Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 2007

Similar presentations


Presentation on theme: "PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 2007"— Presentation transcript:

1 PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 2007
Oleh INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) 2 JULAI 2008

2 TUJUAN Membentang dan mengumumkan kepada masyarakat mengenai dapatan kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional sebagai panduan dan kesedaran betapa pentingnya integriti dalam kehidupan kita semua. Juga bagi memastikan bahawa setiap segmen masyarakat akan bekerjasama mengembeling tenaga dalam usaha-usaha pengukuhan dan pemantapan integriti.

3 TEKAD 2008 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)
Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan; Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam dan mengatasi kerenah birokrasi; Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Lima sasaran ini yang dikenali sebagai TEKAD 2008 merupakan sasaran keutamaan pelaksanaan PIN bagi Fasa Pertama ( ). Lima sasaran ini menjadi komponen penting dalam indeks kajian.

4 TUJUAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL
Sebagai suatu mekanisme pengukuran tahap integriti dari sudut pandangan, suasana dan budaya masyarakat Malaysia; Bagi menentukan keberkesanan usaha dan pelaksanaan agenda integriti nasional; dan Menentukan usaha penambahbaikan agenda integriti dilakukan secara sistematik, bersepadu dan berterusan.

5 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL
Indeks Persepsi Rasuah; Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam; Indeks Persepsi Etika Perniagaan dan Tanggung Jawab Sosial; Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti; Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat; dan Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia. Enam Indeks Persepsi Integriti Nasional sebagai komposit indeks yang membentuk Indeks Persepsi Integriti Nasional Semasa pembentukan kajian tahun 2006, sebanyak enam perbincangan meja bulat diadakan yang melibatkan kumpulan pakar, stakeholders dan focus group bagi membincangkan komponen penggubalan Indeks Persepsi Integriti Nasional. Pengerusi perbincangan meja bulat seperti berikut: Tekad 1 mengenai rasuah – Dr. Chandra Muzaffar Tekad 2 mengenai sistem penyampaian khidmat awam – Tan Sri Hamid Bugo Tekad 3 mengenai etika perniagaan dan tanggungjawab sosial – Datuk Seri Megat Najmuddin Tekad 4 mengenai keluarga dan masyarakat – Dato’ Dr. Sulaiman Mahbob Tekad 5 mengenai kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat - Dato’ Dr. Sulaiman Mahbob Perbincangan kumpulan pakar dan focus group dipengerusikan oleh – Tan Sri Samsudin Osman Diputuskan bahawa Indeks Persepsi Budi Bahasa dimasukkan sebagai tambahan.

6 PELAKSANAAN KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kerjasama antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM); IIM dan Jabatan Perangkaan, dengan kerjasama kumpulan pakar telah bersama-sama membina instrumen kajian; Jabatan Perangkaan bertanggung jawab menjalankan kajian lapangan untuk mengutip data. Peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan disalur terus ke Jabatan Perangkaan Malaysia. Kutipan data dijalankan oleh pembanci dari Jabatan Perangkaan Malaysia mulai 1 November hingga 30 November 2007.

7 KELEBIHAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL
Kajian dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia – jabatan berwibawa Persepsi rakyat Malaysia sendiri Komprehensif – enam komponen integriti Teknik pengiraan indeks yang telus dan mudah difahami

8 KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2007

9 SASARAN PEMILIHAN SAMPEL
RESPONDEN % Kumpulan Isi Rumah; Kumpulan Penjawat Awam; dan Kumpulan Pertubuhan Ekonomi. 70 20 10

10 RESPONDEN 1. Sampel isi rumah - dipilih bertujuan untuk mendapatkan persepsi umum ketua keluarga terhadap tahap integriti masyarakat di negara ini. 2. Sampel penjawat awam - bertujuan untuk mendapatkan maklum balas penjawat awam sendiri mengenai gejala rasuah serta kualiti penyampaian perkhidmatan awam. 3. Sampel pertubuhan ekonomi - dipilih untuk mengukur persepsi komuniti peniaga terhadap tahap integriti di negara ini terutama sekali menjurus kepada amalan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial.

11 PECAHAN RESPONDEN MENGIKUT KUMPULAN SASARAN
100.0 14,967 Jumlah 6.1 913 Pertubuhan ekonomi 3. 26.9 4, 031 Penjawat awam 2. 67.0 10,023 Isi rumah 1. (%) Res-ponden Kumpulan sasaran Bil

12 BIL. RESPONDEN MENGIKUT KUMPULAN
4,031 (27%) 913 (6%) Pertubuhan Ekonomi Penjawat Awam Isi Rumah 10,023 (67%) Bilangan Kumpulan Sasaran Responden Isi rumah 10,023 = (67%) Penjawat awam 4,031 = (27%) Pertubuhan ekonomi = (6%) Jumlah 14,967 JUMLAH RESPONDEN = 14,957

13 TABURAN RESPONDEN ISIRUMAH
MENGIKUT JANTINA 4,510 (45%) 5,513 (55%) WANITA LELAKI

14 TABURAN RESPONDEN ISIRUMAH
MENGIKUT WILAYAH 4,250 (42%) Luar Bandar Bandar 5,773 (58%) 5,773 atau 58% responden isi rumah merupakan penduduk bandar dan 4,250 (42%). Taburan ini mewakili taburan sebenar penduduk bandar – luar bandar di negara ini.

15 TABURAN RESPONDEN PENJAWAT AWAM
MENGIKUT JENIS AGENSI Badan Berkanun Negeri PBT 531 (13%) 1,520 (38%) 238 (6%) Kementerian/ Jabatan Persekutuan 889 (22%) 853 (21%) Jabatan Kerajaan Negeri Badan Berkanun Persekutuan

16 TABURAN RESPONDEN PENJAWAT AWAM MENGIKUT KATEGORI JAWATAN
51 (1%) Pengurusan Tertinggi 670 (17%) Pengurusan & Profesional 1,777 (44%) Sokongan 2 1,533 (38%) Sokongan 1

17 TABURAN RESPONDEN PERTUBUHAN EKONOMI
MENGIKUT SEKTOR Sektor Pertanian 191 (21%) 382 (41%) Sektor Perkhidmatan 170 (19%) 170 (19%) Sektor Pembinaan Sektor Pembuatan

18 INSTRUMEN KAJIAN 1. Borang soal selidik; 2. Temuduga bersemuka;
Terjemahan soal selidik ke bahasa tertentu; Pembanci daripada Jabatan Perangkaan Malaysia; Cronbach- = – 0.928; dan 6. Pemberat Indeks.

19 KAEDAH PENGIRAAN INDEKS
1. Cronbach- > 0.7 boleh dipercayai Pakar statistik dari universiti tempatan 3. Perbincangan bersama kumpulan pakar dan stakeholders bagi membincangkan dapatan kajian

20 PEMBERAT INDEKS Pemberat Indeks digunakan bagi mengklasifikasikan kepentingan setiap satu daripada enam (6) indeks yang diukur mengikut keutamaan; Lebih daripada 100 soal selidik telah diedarkan kepada focus group yang terdiri ahli akademik, pegawai kerajaan dan ahli–ahli IIM dan ranking mereka terhadap kepentingan setiap indeks telah dijadikan asas dalam membentuk pemberat indeks berkenaan.

21 PEMBERAT INDEKS KOMPONEN PEMBERAT 1. Indeks Persepsi Rasuah Malaysia
24.90 2. Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam 19.12 3. Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial 16.05 4. Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti 14.64 5. Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat 13.25 6. Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia 12.04 Pemberat (weightage) dibuat bagi memberikan kepentingan (priorities) kepada setiap satu dari enam sub-indeks yang dibangunkan. IIM telah menghantar kepada focus group terdiri dari kalangan ahli akademik, golongan profesional, NGO dan pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklum balas mereka terhadap kepentingan setiap satu daripada enam sub-indeks ini mengikut susunan mana yang terpenting. Setelah kesemua maklum balas itu dikumpulkan maka terbentuklah pemberat setiap satu daripada sub-indeks tersebut yang kemudiannya disusun mengikut mana yang terpenting.

22 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2007

23 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA
1 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA

24 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI RASUAH
Kefahaman mengenai rasuah (contoh: tuntutan palsu, salah guna kuasa, politik wang, penerimaan habuan); dan Persepsi mengenai gejala rasuah (contoh: kejelasan, kecukupan dan penguatkuasaan undang-undang, tahap rasuah, rasuah politik, dll).

25 PERSEPSI BAHAWA TAHAP AMALAN RASUAH DI NEGARA INI ADALAH TINGGI
Kumpulan Responden 2007 Isi Rumah 49.8% Penjawat Awam 54.5% Pertubuhan Ekonomi 57.5%

26 PERSEPSI BAHAWA UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN RASUAH TIDAK DIKUATKUASAKAN SECARA BERKESAN
Kumpulan sasaran 2007 Isi Rumah 40.6% Penjawat Awam 39.5% Pertubuhan Ekonomi 45.2%

27 KEFAHAMAN DAN PENGALAMAN MENGENAI GEJALA RASUAH
2007 BIL. PERKARA Terlibat secara langsung dalam proses pemberian kontrak kepada ahli keluarga bukan rasuah 1. 29.0% Terlibat secara langsung dalam proses pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan bukan rasuah 2. 36.5% 17% responden penjawat awam tidak faham mengenai kesalahan salah guna kuasa iaitu kesalahan menggunakan kuasa atau kedudukan untuk mendapatkan sesuatu faedah. Menurun daripada 84% pada tahun 2006 kepada 83% pada tahun 2007. Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur bukan rasuah 3. 37.7%

28 KEFAHAMAN DAN PENGALAMAN MENGENAI GEJALA RASUAH
BIL. PERKARA 2007 Undang-undang dan peraturan pencegahan rasuah di negara ini masih tidak mencukupi 4. 40.0% 5. Undang-undang dan peraturan pencegahan rasuah tidak dikuatkuasakan secara berkesan 41.8% Keselamatan saksi dan pemberi maklumat mengenai rasuah tidak terjamin 6. 38.8%

29 PERSEPSI MENGENAI GEJALA RASUAH
BIL. PERKARA 2007 1. Tahap pengambilan sogokan dan rasuah di negara ini adalah tinggi 53.9% Rasuah dalam sektor politik pada masakini adalah tidak terkawal 2. 52.5% Satu lagi penurunan skor yang ketara ialah apabila hanya 47.5% keseluruhan responden menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah terkawal berbanding dengan 52.9% pada tahun 2006. Hanya 63% Isi Rumah dan 61.6% Pertubuhan Ekonomi mengatakan tahap penguatkuasaan pencegahan rasuah berkesan berbanding tahun sebelumnya, iaitu penurunan 7.9% dan 7.4%. Tahap pencegahan rasuah hari ini lebih berkesan berbanding tahun lepas (2006) 3. 63.8%

30 INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA 2007
6.76 Secara keseluruhannya dapatan kajian memperlihatkan Indeks Kualiti Perkhidmatan Awam didapati menurun sebanyak 2.2%. Tahun 2006 – 6.75 Tahun 2007 – 6.60 Perbezaan skor -2.2%

31 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI
PENURUNAN INDEKS Kemunculan kes-kes berprofail tinggi seperti Tan Sri Eric Chia, Tan Sri Kasitah Gaddam, Datuk Mohd Said Yusof , bekas Ahli Parlimen Jasin dan Allahyarham Datuk Zakaria Md Derus,bekas ADUN Pelabuhan Klang; Keterbukaan dan ketelusan kerajaan turut menyumbang kepada meningkatnya persepsi di kalangan masyarakat bahawa tahap amalan rasuah di negara ini semakin buruk; Masyarakat masa kini lebih prihatin terhadap isu rasuah. Misalnya, banyak kes rasuah dipaparkan di pelbagai blog. 58% rakyat Malaysia kini adalah “internet savvy” (Kajian SKMM); Peningkatan aduan / siasatan / tangkapan yang dipaparkan di media turut memberi kesan kepada persepsi masyarakat mengenai rasuah di negara ini.

32 DAPATAN KAJIAN INDEKS KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM
2 DAPATAN KAJIAN INDEKS KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM

33 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM
Kualiti penyampaian khidmat awam (contoh: ketepatan masa, tahap pengetahuan, sikap, kemesraan layanan, waktu menunggu, kesediaan menyimpan rahsia); dan Persepsi penjawat awam terhadap tempat kerja mereka sendiri.

34 Semasa berurusan dengan agensi kerajaan, perkhidmatan tidak menepati tempoh yang dijanjikan dalam Piagam Pelanggan Kumpulan Sasaran 2007 Isi Rumah 35.7% Penjawat Awam 41.1% Pertubuhan Ekonomi 44.1%

35 Kakitangan kerajaan tidak ikhlas dalam membantu pelanggan menyelesaikan masalah
Kumpulan Sasaran 2007 Isi Rumah 31.3% Penjawat Awam 32.4% Pertubuhan Ekonomi 34.5%

36 PERSEPSI MENGENAI KUALITI
PERKHIDMATAN AWAM PERKARA 2007 BIL. 1. Kakitangan Kerajaan berupaya membuat keputusan dengan cepat 59.6% Kakitangan Kerajaan sentiasa mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan 2. 69.2% Kakitangan kerajaan mempunyai pengetahuan mengenai tugas mereka 3. 69.6%

37 PERSEPSI MENGENAI KUALITI
PERKHIDMATAN AWAM BIL. PERKARA 2007 Pelanggan memperoleh perkhidmatan dalam tempoh masa dijanjikan dalam Piagam Pelanggan 4. 59.7% Kakitangan Kerajaan mengamalkan sikap mesra pelanggan 5. 66.4% Pada tahun 2006, 62.9% responden mengatakan mereka memperoleh perkhidmatan dalam tempoh yang dijanjikan mengikut Piagam Pelanggan. Angka ini menurun kepada 59.7% pada tahun 2007, iaitu penurunan sebanyak 3.2% 33.6% responden beranggapan bahawa penjawat awam di negara ini tidak mengamalkan sikap mesra pelanggan iaitu penurunan 1.2% berbanding dengan tahun 2006 sebanyak 32.2%. Secara umumnya 71.3% responden berpendapat kualiti perkhidmatan pada masa ini lebih baik berbanding tahun lalu 74.7%, iaitu penurunan 3.4%. 6. Kualiti perkhidmatan awam hari ini adalah lebih baik berbanding tahun 2006 71.3%

38 Penjawat Awam Berdasarkan
Persepsi penjawat awam sendiri bahawa kakitangan kerajaan berupaya membuat kerja dengan cepat Penjawat Awam Berdasarkan Tempat Kerja Peratusan (2007) Kementerian / Jabatan Persekutuan 70.4 % Badan Berkanun Persekutuan 68.5 % Jabatan Kerajaan Negeri 73.1 % Badan Berkanun Negeri 70.9 % Pihak Berkuasa Tempatan 71.4 %

39 INDEKS PERSEPSI KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM 2007
6.60 Secara keseluruhannya dapatan kajian memperlihatkan Indeks Kualiti Perkhidmatan Awam didapati menurun sebanyak 2.2%. Tahun 2006 – 6.75 Tahun 2007 – 6.60 Perbezaan skor -2.2%

40 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI PENURUNAN INDEKS
1. Ekspektasi masyarakat terhadap mutu perkhidmatan awam kian meningkat ekoran kenaikan gaji dan emolumen sektor awam semasa kajian dijalankan; 2. Beberapa perkhidmatan asas (SLR) yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah gagal memenuhi ekspektasi masyarakat dan sering mendapat liputan negatif dari pihak media; Sesetengah perkhidmatan kaunter masih gagal memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan dan turut menyumbang kepada persepsi negatif masyarakat terhadap mutu perkhidmatan awam.

41 3 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

42 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI AMALAN ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL
Persepsi pengguna terhadap amalan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial komuniti perniagaan; dan Persepsi pertubuhan ekonomi terhadap amalan etika dan tanggungjawab sosial dalam syarikat masing-masing.

43 AMALAN ETIKA PERNIAGAAN
PERSEPSI MENGENAI AMALAN ETIKA PERNIAGAAN 2007 BIL. PERKARA 1. Pengguna berpuashati dengan harga yang dikenakan 56.3% Pelanggan berpuashati dengan budi bahasa para peniaga 2. 70.8% Pelanggan berpuas hati terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga 72.2% 3.

44 AMALAN ETIKA PERNIAGAAN
PERSEPSI MENGENAI AMALAN ETIKA PERNIAGAAN BIL. PERKARA 2007 4. Sektor swasta menyumbang membina kemudahan awam 27.1% 5. Kod Etika syarikat difahami oleh semua kakitangan 98.9% 6. Syarikat faham mengenai Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) 37.9% Pada tahun 2006, 62.9% responden mengatakan mereka memperoleh perkhidmatan dalam tempoh yang dijanjikan mengikut Piagam Pelanggan. Angka ini menurun kepada 59.7% pada tahun 2007, iaitu penurunan sebanyak 3.2% 33.6% responden beranggapan bahawa penjawat awam di negara ini tidak mengamalkan sikap mesra pelanggan iaitu penurunan 1.2% berbanding dengan tahun 2006 sebanyak 32.2%. Secara umumnya 71.3% responden berpendapat kualiti perkhidmatan pada masa ini lebih baik berbanding tahun lalu 74.7%, iaitu penurunan 3.4%. Syarikat faham mengenai Rukun Niaga Malaysia 7. 52.9%

45 INDEKS PERSEPSI ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
2007 6.90 Secara keseluruhannya dapatan kajian memperlihatkan Indeks Kualiti Perkhidmatan Awam didapati menurun sebanyak 2.2%. Tahun 2006 – 6.75 Tahun 2007 – 6.60 Perbezaan skor -2.2%

46 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI
PENINGKATAN INDEKS 1. Peranan PEMUDAH yang ditubuhkan semasa tempuh kajian telah mempermudahkan urusan pihak swasta dan kerajaan; 2. Semakin banyak syarikat mengamal dan mengguna pakai Kod Etika Perniagaan dalam operasi perniagaan mereka; dan 3. Program pengukuhan integriti warga peniaga anjuran IIM seperti Corporate Integrity Advocacy Programme anjuran bersama ACCCIM dan seminar keusahawanan anjuran IIM memperlihatkan keberkesanan dan turut membantu memperbaiki indeks berkenaan.

47 4 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI

48 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI
Persepsi responden mengenai kemantapan keluarga sendiri (contoh: meluangkan masa bersama keluarga, manifestasi kasih sayang, komunikasi dalam kalangan anggota keluarga, disiplin dalam kalangan anggota keluarga); dan Persepsi responden mengenai tahap keadaan kawasan kejiranan masing-masing.

49 PERSEPSI MENGENAI KEHIDUPAN BERKELUARGA
BIL. PERKARA 2007 Anggota keluarga mempunyai masa yang cukup bersama keluarga 1. 79.2% 2. Anggota keluarga menunjukkan kasih sayang dan kemesraan sesama mereka 83.3% Anggota keluarga saling percaya mempercayai antara satu sama lain 3. 82.6%

50 KEHIDUPAN BERKELUARGA
PERSEPSI MENGENAI KEHIDUPAN BERKELUARGA BIL. PERKARA 2007 Anggota keluarga sentiasa mengamalkan makan malam bersama 4. 77.3% 5. Anggota keluarga sentiasa melakukan aktiviti bersama. (Cth. riadah dan berkelah dsbnya) 72.9% Anggota keluarga ditetapkan masa untuk balik ke rumah 6. 69.6%

51 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI
PENURUNAN INDEKS Ibu bapa terpaksa membuat dua kerja untuk menampung kos hidup yang kian meningkat; Waktu bekerja yang panjang terutama di sektor swasta menyebabkan anggota keluarga mempunyai masa yang kurang untuk bersama keluarga ; Ibu bapa melepaskan tanggung jawab dalam mendidik anak-anak ( sekolah,tadika,nurseri dll); Pengasuhan anak-anak oleh 380,000 pembantu rumah warga asing. Kajian tahun % dan tahun % rakyat Malaysia tidak makan bersama keluarga)

52 INDEKS PERSEPSI KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI 2007
7.38 Secara keseluruhannya dapatan kajian memperlihatkan Indeks Kualiti Perkhidmatan Awam didapati menurun sebanyak 2.2%. Tahun 2006 – 6.75 Tahun 2007 – 6.60 Perbezaan skor -2.2%

53 5 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

54 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
Indeks ini dikira berdasarkan jawapan yang diperolehi daripada pelbagai soalan mengenai kualiti hidup yang merangkumi antara lain mengenai: Kemudahan prasarana, utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (SLR); Kualiti alam sekitar; Keselamatan kehidupan dari aspek jenayah, penagihan dadah dan etika di jalan raya; kedudukan kewangan dan kesejahteraan hidup keluarga .

55 PERSEPSI MENGENAI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
BIL. PERKARA 2007 1. Kehidupan keluarga berada di tahap memuaskan 77.7% 2. Masyarakat berpuashati dengan tahap kedudukan kewangan keluarga mereka 72.5% Dapatan kajian memperlihatkan Indeks Persepsi Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial meningkat dengan agak signifikan iaitu daripada skor indeks 6.61 tahun 2006 kepada 6.90 tahun 2007. 3. Masyarakat berpuashati dengan sistem pengangkutan awam 68.9%

56 PERSEPSI MENGENAI KUALITI HIDUP & KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
BIL. PERKARA 2007 4. Masyarakat berpuashati dengan kemudahan asas dan perkhidmatan PBT secara keseluruhan (SLR) 72.8% 5. Masyarakat berpuas hati dengan mutu perkhidmatan kesihatan 76.8% Anggota masyarakat berpuas hati dengan kedudukan kewangan keluarga masing-masing 6. 72.5% Anggota masyarakat berpuas hati dengan keadaan rumah yang didiami 7. 74.9%

57 PERSEPSI MENGENAI KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DALAM KEJIRANAN
BIL. PERKARA 2007 Anggota kawasan kejiranan bebas dari jenayah pecah rumah/ kecurian 1. 59.3% 2. Pertubuhan sukarela aktif di kawasan kejiranan 59.3% Satu lagi penurunan skor yang ketara ialah apabila hanya 47.5% keseluruhan responden menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah terkawal berbanding dengan 52.9% pada tahun 2006. Hanya 63% Isi Rumah dan 61.6% Pertubuhan Ekonomi mengatakan tahap penguatkuasaan pencegahan rasuah berkesan berbanding tahun sebelumnya, iaitu penurunan 7.9% dan 7.4%. Anggota masyarakat sentiasa ziarah menziarahi jiran tenagga yang ditimpa musibah 3. 76.9%

58 PERSEPSI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 2007
INDEKS PERSEPSI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 2007 7.41 Secara keseluruhannya dapatan kajian memperlihatkan Indeks Kualiti Perkhidmatan Awam didapati menurun sebanyak 2.2%. Tahun 2006 – 6.75 Tahun 2007 – 6.60 Perbezaan skor -2.2%

59 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI
PENINGKATAN INDEKS Kesan kenaikan harga minyak dan harga barang-barang keperluan secara umumnya masih belum dirasai oleh masyarakat sewaktu kerja-kerja lapangan kajian ini dijalankan; 2. Meskipun kadar jenayah dalam negara pada tahun 2007 dilapurkan meningkat pada kadar 13% secara keseluruhan, namun masyarakat berpendapat bahawa keselamatan dan kesejahteraan hidup semakin baik. Ini adalah kerana kebanyakan jenayah adalah tertumpu di bandar-bandar besar sedangkan taburan responden untuk kajian ini adalah menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar; Kajian tahun % dan tahun % rakyat Malaysia tidak makan bersama keluarga)

60 ANTARA FAKTOR MEMPENGARUHI PENINGKATAN INDEKS…samb.
3. Penambahan anggota polis daripada 80,000 kepada 90,000 pada tahun 2007 turut menyumbang dalam mewujudkan persepsi yang lebih positif dalam kalangan masyarakat terhadap aspek keselamatan. Ini termasuk wujudnya program-program pembanterasan jenayah seperti RAKAN COP, RELA, Rukun Tetangga, dll; 4. Peranan media dan NGO dalam memaparkan sebarang kelemahan dan kepincangan pihak berkuasa tempatan turut menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan agensi barisan hadapan dan sekali gus menyumbang kepada peningkatan kemudahan asas dan kualiti hidup masyarakat. Kajian tahun % dan tahun % rakyat Malaysia tidak makan bersama keluarga)

61 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI BUDI BAHASA
6 DAPATAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI BUDI BAHASA

62 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI BUDI BAHASA
Tidak mengandungi seksyen khusus untuk soalan-soalan mengenai budi bahasa. Soalan-soalan mengenai budi bahasa terkandung dalam Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam, Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial, serta Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti

63 2007 30.6% 29.2 27.2% PERSEPSI MENGENAI BUDI BAHASA BIL. PERKARA
1. Kakitangan kerajaan tidak mengamalkan sikap mesra pelanggan 30.6% Masyarakat tidak berpuashati dengan budi bahasa golongan peniaga 2. 29.2 Peningkatan indeks dari 7.06 ke 7.07 (0.1%) menunjukkan bahawa tahap keramahan rakyat Malaysia masih perlu dipertingkatkan lagi melalui kempen ramah mesra yang diterajui oleh KEKKWA, agensi dan institusi yang berkaitan hingga ke peringkat akar umbi. 3. Hubungan antara warga kerja di pejabat adalah tidak harmonis 27.2%

64 Kakitangan kerajaan tidak prihatin terhadap keselesaan pelanggan 36.2%
PERSEPSI MENGENAI BUDI BAHASA BIL. PERKARA 2007 Kakitangan kerajaan tidak prihatin terhadap keselesaan pelanggan 4. 36.2% Ketua Jabatan tidak mempamerkan budi bahasa yang boleh dicontohi dan diteladani 5. 27.0% Peningkatan indeks dari 7.06 ke 7.07 (0.1%) menunjukkan bahawa tahap keramahan rakyat Malaysia masih perlu dipertingkatkan lagi melalui kempen ramah mesra yang diterajui oleh KEKKWA, agensi dan institusi yang berkaitan hingga ke peringkat akar umbi.

65 INDEKS PERSEPSI BUDI BAHASA 2007 7.07

66 ANTARA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENINGKATAN INDEKS
Kempen budi bahasa dan ramah mesra yang dianjurkan oleh kerajaan; Program dan kurikulum Sivik dan Ketatanegaraan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran di peringkat sekolah; Peranan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dalam menjalankan program budi bahasa dan kemesraan; dan Peranan pihak media mempromosi kempen budi bahasa.

67 PERBANDINGAN KESELURUHAN
SUB INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 2007

68 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI
6.97 INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 7.07 Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia vi. 7.41 Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat v. 7.38 Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti iv. 6.90 Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial iii. 6.60 Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam ii. 6.76 Indeks Persepsi Rasuah i. INDEKS TAHUN 2007 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI

69 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

70 A ISU RASUAH Pelbagai lapisan kepimpinan dan golongan masyarakat perlu diberikan kefahaman yang lebih baik dan menyeluruh mengenai gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kempen melalui media cetak dan elektronik perlu dipergiatkan dan diperluaskan bagi meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat tentang keji dan buruknya rasuah.

71 ISU RASUAH....samb. Undang-undang serta peraturan sedia ada berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa perlu disemak semula supaya semua kelemahan dapat dikenal pasti dan diperbaiki dengan seberapa segera; Menyegerakan pembentangan dan kelulusan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi untuk menggalakkan dan melindungi pemberi maklumat tampil ke hadapan membuat aduan mengenai sesuatu salah laku rasuah dan salah guna kuasa tanpa rasa takut;

72 ISU RASUAH....samb. Menyegerakan secepat mungkin ratifikasi United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2004, tetapi masih belum diratifikasi sehingga kini; dan Program-program bina insan, jati diri dan program-program penghayatan nilai murni dan keagamaan hendaklah dipertingkatkan bagi melahirkan warga negara yang bencikan rasuah dan penyelewengan.

73 B KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM
Latihan yang berteraskan keutuhan integriti dan pembinaan personaliti hendaklah dijalankan secara berterusan; Sistem penyampaian khidmat awam (public delivery system) terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan asas PBT (SLR) hendaklah dipertingkatkan;

74 KUALITI PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM
3. Piagam pelanggan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh setiap kementerian dan jabatan serta dipantau rapi oleh Ketua Jabatan secara berterusan; 4. Setiap Kementerian /Jabatan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (customer satisfaction survey) secara berterusan bagi tujuan mendapatkan maklum balas untuk tindakan-tindakan penambahbaikan.

75 C TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN
Menggalakkan lebih banyak syarikat mewujud serta mengguna pakai Kod Etika Perniagaaan dan mematuhi peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Rukun Niaga Malaysia; Syarikat-syarikat di negara ini perlu digalakkan dan diberikan insentif untuk mendapatkan pensijilan standard. Melalui pendokumentasian dan pengauditan yang dilakukan, mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat ditingkatkan.

76 TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN...samb.
Pihak media diminta memberikan publisiti bagi menggalakkan lebih ramai syarikat tampil memberikan sumbangan kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada tanggung jawab sosial mereka kepada masyarakat dan negara; 4. Pengguna diberikan penerangan mencukupi terhadap hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999.

77 TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN....samb.
PEMUDAH memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempertingkatkan kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan melalui program-program yang memberikan manfaat kepada ahli-ahli mereka.

78 D KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI
Menggalakkan anggota keluarga menggunakan sepenuhnya hari cuti umum dan hari rehat (Sabtu dan Ahad) sebagai hari bersama keluarga ; Mempertingkatkan peranan Penghulu, Ketua Kampung, institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan penduduk dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam agenda integriti secara lebih menyeluruh; INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA 78

79 KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI....samb.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan lain-lain agensi berkaitan melaksanakan program-program pembangunan keluarga secara lebih giat lagi (seperti program SMART START dll.); Fungsi pertubuhan seperti RELA dan Rukun Tetangga perlu dinilai dan dikemaskini supaya lebih berkesan dalam menangani masalah sosial dalam masyarakat. Penekanan perlu diberikan kepada usaha pembanterasan gejala dadah, jenayah, PATI dan keselamatan kejiranan; INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA 79

80 MENGENAI KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI....samb.
5. Ibu bapa perlu memberikan perhatian utama terhadap pembentukan sahsiah anak-anak mereka dan tidak terlalu mengharap kepada para guru dalam hal ini; 6. Menggalakkan anak-anak muda dan para belia menyertai pertubuhan-pertubuhan belia. Daripada 11.1 juta golongan belia dalam negara tahun 2007, hanya 2 juta sahaja yang menganggotai pertubuhan belia.

81 KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Mewujudkan lebih banyak balai polis,pondok rukun tetangga dan konsep community policing bagi membantu usaha-usaha pembenterasan jenayah; Kerajaan mengawal dan menghadkan kebergantungan kepada buruh asing kerana kehadiran buruh warga asing serta PATI turut menyumbang kepada peningkatan jenayah;

82 KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT....samb.
3. Pihak media perlu mendidik masyarakat mengenai integriti dalam pelbagai aspek, cth: pencemaran alam sekitar, etika jalan raya, keburukan jenayah, gejala najis dadah, vandalisme dsbnya; dan 4. Kerajaan juga perlu lebih aktif memantau kenaikan harga barangan keperluan secara lebih rapi bagi mengelakkan golongan peniaga memanipulasi harga di pasaran sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

83 F BUDI BAHASA Pelbagai agensi dan lapisan masyarakat dengan diterajui oleh KEKKWA perlu mempertingkatkan pelaksanaan pelan tindakan program budi bahasa dalam siri-siri kempen budi bahasa bagi memastikan masyarakat seluruhnya lebih peramah dan berbudi bahasa; Meningkatkan penganjuran program budi bahasa dan integriti di peringkat akar umbi. 3. Pihak media perlu memainkan peranan lebih meluas bagi mempromosikan kepentingan amalan budi bahasa, semangat kejiranan dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dsbnya.

84 KESIMPULAN

85 PERBANDINGAN SUB INDEKS PERSEPSI
INTEGRITI NASIONAL 2007 6.97 INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 7.07 Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia vi. 7.41 Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat v. 7.38 Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti iv. 6.90 Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial iii. 6.60 Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam ii. 6.76 Indeks Persepsi Rasuah i. INDEKS TAHUN 2007 KOMPONEN INDEKS PERSEPSI

86 Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 (6
Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 (6.76) dibandingkan dengan Corruption Perception Index 2007 (5.10). Keadaan ini dijangka akan bertambah baik pada tahun 2008 dan seterusnya bersesuaian dengan dasar pembangunan kerajaan; Aspek ketelusan dan penambahbaikan berterusan, termasuk pengumuman untuk menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan bebas bertaraf Suruhanjaya diyakini memberi keyakinan dan membuang persepsi negatif yang wujud dalam kalangan sesetengah pihak;

87 Secara umumnya kualiti perkhidmatan awam di negara ini adalah baik
Secara umumnya kualiti perkhidmatan awam di negara ini adalah baik. Namun begitu, penyampaian khidmat awam di peringkat penyediaan asas perkhidmatan seperti di pihak berkuasa tempatan perlu dipertingkatkan; Penambahbaikan perlu terus dilakukan bagi memendekkan waktu menunggu perkhidmatan, tempoh membuat keputusan dalam kalangan penjawat awam dan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan awam kepada masyarakat di negara ini;

88 Indeks Persepsi Integriti Nasional ini akan dikira setiap tahun
Indeks Persepsi Integriti Nasional ini akan dikira setiap tahun. Kajian bagi tahun 2008 akan dimulakan pada pertengahan bulan Julai 2008; dan IIM juga akan menyediakan LAPORAN TEKAD 2008 di akhir tahun 2008 bagi menilai pencapaian pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), khususnya pencapaian TEKAD 2008 bagi Fasa Pertama pelaksanaan PIN (2004 – 2008).

89 USAHA IIM DALAM MENERUSKAN GERAKAN MEMBUDAYAKAN INTEGRITI MASYARAKAT MALAYSIA
Way forward…..

90

91 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PEMBENTANGAN LAPORAN KAJIAN INDEKS PERSEPSI INTEGRITI NASIONAL 2007"

Similar presentations


Ads by Google