Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang.

Similar presentations


Presentation on theme: "Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang."— Presentation transcript:

1 Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi maksud yang sempurna. Binaan Ayat Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitu subjek (benda) dan predikat (cerita). Ayat = Subjek + Predikat

2 Lihatlah contoh yang berikut : SubjekPredikat 1. Sekolah itu 2. Fatimah 3. Pelajar-pelajar itu 4. Salleh 5. Kami 6. Suasana di dewan sekolah Fatimah. dari Johor. pintar. menerima hadiah. bertambah rajin. riuh sekali.

3 Pola Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar atau ayat inti (ayat mudah) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pmbentukan semua ayat yang lain. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh empat jenis frasa- Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).

4 Lihatlah contoh yang berikut: PolaSubjekPredikat Pola 1Ali bin Ahmad (FN)pelajar lelaki (FN) Pola 2Engkau (FN)memberi aku dorongan. (FK) Pola 3Sahabatku (FN)pintar sekali.(FA) Pola 4Abang (FN)ke kedai buku.(FS) Dalam Pola 1- 4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa. Dalam contoh yang diberikan, jenis frasa dapat dikenal melalui perkataan pertama yang berwarna dalam bahagian predikat.

5 Pola Ayat Dasar Kamu telah diperkenalkan dengan empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Kamu akan mempelajari pola 1, iaitu frasa nama + frasa nama(FN + FN) dan pola 2, frasa nama + frasa kerja (FN = FK) Pola 1 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEKPREDIKAT Frasa Nama (FN) 1. Yusof Ishakpresiden pertama Singapura 2. Beliauwartawan. 3. Akhbar beliauUtusan Melayu. 4. Utusan Melayuakhbar bahasa Melayu 5. Bahasa Melayubahasa kebangsaan Singapura

6 Frasa Nama 1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal. 2. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ. 3. Udin mendengarnya dengan teliti. 4. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang. 5. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu. Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekor anak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagai Frasa Nama Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih. Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan sebagainya.

7 Pola 2 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEKPREDIKAT Frasa Nama (FN)Frasa Kerja (FK) 1. Wartawanmenulis berita. 2. Ayahmembaca akhbar utusan Melayu. 3. Akhbar Utusan Melayudibaca oleh orang ramai. 4. Yusof Ishakmenjadi presiden pertama Singapura. 5. Presiden Singapuramembaca ikrar.

8 Pola 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEKPREDIKAT Frasa Nama (FN)Frasa Adjektif (FA) 1. Aidilsangat rajin. 2. Guru Aidilwartawan. 3. Buku ‘Adab Melayu’mahal. 4. Buku projek Aidiltebal. 5. Illustrasi dalam buku projek inicantik-cantik belaka.

9 Pola 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama (FS) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini. SUBJEKPREDIKAT Frasa Nama (FN)Frasa Sendi Nama (FS) 1. Surat itudari London. 2. Buku-buku misteri itudaripada abangku. 3. Juruterbang pelatihke dewan simulasi kapal terbang. 4. Latihan simulasi ituuntuk juruterbang pelatih. 5. Kawasan Segi Tiga Bermudadi tengah-tengah Lautan Atlantik.


Download ppt "Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang."

Similar presentations


Ads by Google