Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari

Similar presentations


Presentation on theme: "Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari"— Presentation transcript:

1 Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari
Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Dibentangkan pada Seminar Islam Hadhari, Anjuran Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Morocco, Rabat, Julai 2007.

2 Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari
Kandungan Pengertian ekonomi Tuntutan Islam dalam pemantapan ekonomi Penekaran Ekonomi dalam Islam Hadhari Situasi ekonomi umat Islam masa kini Situasi ekonomi umat Islam di Malaysia – suatu realiti Memainkan peranan yang berkesan

3 Apa itu Ekonomi? Suatu bidang ilmu yang menerangkan gelagat manusia membuat keputusan penggunaan daripada sumber-sumber yang terhad, untuk mencapai tahap “kepuasan” yang maksimum. Ciri: Pendapatan adalah terhad. Keperluan tiada had. Contoh: Bagaimana kita mengagihkan pendapatan bulanan kepada pelbagai keperluan.

4 Tuntutan Islam dalam pembangunan Ekonomi

5 Tuntutan Islam dalam Ekonomi
Maksudnya: " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (al-Qasas ayat 77)

6 Tuntutan Islam dalam Ekonomi
“Apabila selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta berbanyaklah mengingati Allah ( dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah Al-Jumaat, 10)

7 Implikasi dari ayat-ayat tersebut
Kita dituntut untuk mencapai kejayaan di dunia (dan akhirat). Pekerjaan untuk dunia dan untuk akhirat bukanlah “saling menyingkiri”. Kejayaan ekonomi membolehkan umat Islam berdaya saing di arena dunia.

8 Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan
Kebahagiaan hidup seseorang di dunia ini amat dipengaruhi oleh nilai kewangan yang dimilikinya. Islam amat menggalakkan umatnya agar berusaha memperbaiki dan memantapkan ekonomi diri dan keluarga serta juga umat Islam seluruhnya. Namun begitu realitinya ialah kedudukan ekonomi umat Islam di dunia hari ini pada amnya sangat mundur berbanding pencapaian orang bukan Islam. Dan ini bertentangan dengan kehendak Islam.

9 Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan
Kemunduran ekonomi umat Islam pada hari ini, sebahagiannya berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tidak menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. Kita tidak harus mengabaikan tuntutan hidup di dunia hanya kerana mahukan kehidupan di akhirat, sedangkan kehidupan di dunia adalah jambatan untuk kehidupan di akhirat. Supaya umat Islam menjadi orang yang maju dan dihormati, kita harus bangkit dan berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing. Ini adalah konsep “jihad” yang mesti dipegang oleh umat Islam.

10 Ekonomi dalam Islam Hadhari
Prinsip ke 5 Islam Hadhari Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif Seimbang dari segi akhlak dan aktiviti ekonomi Komprehensif dari segi mencakupi individu, keluarg, masyarakat, sektor swasta dan sektor kerajaan Untuk mencapai keadilan dan kestablilan dalam pembangunan ekonomi

11 Situasi Ekonomi Umat Islam di Dunia:
Suatu realiti

12 Pendapatan Per Kapita, 2004 Source: IMF

13 Situasi Ekonomi Umat Islam di Malaysia – Suatu Realiti

14 Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an
Kaum terbahagi dengan jelas mengikut pekerjaan yang dilakukan: Melayu: penduduk desa, pertanian tradisi, perikanan tradisi, pendapatan rendah. China: penduduk bandar, lombong bijih, pemilik kedai, aktiviti perdagangan dan pembuatan, pendapatan tinggi. Indian: pekerja ladang, boroh, perniagaan kecil, pendapatan rendah dan sederhana. Ketakseimbangan ekonomi yang besar menyebabkan ketegangan kaum. Pada tahun 1969 pergaduhan kaum.

15 Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an – samb.
Reformasi ekonomi yang segera perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perkauman. Objektif reformasi ialah menyelesaikan jurang ekonomi antara kaum. Lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) ( ) untuk “membantu” orang Melayu memajukan kedudukan sosio-ekonomi mereka, dan tidak “menekan” kaum lain.

16 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Rancangan pembangunan 20-tahun, Matlamat serampang dua mata: Menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum, dan Menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum melalui pekerjaan. Falsafah: PERTUMBUHAN DENGAN PERSAMAAN (growth with equity). Iaitu mengagih semula pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi untuk mencapai keseimbangan kaum – dari segi taraf sosial dan ekonomi.

17 Strategi DEB untuk menghapus kemiskinan
Wujudkan peluang pekerjaan melalui FDI, program perindustrian. Meningkatkan produktiviti – pemodenan pertanian, latihan sumber manusia. Pembangunan desa – infrastruktur, sekolah, khidmat kesihatan, pengangkutan desa, pembangunan tanah, dan skim pemulihan.

18 Strategi DEB - menyusun semula masyarakat
Menyediakan peluang latihan dan pendidikan. Memastikan kota bumiputera dipenuhi pada setiap tingkat pengurusan korporat. Menyusun semula pemilikan korporat. Menggalakkan penyertaan Melayu/ Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian.

19 Adakah DEB berjaya?

20 Jadual 1: Pembasmian kemiskinan – pendapatan isi rumah
1970 (RM) 1990 (RM) Purata kenaikan tahunan, % Melayu 172 940 8.8 China 394 1,631 7.4 India 304 1,209 7.1

21 Jadual 2: Pembasmian kemiskinan – tingkat kemiskinan
1970 (%) 1990 (%) Purata pengurangan tahunan, % Malayu 65.0 20.8 5.9 China 26.0 5.7 7.9 India 39.0 8.0 8.2

22 Jadual 3: Penyusunan semula masyarakat – gunatenaga mengikut sektor
1970 (%) 1990 (%) Perubahan Sektor Pertanian Melayu Lain-lain 67.6 32.4 71.2 28.8 +3.6 Sektor Perindustrian 30.8 69.2 48.0 52.0 +17.2 Sektor Perkhidmatan 37.9 62.1 51.0 49.0 +13.1

23 Jadual 4: Penyusunan semula masyarakat – pemilikan ekuiti korporat
1970 (%) 1990 (%) Perubahan Melayu 2.4 19.2 +16.8 Rakyat Malaysia lain 32.3 46.8 +14.5 Pemilikan asing 63.3 25.4 -37.9 Nominee 2.0 8.6 6.6 Jumlah 100.0 -

24 Adakah dasar selepas DEB berjaya membantu orang Melayu?

25 Jadual 5: Perbandingan Pendapatan Isi Rumah di antara kaum, 1970-2004
1970 1990 1995 1999 2004 Gr, % Melayu 172 940 1,604 1,984 2,711 7.8 Cina 394 1,631 2,890 3,456 4,437 7.4 India 304 1,209 2,140 2,702 Cina/Mel 2.29 1.74 1.80 1.64 India/Mel 1.77 1.29 1.33 1.36 1.27 Gr % = Kadar pertumbuhan tahunan dari tahun 1990 hingga 2004.

26 Jadual 6: Kedudukan pada tahun 2020: Dua Senario
2004 2020a 2020b Melayu 2,711 9,100 14,400 Cina 4,437 14,000 15,000 India 3,456 11,500 Cina/Mel 1.64 1.54 1.04 India/Mel 1.27 1.26 0.97 a: Kadar pertumbuhan semasa M,C,I : 8%, 7%, 8%. b: Kadar pertumbuhan berstrategi M,C,I : 11%, 8%, 9%.

27 Apakah realitinya? Kadar pertumbuhan pendapatan hampir sama di antara kaum. Nisbah pendapatan bagi setiap RM keluarga Melayu juga agak malar, kecuali pada tahun 2004. Ini bermakna sukar kaum Melayu untuk merapatkan jurang ekonomi dengan kadar semasa. Memerlukan satu “strategi khusus” yang berkesan untuk “menolak keluar” kaum Melayu dari putaran malar ini.

28 Strategi Khusus Diperlukan
Kenalpasti dan bangunkan masyarakat yang masih ketinggalan: Kawasan yang tidak membangun – negeri pantai timur, negeri utara, kawasan luar bandar, penduduk bandar yang terpinggir. Masayarakat berpendapatan rendah dan sederhana. Masyarakat berpendidikan rendah dan sederhana (tidak di peringkat universiti atau teknikal).

29 Memainkan Peranan yang Berkesan

30 Apa perana kita? “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari bahan galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Maka kita menjadi pengguna, bukannya pengeluar; kita menjadi pengimpot bukannya pengekspot. Kadangkala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun .” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, h.12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah)

31 Di peringkat individu dan keluarga
Apa peranan kita? Di peringkat individu dan keluarga

32 Aktiviti berbentuk ekonomi
Apa peranan kita sebagai lepasan pengajian agama dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia? Terlibat secara langsung Jadi usahawan Mantapkan ekonomi diri dan keluarga Penglibatan tak langsung Beri kesedaran dan motivasi Tunjuk contoh tauladan yang sesuai

33 Menjayakan ekonomi keluarga
Mengurus pendapatan supaya: Stabil Membesar Mencukupi Mengurus perbelanjaan supaya: Tidak melebihi pendapatan Mencapai kehidupan selesa Ada lebihan – simpanan/ pelaburan

34 Mengurus Pendapatan Pelbagai punca pendapatan:
Penggajian, elauns, bonus Perniagaan – perniagaan bergerak, perniagaan kecil, perkongsian, ejen kewangan, SOHO, MLM, dsb Pelaburan – saham amanah, hartanah Sewaan harta tetap – tanah, rumah, kereta Menggunakan kepakaran – menulis, membaiki komputer, pakar motivasi, dsb. Bertani untuk komersil – berkebun, berternak, Fikirkan dan usahakan penambahan pendapatan Fikirkan dan usahakan pempelbagaian pendapatan

35 Di peringkat masyarakat dan antarabangsa
Apa peranan kita? Di peringkat masyarakat dan antarabangsa

36 Mewujudkan rangkaian ekonomi
Bantu ekonomi umat Islam – dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. Masyarakat muslim perlu membantu membantu membeli produk-produk keluaran saudara-saudara muslim, tanpa perlu memulaukan barangan ‘orang lain’. Para peniaga muslim menghadapi cabaran di sudut persaingan dan juga rangkaian pembekal dan hiliran. Keluaran muslim agak sukar menembusi pasar raya besar milik bukan. Kedai yang dimiliki oleh umat Islam dan produk muslim juga terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli produk umat Islam.

37 Isu makanan halal Umat Islam menghadapi kepayahan untuk apabila bIsuerada dinegara bukan Islam. Kesempatan perlu ini diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. Disamping menjadi pengguna, kita juga harus menjadi pengeluar. Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab halal adalah suatu langkah untuk memastikan kitaran ekonomi di kalangan umat Islam. Adakah peluang ini direbut sepenuhnya oleh usahawan Islam?

38 Peluang dari ketegangan Barat-Islam
Ketegangan antara Barat dan umat Islam sejak peristiwa 911 membuka banyak peluang untuk memajukan ekonomi umat Islam: Pelancungan Pelaburan Pendidikan Pekerjaan Rangkaian impot-ekspot

39 Perbankan Islam Walaupun meningkat dari tahun ke tahun, namun peratusannya di bawah 10% dari jumlah urusniaga perbankan negara. Mengapa umat Islam tidak bersatu padu menyokong perbankan Islam? Kurang kesedaran? Kurang keperluan/ kemampuan? Tidak mesra pelanggan? Produk tidak berdaya saing?

40 Kesimpulan Perjuangan menegakkan ekonomi yang dapat membina kekuatan ummah adalah tanggungjawab setiap muslim zaman ini. Menjadi ”pengeluar” adalah fardhu kifayah. Menjadi ”pengguna” adalah fardhu ’ain.

41 Terima kasih


Download ppt "Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari"

Similar presentations


Ads by Google