Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Oleh Siti Fairuz Ramlan

Similar presentations


Presentation on theme: "Oleh Siti Fairuz Ramlan"— Presentation transcript:

1 Oleh Siti Fairuz Ramlan
AKIDAH 1 (Minggu Terakhir) Oleh Siti Fairuz Ramlan

2 menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku
Al-Quran

3 Samiyyat & Ghaibiyyat Samiyyat-
Dari segi bahasa:berasal dari sama’a atau sima’= mendengar atau pendengaran Dari segi istilah: perkara-perkara yang diketahui melalui perkhabaran sahaja Ghaibiyyat:- Dari segi bahasa: berasal dari ghaba= hilang dari pandangan Dari segi istilah: perkara-perkara yang wujud tetapi tidak dapat dirasa atau dilihat dengan pancaindera manusia Samiyyat & ghaibiyyat saling berkaitan antara satu sama lain dan ianya berkaitan dengan perkara yang ada cth malaikat,azab kubur atau yang akan datang cth hari kiamat

4 Samiyyat & Ghaibiyyat Antara perkara-perkara samiyyat & ghaibiyyat yang disebut dalam al-Quran:- Malaikat Jin & syaitan Al-Arsy (Singgahsana) & Al-Kursiyy Al-Qalam (Pena yang menulis takdir) & Al-Lauh (papan takdir) Ruh Kematian & azab kubur Rezki Proses-proses hari kiamat

5 Al-Quran mendahului Ilmu Moden
Al-Quran juga memberitahu sesuatu sebelum kejadiannya:- Percubaan penerokaan angkasa lepas – manusia berasa ragu-ragu tentang kebolehan untuk keluar dari ruang lingkup dunia. (Surah ar-rahman ayat 33-35) Jin telah mendahului bidang ini apabila mereka cuba mencuri dengar dari kawasan langit al-Mala’ al-A’la (surah Jin ayat 9) Hingga ke hari ini, manusia cuba menyelidik tentang gelombang suara di langit- tetapi tak berjaya kecuali mereka keluar dari zon cakerawala

6 Al-Quran mendahului Ilmu Moden
Gelombang ombak di dasar lautan Manusia hanya baru menyedarinya pada awal tahun 1900 di Scandinavia Berlaku di dasar lautan dan tempat yang paling dalam Al-Quran menyatakan terdapat 2 jenis gelombang ombak (Surah An-Nur ayat 40)

7 kerajaan Rom dikalahkan oleh kerajaan Parsi
Al-Quran menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku- Surah ar-Rum( Ayat 1-6 ) kerajaan Rom dikalahkan oleh kerajaan Parsi Rasulullah S.A.W menyebut bahawa kerajaan Rom akan menang kembali Ianya berlaku dalam tempoh tak lebih 10 tahun Sebab penurunan ayat: Orang Kafir Mekah bergembira dgn kemenangan kerajaan Parsi yang merupakan penyembah berhala Manakala orang Islam lebih memihak pada Kerajaan Rom yang beragama kristian krn mereka paling dekat dgn Islam

8 Dalam tempoh yang ditetapkan, ramalan baginda menjadi kenyataan
Al-Quran menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku- Surah ar-Rum( Ayat 1-6 ) Apabila ayat ini turun, orang kafir Mekah mengejek dan membuat taruhan dengan Abu Bakar (Sebelum taruhan diharamkan) Rasulullah S.A.W seolah-olah bersabda yang mafhumnya: Sekiranya kamu mendustai aku, maka ianya sebuah ujian, keputusannya akan keluar tidak kurang dari 10 tahun Dalam tempoh yang ditetapkan, ramalan baginda menjadi kenyataan

9 Berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W
Al-Quran menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku- Surah al-Hajj ( Ayat ) Berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W Dalam Al-Quran, sebelum kewafatan baginda, telah diturunkan ayat mengenai Orang Islam akan berperang dengan orang Kafir, dan Orang Islam akan ditolong Allah S.W.T dan diberi kuasa pemerintahan di bumi. Ayat tersebut menjadi kenyataan apabila golongan minoriti Islam yang diusir kembali berkuasa di barat, timur,utara & selatan Semasa mereka menang, orang Islam akan mendirikan solat, Amr Ma’ruf Nahi Munkar. Orang Islam mencapai kemenangan demi kemenangan dalam peperangan melawan orang kafir

10 Zaman ini umat Islam ditimpa musibah yang berbagai dari pelbagai sudut
Al-Quran menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku- Surah al-An’aam ( Ayat 65 ) Ayat ini diturunkan mengenai azab yang menimpa orang Islam yang menyeleweng dari agama. Ketika ayat itu turun dan Rasulullah S.A.W disoal bila ayat ini akan berlaku, baginda menjawab: ia akan berlaku tetapi takwilnya belum datang lagi iaitu masa & penafsirannya tidak berlaku pada zaman tersebut. Zaman ini umat Islam ditimpa musibah yang berbagai dari pelbagai sudut Peperangan saudara (Iraq), bencana alam (Aceh), penghapusan kaum (Bosnia Hezergovinia)

11 Rasulullah S.A.W menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku-Penduduk beriman krn surat Baginda S.A.W Kisra Parsi telah mengoyakkan surat yang diutus Rasulullah S.A.W mengenai ajaran Islam Beliau mengutuskan gabenor Yaman, Bazan utk membawa Rasulullah S.A.W utk menemuinya. Bazan pula mengutuskan 2 orang suruhannya ke Madinah & apabila Rasulullah S.A.W menemui mereka, baginda bersabda: Allah S.A.W telah membunuh raja Parsi, oleh yang demikian baginda S.A.W tidak perlu mengikuti mereka

12 Perkara ini menjadi perbualan orang Nasrani, Majusi & Yahudi.
Rasulullah S.A.W menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku-Penduduk beriman krn surat Baginda S.A.W Kedua utusan itu kembali ke Yaman dengan perkhabaran dari Baginda S.A.W & menyatakannya kepada Bazan Bazan menyatakan sekiranya benar, benarlah Baginda S.A.W adalah utusan tuhan. Perkara ini menjadi perbualan orang Nasrani, Majusi & Yahudi. Akhirnya, Bazan, tenteranya dan kebanyakkan penduduk Yaman memeluk Islam kecuali orang Yahudi

13 Yang membatalkan iman perkara

14 Perkara yang membatalkan iman & Islam
Berpegang pada prinsip Ateism-menafikan kewujudan Tuhan (Kufur) Menyekutukan Allah dengan memuliakan sekutuNYA (Syirik) Mendustai al-Quran atau ayatnya Beriman dengan sebahagian al-Quran dan mengkufurkan sebahagiannya Melaksanakan hukum yang tidak diturunkan ALLAh dan berkeyakinan hukum tersebut lebih baik dari hukum ALLAH atau setaraf dengannya Menghina atau mentertawakan Rasulullah S.A.W Membantu atau menyokong orang Yahudi atau Nasrani dalam urusan yang menjejaskan orang Islam

15 Syirik Dari segi bahasa: memasukkan perkongsian atau mensabitkan persekutuan bagi sesuatu Dari segi istilah: mengakui atau mengiktiraf adanya perkongsian antara Allah S.W.T dengan yang lain dari segi aspek uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wa sifat. Amalan: menyembah sesuatu setaraf dengan Allah S.W.T, mempercayai kekuasaan benda-benda mati yang boleh memberi perlindungan eg tangkal

16 Kufur Dari segi bahasa: menutup hak yang nyata
Dari segi istilah: mengingkari iman, menafikan kewujudan pencipta, mengingkari nikmat Mengingkari kewujudan Allah S.W.T dan tidak membenarkan Rasulullah S.A.W (dan ajarannya) dan mengingkari al-Quran bahwanya ianya kata-kata Allah S.W.T yang azali Amalan:mengingkari Allah S.W.T sebagai tuhan yang layak disembah, tidak mengamalkan apa-apa yang berkaitan dengan rukun-rukun iman

17 Riddah Dari segi bahasa: mengembalikan sesuatu kepada sesuatu, bertukar kepada sesuatu atau menjauhi sesuatu Dari segi istilah:Orang Islam yang terkeluar dari agama Islam dengan menyatakan kekafirannya dari segi lafaz, atau iktikad atau perbuatan Amalan:mengingkari rukun islam sedangkan dia mengetahuinya, mencela para nabi, mengatakan alam itu azali

18 Khurafat Dari segi bahasa: khabar berita yang tidak betul atau yang diragukan, kisah yang tidak benar Dari segi istilah:kepercayaan dan amalan karut- marut yang boleh menyebabkan seseorang itu mensyirikkan Allah tanpa disedarinya Amalan:percaya kepada kuasa dari benda yang tidak bernyawa contoh percaya kepada pisau yang dapat memberi perlindungan dari makhluk halus

19 Nifak Dari segi bahasa: hilang, sedikit atau kosong
Dari segi istilah: menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan yang berasaskan pembohongan (nifak besar) Riak juga disebut nifak (kecil) kerana menyembunyikan apa yang terlahir dari batin Amalan: melakukan sesuatu utk mendapatkan pujian dan nama, berpura menjadi solih utk menyelamatkan diri

20 Bahaya kekufuran-alam akhirat
Kesan yang buruk di alam akhirat, dan segala amalan baiknya akan dihapuskan ketika perkiraan amalan (Surah An-Nur ayat 39) Orang kafir akan menjadi bahan bakar neraka (surah al-Baqarah ayat 24) Ditempelak oleh penjaga neraka dan dihalau ke neraka jahannam dan ketika itu mereka akan bercita-cita utk mentaati Allah dan kembali ke dunia utk beramal solih

21 Bahaya kekufuran-alam dunia
Ancaman pada individu:- Merasa hidupnya kosong & tidak bermakna- merasan hidup sia-sia dan tidak bertujuan-resah- kecelaruan psikologi jiwa = Membawa kepada tekanan jiwa, penyalah gunaan dadah, mental yang berpenyakit Berperilaku buruk iaitu hidup hanya utk bersuka ria dan tidak dikawal dengan etika dan nilai murni

22 Bahaya kekufuran-alam dunia
Ancaman pada masyarakat:- Perbalahan di kalangan individu & masyarakat -muncul sifat keakuan, individualistik & materialistik -perbezaan taraf sosial dan kelompok Kerosakan dan perpecahan masyarakat -keruntuhan moral pada generasi yang berbeza -Tiada unsur penyatuan -Masyarakat terumbang ambing -Ketidakstabilan sosiopolitik

23 Sifat orang kafir Penglihatan, pendengaran & akal sudah tidak berfungsi mengenali Allah (Al-A’raaf:179) Menyimpan dendam & marah pada para rasul & orang yang beriman (Al-Hajj:72) Membantah menggunakan kebatilan dan berperang di jalan Syaitan

24 Aliran Pemikiran Umat Islam

25 Pecahan umat Islam Bermula nya perpecahan umat islam pada ketika selepas pembunuhan Saydina Utsman dan diikuti dengan majlis tahkim pada zaman Ali dan Muawiyah R.A Terdapat 73 puak Islam sehingga kini, tetapi hanya satu di antara mereka yang dijamin masuk syurga. Hadis Nabi yang mafhumnya berbunyi: Tidaklah melainkan ahli kitab itu berpecah kepada 72 golongan, dan sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73, 72 akan berada dalam neraka dan satu golongan akan berada di syurga dan golongan itu ialah jamaah (ahli-sunnah)

26 Pecahan umat Islam Ahli Sunnah wal jamaah Syiah yang berpecah kepada:-
Syiah Zaydiyah (paling hampir dgn Islam) Syiah Imamiah Al-Isma’iliyah An-nasiriyah Ad-Duruz Al-Babiyyah Al-Baha’iyyah

27 Pecahan umat Islam Al-Qadyaniyyah Al-Khawarij yang berpecah kepada:-
Al-Azariqah An-Najdat As-Safriyah Al-Ibadiyah Al-Mahkamatul Ula As-Sa’libah Al-Murji’ah Al-Qadariyah al-Ula Al-Jabariyyah Al-Muktazilah

28 Ahli sunnah wal jamaah Dari kalangan orang-orang Solih yang memahami syariat tanpa terpesong dari landasan yang betul Keistimewaan mereka: Mensabitkan sifat-sifat Allah oleh yang demikian mereka digelar: Ahli at-Tauhid Wa as-Sifat Mereka berpendapat: Adil=Meletakkan sesuatu pada tempatnya; mentadbir sesuatu berdasarkan kehendak & Ilmu V.S Mu’tazilah: Adil= Apa yang dihasilkan dr akal fikiran berdasarkan hikmah dan terlahir dalam bentuk perbuatan yang betul dan berfaedah

29 Ahli sunnah wal jamaah Pegangan mereka;
Jalan utk mengenali Allah S.W.T ialah menerusi syariat dan melalui para Rasul Kebaikan itu merupakan apa yang dikatakan baik di sisi syara’ dan Keburukan itu apa yang buruk di sisi syara’ Sifat-sifat Allah bukanlah zatNYA dan bukan tambahan ke atasNYA tetapi sifatNYA yang bersifat azali Allah S.W.T bersifat Fa’ilul Mukhtar: Melaksanakan sesuatu tanpa keterpaksaan

30 Ahli sunnah wal jamaah Tokoh-tokoh mereka:
Abu Hasan al-Asy’ari (Aliran al-Asya’ari) *Berasal dari mazhab Mu’tazilah Keluar dari golongan tersebut kerana tidak bersetuju dengan pendapat gurunya mengenai masalah Wajib ke atas Allah Melaksanakan kebaikan kpd Hamba Abu Mansur al-Maturidi (Aliran al-Maturidi) Tidak terdapat byk perbezaan antara kedua aliran ini kecuali pada perkara kecil cth definasi qada’ qadar

31 Syiah Timbul selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, apabila Saydina Ali terlambat membai’ah Baginda S.A.W Mereka berpendapat bahawa Ali paling layak utk menjadi khalifah kerana beliau paling dekat dengan baginda S.A.W Selepas pembunuhan Sayyidina Utsman, golongan ini semakin berkembang hinggalah menjadi aliran pemikiran yang kedua paling besar dalam masyarakat Islam

32 Syiah Sebahagian dari pegangan mereka:-
Imamah merupakan suatu institusi yang merupakan rukun agama yang tidak boleh diabaikan oleh Baginda S.A.W Para imam itu Ma’sum dan hanya boleh dilantik menerusi wahyu atau ilham Menegaskan bahwa Saydina Abu Bakar, Umar & Utsman telah melampaui haq dalam kekhalifahan Percaya kepada penyerupaan ( At-tasybih), Perpindahan ruh (at-tanasukh wal hulul), penjisiman ruh (At-tajsim), dan tiada penutup para nabi

33 Syiah Puak Zaydiyyah:Berpendapat bahawa orang Islam yang membuat dosa besar tanpa bertaubat akan kekal di neraka Puak Imamiah:Mengkafirkan sesiapa yang melangkaui Saydina Ali dalam kekhalifahan dan sesiapa yang berbaiah dengan mereka Puak Ismailiyyah:Alam itu bersifat Qadim dan ditadbir oleh Allah S.W.T dan jiwa manusia Puak Nasiriyyah: Mengganggap Saydina Ali Sbg Tuhan,mengharuskan minuman arak & tidak berpuasa

34 Mu’tazilah Diasaskan oleh Wasil bin Ata’
Titik permulaan: Perbahasan dgn gurunya Hasan al-Basri mengenai Orang Islam yang membuat dosa besar tapi tidak bertaubat dan mati sebelum bertaubat Wasil mengatakan hukum org sedemikian ialah tergantung di antara dua peringkat (manzilatun baina manzilatain) Tidak bersetuju dan keluar dan menyendiri dgn pemikirannya

35 Mu’tazilah Golongan ini menggelarkan diri mereka ahlu al- adli wa at-Tauhid Pegangan: Wajib mengetahui Allah S.W.T melalui akal yang disokong syara’ Iman itu hanya keyakinan hati & amalan anggota tubuh Mentakwilkan ayat mutasyabihat dalam al-Quran Mengatakan al-Quran itu makhluk Mengatakan melihat Allah di syurga itu mustahil

36 Ad-Duruz Mereka merupakan para pengikut Abdullah Ad-Durzi yang menyeru kepada patuh pada hukum Allah di Mesir Menyeru kepada penyembahan hakim selepas mengaku dirinya sebagai tuhan Golongan ini diperangi di Mesir dan akhirnya mereka melarikan diri ke Syam dan berpangkalan di Gunung Ad-Duruz Pegangan: Tiada tuhan yang wujud di langit dan tiada tuhan yang di sembah di bumi melainkan seorang hakim dengan titah arahannya

37 Khawarij Muncul selepas pembunuhan saydina Utsman, kaum tentera Muslimin berpecah kepada 2 golongan: golongan Muawiyah & Golongan Saydina Ali Mereka merupakan golongan yang keluar dari tentera Saydina Ali selepas Majlis Tahkim Mereka menuju ke sebuah kampung di Kufah yang bernama Harura’ Juga dikenali sebagai Haruriyyah/ As-Syarah Terlibat dalam pembunuhan Saydina Ali pada fajar Ramadhan

38 Khawarij Pegangan mereka:
Melepaskan segala ikatan dengan Saydina Utsman & Ali Tidak sah nikah tanpa mengucapkan iqrar perlepasan ikatan dengan kedua-dua khalifah Mengkafirkan orang Islam yangmembuat dosa besar dan dosa adalah semua besar bagi mereka Mewajibkan keluar dari imam jika bercanggahan dengan sunnah

39 Khawarij Menurut puak Azariqah: dibolehkan membunuh anak dan isteri musuh puak ini, menggugurkan rejam ke atas org yang berzina, tidak mewajibkan sifat ma’sum ke atas para nabi Menuruk puak Ibadiah: Membezakan antara Kafir & Musyrik, menganggap orang yang tidak dengan mereka kafir

40 Al-Babiyyah Mereka merupakan sekumpulan pengikut Al-Mirza Muhammad Ali yang muncul di Iran Al-Mirza mengaku dirinya sebab al-Bab (the Doorway) & Imam Mahdi al-Muntazir Beliau juga mengaku dianugerahkan kenabian & kerasulan serta memansuhkan al-Quran Kemudian mengaku sebagai Isa al-Masih al-Muntazir dan akhirnya mendakwa diri sebagai tuhan Dijatuhi hukuman bunuh selepas fatwa ulama’ pada tahun

41 Al-Bahaiyyah Mereka merupakan sekumpulan pengikut Husein al-Baha’, salah seorang pengikut al-Mirza Beliau telah membuat suatu aliran sendiri yang mengaku dirinya sebagai nabi & rasul dan kemudian ,mendakwa dirinya sebagai tuhan. Golongan ini muncul di Iran dan terdapat ma’bad mereka di sana- Masyriqul Azhar & Qurratul Ain Pengikutnya beralih ke Mesir dan menerbitkan buku Himpunan Catitan yang Diberkati ( The Collection of Blessed Scrolls) dan mendakwa bahawa ianya wahyu dari tuhan mereka (al-Baha’) Mereka telah disabitkan sebagai Murtad oleh perbadanan agama Mesir dan Universiti al-Azhar Mereka berfahaman memansuhkan kesemua kitab dan agama-agama terdahulu dan menjadikan Aka sebagai kiblat dan hanya wajib utk lelaki sahaja

42 Qadyaniyah Mereka merupakan pengikut Ghulam Ahmad, yang dilahirkan di Qadyan, India Beliau mengaku sebagai nabi dan diturunkan kepadanya kitab Pegangan: Mengaku Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul tetapi bukan sebagai penutup segala nabi Kitab ghulam ahmad memansuhkan kitab yang terdulu dan sebagai pendokong al-Quran dan memansuhkan sebahagian dari hukumnnya Mengharamkan jihad utk orang Islam dan mewajibkan taat kepada bangsa Inggeris (yang menjajah ketika itu)

43 Islam Semasa yang berbahaya
Idoelogi

44 Sisters in Islam Ditubuhkan oleh sekumpulan wanita di Malaysia (1988) yang mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi wanita berdasarkan kajian mereka pada al-Quran “We are deeply saddened that religion has been used to justify cultural practices and values that regard women as inferior and subordinate to men and we believe that this has been made possible because men have had exclusive control over the interpretation of the text of the Qur’an”.

45 Sisters in Islam Pegangan: Percaya pada hak asasi setiap manusia, terutama sekali wanita Isu Wanita sebagai ketua/ Imam: Yang nyata, tiada ayat Al-Qur'an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Isu Khalwat:state religious authorities should stop spying, snooping and looking for couples to be charged with khalwat, SIS said it had repeatedly argued that such practices were against Islam’s exhortations to respect an individual’s right to privacy and human dignity. Isu tudung:Norhayati Kaprawi: SIS opposes any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. There should be no compulsion in religion (Surah al-Baqarah 2:256, Surah Yunus 10:99-100, Surah al- Ghashiyah 88:22).

46 Islam Liberal Kumpulan diskusi golongan terpelajar yang bermula di Indonesia pada tahun 2001 Liberal Islam represents an Islam that emphasizes individual freedom in accordance with the Muta'zilah (or Mu'tazilite) doctrine of human freedom and liberation of socio-political structure from oppressive and undemocratic domination. (wikipedia) Liberal Islam is an interpretation of Islam which is based on the principles as follows: a. open to all forms of intellectual exploration on all dimensions of Islam. b. Prioritizing religio-ethics, not literal textual readings. c. Believing that truth is relative, open for interpretations and plural. d. Siding with oppressed minorities e. Believing in the freedom to practice religious beliefs. f. Separation of world and heavenly authorities, religious and political authorities.

47 Islam Liberal Isu murtad:“man baddala dinahu faqtuluhu” (Whoever changed his Islamic religion, then kill him.). A question arises: is it possible to punish a Muslim who commit apostasy based on the above hadith? The answer is certainly not. Unlike the Melaka Empire which refers to the Islamic jurisprudence, the modern and democratic Indonesia is based on Pancasila and 1945 Constitution (UUD ’45), which guarantee the right to exercise freedom of religion in Indonesia Isu pluralisma agama:The limitation of religions to those that are officially recognized ignores the anthropological realities of this pluralist country. On the level of policy implementation, this limitation has led to compulsory hypocrisy; citizens who do not believe in one the official religions must still identify themselves with one of these religions on their ID cards. Millions of Sikhs, Bahai, Jews, and devotees to local-traditional beliefs, which existed before the rise of the official religions, have become the victims of this limitation. 


Download ppt "Oleh Siti Fairuz Ramlan"

Similar presentations


Ads by Google