Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing.

Similar presentations


Presentation on theme: "Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing."— Presentation transcript:

1 Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

2 kumpulan etnik terbesar di Malaysia. beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya. Pakaian TRadisional

3 Sepak Takraw - diperbuat daripada lilitan bilah kulit buluh atau bamboo yang ditimang menggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan. - Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring Permainan Tradisional Wau - layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia. - dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. - direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati. Congkak - dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlubang lima, tujuh atau sembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua hujungnya yang dipanggil ‘rumah’. - congkak dimainkan menggunakan kulit siput, guli, batu kecil atau biji asam jawa, dan memerlukan dua pemain. Gasing - Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran. - dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. - Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. Tanjung Uri K u n o Jantung Baba K e l a n t a n Gasing

4 Tarian Tradisional Alat muzik tradisional Zapin - diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah. - pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Joget - dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ. Silat - sejenis seni mempertahankan diri - dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan. Rebana Ubi - digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. - digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan. Kompang - digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. - berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Rebana Ubi Kompang

5 kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor. Cheongsam - mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. pAKAIAN tradisional Samfu - merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki dan wanita cina. - bermaksud baju dan seluar. - diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau sekadar berbunga halus.

6 Permainan Tradisional Go - permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. - Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. -hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih. Xiangqi - dimainkan oleh dua orang pemain. - berada dalam keluarga yang sama dengan catur. - berasal dari China, digelar sebagai Catur Cina. Yo-yo cina - mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. - sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. - Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

7 Tarian TradisionalAlat muzik Tradisional Tarian Singa - dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. - sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat di antara penari-penarinya. Tarian Naga - Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. - dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. -Tarian ini memerlukan seramai 60 orang. Erh hu - alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. - digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Pipa - alat bertali mempunyai 4 tali logam. - Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. - digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian. Guzheng - Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). -Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas.

8 Kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Pakaian tradisional Sari - Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut. - Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi - terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta - pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. - kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Sari - Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut. - Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi - terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta - pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. - kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

9 Permainan tradisional Kho-kho - berasal dari Maharashtra, pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. - merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. - memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta lain. Kabadi - Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. - Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. - Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. - Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. - Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring. Charuranga - Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga. - Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. - Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. - Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

10 Tarian tradisional Alat muzik tradisional Tarian bhrata natyam - berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India. - mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana.Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas. Tarian Kathak - berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Kathak dikenali sebagai Braj Raas. - diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). - Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita. Tarian klasik india - gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang manusia. - Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. - Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil. Sitar - Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. - Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan yang unik. Dholak - dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainya. - Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. - digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

11  SABAH Kadazan Dusun  Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.  Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.  Berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.  Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.  Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi.  Etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.  Topi anyaman wanita Kadazan-Dusun  SABAH Kadazan Dusun  Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.  Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.  Berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.  Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.  Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi.  Etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.  Topi anyaman wanita Kadazan-Dusun

12 Sumazau  Sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara- acara keagamaan dan kemasyarakatan.  Dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.  Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.  Tarian Buluh  Tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.  Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas.  Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit. Sumazau  Sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara- acara keagamaan dan kemasyarakatan.  Dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.  Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.  Tarian Buluh  Tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.  Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas.  Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.

13 SSarawak Iban TTerkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak dan pelbagai perhiasan tradisional. TTinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan antara 20 hingga 100 buah keluarga yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya. IIni adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. KKaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut kerana dikategorikan secara salah sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun, mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan DDahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan ‘ngayau’ atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan. SSecara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung, Tuhan burung peperangan. KKebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri- ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. AAmalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.

14 Ngajat  Sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.  Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang.  Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.  Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir. Sape  Sejenis gitar tradisional masyarakat Iban di Sarawak.  Alat muzik ini dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna-warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk.  Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial.  Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat.

15 Disediakan oleh: Chan Joo Mon Wong Lai Cheng Kelas: 5 AMANAH


Download ppt "Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing."

Similar presentations


Ads by Google