Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PROTOKOL DAN ETIKET. PROTOKOL Definisi (Kamus Dewan) Peraturan-peraturan dalam Istiadat Rasmi seperti sambutan kepada tetamu. Peraturan-peraturan yang.

Similar presentations


Presentation on theme: "PROTOKOL DAN ETIKET. PROTOKOL Definisi (Kamus Dewan) Peraturan-peraturan dalam Istiadat Rasmi seperti sambutan kepada tetamu. Peraturan-peraturan yang."— Presentation transcript:

1 PROTOKOL DAN ETIKET

2 PROTOKOL Definisi (Kamus Dewan) Peraturan-peraturan dalam Istiadat Rasmi seperti sambutan kepada tetamu. Peraturan-peraturan yang telah diterima oleh semua pihak sama ada dalam hubungan hariannya dengan masyarakat atau dalam pelbagai istiadat atau majlis rasmi dan bukan rasmi.

3 MATLAMAT Mewujudkan jurang perbezaan. Mengamalkan sopan santun Memudahkan pengendalian majlis. Memberi penghormatan yang sewajarnya.

4 KEPENTINGAN Memelihara sistem atur cara dan adat istiadat Negara/Negeri. Cara bagaimana kita menghormati seseorang. Mengelakkan kita merendahkan martabat seseorang

5 KOMPONEN PROTOKOL Susunan keutamaan Anugerah darjah kebesaran Susunan tempat duduk

6 PERINSIP PENENTUAN TARAF A. Pegawai awam Jenis jawatan Gred jawatan Darjah kebesaran Gaji Kedudukan dalam organisasi B. Orang awam Darjah kebesaran Kedudukan dalam masyarakat

7 JENIS-JENIS PROTOKOL Panggilan/sebutan hormat Peraturan gelaran Susunan tempat duduk Tertib di meja makan Cara menggunakan napkin Cara duduk Cara menggunakan kutleri Cara mengadap Cara berpakaian Susunan atur cara Susunan kata-kata aluan dalam ucapan Pengibaran bendera Lain-lain

8 YANG AMAT BERHORMAT YANG AMAT BERBAHAGIA YANG BERHORMAT YANG BERBAHAGIA YANG AMAT BERHORMAT YANG AMAT DIHORMATI YANG BERHORMAT YANG DIHORMATI YANG BERUSAHA PERSEKUTUAN NEGERI PERATURAN GELARAN

9 Dato’ Datin Paduka Datin Dato’…………………………………… Isteri pertama sahaja boleh memakai Datin Dato …………………………………… Kematian boleh diguna selagi tidak bernikah dengan orang lain Sekiranya cerai hidup, tidak boleh gunakan Datin Dato’ …………………….

10 ETIKET DAN PEMBENTUKAN PERIBADI

11 ETIKET Definisi Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun sama ada dalam kehidupan harian, dalam hubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal

12 PENAMPILAN DIRI 1) Tertib Perkenalan a) Prinsip Perkenalan i) Perkenalkan lelaki kepada wanita. ii) Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting. iii) Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya. iv) Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

13 b)Keberkesanan Dalam Perkenalan i) Kedua pihak bersedia untuk diperkenalkan dan untuk menerima perkenalan. ii) Sebut nama dengan jelas dan betul. iii) Perlakuan yang tertib. iv) Pandang ke arah mata orang yang diperkenalkan. v) Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui.

14 c)Tertib Memperkenalkan i)Izinkan saya memperkenalkan ………. ii) Puan ………., inilah Encik ………. iii) Boleh saya memperkenalkan.

15 d) Cara Menjawab Yang Sopan i) Apa khabar? ii) Bertuah dapat berkenalan dengan tuan/puan

16 2)Berjabat Tangan (Bersalam) Pelbagai cara : - Kasar dan aggresif - Mengawal - Hujung jari sahaja - Tarik - Sejuk - Erat dan mesra *Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh keadaan biasa, kira-kira lima (5) saat.

17 3)Perbualan Sosial a)Contah tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut: i) Hobi ii) Sukan iii) Muzik iv) Makanan v) Kesenian vi) Kebudayaan

18 b)Tertib Perbualan Sosial i) Kedua-dua pihak berminat ii) Pandang ke arah orang yang bercakap iii) Dengar dengan teliti iv) Bercakap dengan nada yang biasa v) Tempoh bercakap bersesuaian (tidak terlalu lama) vi) Bercakap secara bersahaja vii) Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap viii) Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam satu kumpulan

19 4)Cara Berdiri Gaya berdiri yang baik ialah: - Tubuh badan (posture) hendaklah berdiri betul iaitu dada ke hadapan dan perut ke dalam - Tangan di sisi badan - Air muka menampakkan ketenangan - Sentiasa memberi senyumam dan keadaan selesa - Kaki terbuka sedikit

20 5)Berjalan - Gunakan bahagian dari punggung ke bawah bila berjalan - Kuruskan bahagian badan (tidak kaku) - Setiap langkah mengikut bayangan garisan lurus - Hayun tangan seberapa sentimeter ke hadapan dan belakang - Gerakan tangan berlawanan dengan kaki

21 6)Naik Tangga - Bila menaiki tangga, badan tidak terlalu membongkok - Hanya bongkok sedikit sahaja dari bahagian punggung - Gunakan kaki kanan untuk naik ke anak tangga pertama dan seterusnya diikuti dengan kaki kiri - Seluruh kaki kanan diletakkan di atas anak tangga pertama

22 7)Duduk Di Kerusi - Bila duduk dikerusi rapatkan kaki dan lutut - Bagi wanita, letakkan kaki menyurung ke sebelah kanan atau kiri - Bagi lelaki, rapatkan kaki dan lutut sahaja - Elakan jari kaki/sepatu dari melunjur ke atas atau ke bawah - Elakkan diri dari menggoyangkan kaki - Elakkan duduk secara cross-legged atau paha di atas paha

23 8)Berjalan Di Tepi Jalan Apabila suami isteri bersiar-siar di sesuatu tempat dan sedang berjalan di tepi jalan, suami hendaklah:- -berada di ‘kawasan merbahaya’ -sentiasa awasi kenderaan-kenderaan yang lalu lalang -memberi bantuan menyeberangi jalanraya ataupun lorong jalan sekiranya perlu

24 9)Masuk dan Keluar Kereta -Apabila masuk ke kereta, bermula dengan punggung - Apabila keluar dari kereta, bermula dengan kaki - Dalam keadaan biasa, suami hendaklah keluar dahulu dan diikuti oleh isteri dari pintu yang sama, jika kedua-duanya duduk di sebelah belakang

25 10)Masuk dan Keluar Lif -Masuk atau keluar dahulu sesiapa yang berhampiran dengan pintu.

26 TATA RIAS KESESUAIAN PAKAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN BAGI PELBAGAI MAJLIS MAJLISPEREMPUANLELAKI 1) Bankuet Negara atau Negeri Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran 2) Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan a) Baju Kurung berselendang b) Baju Kebaya Labuh berselendang a) Baju Kebangsaan Hitam b) Black Tie

27 3) Jamuan Makan Malam Formal a) Baju Kurung b) Baju Kebaya Labuh a) Baju Kebangsaan b) Black Tie 4) Jamuan Makan Malam Baju Melayu ModenBaju Batik Lengan Panjang 5) Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi a) Baju Kebaya b) Baju Kurung a) Baju Batik Lengan Panjang b) Lounge Suit c) Pakaian Kerja

28 6) Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi Baju Melayu ModonBaju Batik Lengan Panjang 7) Jamuan Teh Rami a) Baju Kurung b) Baju Kebaya Labuh a) Baju Batik Lengan Panjang b) Lounge Suit c) Pakaian Kerja 8) Pengurniaan Darjah Kebesaran Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsan Rasmi c) Baju Kebangsaan HItam

29 9) Istiadat Pertabalan Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsan Rasmi 10) Hari Ulang Tahun Kemerdekaan a) Baju Kurung b) Baju Kebaya a) Baju Batik Lengan Panjang b) Bush-jacket c) Pakaian Kerja 11) Pembukaan Persidangan Parlimen Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsan Rasmi

30 12) Mengadap Tuanku Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Lounge Suit gelap dan bersongkok b) Baju Kebangsaan 13) Cocktails dan Receptions a) Baju Kebaya b) Baju Kurung a) Baju Batik Lengan Panjang b) Lounge Suit 14) MusabaqahBaju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Baju Kebangsan b) Baju Batik Lengan Panjang c) Lain-lain pakaian yang sesuai

31 15) PengebumianBaju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon Baju Kebangsaan 16) Majlis anjuran agensi (siang) Pakaian Kerja 17) Majlis di luar dewan seperti Perasmian Sukan Baju KurungBaju Batik Lengan Panjang

32 18) Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Negara Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon a) Baju Kebangsaan Hitam b) Lounge Suit warna gelap

33 1)Kesesuaian Pakaian Wanita i) Elakkan daripada memakai kain berkilat/berkilau pada siang hari ii) Elakkan daripada memakai satu warna sahaja iii) Elakkan melebihi empat warna pada satu masa iv) Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan v) Elakkan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai vi) Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap peluh tetapi tidak jarang

34 vii) Bila gunakan alat solek, jangan keterlaluan viii) Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat ix) Rambut hendaklah tersisir rapi x) Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung xi) Jika memakai mini telekong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju xii) Bila gunakan sarung kaki pilih warna bersesuaian dengan warna kulit

35 2)Hiasan Kesederhanaan adalah paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian menambah seri. Hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

36 Talipinggang - Jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai Selendang dan Skaf - Dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara disangkut di bahu - Dipakai di majlis keagamaan - Dalam menziarahi kematian – selendang menutupi seluruh kepala

37 Beg Tangan - Beg tangan yang sesuai mengikut keadaan seperti: i)kegunaan harian di pejabat ii)kegunaan pelbagai iii)kegunaan majlis rasmi

38 3)Minyak Wangi Pilih yang lembut supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan i) Minyak wangi tulen -Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja ii) Eau de toilettee -Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat

39 iii)Semburan badan -Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat

40 4)Kesesuaian Pakaian Lelaki i) Kurang sesuai berbaju lengan pendak jika bertali leher ii) Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher iii) Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang iv) Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang v) Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang

41 vi) Sesuaikan warna tali leher dengan baju vii) Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak viii) Elakkan memakai pakaian berjalur keseluruhan ix) Badan kurus dan gempal hendaklah pakai singlet x) Sesuaikan warna stokin dengan seluar xi) Kasut hendaklah bersih dan berkilat xii) Stokin putih tidak sesuai dalam majlis xiii) Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang lembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu

42 xiv) Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan kelihatan singlet tersebut xv) Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)

43 TERTIB DI MEJA MAKAN 1)Adab (Asas) Jangan mula makan sebelum tuan rumah makan Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan Apabila mengunyah makanan, mulut/bibir hendaklah ditutup Kurang manis kiranya bercakap dengan mulut yang penuh makanan Penggunaan alat-alat seperti pisau, garpu, camca dan sebagainya digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising Jauhkan dari menungkat dagu/meletak kedua belah siku di atas meja

44 Apabila duduk di meja, tas tangan (bagi wanita) tidak diletak di atas meja walaupun tas itu kecil Elakkan dari merokok Sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja Selepas habis makan alat-alat seperti pisau, garpu, camca hendaklah disusun rapat Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila hendak mengeluarkan makanan yang terselit di gigi Ketika batuk/bersin mulut hendaklah ditutup dengan napkin Elakkan sendawa kekenyangan kuat-kuat

45 Tidak manisdipandang jika mengoerek hidung, telinga, menggaru badan, mengeliat, “mematah” jari tangan dalam majlis jamuan Jangan bergendang atau bermain sudu garpu dan lain-lain

46 2)Cara Menggunakan Napkin i) Letak di atas peha ii) Bucu boleh ke dalam untuk mengelakkan jatuh iii) Jangan menyelitkan napkin pada kolar/tali pinggang/antara butang kemeja iv) Elakkan dari menyapu mulut v) Lekapkan napkin pada bibir sahaja vi) Apabila selesai lipat dan letakkan napkin di sebelah kiri tempat duduk vii) Letakkan napkin di atas kerusi jika anda keluar sebentar/akan kembali

47 3)Cara Menggunakan Kutleri i)Kontinental - Garpu sentiasa dipegang ditangan kiri - Pisau ditangan kanan - Bahagian runcing/tangan garpu menghala ke bawah ii)Amerika - Garpu dipegang dengan tangan kiri - Pisau ditangan kanan - Pisau berfungsi sebagai pengawal iaitu setelah memotong, pisau diletakkan dan garpu ditukar ke tangan kanan dan menunding ke atas ketika menyuap

48 iii) Mulakan dengan peralatan dari luar masuk ke dalam iv)Apabila selesai, sudu dan garpu hendaklah pada kedudukan rapat dan menghala ke depan/atas v)Jika belum selesai, sudu dan garpu hendaklah diletakkan bersilang vi)Jangan menjangkau terlalu jauh

49 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PROTOKOL DAN ETIKET. PROTOKOL Definisi (Kamus Dewan) Peraturan-peraturan dalam Istiadat Rasmi seperti sambutan kepada tetamu. Peraturan-peraturan yang."

Similar presentations


Ads by Google