Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kursus MLL 209 UniSIM 2013, Semester 1 Ghazali Md Ibrahim.

Similar presentations


Presentation on theme: "Kursus MLL 209 UniSIM 2013, Semester 1 Ghazali Md Ibrahim."— Presentation transcript:

1 Kursus MLL 209 UniSIM 2013, Semester 1 Ghazali Md Ibrahim

2 Tumpuan Bidang Apakah itu sastera? Apakah itu bahasa?

3 SASTERA S: S e ni A: Akaliah S: Sensitiviti T: Tersurat/ Tersirat E: Estetika R: Realiti A: Alternatif / Pelepasan Minda

4 BAHASA Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi

5 bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan

6 Fungsi Bahasa Penghubung – interaksi jelas, luas, tanpa sempadan Pernyataan perasaan – ekspresi dan luahan Pernyataan fikiran – neurologi

7 Hubungan Bahasa dan Sastera Disiplin Ilmu Bahasa ( Linguistik) – Fonologi – Morfologi – Semantik – Sintaksis Aspek dan Bahan Sastera - Tradisional dan Moden - Prosa dan Puisi - Aliran dan Pemikiran

8 Apakah itu laras bahasa? Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

9 Perbezaan Laras Bahasa Bahasa PenggunaPenggunaan Formal/tidak formal /Slanga/DialekLaras

10 Mengapakah Laras Bahasa digunakan?

11 Situasi Luaran maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

12 Situasi Persekitaran cara penyampaian perhubungan sosial dan peribadi bahan fungsi sosial

13 Ciri-ciri Linguistik Fonologi Morfologi Semantik Sintaksis

14 JENIS-JENIS LARAS BAHASA Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama

15 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera Bersifat imaginatif dan figuratif Menggunakan bahasa kiasan Perlukisan gambaran yang jelas Penggunaan Bahasa Baku Bernada Puitis Pemilihan Diksi Bersifat Komunikatif Bersifat Ambuguiti

16 Apakah itu Stilistik?

17 Dalam Tifa Penyair dan Daerahnya, Jassin merumuskan bahawa ilmu bahasa yang menyelidiki gaya bahasa disebut stilistik atau ilmu gaya (1978:127). Dalam Mitos dan Komunikasi, “Strategi untuk Suatu Penyelidikan Stilistika,” Yunus merumuskan stilistik (a) dibatasi kepada penggunaan bahasa dalam karya sastera. Dalam Kamus Dewan (1996:1305), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Stilistik: 1) Kajian tentang penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan. 2) Berkaitan dengan stail atau gaya, terutama gaya bahasa penulisan.

18 Dalam The Cambridge Encyclopedia of Language, Crystal (1989:431) berpengertian bahawa stylistics the study of sistematic variation in language use: in style characteristic individual or group.

19 Istilah stilistik berasal dari istilah stylistics dalam bahasa Inggeris. Istilah stilistik atau stylistics terdiri daripada dua kata style dan ics. Stylist adalah pengarang yang baik gaya bahasanya, perancang atau ahli dalam bidangnya. Ics adalah ilmu, kaji, telaah. Stilistik adalah ilmu gaya atau ilmu gaya bahasa.

20 Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

21 Stilistik dari Sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)- stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

22 Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis karya sasteramerupakan suatu huraiantentang bakat dan Kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.

23 Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

24 Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

25 Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

26 Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

27 Keenam, pendekatanstilistikjuga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitianyangdilakukandengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukangagasan bahawa terdapat unsur-unsurbahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

28 Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

29 Manfaat 1) Mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal dari segi bahasa dalam karya sasetra lebih. 2) Menerangkan secara baik keindahan sastera dengan menunjukkan keselarasan penggunaan ciri-ciri keindahan bahasa dalam karyasastera. 3) Membimbing pembaca menikmati karya sastra dengan baik 4) Membimbing sasterawan memperbaiki atau meninggikan mutu karya sasteranya 5) Kemampuan membezakan bahasa yang digunakan dalam satu karya sastera dengan karya sastera yang lain.


Download ppt "Kursus MLL 209 UniSIM 2013, Semester 1 Ghazali Md Ibrahim."

Similar presentations


Ads by Google