Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTA RA Kerajaan Islam Pasai ( abad ke 13-14 ) Kerajaan Islam Melaka ( abad ke 15 -16 ) Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa ( abad.

Similar presentations


Presentation on theme: "PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTA RA Kerajaan Islam Pasai ( abad ke 13-14 ) Kerajaan Islam Melaka ( abad ke 15 -16 ) Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa ( abad."— Presentation transcript:

1

2 PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTA RA Kerajaan Islam Pasai ( abad ke ) Kerajaan Islam Melaka ( abad ke ) Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa ( abad ke 16 ) Kerajaan Islam Aceh ( abad ke 17 – 18 )

3 Sejarah Melayu, 1961:74-75; – Raja Iskandar Shah dan pegawai tinggi istana memeluk agama Islam oleh ulama’ dari Jeddah, Saiyid Abdul Aziz pada kurun ke16. Ini diikuti oleh pemelukan agama Islam secara beramai-ramai oleh rakyat Melaka. Iskandar menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah. Ulama tersebut mengajar bacaan Al-Quran, cara- cara sembahyang dan perbincangan mengenai agama di istana untuk Sultan dan pegawai istana. Sejarah Melayu, 1961: 251 Awal kurun ke16 dan sebelum serangan Portugis di Melaka, Bendahara dan kaum keluarganya (lelaki) menghadiri kelas membaca Al-Quran di rumah Makhdum Sadar Jahan.

4 Annual Reports of the Straits Settlements, 1881 (Jarman, R. (ed.), 1998) “Regarding the Malays especially, it may be remarked that there are the Bandarsah schools, where the Koran is alone taught, and which in reality religious classes.” “indifference..to any education beyond the extent of knowledge of the Koran”. Benarkah? Sebelum wujudnya sekolah tajaan pemerintah (Melayu & Inggeris), sudah wujud ‘sekolah Quran’ atau kelas belajar Al-Quran di Singapura dan di negeri-negeri Selat (Chelliah, D.D, 1960: 35).

5 Catatan sosio-sejarah penulis-penulis Ibu bapa ‘menyerahkan’ anak kepada guru-guru agama dengan sepinggan pulut kuning & meminta supaya anak mereka diajar dengan cara yang dirasakan perlu oleh guru ‘asalkan anaknya tidak dibutakan atau dicacatkan’ sepanjang berada dalam jagaan guru (Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, 1979:53). Kurikulum Bacaan Muqaddam Bacaan Al-Quran Penekanan: Menghafal Quran & bacaan yang baik. Solat, puasa, thaharah, halal & haram (dari ibu bapa & kelas mengaji di masjid) (Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan, 1979:52). Struktur Tiada had umur, 7 hingga 15 tahun. Beberapa jam, pagi; petang atau malam. Seramai orang. Bayaran – dalam bentuk hadiah atau wang -terpulang kepada ibu bapa

6 SISTEM PENDIDIKAN Sistem Arab dan Jawi. Sekolah Al-Quran dan guru-guru agama. Pondok, pesantren, madrasah dan tempat-tempat pengajian persendirian. Pelajaran agama – selain dari pengajian al-Quran di diajar juga ilmu Fiqeh, Tauhid, Akhlak, Bahasa Arab dan Tasauuf. Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

7 KEBANGKITAN KUASA-KUASA BARAT Kemajuan Ilmu Pengetahuan Revolusi Industri Perdagangan Pengembaraan dan Pelayaran Penjajahan kuasa barat ke negara Asia Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol dan Perancis

8 KEBANGKITAN KUASA-KUASA BARAT Inggeris menakluki Benua India dan Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Belanda menakluki kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia. Tertubuhnya East India Company

9 Zaman Penaklukan Inggeris Kuasa tentera dan politik untuk kepentingan ekonomi. Menyerapkan nilai Kebendaan, Sekularisme, Dualisme. Serangan dan penjajahan minda terhadap pendidikan. Berkembangnya sekolah Kristian dan lenyapnya sistem Kuttab.

10 Sistem Pendidikan di Benua India di Zaman Penjajahan Sekolah Inggeris – Sekular. Pengajian di Institusi Islam: 1. kurikulum ditetapkan oleh Inggeris (Aligarh). 2. kurikulum traditional ( Dar al-U’lum– Deoband). 3. konflik. 4. Kurikulum gabungan ( Nadwat al-Ulama )

11 Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura Dasar pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura lebih kurang sama dengan di India. Jenis-jenis Sekolah:  Sekolah Inggeris dan Kristian.  Sekolah Melayu.  Pondok dan Pesantren.  Madrasah.  Sekolah Rakyat.

12 Kelas Agama di Masjid Penadah Pelajar yang serius dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram & menjadi guru agama. Umur: Belasan tahun – 60 tahun. Pendengar Orang ramai yang ingin mendengar pengajaran Islam. Terdiri daripada pendengar lelaki & perempuan. Mereka yang telah melalui kelas mengaji/membaca Al-Quran.

13 Kurikulum Pondok Sebelum kurun ke19 Menguasai bahasa Arab selama 2 tahun sambil mempelajari Fiqh & Tauhid Sesudah menguasai bahasa Arab, mempelajari teks klasik Arab. Berdasarkan doktrin al-Ash’ariah al-Sanusiyyah (Che Awang bin Che Harun, 1995:2). Tasawuf Wirid Bahasa Arab Jawi Kitab Jawi – contoh: Kitab Perukunan Sembahyang Kitab Jawharat al-Tawhid, oleh Ibrahim al-Laqani. Selepas kurun ke19 Bahasa Arab Fiqh Tauhid Tasawuf Wirid Jawi Kitab Jawi – Bidayat ul- Hidayah, Umm ul- Barahin) Tafsir Hadis Balaghah (sastera Arab) Tarikh Islam

14 Contoh Pondok yang terkenal Pondok pertama di Pulai, Kelantan pada tahun 1820 (Che Awang bin Che Harun, 1995:2) Pondok Bangkak oleh Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad pada 1917, di Kelantan, sepulangnya dari pembelajaran di Makkah, di halqah kendalian Wan Ahmad al-Fatani. Haji Wan Musa di Kelantan. Lewat kurun ke19/awal kurun ke20, kebanyakan pondok di Tanah Melayu diletakkan di bawah kuasa Majlis Agama dan Adat Melayu. Dibentuk semula menjadi madrasah.

15 Pondok J uga terkenal di Selatan Thailand, di Yala, Narathiwat, Patani, Satun dan Songkla. Contoh: Pondok Tok Guru Haji Nor; Pondok Tok Guru Haji Leh, Pondok Tok Guru Haji Somad dan Pondok Tok Guru Ghani (berasal dari Kelantan) selepas belajar di Kelantan, Trengganu & Makkah. Ulama Thailand yang pernah mengajar di Makkah - Syakh Dawud al-Fatani, Haji Ismail (Pak Do ‘Ae) bin Abdul Qadir, Bendang Daya, Haji Ismail bin Haji Wan Ahmad dan Tok Semla Tua. Ulama Indonesia - Syaikh Abd al-Qadir bin Abd al-Muttalib al-Mandili yang juga dikenali sebagai Syakh Qadir. 1884, ulama Patani diberi kepercayaan oleh pemerintah Turki untuk mengendalikan penerbitan buku-buku agama ulama Makkah dan Mesir.

16 Pesantren - Cara Pembelajaran Awal Seawal 4.30 pagi – baca Quran, solat berjema’ah, kelas, bacaan Al- Quran, kelas, senaman, aktiviti luar darjah, menela’ah, menghafal. Guru bersyarah atau pelajar kanan bersyarah untuk pelajar baru/muda Pelajar membaca dengan diawasi & diperbetulkan oleh guru jikalau terdapat kesilapan dalam bacaan Tiada peperiksaan Pemberian ijazah sesudah terbukti memahami sesuatu kitab atau pelajaran Tiada kurikulum & silabus yang standard Kini Santri membantu pesantren dan masyarakat kampung dari segi kewangan, pertanian, sosial. Contohnya Pesantren Darul Falah, Bogor, Jawa Barat. Pesantren Modern Darussalam Gontor punya sistem yang berlainan. Kini, terdapat 17,000 pesantren – membantu membasmi buta huruf terutama di kalangan masyarakat pedalaman (Asia Development Bank, 2005)

17 Madrasah awal Madrasah, juga dipanggil sebagai sekolah rakyat, ma’had, sekolah Arab, sekolah agama. Peringkat rendah (ibtida’i). Peringkat menengah (thanawi) Peringkat tinggi (‘Aliyah) Khusus untuk sesuatu jantina atau campuran. Secara percuma atau mengenakan yuran bulanan. Waktu sekolah - pagi, petang atau/dan malam. Guru-guru dari lepasan pondok; madrasah tempatan/Nusantara atau Timur Tengah. Pengaruh Kitab Jawi dan klasik masih kuat sehingga akhir kurun ke20.

18 Madrasah awal Bilakah madrasah yang pertama dibina di Nusantara? Madrasah Assibyan dibina pada 1901 (?) di Bussorah Street (pandangan Ahmad Sonhaji (1987:69), Abdul Samad bin Haji Junied (1995:70-71); Hikmatullah Babu Sahib (1990); Muhd Nor bin Hasbun (1969)) Quran, lughah, tauhid, mahfudzat, berzanji, wirid. Madrasah Al-Iqbal dibina pada 1905/07/08? oleh Syed Sheikh Al-Hadi, seorang reformis Islam (Khoo Kay Kim, 2000). Memperkenalkan corak persekolahan secara formal, mata pelajaran baru seperti sains, matematiks, bahasa Inggeris, di samping mata pelajaran agama. Peperiksaan. Mengikut sistem aliran pembaharuan di Mesir.

19 Sumbangan Golongan Reformis Madrasah Al-Iqbal di Singapura – pengaruh angkatan pembaharuan di Timur Tengah yang dipelopori oleh Al- Afghany, Mohammad Abduh dan Rashid Reda. Bertujuan membawa pembaharuan pada pendidikan Islam demi kemajuan ekonomi, sosial dan politik Mengembalikan kesucian Islam berdasarkan Al-Quran & Sunnah Menggalakkan pemikiran kritikal dan menghapuskan taqlid buta Memahami isu agama berdasarkan konteks Madrasah Al-Hadi di Melaka pada Madrasah Al-Quran – Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiah di Pulau Pinang, Tentangan sengit Kaum Tua.

20 Contoh madrasah-madrasah awal Di Selangor – 1905, Madrasah Awamiyyah dibina oleh Mohammad Awam bin Muhamad Rosdi. Kedah – 1906, Madrasat-ul Al-Hamidiah sempena nama Sultan Abdul Hamid, sahabat pengasas madrasah tersebut, Haji Wan Sulaiman bin Haji Sidek. Di Seberang Perai – 1906, Madrasah Al-Masriyyah, oleh Tuan Haji Salleh Masri sekembalinya dari pengajian di Universiti Al-Azhar. Di Kelantan – 1917, Madrasah Muhammadiah yang juga dikenali sebagai Sekolah Melayu Agama Islam, dibina oleh Majlis Agama dan Istiadat Melayu. Di Johor – 1920, Madrasah Al-Khairiyah dibina oleh Haji Jaafar & rakyat. Di Pahang – 1923, Sekolah Agama Al-Attas Ketapang, Pekan. Di Indonesia – 1915, madrasah di Padang Panjang oleh Syekh Zaenuddin Labai. Di Thailand – 1955, Madrasah al-Falah al-Balagh al-Mubin atau lebih dikenali sebagai Rongrian Rongroch Vittaya. Tujuan utama: melatih membaca dan menulis bahasa Arab dan Jawi.

21 Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura Awal abad ke 19 pengajaran mengaji al-Quran berkembang luas. Pada tahun 1871 A.M. Skinner, Pemangku Magistrate di Seberang Perai. Beliau yang mencadangkan sekolah pengajian al-Quran disatukan dengan sekolah melayu. Cadangan Skinner diterima baik oleh pemerintahan Inggeris.

22 Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura Murid-murid belajar di sekolah Melayu di sebelah pagi kemudian mengaji di sebelah petang pula. Kelas-kelas mengaji al-Quran masih terus berjalan di luar kelas seperti biasa. Sistem pondok berkembang di tanah melayu sementara Pesantren berkembang di Indonesia. Di Singapura pelajaran agama hanya di masjid- masjid dan surau-surau. Kitab-kitab yang diajarkan seperti Perukunan dan Matlau’l Badrain

23 Sistem Pendidikan di Tanah Melayu dan Singapura Kanak-kanak diajar asas agama seperti rukun iman dan islam serta bacaan al-Quran. Di Singapura sistem madrasah mula berkembang di abad ke 20. Kebanyakkan madrasah-madrasah tersebut telah ditubuhkan oleh individu/keluarga dengan mewakafkan tanah-tanah mereka. Terdapat lebih kurang 30 buah madrasah di Singapura pada ketika itu.

24 Madrasah di Singapura Madrasah Al-Sagoff Al-Arabiah ( 1921 ) Madrasah Al-Junied Al-Islamiah ( 1927 ) Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah ( 1936 ) Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah ( 1947 ) Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah ( 1955 ) Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah


Download ppt "PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTA RA Kerajaan Islam Pasai ( abad ke 13-14 ) Kerajaan Islam Melaka ( abad ke 15 -16 ) Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa ( abad."

Similar presentations


Ads by Google