Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Dalam unit ini, kamu akan mempelajari awalan yang membentuk kata nama. Awalan tersebut adalah seperti yang berikut peN- peR-

Similar presentations


Presentation on theme: "Dalam unit ini, kamu akan mempelajari awalan yang membentuk kata nama. Awalan tersebut adalah seperti yang berikut peN- peR-"— Presentation transcript:

1

2

3 Dalam unit ini, kamu akan mempelajari awalan yang membentuk kata nama. Awalan tersebut adalah seperti yang berikut peN- peR-

4 Awalan peN- terdiri daripada pelbagai bentuk, iaitu peN- pe-pem-pen-peng-/penge

5 Lihatlah contoh penggunaan awalan peN- yang berikut. pe-+ ladang= peladang + wangi= pewangi + rakam= perakam + pukul= pemukul + tari= penari + karang= pengarang + sangkut= penyangkut pem-+ baca= pembaca + berita= pemberita + besar= pembesar

6 pen-+ syarah= pensyarah + damai= pendamai + cari= pencari peng-/penge-+ halang= penghalang + adil= pengadil + gali= penggali + edar= pengedar + cat= pengecat + lap= pengelap Daripada contoh ini, kamu pelajari bahawa apabila kata dasar itu dibubuhi dengan imbuhan peN-, perkataan itu akan menjadi kata nama yang menerangkan:- orang (contohnya : peladang, pengadil dan pengecat) sesuatu alat (contohnya : pewangi, penyangkut dan perakam)

7 Awalan peR- jarang digunakan dan bilangan perkataannya terhad. Lihatlah contoh penggunaan awalan peR- yang berikut. per-+ asap= perasap + bara= perbara + tapa= pertapa + buru= perburu + tanda= pertanda Setelah kata dasar itu diberi imbuhan peR-, perkataan itu menjadi kata nama yang menerangkan: alat atau tempat (contohnya : perasap dan perbara) orang yang melalukan kerja (contohnya : pertapa dan perburu)

8 Latihan Bina ayat dengan menggunakan perkataan yang berikut. 1.pemalu 2.pembantu 3.pencerita 4.penggali 5.pengebom 6.penyelidik


Download ppt "Dalam unit ini, kamu akan mempelajari awalan yang membentuk kata nama. Awalan tersebut adalah seperti yang berikut peN- peR-"

Similar presentations


Ads by Google