Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kuliah 5 M1 Teks Melayu Klasik Zaman Awal

Similar presentations


Presentation on theme: "Kuliah 5 M1 Teks Melayu Klasik Zaman Awal"— Presentation transcript:

1 Kuliah 5 M1 Teks Melayu Klasik Zaman Awal
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

2 Aqa’id al-Nasafi Jabatan Penerbitan Universiti Malaya telah melancarkan buku berjudul The Oldest Known Malay Manuscript: A 16 th Malay Translation of the Aqa’id of al-Nasafi. Analisis kitab Aqa’id oleh Asmah Hj Omar Penggunaan huruf / ejaan a. /ny/ پ ۑ nyamuk banyak tuanya b. kaf ک (kalah) ga ڬ (galah) c. pa ڨ ڧ (pikir) fa ڧ (fikir) d sy ( syariat) e. qaf (bhs sumber) (qiamat) qaf (bhs asli) ق تي (tidak) کق ک (kakak)

3 f ca, nga, nya g. ya bertitik contoh taala, ma’na ya tidak bertitik – dikekalkan sebagai ejaan asal bahasa Arab h. Wau (hayat- mengekalkan ejaan asal bhs Arab) ت حيو

4 Diakritik tanda baris yang digunakan pada huruf-huruf tertentu sama ada di atas, di bawah atau di hadapan a. Fathah (tanda atas) b. Kasrtah ( tanda bawah) c. Dhammah ( tanda depan) d. sukun (tanda mati) e. Tanwin (tanda dua depan) f. Syaddah (tanda sabdu) g. Maddah (tanda panjang)

5 Metodologi Penggunaan diakritik sattaru karajaannya bertannung kaca
dajjal amar Penggunaan tanda dua (sekali sahaja) 1. raja-raja

6 Vokal Menggunakan 3 vokal sahaja iaitu vokal /a/ - alif, vokal /i/ - ya, vokal /u/ - wau Tidak wujud peraturan yang mantap dalam penggunaan vokal. Contoh: Perkataan Agama dan Udara Urutan vokal Seorang keadaan

7 Diftong 1. Huruf ya digunakan bagi melambangkan bunyi diftong /ai/ Kata-kata Melayu dipaccat lannyap Kata-kata Sanskrit dosya, syaksyi, druhaka, naraka, santosya kerana = karena, karana, karna Kata-kata Arab kata-kata Arab dipindahkan ke dalam bahasa Melayu. Contoh: tabiat kubur

8 Kesimpulan Memberi petunjuk tentang bahasa Melayu dan ejaan Jawi yang digunakan pada abad ke-16. Ejaan Jawi pada abad tersebut belum dikodifikasi sepenuhnya. Penggunaan huruf ca, pa, nga, dan nya, menggambarkan bunyi bahasa Melayu yang tidak wujud dalam bahasa Arab. Menggunakan satu grafem (unit minimun yg distingtif dlm sistem tulisan) bagi melambangkan fonem /k/ dan /g/ sehingga abad ke-19 Penggunaan tanda dua sebagai kaedah trengkas dan dianggap sebagai ingenuity (kepandaian )orang Melayu

9 Hikayat Raja Pasai Hikayat Raja Pasai yang diusahakan oleh Russell Jones. Tarikh sebenarnya kemungkinan besar pada akhir abad ke-14. Hanya terdapat sebuah manuskrip Hikayat Raja Pasai iaitu Raffles Malay No.67 yang tersimpan di The Royal Asiatic Society di London. Terdapat juga sebuah manuskrip lagi yang tersimpan di Bibliotheque Nationale di Paris No. Mal. Pol. 50 hasil susunan seorang sarjana Perancis iaitu Edouard Dulaurier 1838 yang merupakan salinan manuskrip No. 67. Karya agung Hikayat Raja Pasai mencakup satu jangka waktu dalam sejarah Pasai yang menceritakan perihal agama Islam mula bertapak di gugusan pulau-pulau Melayu iaitu antara akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14. Hikayat ini mengandungi unsur-unsur mitos setempat tetapi ia berdasarkan fakta sejarah. Misalnya, nisan Sultan Malikul Saleh dapat dilihat wujudnya sehingga ke hari ini.

10 Hikayat Raja Pasai dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
pembukaan dan pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan terakhir perluasan kekuasaan Majapahit. Aspek pertama ialah tentang asal-usul pembukaan dan pengislaman Pasai. Kronologi ceritera ini - Raja Ahmad dan Raja Muhammad dikurniakan cahaya mata iaitu Puteri Betung dan Merah Gajah. Setelah kemangkatan ayah bonda keturunan mereka silih berganti sehingga Merah Silau mendapat hidayah setelah bertemu Nabi Muhammad S.A.W dan memeluk agama Islam lalu Merah Silau menukar nama dan memakai gelaran Sultan Malikul Saleh

11 Kepimpinan Raja-Raja Pasai
Kepimpinan Raja-Raja Pasai bercirikan ajaran Agama Islam iaitu berkisar kepada melakukan kebaikan dengan meninggalkan kemungkaran dan menyuruh orang berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan. pembesar negeri dan Raja-Raja Pasai hendaklah menjalankan pemerintahan menurut undang-undang Islam seperti yang difirman Allah swt. di dalam Al-Quran.

12 ASPEK BAHASA Sistem tulisan Hikayat Raja Pasai ialah tulisan Jawi.
Turut dikesan campuran bahasa Melayu Sumatera Kuno dan bahasa Sanskrit dalam penceritaannya. Kosa kata dalam Teks Hikayat Raja Pasai ini banyak percampuran kata asing iaitu kosa kata Sanskrit, Melayu Kuno dan juga Arab. Gaya bahasa Teks Hikayat Raja Pasai ini lebih cenderung kepada gaya karangan sebuah kitab sejarah daripada sebuah karya sastera kerana bahasanya berbentuk laporan ringkas dan tepat

13 terdapat juga penggunaan simile iaitu gemuruh seperti tagar, dan seperti hayam takutkan helang.
dalam dialog Sultan Ahmad Perumudal Perumal dengan penghulu gundiknya iaitu Dara Zulaikha Tingkap terdapat penggunaan seloka yang isinya menyamai puisi moden ciptaan Amir Hamzah . Contoh ; ‘ Ayuh Dara Zulaikha Tingkap, Bangun apalah engkau! Asalmu orang terjunan pangliran! Karna engkau penghulu gundikku, Bergelar Tun Derma Dikara.

14 Hikayat Amir Hamzah Hikayat Amir Hamzah yang di selenggarakan oleh A. Samad Ahmad diterbitkan pada tahun 1987 dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Teks Hikayat ini mengandungi 712 muka surat.. Hikayat ini digolongkan ke dalam sastera epik dari timur tengah. Hikiyat ini mempunyai dua versi Arab dan Parsi. Hikayat ini begitu terkenal kerana ia menceritakan kegagahan Sayidina Hamzah iaitu bapa saudara kepada Nabi Muhamad SAW .

15 Salasiliah Amir Hamzah
Wira dalam konteks cerita-cerita epik ini biasanya terdiri daripada tokoh-tokoh legenda yang mempunyai peribadi mulia, penuh dengan sifat kemanusiaan yang murni, sambil sifat diri tokoh itu dilebih-lebihkan menjadi super human, dengan tujuan untuk menonjolkan sanjungan masyarakat terhadap tokoh berkenaan. Tokoh tersebut selalunya dipandang sebagai sumber yang memancarkan cahaya yang dapat menerangi kegelapan masyarakat setempat.

16 Hikayat Amir Hamzah ini, sebenarnya mempunyai tujuannya yang tersendiri, iaitu untuk meninggikan semangat juang hulubalang-hulubalang Melaka ketika menentang Portugis seperti yang diceritakan dalam Sejarah Melayu. Hikayat Amir Hamzah, yang cuba memperlihatkan ketinggian dan kemuliaan sifat penganut-penganut agama Islam sepatutnya tidak dicemarkan dengan sifat tidak bermoral Umar Umaiyah seperti yang pada halaman 45, “seraya katanya, Jika ada kasih serta rahim tuan hamba akan hamba….beri apalah kuda tuan Hamba, …Hei darwis jikalau ingin naiklah kuda ini olehmu itu, kuda itu dipecutnya lalu menuju ke Mekah”.

17 Hikayat Amir Hamzah nilai masyarakat berdasarkan kepada kehidupan masyarakat di negeri Arab.
Sifat takbur merupakan sifat yang menyimpang daripada nilai masyarakat. Contohnya sifat takbur akan menerima pembalasan kerana sikap itu tidak disukai oleh masyarakat. Seorang penggusti mati dibunuh oleh Amir Hamzah kerana sifat takburnya mencabar dan merendah-rendahkan kekuatan orang lain, sambil takbur dengan kekuatan dirinya. Ini dapat dilihat pada petikan berikut, “Pada suatu hari, Amir Hamzah dan Umar Umayah berjalan-jalan di Negeri Mekah melihat temasya orang bergusti antara orang muda-muda…….barang siapa melawan dia semuanya alah olehnya…ia pun bertempik dada… Amir Hamzah menangkap lalu dihempaskan ke bumi hancur luluh tulangnya” halaman 32.

18 Nilai budaya dan keagamaan yang baik serta menjadi amalan kita juga ditonjolkan dalam Hikayat Amir Hamzah seperti yang ditunjukkan dalam menguruskan harta dan makanan seperti yang terdapat pada halaman 37, Kemudian maka disuruh oleh Amir Hamzah bahagi-bahagikan buah-buahan itu pada Umar Umaiyah…… Nilai moral dan budaya yang ditunjukan ini merupakan salah satu sifat pemimpin Islam yang ditonjolkan dalam epik Amir Hamzah ini dan merupakan amalan rakyat Malaysia amnya.

19 Aspek Bahasa Dalam Teks Hikayat Amir Hamzah ini banyak perkataan yang digunakan menerima beberapa fonem Arab. Contohnya perkataan ‘syukur’: sy ( ش ), dan khoja, khalaknya kh ( ڂ ). dz ( ظ ), in ( ٳ ) In

20 Morfem terikat pula ialah morfem yang hanya akan wujud bersama-sama morfem
lain iaitu memerlukan kata dasar untuk berfungsi. Contoh imbuhan ber… dalam berangkat, berkhalwat, imbuhan mem…kan dalam membicarakan, imbuhan di…i dalam dinamai, dan di…kan dalam dititahkan.

21 Frasa dan ayat yang digunakan menunjukkan adanya pengaruh Arab
Frasa dan ayat yang digunakan menunjukkan adanya pengaruh Arab. Contohnya dalam Hikayat Amir Hamzah pada halaman 49 “Adapun kepada suatu zaman kemudian daripada kami ini, ada seorang Amir Hamzah namanya anak Abdul Mutalib; ialah sampai ke tempat ini. Kuda yang bernama Janggi Ishak itu, ialah yang akan mengambilnya, dan segala harta yang ada di dalam perbendaharaan ini ialah yang empunya dia………… selain daripada Amir Hamzah, seorang pun tiada boleh.”……….

22 Kesimpulannya penciptaan Hikayat Amir Hamzah ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu dan pengaruh hikayat jenis ini amat meluas diseluruh alam Melayu, serta digemari oleh semua lapisan masyarakat. Justeru, karya-karya sastera bercorak kepahlawanan sudah menjadi satu kegemaran dalam kalangan penduduk Nusantara, maka pengembang-pengembang budaya Islam memperkenalkan pula cerita-cerita tersebut dalam masyarakat Melayu dengan tujuan menanam semangat keislaman dan memperkukuh budaya Islam dalam kalangan orang Melayu

23 Kesimpulan Bahasa Melayu Klasik telah membawa satu lembaran baru terhadap bahasa Melayu kerana pada zaman kegemilangannya telah terhasillah satu ketamadunan umat yang cintakan ilmu dan rasa pertanggungjawaban untuk mewarisinya kepada anak cucu zaman-berzaman melalui tinggalan hasil mahsul yang tidak ternilaikan seperti Teks Hikayat Raja Pasai.

24 Sekian, terima kasih


Download ppt "Kuliah 5 M1 Teks Melayu Klasik Zaman Awal"

Similar presentations


Ads by Google