Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BINAAN AYAT. a) Predikat c) Penerang b) Pelengkap d) Kata Keterangan e) subjek Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai:

Similar presentations


Presentation on theme: "BINAAN AYAT. a) Predikat c) Penerang b) Pelengkap d) Kata Keterangan e) subjek Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai:"— Presentation transcript:

1 BINAAN AYAT

2 a) Predikat c) Penerang b) Pelengkap d) Kata Keterangan e) subjek Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai:

3 PREDIKAT Kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Contohnya: Meja itu bulat Ibrahim amat gelisah

4 Jika predikat terdiri daripada kata adjektif yang panjang, kata pemeri ialah / adalah sering digunakan bagi membatasi subjek dan predikat tersebut. Contohnya: Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras.

5 PELENGKAP Kata adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. Contohnya: Lelaki itu bertubuh sasa. Nenek bertambah sihat.

6 PENERANG Kehadiran kata adjektif sebagai penerang berada di belakang ( di sebelah kanan) kata nama. Kata adjektif berfungsi memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.

7 Contohnya: Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru.

8 Jika terdapat dua kata adjektif selepas kata nama, kata hubung yang digunakan antara dua adjektif tersebut. Contohnya: Kereta lama yang cantik Bangunan tinggi yang buruk

9 KATA KETERANGAN Kata adjektif dapat berfungsi sebagai kata keterangan (adverba) iaitu selepas frasa kerja. Contohnya: Bayi itu tidur lena Ravi berjalan cepat

10 SUBJEK Kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat. Tetapi, kata adjektif tersebut mengambil tugas kata nama. Contohnya: Kaya belum tentu bahagia. Hitam itu menawan.


Download ppt "BINAAN AYAT. a) Predikat c) Penerang b) Pelengkap d) Kata Keterangan e) subjek Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai:"

Similar presentations


Ads by Google