Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PELAJAR CEMERLANG Prof.Madya.Ts.Dr.Mukhtar b. Malik ​

Similar presentations


Presentation on theme: "PELAJAR CEMERLANG Prof.Madya.Ts.Dr.Mukhtar b. Malik ​"— Presentation transcript:

1 PELAJAR CEMERLANG Prof.Madya.Ts.Dr.Mukhtar b. Malik ​

2

3 Pelajar cemerlang umpama benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Ungkapan tersebut memberikan perumpamaan bahawa pelajar yang cemerlang mampu untuk mengadaptasi dalam apa jua keadaan untuk berjaya. Kumpulan ini sukar untuk dicipta tetapi jika berjaya dilahirkan, masa hadapan masyarakat dan negara pasti akan mencapai tahap kemajuan yang terbaik. Setiap pihak berperanan dalam memberikan sumbangan untuk melahirkan pelajar cemerlang. Namun, ianya akan bergantung kepada iltizam pelajar tersebut sama ada untuk mengamalkan ciri-ciri pelajar cemerlang atau sebaliknya.

4 PETUA PELAJAR CEMERLANG 4

5 5

6 PENCAPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

7 USAHA & TAWAKAL

8 8

9 9 10 perjalanan hidup pelajar cemerlang SPM 2022 yang penuh liku dan onak duri

10 10 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan, Nik Nur Adreena Nik Mohd Kamil yang meraih keputusan 11A+ SPM 2022 berkata, resipi kejayaannya adalah mendengar alunan bacaan al-Quran ketika mengulang kaji pelajaran setiap hari. Kata Nik Nur Adreena, amalan itu memberikannya ketenangan dan membantu untuk kekal fokus serta menajamkan fikiran sehingga berjaya meraih kejayaan cemerlang. Dia yang mendapat 11A+ bagi kesemua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Sejarah; Fizik; Biologi; Pendidikan al-Quran dan al- Sunnah; Matematik; Bahasa Arab; Kimia; Pendidikan Syariah Islamiah dan Matematik Tambahan telah muncul sebagai pelajar cemerlang SPM bagi seluruh negeri Kelantan.

11 11 Danial Khan Syahiran Zairi dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur yang memperoleh 11A dalam SPM 2022 menganggap kejayaan itu adalah hasil sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan seperjuangan. “Rahsia kejayaan ini bukan sekadar usaha tetapi faktor utama apabila doa daripada ibu bapa, guru-guru dan orang sekeliling saya ALLAH SWT makbulkan. “Pada saya usaha itu tidak akan pernah mencukupi yang penting mendapat keredaan dan keberkatan daripada ALLAH. Itu yang perlu di ambil cakna dalam perjalanan hidup kita,” ujarnya. 4) Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang juga dari SMA MAIWP telah mendapat 9A dan 2B+ dalam peperiksaan tersebut. Dia yang merupakan anak sulung Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui dirinya tertekan apabila ramai pihak meletakkan harapan tinggi kepadanya dalam SPM 2022. “Bagaimanapun mak saya sentiasa memberikan sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh. “Sambil peluk, mak saya ucapkan tahniah kepada saya,” ujarnya yang merancang menyambung pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kelak.

12 12 Empat huffaz al-Quran Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Sabak Bernam, Selangor meraih keputusan cemerlang SPM 2022 iaitu 11A dalam semua mata pelajaran. Mereka adalah Syihab Dhiaulhaq Mohd Khairil Shahrizal, Ahmad Nadhil Abqarial Idris, Muhammad Faateh Abd Razak dan Adi Ashraff Rashidi. “Empat pelajar ini semuanya huffaz al-Quran 30 juzuk. Kejayaan mereka menggembirakan seluruh warga sekolah sekali gus membuatkan kami bangga,” kata pengetuanya, Mohd Shari Kaderan.

13 13 Seorang penoreh getah, Abdullah Ismail melahirkan rasa sebak atas kejayaan anaknya, Nur Alia Maisarah Abdullah dari SMK Guar Nangka, Perlis yang berjaya memperoleh 9A dalam SPM 2022. Nur Alia telah membuat kejutan dengan datang sendiri ke kebun getah bagi menunjukkan keputusan kepada bapanya yang sedang menoreh getah. Dengan keputusan tersebut, ia jelas membuktikan yang kesusahan hidup bukan penghalang. Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) SPM 2022, Muhammad Aziq Asri membuktikan kecemerlangan apabila memperoleh 8A 1B dalam peperiksaan itu. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, Kuantan, Pahang yang menghidap autisme begitu gembira kerana pada peperiksaan percubaan, dia hanya memperoleh 6A 2B 1C. “Tiada sebarang rahsia, cuma saya hanya fokus di dalam kelas dan jika tidak faham, saya akan bertanyakan kepada cikgu. “Kelas tuisyen juga hanya di sekolah dan lebih banyak membuat latihan di rumah bermula petang hingga malam,” ujarnya.

14 14 Saya gembira kerana pertamanya dapat tunai haji pada usia muda dan pada masa sama mendapat keputusan cemerlang di bumi penuh barokah ini. Demikian kata Nur Saffiyah Nasuha Ramlan dari SMK Perempuan Methodist Raub, Pahang yang memperolehi keputusan 8A SPM. Dia yang ketika ini berada di Tanah Suci bersama empat adik beradik dan abang iparnya bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini memberitahu, rahsia kejayaannya adalah fokus ketika cikgu mengajar di dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah mengikut masa ditetapkan. “Selain itu, saya juga mengaji al-Quran selepas menunaikan solat Magharib dan wajib berdoa setiap masa agar cemerlang dalam akademik, siasah dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat,” ujarnya.

15 15 Kekurangan diri tidak pernah menghalang Penny Rose melakar kejayaan dalam SPM kali ini. Penny yang merupakan pelajar SMK St Elizabeth, Sibu, Sarawak mencapai keputusan cemerlang 7A dan 1B merupakan pelajar yang mengalami masalah penglihatan sebelah mata. “Memandangkan sebelah mata tidak dapat melihat, saya diberikan kertas peperiksaan yang dicetak dengan huruf lebih besar untuk memudahkan membaca dan menjawab soalan. “Saya sangat terharu apabila memperolehi keputusan cemerlang dan ia adalah di luar jangkaan,” ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang guru, selain minat menyanyi.

16 16 Walaupun ibu bapanya disahkan menghidap kanser, namun ia bukanlah penyebab bagi Naidatul Sabrina Muhamad Faizul untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM 2022. Pelajar Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah ini muncul antara pelajar terbaik SPM 2022 di Sarawak, telah meraih 7A+ dan 2A dalam keputusan yang diumumkan pada Khamis. “Melihat mereka sakit apa lagi disahkan menghidap kanser memberi kekuatan luar biasa dan saya bertekad melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan mereka,” ujarnya yang berhasrat melanjutkan pelajaran sama ada dalam jurusan kedoktoran atau jurutera perisian.

17 17 Q-Pencapaian 20A ini bukan merupakan satu kejayaan yang luar biasa. Jadi apakah yang saudari lakukan untuk membolehkan saudari mencapai kejayaan tersebut? Jika sekadar belajar, pelajar lain pun melakukannya. Mungkin ada sesuatu yang lebih yang saudari lakukan? A-Saya belajar seperti orang lain juga. Saya baca buku seperti orang lain juga. Cuma apa yang lebih mungkin dari segi kesedaran yang saya membawa tanggungjawab yang besar. Saya sedar, saya adalah harapan ibu bapa dan ingin mengubah nasib mereka. Jadi saya kena selalu memotivasikan diri, kuatkan diri dan selalu dekatkan diri dengan Allah SWT kerana hubungan kita dengan Allah itulah yang berikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. NIK NUR MADIHAH 20A SPM 2008

18 18 Q-Sebagai penutup, apakah pesanan yang ingin saudari sampaikan kepada kami dan generasi muda? A-Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan adik-adik generasi muda, termasuk diri saya sendiri, yang kita perlu sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit kembali dan sedar dari tidur yang lena. Maksud saya di sini ialah, kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan cara itu kita akan mencapai kejayaan. Elakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial kerana itu ialah jarum yang dicucuk pada umat Islam yang pada masa kini kita tewas. Jadi sudah tiba masanya untuk bangkit kembali. Sentiasa ingat bahawa kita hidup untuk Allah Ta’ala dan kita perlu berusaha denga cara yang terbaik bagi meletakkan Islam pada tempatnya.

19 19

20 20

21 21

22 22

23 PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN 23

24 JULAT MASA 24 OKT 2024NOV 2024DIS 2024JAN 2025FEB 2025 ULANG KAJI/ LATIH TUBI RUJUK SAOLAN YG LEPAS/ JAWAB & ANALISA KEMAMPUAN SENDIRI INTENSIF & FOKUS APPLY SPIRITUAL, MENTAL & FIZIKAL ABILITY PADA TAHAP OPTIMUN BERTAWAKAL DENGAN USAHA YG TELAH DICURAHKAN

25 25

26 26

27 27

28 RUMUSAN 28

29


Download ppt "PELAJAR CEMERLANG Prof.Madya.Ts.Dr.Mukhtar b. Malik ​"

Similar presentations


Ads by Google