Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Tasawwur Islam 1 Konsep Tasawwur Islam Minggu 1 - 3.

Similar presentations


Presentation on theme: "Tasawwur Islam 1 Konsep Tasawwur Islam Minggu 1 - 3."— Presentation transcript:

1 Tasawwur Islam 1 Konsep Tasawwur Islam Minggu 1 - 3

2 Makna Tasawwur Islam   Menurut bahasa: Tasawwur berasal daripada perkataan arab صَوَّرَ – صُورةٌ تَصَوَّرَ – تَصَوُّرٌ yang membawa maksud gambaran / penjelasan yang hakiki terhadap sesuatu sehingga dapat di fahami.

3   Islam pula bermaksud istislam, iaitu menyerah diri sepenuhnya. Islam merupakan agama yang satu- satunya diterima dan diakui oleh Allah s.w.t untuk manusia. Tasawwur Al-Islam: Gambaran /penjelasan yang hakiki terhadap Islam sehingga dapat difahami dengan sahih(benar) dan jelas. Berkaitan dengan semua aspek terhadap Islam samaada tatacara mendapatkan gambaran tersebut,skop ajarannya dan juga tatacara beramal dengannya.

4 Pengertian Lanjut Tassawur Islam  Mengambarkan Islam sebenar yang terdapat di dalam akal fikiran untuk nantinya akan menjadi sebati di dalam diri sesaorang setelah ia memahaminya dan melaksanakannya.  Iaitu (dengan erti lain) menjadikan Islam sebagai manhaj (cara) kehidupan yang memerdekakan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama manusia.

5   Inilah perbezaan antara tasawwur Islam dengan tasawwur jahiliyyah (bukan Islam).   Tasawwur Jahiliyyah bersumberkan (pemikiran / sangkaan) manusia yang serupa dengan mereka, dari segi prinsip hidup,pandangan hidup, nilai budi, syariat (undang-undang).

6   Tasawwur Jahiliyah memberi sanjungan dan penghormatan tinggi kepada manusia lain yang dapat memberikan mereka benda serta kesenangan di dunia.   Sebaliknya orang yang tidak dapat memberikan kebendaan kepada mereka ditolak, diingkari dan dicaci kerana mereka hanya menjanjikan balasan akhirat yang tidak dilihat oleh matakasar. Walaupun nasihat itu nyata benarnya.

7 Ciri-Ciri Tasawwur Islam   Rabbaniy – ( رَبَّانِيّ ) (Ketuhanan)   Syumuliy – ( شُمُوْلِيّ ) (Lengkap)   Waqi ’ iy- ( وَاقِعِيٌّ ) (Sesuai dengan kehidupan manusia)   ‘ Alamiy – ( عَالَمِيّ ) (Sejagat)

8 Pengertian Islam  Islam sebagai al-Din  Islam sebagai Cara Hidup

9 Islam sebagai al-Din  Fitrah kehidupan manusia memerlukan agama  Penyelesaian bagi apa jua perselisihan yang timbul haruslah dirujuk pada Allah s.w.t dan rasulnya  Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diakui oleh Allah s.w.t  Islam membawa erti istislam, iaitu tunduk dan patuh secara mutlak sepenuhnya kepada Allah s.w.t

10 Islam sebagai Cara Hidup  Islam bersifat syumul (holistik) yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia; pendidikan, kekeluargaan, sosial, politik, ekonomi, dsbg.  Jika setiap Muslim mempraktikkan Islam dalam semua bidang kehidupannya, maka umat Islam tidak akan pernah memerlukan sistem lain

11 Bidang Tasawwur Islam  Allah sebagai Tuhan Pencipta  Alam Semesta  Insan sebagai makhluk

12 Allah sebagai Tuhan Pencipta  Konsep Ketuhanan dalam Islam Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan bukan sahaja dari sudut rububiyyah, tetapi juga dari sudut Uluhiyyah. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan bukan sahaja dari sudut rububiyyah, tetapi juga dari sudut Uluhiyyah. Ramai manusia mengakui kewujudan Tuhan & rububiyyah, tetapi mereka mengingkari hak Tuhan dari sudut uluhiyyah. Ramai manusia mengakui kewujudan Tuhan & rububiyyah, tetapi mereka mengingkari hak Tuhan dari sudut uluhiyyah.

13 وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit-langit dan bumi, nescaya mereka akan berkata: Allah” وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka berkata: Allah. Maka hairan sungguh bagaimana mereka boleh berpaling”.

14 لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَـهٍ إِلاَّ إِلَـهٌ وَاحِدٌ “Sesungguhnya telah kufurlah mereka yang berkata bahawa Allah itu yang ketiga dalam tiga” لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ “ “Sesungguhnya telah kufurlah mereka yang berkata Allah tu ialah Isa ibn Maryam” وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ “ وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ “Orang-orang Yahudi berkata ‘Uzair adalah anak Allah dan orang- orang Nasrani berkata Isa adalah anak Allah. Yang demikian adalah kata-kata mereka (yang batil) dari mulut mereka”

15  Konsep Keimanan dalam Islam Aqidah atau kepercayaan yang sah disisi Islam tertakluk pada beberapa syarat: Kalimah Tauhid: Laa ilaaha illallah; Muhammad rasulullah Kalimah Tauhid: Laa ilaaha illallah; Muhammad rasulullah Keimanan kpd Allah tanpa mengakui kerasulan Muhammad s.a.w tidak mencukupi Keimanan kpd Allah tanpa mengakui kerasulan Muhammad s.a.w tidak mencukupi Menerima sepenuhnya kesemua rukun-rukun iman Menerima sepenuhnya kesemua rukun-rukun iman Iman adalah al-iqrar bil lisaan, Pengakuan dgn lidah, Iman adalah al-iqrar bil lisaan, Pengakuan dgn lidah, at-tasqid bilqalb, Keyakinan dgn hati, wal ’amal bil jawaarih, dan Dibuktikan dgn anggota badan

16 Alam Semesta  Pandangan Islam terhadap dunia Dunia merupakan tempat persinggahan sementara bagi Dunia merupakan tempat persinggahan sementara bagi manusia. Ia bersifat fana dan tidak kekal. Dunia adalah tempat kita bekerja dan beramal untuk kehidupan di akhirat yg kekal abadi. الدنيا مزرعة الآخرة Dunia adalah ladang bagi akhirat Secara fitrah, Allah mencipta dunia sebagai tempat penuh ujian & cabaran buat manusia, untuk menguji hamba- hambanya yg mana taat & yg mana ingkar. Secara fitrah, Allah mencipta dunia sebagai tempat penuh ujian & cabaran buat manusia, untuk menguji hamba- hambanya yg mana taat & yg mana ingkar. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ “(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang baik amalannya”

17 Namun, Islam bukanlah agama yang menolak kehidupan dunia 100%. Tasawwur Islam terhadap dunia adalah seimbang. Islam menganjurkan agar manusia meraih manfaat dalam kehidupan dunia secara maksima, tetapi bukan secara tamak atau untuk kepentingan diri sendiri. Namun, Islam bukanlah agama yang menolak kehidupan dunia 100%. Tasawwur Islam terhadap dunia adalah seimbang. Islam menganjurkan agar manusia meraih manfaat dalam kehidupan dunia secara maksima, tetapi bukan secara tamak atau untuk kepentingan diri sendiri. وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t turut menjelaskan bahawa Dia mencipta pelbagai kemudahan di dunia untuk kegunaan manusia. Seterusnya, Al-Quran mengecam manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi Allah s.w.t, sama ada kerosakan tersebut bersifat fizikal & material, ataupun dari segi sosial & moral.

18 Insan sebagai Makhluk  Proses penciptaan Manusia Proses penciptaan manusia adalah suatu proses yg rumit & kompleks: وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ “Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari tanah liat (yang berasal) dari lumpur dan diberi bentuk” فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ “Maka apabila telah Ku bentuknya dan Ku tiupkan padanya dari RohKu, maka mereka tunduk sujud kepadanya” يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء “ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء “ Wahai manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang menjadikanmu dari satu jiwa, dan menciptakan daripadanya isterinya dan mengembangkan dari mereka berdua lelaki dan perempuan yang banyak”

19 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ “Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari suatu saripati dari tanah” ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ “Kemudian kami jadikan saripati itu air mani di tempat yang kukuh” خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ “Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikannya makhluk yang berbentuk. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta”.

20  Perbezaan manusia dgn makhluk lain Manusia diciptakan berbeza daripada makhluk yang lain seperti malaikat & haiwan Manusia diciptakan berbeza daripada makhluk yang lain seperti malaikat & haiwan Manusia adalah suatu entiti yang terdiri daripada fizikal, mental, spiritual, dan juga bersifat sosial. Manusia adalah suatu entiti yang terdiri daripada fizikal, mental, spiritual, dan juga bersifat sosial. Oleh kerana itu, agama Islam yg bersifat syumul/holistik menyentuh segenap aspek kehidupan manusia; Syariat Islamiyyah bersifat komprehensif. Oleh kerana itu, agama Islam yg bersifat syumul/holistik menyentuh segenap aspek kehidupan manusia; Syariat Islamiyyah bersifat komprehensif. Manusia adalah makhluk yg terpilih, yg dimuliakan oleh Allah s.w.t Manusia adalah makhluk yg terpilih, yg dimuliakan oleh Allah s.w.t وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً “Dan telah kami muliakan anak-anak Adam… dan Kami berikan mereka kelebihan atas makhluk lain yang banyak”

21   Tujuan Penciptaan Manusia Jika kita meneliti ayat Al-Qur’an, terdapat 2 ayat yang menerangkan tujuan atau sebab penciptaan manusia Jika kita meneliti ayat Al-Qur’an, terdapat 2 ayat yang menerangkan tujuan atau sebab penciptaan manusia. وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah/beribadah kepadaku” وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً “Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat sesungguhnya Aku menjadikan (menciptakan) di muka bumi seorang khalifah”

22 Tiada terdapat percanggahan dalam kededua ayat ini, kerana dengan menjadi khalifah Allah di muka bumi, manusia sekaligus tunduk menyembah Allah dan beribadah kepadaNya. Tiada terdapat percanggahan dalam kededua ayat ini, kerana dengan menjadi khalifah Allah di muka bumi, manusia sekaligus tunduk menyembah Allah dan beribadah kepadaNya. “Khalifah” yang bermaksud “pengganti” membawa maksud manusia sebagai pengganti (representative) Tuhan bagi melaksanakan syariatNya sama ada dari segi ibadah secara khusus (rituals such as solat, zakat, haji, etc.) atau secara umum (seperti perlaksanaan keadilan, bersikap ihsan, saling menyayangi, dan sebagainya). “Khalifah” yang bermaksud “pengganti” membawa maksud manusia sebagai pengganti (representative) Tuhan bagi melaksanakan syariatNya sama ada dari segi ibadah secara khusus (rituals such as solat, zakat, haji, etc.) atau secara umum (seperti perlaksanaan keadilan, bersikap ihsan, saling menyayangi, dan sebagainya). Ini lah dia konsep sebenar ibadah dalam Islam.

23  Bagaimana cara manusia mengenali Tuhan? Tuhan? Jika kita mengkaji proses penciptaan manusia, di antara komponen yang terpenting dalam kejadiannya adalah akal atau minda. Bahkan, Allah memuliakan manusia lebih dari makhluk lain (malaikat, haiwan & tumbuh-tumbuhan) dengan anugerah akal. Jika kita mengkaji proses penciptaan manusia, di antara komponen yang terpenting dalam kejadiannya adalah akal atau minda. Bahkan, Allah memuliakan manusia lebih dari makhluk lain (malaikat, haiwan & tumbuh-tumbuhan) dengan anugerah akal. Di dalam Al-Quran, disebutkan kisah Nabi Ibrahim a.s yang mencari-cari Tuhannya; apakah Tuhan itu bulan? Atau matahari yg lebih besar dan lebih hebat? Jikalau ya, mengapa ia boleh menghilang? Di dalam Al-Quran, disebutkan kisah Nabi Ibrahim a.s yang mencari-cari Tuhannya; apakah Tuhan itu bulan? Atau matahari yg lebih besar dan lebih hebat? Jikalau ya, mengapa ia boleh menghilang? Kisah sebegini menunjukkan kita bahawa manusia yang hampir pada fitrah dirinya secara semulajadi akan berfikir dan merenung kejadian dirinya sendiri, alam maya ini, dan akhirnya menyedari kewujudan suatu kuasa hebat yang menciptakan segalanya. Semua ini berlaku dgn adanya akal. Kisah sebegini menunjukkan kita bahawa manusia yang hampir pada fitrah dirinya secara semulajadi akan berfikir dan merenung kejadian dirinya sendiri, alam maya ini, dan akhirnya menyedari kewujudan suatu kuasa hebat yang menciptakan segalanya. Semua ini berlaku dgn adanya akal.

24  Namun adakah semua persoalan boleh terjawab dengan akal?  Bolehkah seorang insan dapat mengenali Tuhannya melalui akal?  Bolehkah manusia mengetahui sesuatu perkara itu baik atau buruk dengan berlandaskan akal?  Apakah itu akal?

25 Pengertian Akal Imam Ghazali membahagikan pengertian akal kepada 4: 1.Akal sifat yang membezakan manusia daripada haiwan. Dengan akal manusia mempunyai kesediaan untuk menerima berbagai macam ilmu nazari (teori) dan untuk mengurus atau mengatur perkara pelik yang berhajat kepada pemikiran. Ini yang dimaksudkan dengan sabda nabi s.a.w: ” مَا خَلَقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيْهِ مِنَ الْعَقْلِ“ رواه الترميذي عن الْحسن. “ Allah tidak jadikan sesuatu makhluk yang terlebih mulia di sisiNya daripada akal ”.

26 2. Akal adalah ilmu pengetahuan yang timbul ke alam wujud pada diri kanak-kanak, yang dengannya dia dapat membezakan tentang perkara yang mungkin dan mustahil. Seperti: mengetahui bahwa dua lebih banyak daripada satu. Dan seorang tidak boleh berada pada dua tempat dalam satu masa yang sama. 3. Akal adalah ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman dengan berlakunya bermacam-macam keadaan. Maka orang yang telah diperkuatkan pemahaman dengan pengalaman biasanya dikatakan sebagai orang yang berakal. Sebaliknya orang yang tidak sedemikian dikatakan jahil atau bodoh.

27 4. Akal sebagai kekuatan daripada perasaan semulajadi yang berkesudahan kepada mengetahui akibat daripada segala perkara dan kepada mencegah serta menundukkan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan yang dekat. Apabila seseorang telah memiliki kekuatan seperti itu, maka dia disebut berakal. Segala gerak langkahnya mengikut kepada kehendak pertimbangan akan akibatnya, tidak mengikut kepada kehendak hawa nafsu. Dalam pengertian keempat ini Nabi bersabda: ” أنّ النّبِيَّ (ص) قالَ لأَبِي الدّرْداءِ : اِزْدَدْ عَقْلاً تَزْدَدْ مِنْ رَبِّكَ قُرْبًا “. رواه الترميذي وابْنُ الْمحْبَر عن الْحارث بن أبي أُسامة. Bahawa Nabi s.a.w bersabda kepada Abu Al-Darda: “Lebihkanlah akal anda supaya anda lebih dekat dengan Tuhan anda ”.

28 Dalam hadith lain, Rasullullah s.a.w bersabda: ” إنّمَا الْعَاقِلُ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَصَدَقَ رُسُلَهُ وَعَمِلَ بِطَاعَتِهِ “. رواه ابْنُ الْمحْبَر عن سَعْدِ بن الْمُسَيَّب. Sesungguhnya orang yang berakal ialah orang yang beriman kepada Allah, membenarkan para RasulNya dan beramal mentaatiNya.

29 Peranan Akal (1) Tafakkur pada sifat-sifat diri dan perbuatan diri. (2) Tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah swt.

30 (1) Tafakkur pada sifat-sifat diri dan perbuatan dirinya  Jurusan ini terbahagi kepada 4 jurusan: (i) Kemaksiatan yang dilakukan oleh seluruh anggota badan manusia yang 7: mata, telinga, mulut, kemaluan, perut, tangan dan kaki. (ii) Ketaatan: Manusia juga perlu meneliti apakah seluruh anggota badannya serta harta bendanya melaksanakan kewajipan sebagaimana dikehendaki Allah swt.

31 (iii) Sifat-sifat yang merosakkan: Manusia perlu memeriksa sifat-sifat yang membinasakan dalam dirinya, iaitu 10 jenis: hawa nafsu, marah, kikir, takbur, ujub, riyak, dengki, sangka buruk, lalai dan tertipu oleh perasaan sendiri. (iv) Sifat-sifat yang menyelamatkan: Manusia perlu memikirkan sifat-sifat yang menyelamatkan dirinya, iaitu 10 jenis: Taubat, penyesalan atas dosa, sabar menahan bencana, bersyukur atas segala ni ’ mat, takut dan berharapkan rahmat Tuhan, zuhud di dunia, ikhlas dan benar pada taat, mencintai Allah dan mengagungkanNya, redha dengan takdirNya, rindu bertemu denganNya, khusyu ’ dan tawadhuk kepadaNya.

32 (2) Tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah s.w.t Yang terpenting sekali ialah pada keajaiban kejadian diri manusia. Asal dari air mani, kemudian segumpal darah, hingga menjadi sempurna dalam rahim ibunya. Kemudian bertafakkur pada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaanNya yang bertebaran di seluruh alam semesta, baik yang zahir mahupun yang batin. Maka tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah menambah makrifat kepada keagungan zatNya, sifat-sifatNya dan nama-namaNya.

33   Keterbatasan Akal Adakah akal secara sendirinya dapat membawa manusia mengenali Tuhan dan mencapai ma’rifah tentang Allah s.w.t? Adakah akal secara sendirinya dapat membezakan perkara yang baik & yang buruk? Mengapakah Allah s.w.t mengutuskan para Nabi & Rasul serta menurunkan wahyu kepada manusia?

34 Baik & Buruk mengikut pandangan akal Kebaikan: Menurut akal, kebaikan adalah apa yang selari dengan tabiat/fitrah semulajadi. Contohnya keadilan itu satu kebaikan. Maka orang yang adil berhak menerima pujian, dan keadilan yang terlaksana akan menyenangkan semua pihak. Keburukan: Menurut akal, kejahatan adalah apa yang secara semulajadi dipandang keji dan hina. Contohnya berbohong itu suatu kejahatan. Maka seorang pembohong berhak menerima kejian dan hinaan, manakala manusia semuanya benci pada pembohongan. Jika kebaikan dan keburukan dapat dinilai akal semata- mata, maka wajarkah seseorang diberi ganjaran atau dihukum mengikut penilaian akal?

35 Di dalam Al-Qur’an, Allah s.w.t menjelaskan: وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً “Dan tidaklah Kami mengazab (sesuatu kaum) sehinggalah (selepas) Kami utuskan seorang Rasul” Ayat ini menjelaskan bahawa dengan akal sahaja tidak cukup untuk seorang manusia mengetahui & memahami kebanyakan perkara. Oleh kerana itulah, Allah s.w.t utuskan juga wahyu bersama para Nabi & RasulNya untuk memimpin manusia dalam menjalani kehidupan di bumi ini. Oleh itu, akal perlu digunakan segandingan dengan wahyu untuk memahami hakikat kehidupan manusia, mengetahui kebaikan & keburukan, dan mengenali Allah s.w.t. Namun, Ulama’ berbeza pendapat sejauh mana peranan akal penting bagi tujuan-tujuan ini.

36 (1) Mu’tazilah: Mereka berpendapat manusia perlu menggunakan akal semata-mata untuk menilai perbuatan yg baik & buruk. Maka seseorang itu layak dipuji/diberi pahala berdasarkan perbuatan baiknya, dan dikeji/diberi dosa berdasarkan perbuatan buruknya yg dinilai oleh akal. (2) Maturidiah: Mereka berpendapat manusia tidak perlu menggunakan akal semata-mata untuk menilai perbuatan yg baik & buruk. Maka dia tidak diberi pahala atau dosa jika tiada wahyu. Tetapi wajib baginya menggunakan akal untuk mengetahui kewujudan Tuhan yang Esa, walaupun tanpa wahyu.

37 (3) Asya’irah: Mereka berpendapat manusia tidak perlu menggunakan akal semata-mata untuk menilai perbuatan yg baik & buruk. Maka dia tidak diberi pahala atau dosa jika tiada wahyu.

38 Pengertian Wahyu Dari segi bahasa: Mengilhamkan: seperti wahyu kepada ibu Nabi Musa a.s Ilham berupa naluri pada binatang, seperti wahyu kepada lebah Isyarat yang cepat secara fizikal, seperti isyarat Nabi Zakariya Bisikan dan tipu daya syaitan Perintah Allah kepada para malaikat

39 Dari segi istilah: (1) Firman Allah yang diturunkan kepada seorang nabi. (2) Pengetahuan yang didapati seorang nabi atau rasul dari dalam dirinya dengan disertai keyakinan pengetahuan itu datang dari Allah, baik dengan melalui perantaraan Jibril atau tidak.

40 Cara Wahyu Allah Turun kepada Para Rasul (1) Perantaraan Jibril a.s. (2) Tanpa melalui perantaraan, seperti mimpi yang benar dalam tidur.

41 Cara Penyampaian Wahyu oleh Malaikat kepada Rasul (1) Datang kepada rasul suara seperti bunyi lonceng. Cara begini lebih berat buat Rasul. (2) Malaikat menjelma kepada Rasul sebagai seorang laki- laki dalam bentuk manusia. Cara ini agak ringan buat Rasul.

42 Peranan Wahyu 1) Al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus 2) Al-Quran mengeluarkan manusia dari kekufuran kepada keimanan 3) Al-Quran kitab ilmu yang penuh hikmah 4) Al-Quran pemisah antara hak dan batil 5) Al-Quran kitab hukum yang wajib dipatuhi 6) Al-Quran sebagai kitab yang penuh teladan yang paling baik 7) Al-Quran sebagai penawar segala penyakit zahir dan batin

43 Aliran Tentang Wahyu & Akal Pada umumnya terdapa empat aliran (mazhab) dalam pemikiran Islam: (1) Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata. (2) Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal. (3) Aliran yang bersumberkan akal dan juga wahyu. (4) Aliran yang bersumberkan akal semata-mata.

44 (1) Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata Ialah pegangan para nabi dan rasul serta para pengikutnya, terutama generasi pertama Islam yang berpandukan sepenuhnya kepada Al-Quran dan Sunnah s.a.w. (2) Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal Iaitu bersumberkan wahyu sebagai terasnya dan akal sebagai pembantunya. Aliran ini muncul selepas kewafatan Nab s.a.w, berikutan daripada perkembangan politik dan pengaruh pemikiran asing yang dihadapi oleh umat Islam. Lantas membentuk berbagai mazhab dalam bidang Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawwuf.

45 (3) Aliran yang bersumberkan akal dan juga wahyu Iaitu aliran yang bersumberkan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokongnya. Contohnya: Dalam bidang falsafah dan logik yang berasal dari tamadun Yunani. (4) Aliran yang bersumberkan akal semata-mata Aliran ini tidak dapat dianggap sebagai sebahagian daripada aliran-aliran dalam pemikiran Islam sama sekali. Umat Islam tidak dapat menerima jika segala persoalan hidup muslim diukur berdasarkan akal logik semata- mata.


Download ppt "Tasawwur Islam 1 Konsep Tasawwur Islam Minggu 1 - 3."

Similar presentations


Ads by Google