Sekolah Zainab (Kelantan) iii. Maktab Sultan Ismail (Kelantan) iv. Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur) v. Penang Free School (Pulau Pinang) vi. Sekolah Tinggi Melaka (Melaka) vii. Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) viii. Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) ix. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar Kikir (Neg. Sembilan)

33 Sekolah-sekolah di Putrajaya dan Cyberjaya terletak di Koridor Raya Multimedia dan sebahagiannya merupakan Sekolah Bestari. Sekolah-sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan stratejik, iaitu berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

34 Sekolah Pendidikan Khas menyediakn Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom down, keupayaan kognitif yang rendah, disleksia, dll. Sek.Men.Teknik juga memberi peluang pendidikan kepada murid bermasalah dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

35 Kepelbagaian Sosio-Budaya juga telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian Budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

36 Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sitem pendidikan yang seragam. Sekolah Wawasan sebenarnya sedang beroperasi di Subang Jaya, Selangor. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud di kalangan mereka.

37 Kurikulum Tersirat Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu (Saedah Siraj, 2001; Wiles & Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).. Kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menetukan pencapaian objektif yang tercatat.

38 Persoalan utama yang dibincangkan ialah apakah pendidikan itu hanya untuk melaksanakan kurikulum yang bertulis sahaja? Adakah pendidikan cuma mengukur hasilan pembelajaran yang berupa penguasaan ilmu semata- mata sama ada di tahap tinggi atau rendah oleh murid? Perbicaraan mengenai perkara tersebut telah menarik minat para penyelidik untuk mengkaji mengenai nilai- nilai, kepercayaan, iklim sekolah dan pengalaman yang dipanggil Kurikulum Tersirat (Mongolis, 2001; Chafel, 1997; Eisner, 1994; Longstreet & Shane, 1993; Synder, 1973).

39 Majoriti tokoh pendidik tempatan dan luar negara mengakui bahawa sebenarnya apa yang dipelajari di sekolah atau institut pendidikan lain bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam Sukatan Pelajaran atau Proforma Kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa belajar. Kajian mengenai Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi adalah terlalu sedikit (Margolis, 2001; Chafel, 1997).

40 Idea Kurikulum Tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya ‘Life in Classrooms’ yang seterunys telah dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973) dan Apple (1980). Memandangkan jumlah kajian mengenainya amat terhad, belum ada lagi kata sepakat antara tokoh Kurikulum mengenai definasi yang paling tepat bagi Kurikulum Tersirat.

41 Ausbrooks (2000), menjelaskan bahawa Kurikulum tersirat; “…is composed of the implicit messages in the school’s social climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child is absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called “Learning Environment”.

42 Chafel (1997), berpendapat terdapat 2 bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah:- i. Kurikulum Overt (Terbuka) ii. Kurikulum Covert (Tertutup) Kurikulum Overt memberi fokus kepada Kursus Pengajian Eksplisit manakala Kurikulum Covert (tersirat) yang memberi fokus kepada Pembelajaran Tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan)

43 Di peringkat pengajian tinggi, Kurikulum Tersirat lebih memberi penekanan kepada perekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002), mengenalpasti Budaya akademik sebagai Kurikulum Tersirat. Beliau berpendapat di antara peranan utama pengajar dan ahli akademik di Institusi Pengajian Tinggi ialah memindahkan Sistem Budaya melalui strategi pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan.

44 Margolis (2001), pernah menjalankan kajian terhadap Kurikulum Tesirat di peringkat pengajian tinggi telah mengadakan temubual dengan beberapa orang ahli akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Beliau mendapati beberapa istillah yang sama untuk kurikulum tersirat disebut oleh responden termasuklah “tacit learning, unintended and intended consequences of schooling, political socialization, role development, mentoring and intentional practices”.

45 Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti Kokurikulum.

46 Kurikulum Tersirat juga harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.

47 Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut: i.Merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana mereka belajar. ii. Hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif. iii. Nilai-nilai yang dibentuk oleh pelaksana kurikulum sendiri.

48 (iv) Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana Kurikulum. (v) Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan mahupun dalam penilaian. (vi) Jenis dan pengkategoriannya adalah berbeza- beza mengikut jenis, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.

49 Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan sebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori diperkenalkan iaitu:- i. Budaya belajar untuk belajar ii. Budaya belajar untuk menjadi pengajar iii. Belajar untuk Pembudayaan

50 Carpenter (1985), telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar terhadap para guru pelatih. Beliau telah membuat kajian terhadap kesan kemahiran belajar ke atas guru pelatih. Hasilan kajian beliau menunjukkan bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

51 Kurikulum yang didefinisikan oleh tokoh-tokoh pendidikan sebenarnya merangkumi seluruh kandungan serta meliputi pengalaman pembelajaran yang diperoleh murid. Kelihatan seolah-olah pengalaman pembelajaran lain seperti iklim, budaya, kepercayaan, sikap dan nilai tidak wujud dalam sistem pendidikan formal.


Download ppt "Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem Masyarakat Majmuk di negara kita akan memberikan kesan langsung kepada perkembangan."

Similar presentations


Ads by Google